FACEBOOK DR MIM

Thursday, December 02, 2010

Wakil Korea Utara "Mengamuk" Di GA ICAPP !

Penulis bersama Saudara Afriz Mohd Noor sebagai wakil Malaysia

ICAPP yang di adakan di Phnom Penh, Cambodia masuk hari kedua. Untuk pengetahuan semua, wakil-wakil Malaysia yang hadir adalah dari wakil parti politik Malaysia. Parti UMNO di ketuai oleh DS Shahidan Kassim. Yang turut hadir ialah DS Ir Mohd Zin Mohamed, Puan Shahamin Mohd Yusoff, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan lain-lain.

Di sana juga penulis telah berkenalan dengan 3 wakil PAS. Di antaranya ialah Dr Raja Ahmad, Ketua Lijnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat, Dr Ahmad Shamsuri, SU Politik Presiden PAS dan Ustaz Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syurah PAS.

Semasa penulis mengikuti Forum ICAPP bertempat di Peace Palace, Phom Penh, wakil Korea Utara mengambil kesempatan di dalam ucapan beliau untuk mengkritik jiran mereka, Korea Selatan. Rujuk video di bawah :-



Wakil Korea Utara mendakwa bahawa Korea Selatan yang memulakan episod peperangan yang berlaku di Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan pada minggu lepas. Korea Selatan dituduh sebagai boneka Amerika Syarikat.

Untuk pengetahuan pembaca, pembedilan yang diarahkan ke Pulau Yeonpyeong adalah yang pertama sejak Perang Korea tamat pada tahun 1953. 4 orang mati dan 15 orang cedera akibat tindakan terbaru Korea Utara itu.

Wakil seterusnya iaitu daripada Jepun pula telah menegur wakil Korea Utara kerana isu yang berlaku di antara 2 negara jiran itu tidak patut dibincangkan di dalam Forum tersebut.

LIVE !! VIDEO EKSKLUSIF : DS Najib Razak semasa ICAPP, Phnom Penh.


Sebentar tadi, DS Najib Razak telah memberi keynote speech semasa 6th General Assembly of International Convention Asian Political Parties (ICAPP) di Phnom Penh, Cambodia.

Rujuk video di bawah :-



Selain daripada itu, Perdana Menteri Malaysia menekankan konsep 1 Moderation (kesederhanaan). Realitinya, permasaalahan dunia bukannya di antara orang Islam dengan orang bukan Islam tetapi angkara ekstremis yang ada di mana-mana agama sahaja di dunia.

Oleh itu, moderation adalah sangat penting dan perlu disemai dinegara-negara dan dunia.

Live From Phom Penh, Cambodia - 6th General Assembly International Conference of Asian Political Parties (ICAPP)


Sekarang penulis berada di Phnom Penh, Cambodia sebagai perwakilan negara Malaysia di 6th Assembly of ICAPP.



DS Najib Tun Razak adalah salah seorang daripada pemimpin Asia yang akan memberi keynote speech sebentar nanti.

Penulis akan update dari semasa ke semasa.

Wednesday, December 01, 2010

LCCT Airport Tukar Nama ke Lapangan Terbang Tun Dr Mahathir?

Apabila penulis berada di lapangan terbang LCCT Air Asia semalaman menunggu penerbangan jam 7 pagi, penulis terfikir, alangkah elok jika nama lapangan LCCT ini di tukar ke nama Lapangan Terbang Tun Dr Mahathir!



Suasana di LCCT jam 3.30 pagi ! Sudah sibuk !

Tun Dr Mahathir adalah bapa pembangunan negara Malaysia. Jasa beliau tidak terkira di dalam memodenkan negara ini. Sehinggakan ke hari ini, nama Dr Mahathir sentiasa diingati, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di luar negeri.

Kehebatan beliau memahsyurkan negara ini di pentas dunia tidak dapat dinafikan lagi. Malah banyak projek-projek ilham beliau yang satu ketika dulu di kutuk hebat oleh parti lawan, kini terbukti berkesan dan efektif.

Maka, adalah logik jika pihak atasan memikirkan semasak-masaknya tentang cadangan ini. Dr Mahathir tentu tidak setuju kerana keperibadian beliau yang sederhana tetapi tak salahkan?

MESTI BACA : Rupa-rupanya Ustaz PAS Yang Lalang & Dalang !

Apakah anda sedar bahwa pemimpin-pemimpin parti PAS adalah ahli politik yang kuat berbohong dan seperti lalang sejak dulu lagi?
Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.

Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,

5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.

Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP. seterusnya

Seperkara lagi, rupa-rupanya isu seorang pemimpin AMK yang memperlekeh serta menghina tafsiran ayat 190 dan 191 Al-Imran iaitu Kesavan Subramaniam, telah didalangi oleh parti yang kononnya memperjuangkan ajaran Islam iaitu parti PAS. Rujuk di bawah :-
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan mendakwa, dia menerima rujukan tafsiran al-Quran daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini daripada seorang rakan bergelar ustaz dalam parti PAS.



Wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, dia tidak menokok tambah tafsiran yang diberikan oleh Ustaz PAS itu melainkan mengikut sahaja apa yang disampaikan oleh rakannya (Ustaz PAS) itu.
Apa nak jadi dengan parti PAS? Ustaz parti itu sanggup membelakangi akidah beliau dan menanggung dosa hanya kerana tamakkan kuasa politik duniawi. Sungguh memalukan sekali.

Act of Desperado yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS sejak kebelakangan ini adalah indikasi jelas yang menunjukkan bahawa sokongan kepada parti itu semakin merudum teruk. Pemimpin-pemimpinnya pula tidak mampu berfungsi menjadi wakil rakyat yang baik.

Dek kerana itu, parti PAS berpaut kuat dengan parti PKR dan DAP dengan harapan undi-undi bukan Islam akan melimpah ke parti itu. Padahal, tindakan berpaut intim dengan parti DAP sebenarnya adalah modus operandi parti PAS yang bakal menjatuhkan parti itu sendiri seperti yang berlaku pada tahun 1999.

Ronnie Liu K.A. Di Ketepikan Oleh DAP Selangor!

Jika merujuk kepada laporan berita di bawah, Ronnie Liu telah diketepikan oleh DAP Selangor. Seperti yang diketahui, Ronnie Liu, telah di cemuh apabila nama beliau diumumkan semasa pengundian parti DAP negeri pada 28hb November yang lepas.


Dan beliau terkeluar kerana hanya mendapat 369 undi daripada 1.015 delegasi yang hadir. Kita juga tentu tidak lupa tindakan Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka di sana.

Padan muka lu Ronnie Liu!

Rujuk laporan di bawah :-

PETALING JAYA, 10 Dis: DAP Selangor telah melantik lima anggota baru kedalam Jawatankuasa Negeri termasuk seorang Melayu, Azman Masri, namun Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu tertinggal dalam senarai pimpinan negeri kali ini.

Menurut Ean Yong Hian Wah Setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, kelima-lima mereka dilantik dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu semalam, setelah mereka dipilih dalam konvensyen negeri sebelum ini.

Mesyuarat itu diadakan buat pertama kali selepas kesemua mereka dipilih oleh konvensyen DAP Selangor yang adakan sebelum ini.

Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang).

Barisan penuh DAP Selangor adalah Teresa Kok (pengerusi), Tony Pua (Timbalan Pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (Naib Pengerusi), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan Setiausaha), Hannah Yeoh (Bendahari), Lau Weng San (Setiausaha Program), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Program), Jenice Lee (Setiuasaha Publisiti), Lim Soon Hong (Penolong Setiausaha Publisiti), Tiew Way Keng (Pengarah Pendidikan Politik).

Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S.Ramakrishnan, T.Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong - seterusnya

Tuesday, November 30, 2010

Dahsyat ! Kit Siang DAP Perlekeh Hadi Awang Dan PAS ?


Tidak pasti tetapi apakah Lim Kit Siang sudah mula menunjuk belang beliau apabila menghina Hadi Awang dan PAS Terengganu ketika berucap di Konvensyen DAP Selangor kelmarin?

Beliau merujuk prestasi buruk parti PAS yang diketuai oleh Hadi Awang di Terengganu semasa pilihanraya umum.

Laporan berita mengatakan :-
Lim (Kit Siang) mengambil perubahan kerajaan di Terengganu sebagai contoh yang jelas tentang bagaimana nasib politik boleh datang dan pergi, apabila PAS tanpa diduga mencapai kemenangan 28-4 kerusi DUN pada 1999.

Dalam pilihan raya umum 2004, PAS tidak menduga akan kehilangan kuasa di Terengganu tetapi ia pula kalah 28-4 di tangan Umno dan BN. seterusnya
Tentu ada komentar yang mengatakan bahawa tiada salahnya si Kit Siang tetapi persoalannya,

Apakah parti DAP itu sudah cukup elok dan tidak ada sejarah hitamnya untuk dijadikan pedoman perwakilan?

Apakah Kit Siang tidak pernah gagal di dalam politik beliau? Apakah beliau lebih perfect daripada parti PAS?

Kenapa Lim Kit Siang menelanjangkan parti PAS sebagai contoh yang tidak elok di depan ahli-ahli DAP dalam Konvensyen DAP Selangor?


Persoalan-persoalan ini pastinya akan turut bermain-main di fikiran kita dan juga ahli-ahli PAS. Tak munasabah untuk menghina Hadi Awang dan PAS Terengganu walau pun secara tidak langsung memandangkan diri Kit Siang dan parti DAP itu sendiri tidak betul dan tidak tahu kekuatan politik mereka.

Keceluparan Kit Siang itu menimbulkan satu soalan cepumas :-

Apakah janji manis Anwar Ibrahim untuk meletakkan Kit Siang menjadi TPM telah mula menyebabkan Kit Siang besar kepala dan sombong serta tidak mempedulikan lagi kredibiliti dan maruah Presiden PAS, pemimpin tertinggi di dalam parti PAS?

Hadi Awang ? Tendang ke tepi ke Anwar ?

Dan apakah si Nik Aziz Nik Ali yang berada di Konvensyen itu lakukan apabila Kit Siang bercakap mengenai parti PAS?

Beliau masih dengan dunia bawah tempurung beliau! Kesihan !

Patutlah lebih ramai lagi ahli-ahli dan penyokong PAS dan PKR yang telah sedar dan mulai menjauhi parti-parti tersebut. Baguslah kalau begitu.

Lim Kit Siang juga mengeluarkan satu kenyataan yang sangat mencurigakan. Laporan berita mengatakan :-
Menurut Lim, hanya pertukaran kerajaan dapat menjadikan Malaysia negara demokrasi normal.
Apakah maksud 'demokrasi normal' yang diwar-warkan oleh Kit Siang ? Sosialis Demokratik?

Apakah sistem Demokrasi Raja Perlembagaan hari ini tidak normal ? Apakah Kit Siang cuba menyampaikan mesej bahawa Raja Perlembagaan tidak diperlukan lagi oleh DAP dan Pakatan Rakyat?

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.