FACEBOOK DR MIM

Thursday, February 17, 2011

'Fatwa' Mahfuz Layak Dibuang Dalam Sampah..

Mahfuz Omar kata Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau, 6 Mac ini sebagai medan latihan? Biar betul! 'Fatwa' apa pula ni?

Apakah Mahfuz fikir pilihanraya ini main-main ke? Apakah beliau fikir derma penyokong-penyokong PAS yang dijadikan wang pilihanraya itu, sekadar membuang duit mereka ke?


MiM sejak dulu lagi perhatikan yang Mahfuz Omar merupakan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang kurang cerdik dan mengeluarkan kenyataan yang membengongkan diri beliau sendiri! Rujuk artikel-artikel MiM sebelum ini tentang Mahfuz.

Malah, rasa-rasanya ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sendiri pun sudah tak tahan dengan kedangkalan Mahfuz. Sungguh mengecewakan kerana sebagai pemimpin rakyat, Mahfuz Omar gagal bertindak sedemikian!


Lim Guan Eng DAP cauvinis awal-awal lagi telah kibar bendera putih. Lebih logik jika Mahfuz Omar menasihatkan parti PAS supaya tarik diri sahaja dari bertanding di Merlimau.

Dan duit yang dibazirkan untuk menggerakkan jentera pilihanraya Merlimau boleh digunakan untuk membaikpulih tandas-tandas di masjid dan surau di negeri Kelantan.
Lagi berfaedah !

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.