PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Monday, February 28, 2011

Melampau ! Nik Aziz Menolak Qada & Qadar!


Nik Aziz Nik Ali sudah semakin melampau. Beliau seperti mempertikaikan ketentuan Allah swt apabila tidak mensyukuri dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Jawapan Nik Aziz kepada pandangan Tun Dr Mahathir Muhamad juga dilihat sebagai memperkecil-kecilkan kaum Melayu di negara ini. Kenapakah beliau tergamak berkata demikian? Apakah beliau tidak tahu kaum Melayu amat terguris dengan keangkuhan beliau apabila berkata demikian?

Seperkara lagi, apakah pandangan Lim Guan Eng kepada kenyataan Nik Aziz di bawah ini ?
Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.
Lim Guan Eng pernah melenting tentang isu valentine apabila beliau mendakwa kententuan dosa meraikan Hari Valentine menunjukkan ada pihak yang melabelkan 'tradisi kristian' itu adalah berdosa dan bermaksud memburuk-burukkan agama lain.

Apakah Lim Guan Eng mahu melenting juga dengan kenyataan Nik Aziz itu? Atau beliau bersikap pengecut dan berdiam diri sahaja?

9 comments:

Anonymous said...

rosak iman andainya tidak syukur dan redha dengan ketentuan ALLAH.

sAng Labu~ said...

ape sangat jadi melayu ni kalau bukan Islam..masuk neraka jahannam gak..so watpe nk bangga atas name bangsa yg mmg xboleh jamin masuk syurga..
pe la yg kamu pk ni penulis bl0g..

nak tanye Islam ke melayu yg kamu yg ALLAH catat dl al-quran???

Anonymous said...

Tok Guru sebenarnya Melayu tulen beragama Islam.
Yang dia sebut tu pada Melayu Celup bertopengkan Islam dan berasal kasta pariah.
Nak percaya siapa?

Anonymous said...

Cuba siasat tentang tanah PDC dibelakang pejabat jabatan pendidikan negeri (Bukit Jambul Pulau Pinang), pokok getah tersebut di toreh oleh warga Myanmar untuk tokey PDC.Adakah duit hasil getah tersebut masuk poket PDC atau poket orang lain

Anonymous said...

APA PASAI DOK MEYESAI JADI ORANG MELAYU . CINA ,INDIA DAN LAIN LAIN BANGSA PUN BANGGA BANGSA DEPA , KITA PATUT BANGGA SEBAGAI MELAYU SEBAB KITA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU ISLAM TAK DAK BANGSA DI DUNIA YANG SATU BANGSA SATU UGAMA 100%. KALAU KITA DILAHIR SEBAGAI ORANG PUTEH BELUM TENTU KITA MENGANUT UGAMA ISLAM BOLEH GERENTI KE?? BUKAN ITU PUN TAK FAHAM, BUDAK BUDAK SEKOLAH RENDAH PUN BOLEH FAHAM BUKAN KOT KITA YANG DEWASA DAN PANDAI AGAMA DAN POLITIK DAN SEGALA NYA TAK FAHAM KOT, MALULAH BILA KITA CAKAP MACAM TU DEKAT BUDAK BUDAK.BANYAK BANYAK BERSYUKORLAH PADA ALLAH KITA DILAHIR ISLAM SEKURANG KURANGNYA KITA DIAJAR SELOK BELOK AGAMA ISLAM DI SEKOLAH RENDAH DAN WAKTU PETANG PULA DIMESJID ATAU SURAU ATAU MENGAJI QURAN DIKAMPUNG CARA OTOMATIK , SEPATUTNYA ISU INI TIDAK TIMBUL LANGSUNG, KITA DIJADIKAN MELAYU TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT BAGUSLAH TU.YANG MENJADI MASAALAHNYA ADALAH PENYOKONG KERAJAAN /UMNO/BN MAJORITINYA MELAYU KALAU BANGSA MELAYU SOKONG PAS PERKARA SAPERTI INI TAK TIMPUL MALAH MELAYU MESTI MENJADI BANGSA YANG DIHORMATI KONON NYA.

Anonymous said...

drp pemuda ampang s'gor,

adakah perasaan BANGGA terhadap bangsa digalakkan dlm islam?

atau bangsa melayu yg terikut-ikut dgn budaya bangsa lain yg suka memBANGGA-BANGGAkan jenis bangsa masing2.

Anonymous said...

Nabi Muhammad s.a.w sendiri Islam yang berbangsa arab..maknanya kenapa Allah cipta satu2 bangsa itu ada kepentingannya..yang penting bersatulah di bawah payung Islam kerajaan Allah s.w.t walau apa bangsa sekali pun.hatta bangsa jin juga adalah ciptaNya,siapa kita hendak menidakkan sesutu yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t?! Baginda Rasulullah s.a.w Islam yang berbangsa arab,kita Islam yang berbangsa melayu,apakah kita tidak bersyukur kepada Allah s.w.t? Allah s.w.t yang menentukan bangsa kita waima jantina sekalipun! bukankah bangsa arab,melayu,cina atau apa bangsa sekalipun itu adalah CIPTAAN Yang Esa? menghina apapun ciptaan Allah s.w.t tidak berdosakah??
kita bangsa manusia juga di cipta berbeza dari BANGSA jin..mulia dari bangsa mereka..adakah ada bangsa manusia yang mahu pertikaikan ini & merendahkan martabatkan mereka sebagai bangsa manusia dengan menyatakan tiada perbezaan di antara bangsa jin dengan bangsa manusia? sama saja?? bersyukurlah.

Anonymous said...

memperjuangkan Islam dengan mempertahankan bangsa melayu bukanlah assobiyyah kerana kita tidak mencela bangsa lain. assobiyyah adalah seperti bangsa yahudi yang mengagungkan bangsa mereka dalam masa yang sama menghina martabat bangsa lain terutamanya bangsa Rasulullah s.a.w iaitu bangsa arab.kita yang dilahirkan sebagai bangsa melayu automatik agama rasmi adalah islam, tentu sedikit sebanyak dicemburui dan ditakuti oleh segelintir pihak. hendak musnahkan islam di malaysia bagi mereka tidak perlu serang islam secara nyata kerana akan dapat dihidu,tetapi dengan mejatuhkan orang melayu, secara automatiknya hancurlah islam di malaysia,itulah agenda tersembunyi musuh2 islam malaysia sebenarnya. zaman Rasulullah s.a.w islam diperangi secara nyata bukan bangsa Nabi s.a.w, tetapi hari ini kita diserang atas dasar bangsa kita. sedar & berfikirlah.

Anjing DAP said...

Nik Ajis masih tak sedor-sedor diri, merasakan DAP dan PKR masih lagi suka nak bekerjasama dengan PAS. Kesian pokcik tua nyanyuk ni...nasibnya macam orang gila bayang yang perasan orang masih cinta kat dia. Kalau tak, takkanlah PAS terkatong-katong berjuang berseorangan di PRK Kerdau dan Merlimau.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED