
The true colours of Pakatan Rakyat telah terserlah ! Dan itu pun belum sampai lagi pilihanraya yang sebenarnya! Yang terbaru, PAS menghentam keceluparan mulut Azmin Ali!
Sudah dikatakan, Pakatan Rakyat bukanlah satu gabungan parti politik yang kukuh dan bersatu padu. Kemesraan yang ditunjuk bukannya ikhlas, sekadar wayang kulit untuk menipu rakyat Malaysia.
Malah, sehingga ke hari ini, mereka sendiri belum mengesahkan penubuhan Pakatan Rakyat seperti Barisan Nasional. Kenapa? Mudah, mereka tidak seperti yang dilakonkan oleh mereka.
Persoalan sekarang, jikalau PAS dan PKR bertegang leher dalam Pakatan Rakyat, siapakah yang sebenarnya paling untung? Pihak manakah yang mempunyai bargaining power untuk memilih atau dipilih?
Di bawah adalah laporan berita. PAS hentam Azmin Ali ! Satu lagi bukti menunjukkan PAS, DAP dan PKR bakal hancur !
KUALA LUMPUR, 17 Feb — PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.
Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.
Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.
“Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.... SETERUSNYA

1 comment:
Sifat tamak selalu membawa kepada kerugian. Masalahnya kalau tak tamak, Dap pulak yang ada banyak kerusi! Wow, wa banyak pening lorr!
hik hik hik
Post a Comment