
Inilah contoh ahli-ahli Pakatan Rakyat yang buat susah pihak yang bertanggungjawab. Peraturan pilihanraya menjelaskan bahawa hanya bendera parti yang bertanding sahaja yang boleh digunakan. Begitu juga dengan kain-kain rentang yang hanya dibenarkan menggunakan logo parti yang bertanding.
Tetapi apabila pihak penguatkuasa menjalankan tugas mereka, bukannya mereka mematuhi undang-undang tetapi berlagak pandai tapi jelas menunjukkan kebiadapan mereka. Lepas itu, UMNO/BN pula disalahkan !
Memalukan sahaja! Semuanya sudah tidak dihormati lagi. Mungkin mereka sudah tahu Normala Sudirman, calon PAS tidak akan menang di DUN Tenang ini.
Seperkara lagi, parti PAS dengan sewenang-wenangnya meminta sedekah kepada orang ramai. Kononnya di atas nama jihad. Apa yang jihadnya jika mereka itu jauh lebih teruk dari parti lawan!

1 comment:
Ngok BEEE END,,, kata negara Malaysia mengamalkan demokrasi,,, hari2 TV 3 suku paparkan keburukan pembangkang,,, dah la tak bagi pembangkang on air, letak bendera parti pun tak bagi,,, Rakyat dah faham,,, kalau banyak sangat sekatan, maknanya pembangkang makin kuat,,,
Post a Comment