FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Saturday, January 01, 2011

Skandal Pemimpin parti PAS - Termalu & Dimalukan Dek Perbuatan Sendiri !

Mujahid Yusof Rawa telah dimalukan apabila buku beliau tidak diterima oleh parti PAS. Tetapi sebenarnya bukan setakat itu sahaja. Mujahid sebenarnya turut menanggung malu disebabkan isu Kampung Asam di Pulau Pinang.

Di manakah hilangnya
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu yang suatu ketika dulu mendabik dada kononnya beliau berjaya menjadi perantaraan yang efektif di antara penduduk Kampung Asam?

Kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Mujahid Yusof Rawa, di manakah kelibat anda semua apabila 8 rumah penduduk telah dirobohkan manakala beberapa keluarga lain di sana terpinga-pinga dan tidak tahu nasib mereka semua?




Rujuk laporan berita di bawah :-
PAS telah menjadi orang tengah antara pemaju, kerajaan negeri serta penduduk Kampung Pokok Asam, di sini apabila berjaya mendesak pihak pemaju menghentikan sementara kerja-kerja perobohan rumah penduduk selama tiga bulan untuk memberikan ruang perundingan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, PAS sangat prihatin dan yakin masalah yang tiba-tiba menjadi panas hasil mainan Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh diselesaikan jika pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk badan bukan kerajaan (NGO) duduk diam.


Sekarang, apakah PAS benar-benar sangat prihatin dan yakin dapat menyelesaikan isu Kampung Asam? Sudah tentu tidak !

Rumah-rumah sudah dirobohkan dan pemimpin-pemimpin PAS dikatakan sudah menjauhi diri daripada penduduk Kampung Asam kerana malu tidak dapat melakukan apa-apa lagi.

Nasihat penulis kepada Mujahid Rawa dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain, lain kali janganlah mendabik dada kononnya lebih bagus dari pihak lawan. Buruk dan tidak cerdik nampaknya! Sekarang, mereka semua terpaksa menanggung malu !

1 comment:

  1. Terima Kasih lah PAS..Inilah hasil dari perjuangan penduduk kg asam sokong PAS 2008..

    PRU13..Jgn pandai2 nak buat experiment..PAS ni parti Munafiqun Terbesar di Malaysia. Bilangnya berjuang untuk Islam walhal berjuang untuk pangkat/wang ringgit/harta kekayaan..Islam di gadaikan dgn begitu murah kepada Syaitan2 yang nyata..DAP dan PKR..

    Terima Kasih lah PAS sekali lagi..

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.