RECOMMENDED NEWS

NEW! JOIN Dr MiM!

Thursday, January 27, 2011

UPDATED ! Suami Calon PRK Tenang Sakit Jiwa Dipaksa Berkempen..

Penulis telah menerangkan dari sudut perubatan tentang jenis sakit dan penyakit yang memerlukan MC yang sangat lama seperti yang diberi kepada Ma'arof Abdul Talib, suami calon PAS PRK Tenang di artikel sebelum ini. KLIK SINI

Rakan blogger RBF.online telah mengesahkan bahawa sijil sakit (MC) tersebut adalah milik suami calon PAS Tenang. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah mengesahkannya. Diagnosis yang tertera di atas MC ialah 'Depressive Mood'

Wah...berat tu! Rasa-rasanya, semua tahu apa makna depression. Ianya kena mengena dengan permasaalahan psikiatri dan tekanan jiwa di sebabkan oleh perkara-perkara yang lumrah di hadapi oleh kita semua seperti tekanan kerja, hutang piutang, skandal dan sebagainya.

Dan cuba kita perhatikan perwatakan dan cara si suami yang ke hulu ke hilir mengekori calon PAS seolah-olah kuat cemburu dan tidak percaya kepada isteri sendiri.

Ironinya, tarikh-tarikh MC itu pula jatuh pada hari berkempen si isteri! Jika diagnosisnya bersangkutan dengan tekanaan jiwa atau pun perasaan, si suami calon PAS sepatutnya menjauhi diri daripada terlibat aktif.

Ianya kerana tempoh, stress dan tekanan yang dihadapi semasa berkempen pasti akan memudaratkan penyakit tekanan jiwa si suami. Dan adalah tidak wajar jika Ma'arof membelakangi nasihat doktor yang memberi MC kepada beliau.

Seperkara lagi, sebagai seorang doktor, jika rawatan dan kaunseling pertama (MC 18 - 23/1/2011) tidak berhasil, doktor sepatutnya merujuk si pesakit berjumpa pakar psikiatri di hospital yang lebih besar. Tetapi doktor tersebut tidak melakukannya!

Dan si suami kelihatan riang, gembira dan tidak menunjukkan sebarang depressi nyata yang sepatutnya tertonjol oleh pesakit yang memerlukan recovery period yang begitu lama seperti MC suami calon PAS!

Penulis tidak mahu mempersoalkan profesionalisme doktor di KK Bandar Putera tetapi dalam masa yang sama, doktor di sini mesti mempunyai bukti dan protokol yang kukuh untuk mempertahankan MC yang diberi!

6 komentar:

  • Anonymous says:
    January 27, 2011 9:35 PM

    Repulsive Mood ini sebenarnya adalah typical penyokong PAS dan PKR. Apa saja yang dilakukan oleh kerajaan semuanya tak betul. Pada saya kesemuanya penyokong tegar PAS dan PKR adalah tergolong dalam Repulsive Mood bukan laki Normala sahaja.

  • Sang Saka Bangsa says:
    January 27, 2011 11:08 PM

    Perkara ini harus disiasat oleh SPRM kot kot ada unsur rasuah dalam pengeluaran sijil cuti sakit tersebut

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 12:18 AM

    Klu betul dia ada unsur2 sakit jiwa aduhaiiii....nasib baik anak aku tak bersekolah di tempat dia mengajar..
    Faham2lah orng yng mengalami gangguan emosi nie bole bertindak di luar dugaan...

  • mat says:
    January 28, 2011 12:27 AM

    sbb tu kita perasan macam laki dia yg jadi calon...
    oh..Depressive Mood rupanya..

  • Anonymous says:
    January 28, 2011 5:33 PM

    Doktor yang keluarkan MC ni juga mesti orang KAWARIJ PAS..
    Kementerian Kesihatan kena ambil tindakan kepada doktor tu..
    mengeluarkan MC PALSU...

    .

  • Njah says:
    January 29, 2011 10:31 AM

    Buatlah benda yang tak baik, lambat laun orang ramai akan mengetahuinya, dengan bukti sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

Where are you from ? (since 30 . 9 . 2008)

ALTERNATIVE BLOGS

DISCLAIMER

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila guna blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Jika ada sebarang maklumat, sila emelkan ke
infoisumim@gmail.com