CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Saturday, January 01, 2011

Nik Aziz Tidak Setuju Dengan Teo Nie Ching 'Sendat'.

Isu Teo Nie Ching yang berpakaian sendat dan tidak menutup aurat juga telah ditegur oleh Nik Aziz Nik Mat.

Di antara laporan tersebut :-
Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pihak yang bersama Nie Ching dalam program itu terutamanya ahli jawatankuasa masjid memaklumkan tentang etika pakaian yang sewajarnya.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan amar makruf dan nahi munkar iaitu menyuruh perkara baik dan menegah perkara yang dilarang Allah dan merupakan tanggungjawab semua pihak yang tidak seharusnya dilepaskan kepada golongan bergelar pemimpin sahaja.

Sebenarnya isu Teo Nie Ching hanya kecil sahaja dan berpunca daripada pihak masjid yang tidak menegur Teo Nie Ching. Tetapi apabila beliau cuba mempolitikkan isu ini dengan menuduh UMNO dan DS Najib Razak serta tindakan Utusan Malaysia melaporkan isu tersebut, tiba-tiba isu ini menjadi panas dan tertempelak kembali ke muka Teo Nie Ching.


Realitinya, tidak ada pihak yang mempertikaikan orang bukan Islam yang hendak masuk ke dalam perkarangan mahu pun ke dalam masjid. Tidak kira sama ada UMNO atau pun PAS, tidak ada pihak yang melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Cuma yang diperingatkan ialah supaya orang bukan Islam dan juga orang Islam supaya menutup aurat serta berpakaian tertib. Itu sahaja.

Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN selama ini pun tidak menegah mana-mana pihak untuk memasuki masjid. Jika tidak, mana mungkin pelancong-pelancong boleh masuk ke dalam Masjid Negara atau pun Masjid Putra Jaya dan masjid-masjid lain di dalam negara ini.

Realitinya, Teo Nie Ching telah mensensasikan isu beliau dan cuba memburuk-burukkan UMNO, Najib Razak dan Utusan Malaysia. Tindakan beliau sangat biadap dan tidak kena pada tempatnya.

Isu Teo Nie Ching tentu mengingatkan kita tentang kebiadapan Teresa Kok DAP yang mencemar kemuliaan Masjid Negara. Dan sehingga ke hari ini, tindakan biadap beliau itu tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Islam di dalam Pakatan Rakyat! Sungguh mengecewakan !

Dan sehingga ke hari ini, darah kita tersirap marah apabila melihat gelagat Teresa Kok di dalam video di bawah :-



Terbaru : Komentar dari Alahai Si Luncai :-

INI ADALAH STRATEGI YANG TERSUSUN, TERANCANG DAN SENGAJA DICETUSKAN UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA JIKA UMAT ISLAM BERTINDAK BALAS.

ATAU MEREKA SENGAJA NAK BUKTIKAN BAHAWA UMAT ISLAM DI TANAHAIR KITA MEMANG TELAH KEHILANGAN ' ROH ' DAN TAK MAMPU BERBUAT APA APA KERANA TELAH DIPECAH BELAHKAN.

6 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

MAAF BRO. AKU TAK SETUJU ISU TEO NI DIANGGAP KECIL. INI ADALAH STRATEGI YANG TERSUSUN, TERANCANG DAN SENGAJA DICETUSKAN UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA JIKA UMAT ISLAM BERTINDAK BALAS.

ATAU MEREKA SENGAJA NAK BUKTIKAN BAHAWA UMAT ISLAM DI TANAHAIR KITA MEMANG TELAH KEHILANGAN ' ROH ' DAN TAK MAMPU BERBUAT APA APA KERANA TELAH DIPECAH BELAHKAN.

M . I . M said...

Alahai Si Luncai,

Terima kasih.

Bahtera Merdeka said...

Salam Bro.
Mohon linkke blog tuan.
mohon kongsi perjuangan.
TQ..salam

beribesaq said...

masuk kandang kambing mengebek....
masuk kandang rimau mengaum.....
masuk kandang PAS takbirrrrrrrrrr..
masuk kandang UMNO, hidup Melayuuuuu...
Masuk kandang Malaysia,,,1Malaysiaaaaaa
Sebagai Wakil Rakyat yang mungkin educated kotlah, tentulah dia faham, tapi pasai bab teknik perang..mungkin dia sengaja nak buat Melayu bercempera...tapi Melayu tak sedaq.......dok berbalah sesama sendiri dek kerana sekoq betina cina kafir ni,,,,kankah itu berjaya namanya kepada DAP mencemperakan perpaduan Islam.......padan muka aku,,,,,,,baru tau......

Anonymous said...

Isu memperlekehkan umat Islam dah lama berlaku. Cuma kita ja dok bagi muka kat depa kononnya nak jaga hati. Last2 kita dok kena pijak. So, all the Muslim, wake up! Tak kira apa fahaman politik kita, umat Islam kena beersatu. Cannot compromise in these issue...

Anonymous said...

Mereka jadi kurang ajar sbb ramai Melayu2 munafiq yg dh jadi bangsat mempertahankan mereka...lihatlah mereka turun naik sewenang2 seolah2 panggung wayang atau stadium bola sepak..lihat jugak muka2 Melayu yg sudah tidak ada roh islam lagi didalam hati mereka..aduhai, malangnya bangsaku, aduhai agama terbesar dunia terhina sebegitu sekali..

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED