JOIN FACEBOOK DR MIM

Friday, February 04, 2011

PENDATANG CINA BUKA BALIK PULAU - APA NAK JADI?

Sejak dua hari ini, ramai pihak ilmiah tampil ke hadapan dan turut mempertikaikan fakta sejarah yang cuba diputarbelitkan di dalam risalah My Balik Pulau. Isu ini telah didedahkan oleh YB Farid Saad, ADUN Bentung, Balik Pulau.

Menurut Utusan Malaysia, risalah My Balik Pulau mengandungi 12 muka surat yang dipenuhi dengan artikel dan ilustrasi berwarna-warni. Ia diterbitkan oleh Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang dan ditaja oleh Majlis Pendidikan Pulau Pinang, Pejabat Kementerian Perlancongan Pulau Pinang serta syarikat telekomunikasi DiGi.

Salah satu fakta yang diputarbelitkan di dalam risalah tersebut ialah Masjid Kongsi dikatakan dibina pada tahun 1900 padahal sejarah membuktikan bahawa ianya di bina pada tahun 1800 iaitu 100 tahun lebih awal daripada yang dikatakan di dalam risalah tersebut.

Ironinya ialah risalah itu mendakwa bahawa pendatang Cina yang mula-mula membuka Balik Pulau dengan pembinaan tokong Xuan Wu pada tahun 1880!

Jika Masjid Tokong sudah di bina pada tahun 1800 iaitu 80 tahun lebih awal daripada Tokong Xuan Wu, apakah pendatang Cina yang paling awal membuka Balik Pulau? Sudah tentu tidak kerana orang Melayulah yang paling awal membuka kawasan tersebut!

Malah, kebenaran tersebut telah diperjelaskan oleh Presiden Alumni Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Pulau Pinang, Abdul Said Hussain.
Abdul Said memberitahu, ketika melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1997 dan 2002, beliau ada membuat kajian mengenai sejarah daerah barat daya di mana Balik Pulau terletak di dalamnya.

Jelas beliau, berdasarkan rekod pejabat pentadbiran British pada 1880, tamadun Melayu sudah lama wujud di situ sebelum ketibaan pendatang kaum lain.

Sebagai contoh, katanya, ketika itu sudah ada pemerintahan sistematik seperti penghulu dan masjid yang dijadikan pusat aktiviti masyarakat Melayu - UM.
Persoalannya sekarang ialah kenapa ada pihak sengaja cuba menaikkan sentimen masyarakat Cina bahawa nenek moyang mereka yang mula-mula meneroka Balik Pulau dan bukannya orang Melayu?
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad yang mendedahkan perkara berkenaan berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu- UM.
Wakil rakyat tersebut kesal kerana kandungan risalah tersebut seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu.

Selain itu, terdapat kandungan dan ilustrasi di dalamnya yang menghina orang Melayu seperti orang Melayu dikatakan sanggup menggadai tanah untuk mendapatkan wang bagi mengadakan majlis secara besar-besaran seperti majlis perkahwinan!

Selain daripada isu Balik Pulau, di sini MiM sertakan artikel menarik tentang isu Tanjong Tokong yang juga didakwa dibuka oleh orang Cina. Padahal, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali !

Rujuk di bawah :-

Pengisytiharan bahawa wujudnya penempatan China di Pulau Pinang iaitu di Tanjong Tokong telah diterima dengan mudah tanpa sebarang bukti. Hakikatnya setiap petempatan asing yang bertapak di Pulau Pinang mestilah mendapat restu sultan Kedah. Pulau Pinang adalah wilayah kekuasaannya.


Pasti sesebuah petempatan dibuka dengan keizinan baginda. Begitu juga dengan petempatan Melayu.
Hal ini telah berlaku ke atas pembukaan kawasan-kawasan tertentu di Pulau Pinang.

Gelugor dibuka oleh Datuk Jenaton atas restu Sultan Mohamad Jewa pada tahun 1742. Batu Uban dibuka oleh Datuk Nakhoda Intan pada pertengahan abad ke 18. Bagitu juga dengan Jelutong dan Tanjong Penaga(George Town) dibuka oleh Datuk Nakhoda Kecil.
Bayan Lepas, Datuk Keramat,Batu Feringhi,Teluk Tikus, Kelawai dan sebagainya telah dibuka oleh para peneroka,pedagang dan nakhoda Melayu dari alam Nusantara.

Petempatan ini menjadi perkampungan para nelayan yang berulang –alik di antara pantai Kedah dan Pulau Pinang. Pantai di pesisir Pulau Pinang dan seberang Kedah jelas pada pandangan mata.Hanya dipisahkan oleh selat sempit “ Selat Utara”.


Mengumumkan Tanjong Tokong sebagai petempatan China yang terawal kerana wujudnya berhala adalah satu dakwaan dan kepercayaan semata –mata untuk mengesahkan kehadiran masyarakat China di peringkat yang terawal tanpa sebarang bukti yang konkrit. Ini telah dilakukan di banyak tempat di Pulau Pinang.

Disebabkan agama adalah satu perkara yang sensitif maka pengistihar ini kononnya pantang dicabar dan boleh disentuh lagi. Hakikatnya berhala dan sejarahnya boleh dibawa dari negeri China. Boleh didakwa ribuan tahun tapa memerlukan apa –apa pembuktian pun.


Tanjong Tok Kong adalah kawasan penempatan nelayan Melayu yang terkenal dan terulung. Nama Tanjong Tokong tidak ada kaitan sama sekali dengan Tua Pek Kong atau sebarang berhala, tuhan atau kepercayaan orang China.

Masyarakat China mengaitkannya dengan tuhan kemakmuran, dewa laut dan sebagainya. Kepercayaan seperti ini sebenarnya dibawa dari luar. Ianya bukan berasal usul dari bumi Tanah Melayu untuk mendakwanya sebagai sesuatu yang sahih dan asli.
Nama Tanjong Tokong jelas terserlah adalah nama Melayu.

Tanjong iaitu satu kawasan yang mengunjur ke laut. Tok kependekan daripada perkataan Datuk dan Kong adalah nama gelaran yang berkaitan dengan tokoh, ketua atau panglima Melayu yang di gelar Datuk Kong. Kependekannya disebut Tok Kong.

Itulah asal –usulnya yang terpancar daripada penamaannya yang sebenarnya yang diberi nama oleh orang Melayu - SETERUSNYA

3 comments:

  1. Si lahanat ini sedang berusaha untuk mentransformasikan P Pinang sebagai Singapura Ke2. Pemimpin Melayu khasnya Org UMNO jangan mengambil mudah tentang perkara ini. Susah sangat ke kerajaan Persekutuan untuk mengubah lanskap politik di P Pinang?
    Gunakan lah kuasa dan kebijaksanaan sementara kuasa masih ada. Jangan biarkan orang2 pendatang ini melampaui batas.
    Perisip Karpal Singh ' Over My Dead Body' harus disematkan di kalangan pemimpin2 melayu sekarang.

    ReplyDelete
  2. Takkan orang UMNO jer yang kena pertahankan. Orang PAS tu takde yang melayu ker.. Pkr xde melayu ker. UMNO pertahankan tapi pas dan pkr menjahanamkan. Klu dah dasar orang melayu nak berperangai macam orang arab.... Harap2 tak ramai orang melayu yg lupa daratan. dan sentiasa berpijak dibumi yg nyata..

    ReplyDelete
  3. Ini sudah melampau!

    Nampak sangat taktik halus yang sebenarnya tak berapa halus langsung ni oleh puak DAP komunis sebagai salah satu langkah persediaan untuk memisahkan pulau pinang sebagai wilayah autonomi dan menjadi the second Singapore!

    Kita mesti mendesak Lim Guan Eng lidah biawak untuk memberi penjelasan dan membetulkan semula fakta sejarah yang telah diputarbelitkan!

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.