Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, March 31, 2011

Blog MiM Sokong Penuh Saranan Blog GAP!

MiM menyokong penuh saranan blogger tersohor Malaysia, Gerakan Anti-PKR (GAP)!!

Rujuk di bawah :-



Rakyat Malaysia menyeru agar Pas mengadakan solat hajat sekali lagi malam ini untuk meminta petunjuk dan kebenaran.

Kalau boleh kita minta agar Anwar Ibrahim pula mengimamkan solat hajat ini bermakmumkan Tuan guru Haji Hadi dan Nik Aziz.

Ayuh rakyat, desak mereka dalam twitter dan facebook. arahkan mereka melakukan solat hajat sekali lagi.

PANAS ! Kenapa Nik Aziz Nik Mat FRUST Pada Anwar Ibrahim?

AIDCNews -31/03/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini sering mempotretkan dirinya sebagai pejuang kebebasan (freedom) di dalam dan luar negara, akhirnya terpaksa mengaku kalah apabila terpaksa berpaut kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam menghadapi isu terbaru, skandal video seks.

Portal pro Anwar, Malaysiakini, 29 Mac melaporkan mungkin ada yang kecewa apabila Nik Aziz tidak menyampaikan ucapan ketika majlis ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam itu, sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu hanya membacakan doa dan bertakbir dalam majlis tersebut.

Malaysiakini : Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Tidak dapat dipastikan apakah faktor Nik Aziz tidak mahu menyampaikan ucapannya, sedangkan sebelum itu, selepas solat hajat, Anwar yang diberi peluang berucap mengambil peluang untuk menyerang Tan Sri Rahim Tamby Chik dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Malaysiakini : Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah “lemah”.

Malaysiakini : “Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak,” katanya disambut ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Malaysiakini juga turut merakamkan beberapa keping foto majlis solat hajat dan ceramah itu, salah satunya foto Nik Aziz yang tidak memandang muka Anwar, walaupun Anwar memandang tepat ke muka Nik Aziz.

Walaupun sebelum ini, sebagai pejuang kebebasan, Anwar tampil tidak selesa dengan imej pakaian Melayu, tetapi penampilan Anwar pada malam itu kembali kepada asal, iaitu berbaju Melayu dan bersongkok SETERUSNYA

Kenyataan Kebudak-budakkan Peguam Anwar Ibrahim Yang Menuduh Datuk T Kebudak-budakkan !


Sungguh pelik dengan kedangkalan kenyataan peguam-peguam Anwar Ibrahim cuba mematikan isu kenyataan terbaru Shazryl Eskay. Malam ini, Eskay telah mendakwa serta mempersoalkan aktiviti luar Anwar Ibrahim bertempat di Thailand.

Mereka hanya mampu memberi amaran serta memperlekeh-lekehkan kenyataan tersebut. Tidak seperti lazimnya, peguam-peguam Anwar Ibrahim bertindak lebih agresif serta tidak akan memberi sebarang ruang untuk pihak lawan.

Tetapi malam ini lain pula perangai mereka semua! Malah, kenyataan mereka itu yang menyerlahkan sikap kebudak-budakkan mereka.
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu SETERUSNYA
Kenapa dengan perubahan sikap di antara kalangan peguam Anwar Ibrahim? Apakah mereka juga sudah hampir putus asa dan akan meninggalkan Anwar Ibrahim?

Wednesday, March 30, 2011

Caught In Action ! Anwar Ibrahim Pakai Seluar Dalam Seperti Mr Bean?


Ini cerita satu-satunya blogger setakat ini yang berpeluang tengok video klip seks tersebut yang didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blogger yang hanya mahu dikenali sebagai Papagomo memberitahu Agendadaily bahawa dia yakin 1,000 peratus orang yang dilihat beraksi dalam video seks yang sedang hangat diperkatakan itu memang Anwar Ibrahim.

“Confirm 1,000 peratus itu adalah Anwar,” kata Papagoma.

Menurut beliau, dia dibawa oleh seorang pemimpin NGO mengajaknya bertemu.

“Aku tak tahu apa-apa sampailah dibawa ke sebuah hotel dan kena tanggal jam serta serah hand phone, masa itu baru aku sedar hendak tengok video seks…”katanya.

Dia disambut oleh Datuk Shahryl Eskay Abdullah yang terus menunjukkan rakaman menggunakan laptop itu.

Menceritakan lebih lanjut, kata Papagomo, video tersebut bermula dengan kelibat seorang lelaki berada di hadapan CCTV.

“Kemudian nampak seorang wanita yang bertubuh kecil molek yang mana aku difahamkan oleh Datuk Eskay adalah seorang model dari negara China.

“Gadis itu hanya berdiri di hadapan katil tanpa membuat apa apa sambil memegang beg tangannya.

“Sejurus itu seorang lelaki keluar dari bilik air dan hanya memakai tuala putih… Wajah lelaki itu amatlah jelas sama sekali,”kata beliau.

Menurutnya, seorang lelaki kemudiannya kelihatan beredar masuk ke bilik sebelah dan meninggalkan lelaki dan wanita di dalam bilik.

“Lelaki yang beredar dan di lihat dalam rakaman tersebut adalah Datuk Eskay yang mana beliau juga telah mengakui dalam sidang media sebelum ini memang beliau juga berada dalam rakaman CCTV tersebut,”katanya.

Pada satu peringkat, lelaki dalam video klip itu, menutup semua suiz lampu dalam bilik tersebut.

“Beliau mundar mandir ke serata bilik bagi menutup apa sahaja yang bernyala dan setelah itu masuk ke bilik air dan membuka lampu serta membuka sedikit pintu bilik air tersebut,” katanya.

Kata Papagomo,walaupun lampu ditutup keadaan dalam bilik samar samar dengan limpahan cahaya lampu dari bilik air.

“Rakaman CCTV pada waktu semua lampu di tutup amatlah jelas sama sekali mungkin kerana teknologi tinggi yang di pakai pada perakam video jenis I-CATCH tersebut.”

“Setelah selesai menutup lampu lelaki tersebut menanggalkan tualanya dan kemudiannya berbaring di atas katil. Wanita itu kemudiannya berbaring di sebelahnya.

Kemudian berlaku adegan seks yang mana Agendadaily terpaksa tapis, tapi menurut Papagomo, ada tiga posisi yang dilakukan yang mana semua itu ambil masa lebih kurang 17 minit.

Selepas berakhir, lelaki tersebut dirakam mencabut kondom yang dipakai pada waktu beliau masih berada di atas katil.

“Setelah itu, beliau mengambil tisu dan mengelap kemaluannya, kemudiannya bangun dan turun dari katil.

“Wanita itu kemudiannya keluar dari bilik air dan di lihat mengemas barang barangnya di bucu katil manakala lelaki tersebut dalam keadaan telanjang.

“Lelaki itu kemudiannya memasuki bilik air manakala wanita itu dalam keadaan berbogel itu yang berdiri di hadapan CCTV mundar mandir.

“Lelaki itu keluar semula dari bilik air dan kemudiannya membuka tuala yang di pakainya.

“Waktu ini lelaki itu berdiri betul-betul di hadapan CCTV dan segala-galanya dapat di lihat dengan jelas dari muka, perut malah kemaluan sendiri.

“Wanita itu kemudiannya masuk ke bilik air seketika dan kemudiannya mengenakan semula pakaian nya satu persatu. Lelaki itu kemudian mengenakan singlet putih terlebih dahulu dan kemudiaannya mengenakan seluar dalam putih,”

“Wanita itu tersebut kemudiannya beredar keluar dan tidak kelihatan lagi selepas itu, manakala lelaki itu memakai semula seluar slack dan kemudianya masuk ke bilik sebelah.

“Rakaman video tersebut tamat di sini” kata beliau.

Ditanya apa yang menyebabkan beliau begitu pasti, Papagomo berkata, pada babak di mana lelaki itu berdiri memakai seluar dalam, wajahnya betul-betul menghadap kamera.

“Dia dia sedang memakai seluar dalam, saya agak jaraknya dengan kamera lebih kurang satu meter sahaja. Wajah dia memang jelas kelihatan.

“Memang perut dia buncit sedikit, tapi wajahnya memang jelas Anwar Ibrahim. Dia pakai seluar dalam macam yang dipakai Mr Bean,” kata Papagomo.

Menurut Papagomo, video itu menunjukkan pergerakan yang sama dari empat sudut berbeza.

Ditanya apakah beliau sudah dipanggil polis memberi keterangan, Papagomo berkata, setakat ini beliau belum dihubungi sesiapa.

“Tetapi saya bersedia memberi kerjasama jika dipanggil,” katanya.-29/3/2011 Agenda Daily

Tuesday, March 29, 2011

VIDEO ! Khas Untuk Individu Yang Kehilangan Jam Omega.

MiM menerima link video ini dari pembaca. Beliau menulis "Pening dengan politik ni. Jika politik sahaja, kepala kita ini boleh pusing. So, rilekkan mental ni sekali sekala. Dengar lagu ke."

Lihat video di bawah yang telah dilinkkan itu :-

Jam Omega Hilang Dalam Timbunan Harta 'Melampau' ?

Sebenarnya, seperti rakyat Malaysia sekalian, MiM pun sangat hairan apabila Anwar Ibrahim begitu lantang menuduh parti lawan sebagai korup, kronisme dan nepotisme, seolah-olah beliau adalah bersih dari semua itu.

Yang lebih menghairankan ialah menyaksikan para pendengar ceramah yang bertepuk tangan, mengangguk setuju dan menyebut 'Allahu Akbar' mendengar kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang sebenarnya jauh lebih korup serta mengamalkan kronisme dan nepotisme sehingga ke hari ini.

Beliau pernah berbohong di penerbitan BBC yang menafikan bahawa beliau tidak pernah mengamalkan nepotisme, pada hakikatnya anak beranak beliau sedang memegang tompok kepimpinan PKR hari ini.

Rujuk video dibawah :-


Di bawah pula adalah artikel yang menarik daripada blogger Taiping Mali untuk mereka yang selama ini menganggap Anwar Ibrahim bersih dari segala tuduhan yang beliau lemparkan kepada parti lawan. Rujuk di bawah :-
Tatkala blogger-blogger pro-pembangkang begitu seronok membincangkan posisi anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir dan adik kepada Najib Razak, Datuk Nazir Razak sebagai antara individu terkaya di Malaysia, ramai yang tidak tahu bahawa individu ke-3 terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Lee Shin Cheng.

Beliau ialah ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Beliau bernilai AS$3.2 bilion dimana IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.

Bapa DS Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.

Berita Harian ( 8 December 1998 ) melaporkan;
Bapa Anwar miliki saham 20 syarikat

KUALA LUMPUR, Isnin – Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengikutnya menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu membisu terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.
Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. SETERUSNYA

Sunday, March 27, 2011

Sheikh Imran Nazar Hosein Puji Malaysia & Tun Dr Mahathir !!

Sheikh Imran Nazar Hosein menganggap Malaysia adalah satu-satu negara Islam yang berjaya dari pelbagai aspek. Dan beliau memuji Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rujuk video di bawah :-

Eksklusif! Pendedahan Twitter vs Facebook Anwar Ibrahim - Rafizi Ramli PKR Yang Fitnah Blog MiM !!

Portal berita pro-pembangkang telah mengeluarkan kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR yang bernama Mohd Rafizi Ramli yang menuduh MiM dan Utusan Malaysia menabur fitnah ke atas Anwar Ibrahim.

Tetapi seperti biasa, portal HarakahDaily hanya menyiarkan laporan berita yang berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada pembaca mereka untuk merujuk sendiri blog MiM untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Very typical of HarakahDaily!


Artikel MiM yang pada mulanya berkisar kepada menyarankan agar Anwar Ibrahim menjawap 'kehilangan' beliau dari Twitter dengan kadar segera KLIK SINI tetapi berkesudahan dengan Rafizi Ramli membuat tohmahan ke atas Utusan Malaysia dan MiM.KLIK SINI

MiM sedar bahawa Mohd Rafizi Ramli diberi pangkat sebagai 'Pengarah Strategi PKR' tetapi jangan pula berlagak sombong, ego serta menuduh MiM tanpa usul periksa. Takut tersilap langkah dan Rafizi tersungkur dihempap pangkat dan ego beliau.

Dan memang benar, Rafizi Ramli PKR sendiri telah menyulitkan isu Anwar Ibrahim 'hilang' dari twitter selama 2 jam. Dek kerana laporan berita beliau, MiM juga dapat tahu bahawa Anwar Ibrahim turut 'hilang' dalam Facebook selama 2 jam (8.20-10.40 malam).

Sungguh memalukan sebagai Pengarah Strategi PKR tetapi Rafizi Ramli cuba mengelirukan rakyat dengan jam di Facebook tetapi hakikatnya ialah jam di twitter adalah current time iaitu jam ketika mesej itu ditweet. Jika Anwar Ibrahim tweet jam 9:20 malam, ianya bermaksud jam 9:20 malam.



Jadi isunya masa bukan terletak di Twitter tetapi di Facebook tersebut. Kenapa diskrepensi 1 jam di antara twitter dan Facebook?

Difahamkan bahawa Facebook adalah 1 jam lebih awal dari standard time Twitter dan selepas berlaku Daylight Saving Times, iaitu ketika jam di Facebook dicepatkan 1 jam, jam di Twitter dan Facebook kembali berpadanan ! Rakan-rakan pembaca MiM seperti Kadiology dan Oik turut memberi pandangan yang sama. Terima kasih kepada Kadiology dan Oik.

Untuk mengukuhkan kenyataan MiM ini, MiM ingin merujuk kepada artikel dari blog Oik65's Blog. Menurut blog tersebut, sebelum 13 Mac, twitter menunjukkan diskrepensi 1 jam di antara masa twitter dengan Facebook Anwar Ibrahim!

Tetapi selepas 13 Mac, masa twitter dan Facebook berpadanan dan tepat. Apa yang berlaku ialah pada 13 Mac, semua jam di Amerika Syarikat telah di tambah 1 jam sempena Daylight Saving Times dan jam di Facebook turut ditambah 1 jam.

Dan kerana itu, jam di twitter dan Facebook selepas 13 Mac adalah tepat dan berpadanan. Jika begitu, sebenarnya, jam di Facebook Anwar Ibrahim pada 21 Februari adalah 1 jam lebih cepat dari sebenarnya!


Maka, jika jam di twitter Anwar Ibrahim pada 21 Februari adalah tepat dan berdasarkan kepada current time manakala jam di Facebook sebenarnya 1 jam lebih cepat!

Dan jika merujuk kepada Daylight Saving Times, kenyataan Rafizi Ramli itu kurang tepat dan beliau yang sebenarnya telah memfitnah Utusan Malaysia dan MiM!


Sila rujuk artikel Oik65 blog :-
The first thing to note is the phrase “via Selective Tweets” attached to these posts. What this means is that these posts were actually Twitter tweets that were automatically updated to Facebook by the Selective Tweets application. Indeed, for the Facebook post timestamped 10.40pm above, below is the corresponding tweet on Twitter:

Twitter feb 21

However there is a problem. The timestamp on Twitter shows that the message was tweeted at 11.39pm, almost an hour after it was supposed to have appeared on Facebook. If the message had originated from Twitter, how could it have appeared on Facebook long before Twitter itself. One of these timestamps must have been wrong. The question is which one?

Shown below is another of Anwar’s tweets that was automatically posted by Selective Tweets on Facebook, this time from March 13th. This time there wasn’t a 1 hour difference in the Twitter and Facebook timestamps. In fact, for all of his posts after March 13th, there was no discrepancy in the Twitter and Facebook timestamps.

Facebook 13 MarchTwitter March 13

On the other hand, all his posts before March 13th do show the 1 hour discrepancy. Below is another one from March 12th.


Facebook Mar 12Twitter Mar 12


This means that on March 13, either the time on Twitter was moved backward by 1 hour or the time on Facebook was moved forward by 1 hour. Actually, what happened on March 13th was that all clocks in the United States were moved forward by 1 hour in observance of Daylight Saving Time. Therefore, we can safely assume that it was the time on Facebook that had been moved forward (It doesn’t make sense that Twitter would move their time backward when everyone else in the US was doing the opposite).

Since Malaysia does not observe Daylight Saving Time AND the time on Facebook was moved forward by 1 hour after March 13th AND timestamps on Facebook after March 13th are correct (because they are now in sync with Twitter and it is unlikely that both are wrong), it can only mean that the time on Facebook before March 13th was wrong and was behind by 1 hour. That would also mean that Anwar was not actively posting on Facebook at the time the video was recorded. READ MORE

Kesimpulannya, jam di twitter Anwar Ibrahim mengikut standard time dan tepat. Manakala, jam di Facebook Anwar Ibrahim yang berbeza! Maka, sila rujuk jam di twitter iaitu 9:20pm dan 11:39pm.

Tambahan pula, Rafizi Ramli telah melakukan satu kenyataan politik yang sangat memalukan kerana beliau tidak berterus-terang tentang keseluruhan Facebook Anwar Ibrahim.

Seperti yang MiM terangkan, Anwar Ibrahim 'hilang' 2 jam dari Twitter dan juga Facebook !

p/s : 'Terima kasih' kepada Rafizi Ramli kerana membantu menambahkan satu lagi persoalan besar yang pasti memeningkan kepala Anwar Ibrahim !

Saturday, March 26, 2011

GEMPAR !! SAH ! Anwar Ibrahim Memang Hilang Dari Twitter Dan Fecebook Selama 2 Jam!!

Sambungan dari artikel PANAS ! JAWAPAN - Isu Anwar Ibrahim 'Hilang' Dalam Twitter 9.20-10.39 Malam!

Setelah meneliti kedua-dua Twitter dan Facebook, terdapat dua perkara menarik yang perlu MiM dedahkan kepada anda sekalian.

1. Di dalam laporan berita, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli telah menyembunyikan satu fakta yang sangat penting iaitu beliau tidak menyebut tentang masa akaun Facebook Anwar Ibrahim sebelum 10.40 malam! Yang menimbulkan persoalan ialah masanya adalah 8:20 malam !

Maka, di dalam Facebook, Anwar Ibrahim juga di dapati 'hilang' dari Facebook selama hampir 2 jam !!

Kenapakah Rafizi Ramli tidak melaporkan '8:20 malam' kepada para pemberita? Apakah beliau cuba menyembunyikan fakta bahawa Anwar Ibrahim 'hilang' selama 2 jam? Kenapa?

Facebook Anwar Ibrahim telah menunjukkan bahawa beliau 'hilang' dari jam 8.20-10:40pm iaitu lebih daripada 2 jam!!

2. Di sini MiM sediakan perbandingan di antara twitter Anwar Ibrahim dengan Facebook beliau.

(klik untuk lebih besar)

Ternyata terdapat diskrepensi 1 jam di antara twitter dan Facebook Anwar Ibrahim dan diskrepensinya berturutan sungguh kemas!

Dan kita semua perlu tahu bahawa Anwar Ibrahim telah mengaku bahawa beliau mendakwa bahawa beliau sedang mengakses Twitter semasa rakaman video kontroversi tersebut!

Ini bermakna, masa di twitter adalah sangat relevan dan tepat. Dari segi teknikalnya berlaku perbezaan 1 jam!

Apa-apa pun, Anwar Ibrahim memang sah 'hilang' selama 2 jam sama ada di Twitter atau pun Facebook!

PANAS ! JAWAPAN - Isu Anwar Ibrahim 'Hilang' Dalam Twitter 9.20-10.39 Malam!

Akhirnya PKR menjawap persoalan tentang 'kehilangan' Anwar Ibrahim di dalam twitter beliau di antara 9.20-11.39malam! Tetapi malangnya, jawapannya adalah dari 'Pengarah Strategi' PKR bernama Mohd Rafizi Ramli dan bukannya Anwar Ibrahim sendiri. Dan sebab itu, jawapan Rafizi terpalik ke muka beliau serta memburukkan lagi keadaan!

Malah, kenyataan beliau sebenarnya membantu menyenangkan MiM tentang isu Anwar Ibrahim 'hilang' selama 2 jam daripada social network seperti Twitter dan Facebook.


Beliau menuduh Utusan Malaysia dan penulis menaburkan fitnah. Di antara kenyataan beliau ialah :-
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu: -

- 1040 malam: “Inshaallah”
- 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
- 1058 malam: “Bisa”
- 1103 malam: “Waras”
- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

“Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’.

“Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam,” kata Rafizi lagi KLIK SINI

Sebagai pemula bicara, sila klik di bawah akaun twitter dan Facebook Anwar Ibrahim. Anda scroll ke tarikh 21 Februari :-

1. AKAUN TWITTER ANWAR IBRAHIM

2. AKAUN FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Sila scroll ke tarikh 21 Februari dan bandingkan di antara kedua-duanya. MiM akan sediakan perbandingannya untuk memudahkan anda di artikel seterusnya..

Tunggu...

PANAS ! Pendedahan ! Video 18SX 'Anwar Ibrahim' - MiM Jawap Tuduhan Tidak Berasas Mohd Rafizi PKR !

Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR telah menjawap persoalan yang dibangkitkan oleh MiM.

Rujuk kenyataan berita beliau KLIK SINI

Mungkin beliau fikir sebagai Pengarah Strategi PKR, beliau boleh berfikir dan lebih bijak. OK.

Kepada Rafizi PKR, MiM sudah sediakan jawapannya. Harap jangan melarikan diri selepas ini!

MiM akan siarkan jawapannya sebentar lagi. TUNGGU !!

Jawapan Blogger Pro-Pembangkang Tentang Isu Anwar Ibrahim Tidak Tweet Pada 9.20-11.39 Malam !!

Jawapan 'bernas' dari blogger pro-pembangkang tentang 'kehilangan' Anwar Ibrahim yang tidak bertweet pada 9.20 - 11.39malam :-
Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.


Jawapannya;

Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.

Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)....... KLIK SINI

GEMPAR ! Lokasi 'Penggambaran' Video 18SX Kontroversi Yang Didakwa Anwar Ibrahim Telah Ditemui?


Isu video lucah kontroversi yang didakwa melibatkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur Cina sedang disiasat oleh pihak polis. Sekarang yang perlu kita buat ialah menunggu keputusan siasatan pihak tersebut.

Yang menjadi persoalan hangat sekarang ialah apakah apartment di bawah ini adalah lokasi 'penggambaran' video lucah kontroversi tersebut?
KLIK SINI

Inikah apartment tersebut?

Tweeter Anwar Ibrahim Yang Menimbulkan Persoalan Besar !

Anwar Ibrahim pernah mengatakan bahawa beliau sedang mengakses laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu rakaman video aksi lucah kontroversi. Tetapi tweeter beliau sangat meragukan dan menimbulkan persoalan besar!


Untuk bacaan seterusnya KLIK SINI

Friday, March 25, 2011

Sejak Bila Pula Anwar Ibrahim Jadi Bersih Tak Pakai 'Dirty Politics'?

Getik rasanya bila mendengar raja putar alam cakap pasal politik kotor atau ‘dirty politics’ ini. Mana tidaknya, selama hari ini Anwar yang paling handal dalam bab bab politik kotor ini tapi bila video membabitkan perlakuan seks yang ada mukanya didedahkan, dia mula bercakap tentang ‘dirty politics’ pulak.

Bukanlah satu keasingan kepada kita bila Anwar menjadi dalang permainan politik kotor apabila mengaitkan sesuatu kejadian dengan kerajaan dan pemimpin BN. Tidakkah ini pada fikiran Anwar permainan politik kotor?

Nah, sekarang bila kawan baik kau sendiri berpaling dari kau, macam mana rasanya? Masih politik kotor lagikah?

Kalau nak kita imbas permainan politik kotor Anwar, terlalu banyak. Antaranya kes kematian TBH, kes kematian model wanita Mongolia, kes kematian pelajar, kes kematian Kugan, tuduhan rogol ke atas DS Rais dan pelbagai lagi. Semua ini adalah hasil permainan politik kotor Anwar.

Alih, sekarang dia nak marahkan orang kerana main politik kotor ke atas dia pulak? Padan muka, apa rasa?

Yang disebut di atas itu dengan jelas menunjukkan Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sebagai dalang seperti dibuktikan dengan pembabitan begitu ramai para peguam dan pemimpin dalam parti pembangkang di dalam kes tersebut. Sedangkan yang berlaku ke atasnya sekarang (video panas) bukan konspirasi mana-mana parti politik pun. SETERUSNYA

PANAS ! Apakah Anwar Ibrahim Akan Terlepas ?


KUALA LUMPUR 24 Mac – Semua individu yang dikaitkan dengan rakaman dan penyebaran video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang akan disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati terlibat sama.

Tindakan itu termasuk individu yang melakukan hubungan seks di dalam rakaman video tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan itu akan dijalankan oleh satu pasukan khas di peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang telah ditubuhkan.

Menurut beliau, pasukan khas itu akan mengambil keterangan daripada sesiapa sahaja yang dikenal pasti dan dapat membantu penyiasatan.

“Walaupun siasatan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah, tetapi semakan semula akan dibuat selepas semua maklumat dikumpul.

“Cuma buat masa ini, beri peluang kepada pasukan siasatan itu untuk melakukan penyiasatan mereka dengan profesional, jangan tohmah polis dan mengeluarkan pelbagai spekulasi,” katanya.utusan

Thursday, March 24, 2011

PULAK DAH ! MalaysiaKini Kaitkan Video 18SX Dengan Tun Dr Mahathir !


Laporan berita terbaru MalaysiaKini bertajuk 'Bila Dendam Tidak Dapat disembunyikan' ternyata menyerlahkan kebenaran bahawa portal berita itu memang agen pro-pembangkang. Olahan berita itu kelam kabut, hilang punca dan cuba mengaitkan apa sahaja termasuk cerita lama yang tidak relevan langsung dengan nilai moral si lelaki yang menyundal pelacur Cina tersebut.

MalaysiaKini mengaitkannya dengan cerita lama DS Rahim Tamby Chik dan sebagainya. Yang memualkan ialah MalaysiaKini cuba mengaitkan Shazryl Eskay dengan Tun Dr Mahathir! Portal berita itu menulis:-
Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.
Realitinya, Eskay begitu rapat dengan Anwar Ibrahim bukannya Dr Mahathir Mohamad! Difahamkan bahawa selepas Anwar keluar dari penjara 2004, Eskay cukup rapat dengan Anwar.
1. Eskay pernah mengikut Anwar hingga ke Oxford, England ketika AnWAR bertugas sbg pensyarah di St. Antony's College, Universiti Oxford. Ketika itu Eskay diperkenalkan kpd teman-teman PKR sebagai juru terapi fisio (physiotherapist) Anwar yang perlu mengekalkan rawatan fisio sebagai kesinambungan rawatan tulang belakangnya.

2. Sehingga Anwar pulang ke Malaysia 2005, Eskay tetap mengikut Anwar. Namun tidak ramai yang mengenali Eskay kerana kemunculan Eskay 'cukup misteri' selalunya waktu lewat senja atau malam setelah selesai program Anwar. Ketika ini diketahui Eskay mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan.

3. Eskay juga terlibat mengatur beberapa 'keperluan' Anwar yang tidak boleh disediakan oleh orang lain. Pendekata, Eskay adalah orang kepercayaan AnWAR sebelum beliau sedar hanya dipergunakan saja oleh Anwar. KLIK SINI
MalaysiaKini ternyata cuba mengalih keintiman perhubungan di antara Eskay dan Anwar Ibrahim dengan menyelit nama Dr Mahathir. Entah berapa ramai pembaca portal itu yang termakan dengan putarbelit tersebut. Pethatic!

MalaysiaKini juga melaporkan:-
Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?
Kenyataan di atas ternyata berat sebelah dan menghairankan kita semua. Sepatutnya, semua pihak termasuk MalaysiaKini menyokong penubuhan tersebut, lebih-lebih lagi jika portal itu mahu membersihkan nama Anwar Ibrahim.

Tetapi tidak.

Malah, MalaysiaKini mencari jalan lain yang sangat biasa mereka lakukan iaitu memutarbelit dan menyembunyikan fakta! Pethatic!
Rasa-rasanya, jangka hayat portal MalaysiaKini ini pun tak lama dah!

Monday, March 21, 2011

PANAS ! Hadi Awang PAS Tak Berani Kempen Di Pilihanraya Sarawak?

Artikel ini sangat ringkas.

Kelmarin Presiden PAS, Hadi Awang PAS telah membuat pengumuman bahawa beliau konfiden dengan peluang parti pembangkang semasa pilihanraya Sarawak ke-10.

Mungkin Hadi Awang sudah terlupa kerana sebelum ini beliau juga pernah konfiden. Beliau lupa tetapi rakyat Sarawak pasti tidak akan dapat melupakan penghinaan yang dilontarkan oleh Hadi Awang dan PAS terhadap mereka !

Pada 11 Julai 2009, ketika berkempen dalam pilihanraya kecil di Manek Urai, Hadi Awang pernah berkata :-

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi.

Saya 'bukan' nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," (baca sini)
.


Ini satu penghinaan kepada orang Sarawak !!

MiM sarankan kepada Hadi Awang supaya menjauhi diri dari pilihanraya negeri Sarawak ini. Bisa dan hinanya masih terasa serta mencengkam hati rakyat Sarawak !!

MALU ! Anwar Perlekeh PAS 'Kasta Paling Rendah' Dalam Pakatan Rakyat !!


Tahniah kepada PAS Kelantan kerana telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya betul tanggapan kami bahawa “PAS adalah keldai” kepada PKR dan DAP di dalam hubungan terlarang,

Pakatan Haram! Ini adalah memandangkan kepada keputusan PAS Kelantan untuk mengkaji semula keputusan Kerajaan PAS itu tentang pengharaman judi loteri di negeri “Serambi Maksiat” itu.


Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di”belasah” oleh Anwar Ibrahim dan DAP.


Anwar dan beberapa pemimpin DAP mengkritik keras keputusan PAS Kelantan kerana mengharamkan judi loteri di negeri itu dan meminta Nik Aziz supaya merujuk kepadanya dan DAP sebelum membuat apa-apa keputusan di negeri yang dijajah oleh Pakatan Rakyat.

Yang menariknya, kritikan itu dibuat Anwar dihadapan beberapa pemimpin PAS dan DAP pada satu sidang akhbar. Lebih menarik lagi, pak-pak lebai PAS yang ada bersama Anwar ketika itu hanya “bisu seribu bahasa”, bak “lembu di cucuk hidung” pula, mereka hanya mengiyakan kata-kata Anwar itu.

Pelik bin ajaib apabila sesuatu yang sangat bersangkutan dengan hukum Islam perlu dirujuk kepada DAP terlebih dahulu. Perkara tentang Islam perlu dirujuk kepada mereka-mereka yang menolak Islam secara total? Nampaknya Anwar sememangnya lebih sayangkan DAP berbanding PAS.

Insiden ini jelas menunjukkan Pakatan Haram “jadah” ini mengamalkan sistem “kasta” di dalam pakatan mereka. PKR dan DAP tentunya berada di kasta paling atas dan mulia. Manakala PAS yang terkenal dengan “tidur atas jalan sambil pegang bendera” itu mungkin berada di kasta paling hina! SETERUSNYA

Sunday, March 20, 2011

PANAS ! Mahfuz Omar Buat Lawak Tentang JingGay !

Mahfuz Omar buat lawak lagi! Beliau berkata :
"Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya."
Nampaknya, Mahfuz Omar dan pemimin-pemimpin Pakatan Rakyat masih mahu cuba mempertahankan Buku Jingga atau Buku JingGay walau pun rakyat sudah tahu bahawa buku tersebut bakal membawa bencana kepada rakyat dan negara Malaysia jika dilaksanakan.

MiM telah menulis mengenai kemusnahan dan kebangkrapan yang bakal ditanggung oleh kita semua. Rujuk di bawah :-

Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK.


Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)! SETERUSNYA

UPDATED ! EKSKLUSIF Kenyataan Mukhriz Mahathir Sangkal Dakwaan Lim Guan Eng DAP !


Sebelum ini penulis telah menulis satu artikel yang mendedahkan putar belit Lim Guan Eng semasa beliau memberi ucapan sebelum konsert Ning Baizura di Pulau Pinang. Di antaranya :-

Di dalam ucapan, Lim Guan Eng langsung tidak berterima kasih kepada kerajaan BN Persekutuan, malah telah berbohong dengan menyelit agensi MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai agensi kerajaan Lim Guan Eng, tanpa mengaitkannya dengan agensi kerajaan BN persekutuan.


Lim Guan Eng berkata :-
Kejayaan ini adalah berkat usaha keras daripada semua pihak termasuk 1.6 juta rakyat Pulau Pinang yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada kepimpinan kerajaan negeri dan juga semua agensi kerajaan negeri yang terlibat khususnya MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (KPAI). KLIK SINI
Penulis telah menghubungi Dato' Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri untuk mengetahui status MIDA dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Pulau Pinang.

Menurut beliau, MIDA dan KPAI bukanlah agensi kerajaan negeri tetapi merupakan agensi kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan. MIDA dan KPAI kerajaan BN Persekutuan ini pula merupakan agensi yang paling banyak berjasa membawa masuk pelaburan ke negeri Pulau Pinang!

Malah menurut Mukhriz Mahathir, peningkatan 5 kali ganda nilai pelaburan Pulau Pinang pada tahun 2010 memang telah dijangka memandangkan krisis ekonomi dunia dan negara yang semakin pulih selepas tahun 2009. Dan tugas menarik pelaburan luar negeri telah berjaya dilaksanakan oleh agensi kerajaan BN Persekutuan!

Kenyataan Mukhriz Mahathir itu ternyata menafikan kenyataan Lim Guan Eng.

Putar belit Lim Guan Eng secara terang-terangan ini sungguh memualkan ! Beliau sanggup mempermain-mainkan rakyat Pulau Pinang dan percaya rakyat akan percaya dengan putarbelit beliau ! Sungguh memuakkan !


p/s : Dato' Mukhriz Mahathir akan membuat kenyataan sambungan selepas ini.

Walkabout - Melayu Kembali Sokong BN !!



Walkabout - Melayu Kembali Sokong BN KLIK SINI

Saturday, March 19, 2011

GEMPAR ! Blogger Pakatan Rakyat Mengigil Takut Kerana Menghina Memfitnah!


Seorang blogger hingusan Pakatan Rakyat telah tahan dibawah akta hasutan olek pihak Polis dan MCMM. Di fahamkan blogger yang baru berjinak dan mentah dalam alam blog ini di tahan berkemungkinan kerana menghina Sultan Selangor di dalam blog beliau (rujuk di atas).

Sila rujuk blogger tersohor Pulau Pinang iaitu Media Permatang Pauh KLIK SINI


Di bawah adalah blogger yang di tahan :-


Dan jika dirujuk blog blogger hingusan Pakatan Rakyat itu, beliau sangat 'berminat' untuk mengeluarkan artikel-artikel kontroversi hentam sembrono tanpa rujukan dan bukti.


Dan sekarang, blogger Pakatan Rakyat ini mendapat 'habuan' beliau kerana suka berbohong dan menabur fitnah! Baru nak bertatih tetapi dah terkantoi! Padan muka! Sendiri buat sendiri tanggung!

Dengar kata, ada lagi blogger Pakatan Rakyat yang akan dapat 'habuan' yang sama. Siapa ya? Ringkasan - Baru-baru ini blogger itu telah mengeluarkan foto kontroversi. Siapa itu ya?

Dan tak guna jika blogger ini delete artikel tersebut kerana ramai yang sudah save dan disimpan. Dan blogger Media Permatang Pauh pun ada foto brader tu!! Awas!

Friday, March 18, 2011

PANAS ! Anwar Ibrahim Dah Kibar Bendera Putih Di Sarawak !


Selain daripada pergelutan memilih dan meminta kerusi pilihanraya, pakatan rakyat dari awal-awal lagi telah memasang alasan murahan jika mereka kalah di Sarawak. Mereka menuntut supaya tempoh berkempen dipanjangkan hingga 21 hari kononnya disebabkan oleh faktor geografi Sarawak.

Padahal, secara logiknya, rakyat Sarawak hanya perlu menilai kekuatan dan sumbangan yang telah diperjuangkan selama ini oleh parti-parti yang bakal bertanding kelak. Malah, track record kecemerlangan parti politik tersebut juga merupakan bukti kukuh keberkesanan parti tersebut untuk menerajui negeri tersebut di masa hadapan. SETERUSNYA

KANTOI ! Foto Berahi Superimposed Ketua UMNO Gombak?

KANTOI ! FOTO BERAHI KETUA UMNO GOMBAK ADALAH FOTO SUPERIMPOSED !!! KANTOI !

RUJUK DI BAWAH DAN PERHATIKAN KEABNORMALAN FOTO DAN WAJAH KETUA UMNO GOMBAK !

PEMBANGKANG DAN SIBER PRO-PEMBANGKANG MEMANG PENIPU DAN MENYEBAR FITNAH?






Thursday, March 17, 2011

MalaysiaKini & Rakan Anwar Ibrahim Bakal Bangkrap !

Padan muka..!!! Malaysiakini & Baginda Minda disaman Umi Hafilda kerana artikel fitnah.

Ummi Hafilda Ali memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli PKR Nor Azman Abdullah @ Beginda A/K Minda dan juga Malaysiakini berhubung artikel fitnah yang disiarkan 15/03.




Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang
Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Beginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Beginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Beginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Beginda telah digunakan oleh pihak peguambela Anwar untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.


Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka politik mereka sendiri.


Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Beginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.


Baginda merupakan agen anwar yang dibayar oleh Azmin. Manakala Malaysiakini dikhabarkan portal yang menerima bantuan dari Kumpulan Yahudi.Kini Ummi lebih serius dalam fokusnya membenamkan anwar dan kuncu-kuncunya - FB Anti-PKR Club

Kes Liwat Anwar Ibrahim : Kejadian Di Kondo Unit 11-5-1, 26 Jun 2008 Semakin Jelas

Keterangan saksi terakhir pendakwa, Supritendan Judy Blacious Pereira, Pegawai Penyiasat kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam seumpama bermain jigsaw puzzles, satu persatu bahan bukti dicantumkan untuk mendapatkan satu gambaran sebenar yang semakin jelas.

Semuanya berlaku di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damasara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, sebuah kondo mewah milik sahabat baik Anwar, Hasanuddin Abdul Hamid pada 26 Jun 2008.

Di kondo mewah yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan itu, Hassanuddin memiliki dua unit iaitu di 1152 yang diberikan kepada Anwar untuk mesyuarat sulit, manakala unit 1151 juga diberikan kepada Anwar sebagai tempat berehat – rumah tamu.

12 – 2.00 Petang, 26 Jun 2008 – Mesyuarat Anwar Bersama VIP Di 1152

Pada pagi 26 Jun 2006, jam 10.30 pagi Anwar mengingatkan Mohd Saiful supaya hadir ke Kondominium Desa Damansara, pada jam 2.15 petang kerana di antara jam 12 tengahari hingga 2.00 petang, Ketua Umum PKR itu mempunyai mesyuarat sulit dengan VIP di Unit 1152.

Tujuan Anwar arahkan Mohd Saiful ke sana untuk berbincang jadual kerja secara peribadi di antara Ketua Umum PKR dengan Pembantu Sulitnya itu.

Mohd Yusof : Jika diingatkan apakah Anwar beritahu (kepada anda) pada 26 Jun 2008, jam 10.30 pagi ?

Saiful : Anwar ingatkan saya kembali untuk datang ke kondo tersebut dan kedua beritahu tentang mesyuarat dengan Prof. Ariff pada jam 12 di Kondo Desa Damansara di rumah En Hassanuddin.

Mohd Yusof : Kondo di mana?

Saiful : Unit lain 1152

Mohd Yusof : Anwar ada beritahu kenapa beliau mahu kamu ke sana?

Saiful : Ada. Untuk bincang jadual kerja

Mohd Yusof : Anwar akan berada di sana ?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Pukul berapa kamu diberitahu patut berada di sana ?

Saiful : Sepertinya 2.15 petang

Pegawai Penyiasat, Supritendan Pereira dua hari lepas telah membuat pengecaman ke atas pemilik kondominium itu, Hasanuddin Abdul Hamid, turut dikenalpasti juga ahli-ahli mesyuarat sulit Anwar bersama Prof. Ariff.

Prof. Ariff atau nama sebenarnya Profesor Datuk Dr. Mohd. Arif Mohd. Karim (bekas Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia -MIER). Turut bersamanya, Nik Mahmood Nik Hassan (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR), Omar Malik Merican (bekas Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia), Datuk Nik Mohd. Sidek Nik Abu Bakar (ahli korporat)

2.45 – 4.30 Petang, 26 Jun 2008 – Mesyuarat Sulit Anwar Bersama Saiful Di 1151

Sebagai justifikasi membolehkan Mohd Saiful keluar dari pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, PJ, Anwar mungkin menelefon ketua Staff, Ibrahim Yaakub supaya membenarkan Mohd Saiful menghantar dokumen kepadanya di kondo tersebut.

Mohd Saiful bertolak dari Pejabat Ketua Umum, PJ pada pukul 1. 45 petang. Sebelum itu, Ibrahim Yaakub mengirimkan satu dokumen kepadanya untuk diserahkan kepada Anwar.

Mohd Saiful sepatutnya sampai ke kondo itu pada jam 2.15 petang, tetapi hari itu dia sampai lewat, kira-kira jam 2.45 petang.

Mohd Yusof : Pukul berapa tinggalkan pejabat (Seksyen 16, PJ) ?

Saiful : Saya bertolak lebih kurang 1.45 petang

Mohd Yusof : Masa kamu tinggalkan pejabat, adakah kamu berlenggang atau ada bawa apa-apa ?

Saiful : Bawa satu dokumen yang saya tak pasti (isi kandungannya) tetapi diserahkan oleh ketua staff, En. Ibrahim Yaacob untuk diserahkan kepada Anwar.

Mohd Yusof : Pukul berapa lebih kurang smpai ke kondo?

Saiful : Lebih kurang jam 2.45 petang

Saiful Berselisih Dengan Seorang Lelaki


Setelah sampai di Kondo itu, ketika keluar lif di Tingkat 5, Mohd Saiful berselisih dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang baru sahaja keluar dari Unit 1152.

Saiful : Dari pintu lif saya ke tingkat 5.

Mohd Yusof : Keluar lif?

Saiful : Ya

Mohd Yusof : Unit ini di mana bila keluar lif, pergi kanan atau kiri?

Saiful : Keluar lif pergi ke kanan

Mohd Yusof : Masa keluar apa terjadi?

Saiful : Saya berselisih dengan seseorang

Mohd Yusof : Dari pintu lif dengan orang itu berapa jauh?

Saiful : Pada masa itu orang itu baru keluar dari unit En Hassanuddin, dan berselisih dalam perjalanan.

Mohd Yusof : Kenal dengan orang yang berselisih?

Saiful : Tidak kenal

Mohd Yusof : Lelaki atau perempuan?

Saiful : Lelaki

Terdapat satu sumber yang mengatakan lelaki yang berselisih dengan Mohd Saiful itu adalah Prof Dr Mohamed Ariff yang baru keluar dari Unit 1152.

Hal ini diperkukuhkan lagi apabila Prof Dr Mohamed Ariff membayar peguam peribadi, Kailesh untuk mengikuti prosiding kes liwat itu kerana dibimbangi Anwar akan memanipusi namanya sebagai alibi, sedangkan, ketika Mohd Saiful sampai ke kondo itu, beliau hanya berselisih dalam perjalanan.

Kalau benar maklumat itu bermakna, Mohd Saiful keluar lif menuju ke Unit 1151, dalam masa sama, Prof Dr Mohamed Ariff keluar dari Unit 1152 menuju ke lif. Mereka dikatakan berselisih di perjalanan. SETERUSNYA.

Rakan Anwar Ibrahim tahu ke 'Tanda Lahir' Ummi Hafilda Atau Sekadar Fantasi Syok Sendiri?

'Tepukan gemuruh' perlu diperlukan kepada Anwar Ibrahim kerana memperalatkan kembali Beginda Minda untuk menyelamatkan karier politik beliau. Inilah persepsi pemerhati politik apabila melihat perkembangan terbaru politik negara.

Entah dari mana munculnya, Beginda Minda begitu riuh sekali mengendangkan fitnah bahawa beliau pernah mengadakan hubungan seks dengan Ummi Hafilda.


Kenapa MiM kata 'tepukan gemuruh' kepada Anwar Ibrahim?

Pertama, Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan ketakutan beliau menghadapi bekas-bekas rakan yang rapat dengan beliau seperti Ummi Hafilda. Sebaliknya, Anwar menggunakan orang ketiga untuk mempertahankan diri beliau. Sungguh pelik tetapi itulah tektik Anwar Ibrahim.

Dan sekarang, Baginda Minda itu terpaksa untuk menjawab cabaran Ummi Hafilda Ali kerana telah menfitnah beliau mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda. Ummi mencabar Begenda supaya memberitahu di mana 'birthmark' Ummi jika beliau betul pernah mengadakan hubungan dengan Ummi.

Dan seperti yang kita ketahui,
ahli perniagaan itu mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan “skandal” wanita . Ya la tu!!

Contoh birthmark.

Kedua, kehadiran Beginda Minda pada masa ini juga menimbulkan banyak persoalan. Tetapi MiM berpendapat bahawa kemunculan 'penyelamat' Anwar Ibrahim itu ada kena mengena dengan pilihanraya Sarawak yang bakal menjelma.

Kemunculan Beginda seolah-olah untuk menutup mulut atau antagonis kepada Ummi Hafilda yang berkemungkinan besar turut akan aktif memberi ceramah semasa Pilihanraya Sarawak yang akan diadakan telah lagi.

Mungkin kerana Anwar Ibrahim sudah terasa bahang dan keresahan yang amat sangat semasa beliau terpaksa berdepan dengan ceramah Ummi semasa pilihanraya kecil yang lepas!

Ahli perniagaan, Beginda Minda
pernah menggunakan nama Islam iaitu Noor Azman Abdullah semasa beliau bersama Dato Sng Chee Hua dan melalui perhubungan tersebut maka contact perniagaan berlaku dengan Ummi Hafilda.

Wednesday, March 16, 2011

PANAS ! DAP CUBA TEKTIK ANWAR IBRAHIM - UMPAN & PAKSA !!

Seperti yang kita ketahui, parti DAP begitu sukar untuk mendapat sokongan orang Melayu di Pulau Pinang terutamanya apabila DAP bertindak pilih kasih serta menganaktirikan orang Melayu Pulau Pinang.

Walau pun sebagai Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga gagal untuk mempertahan maruah orang Melayu apabila Melayu diperlekehkan di dalam naskah 'My Balik Pulau' dan banyak lagi. Dek kerana itu, Lim Guan Eng cuba menggunakan kaedah lain yang halus tetapi sebenarnya baunya begitu busuk dan dapat dibaca oleh kita semua.

Kealpaan Melayu cuba di uji dengan mengadakan konsert Ning Baizura yang bersyaratkan kad pengenalan sebagai 'tiket' untuk konsert tersebut.


MiM difahamkan juga bahawa kerajaan Lim Guan Eng DAP telah menggunakan politik sogokan yang berselindung atas nama sumbangan sempena sambutan Maulidul Rasul dan sasaran DAP ialah guru-guru Kafa.

Perkara itu terbongkar apabila beberapa guru Kafa telah tampik ke hadapan untuk mendedahkan permainan politik DAP. Rujuk surat pekeliling di bawah :-


Di dalam sura t itu jelas menyatakan, kedatangan adalah wajibkan dan sedikit sumbangan khas akan disampaikan sempena Maulidul Rasul tetapi jika sesiapa yang gagal hadir maka mereka tidak boleh menuntut sumbangan berkenaan.


Realitinya, guru-gur Kafa berasa amat tersinggung dengan tindakan DAP mewajib@memaksa guru-guru Kafa ini supaya hadir dan menyediakan sumbangan sebagai umpan untuk mereka menghadirkan diri

Mereka menganggapnya sebagai umpan kerana jika sumbangan tersebut ikhlas daripada kerajaan DAP Pulau Pinang, maka sumbangan itu sepatutnya diberikan kepada semua guru berkenaan tanpa syarat.

Umpan dan permainan politik Lim Guan Eng itu jelas memperlihatkan bagaimana wang digunakan kerajaan Dap untuk memancing sokongan orang Melayu. Pethatic!

Dan MiM sangka hanya Anwar Ibrahim sahaja yang menggunakan kaedah umpan seperti membelikan seluar dan seluar dalam untuk Saiful Bukhari serta memaksa Saiful untuk memuaskan nafsu beliau. Rupa-rupanya, DAP juga pandai tektik 'memaksa dan memberi umpan'.

SERAM ! Anwar Ibrahim Di samakan Dengan .......


Peringkat pertama yang akan dilakukan oleh iblis untuk menyesatkan manusia ialah dengan cara menimbulkan ‘keraguan’ atau ‘doubts’ dalam hati anak Adam. Apabila kita sudah ragu dengan apa yang kita buat seperti ragu dalam mengangkat takbir ketika sembahyang, maka sembahyang kita akan dikira batal.

Kalau kita makan, apabila timbul dalam hati kita persoalan mengenai halal atau tidak makanan yang ingin dimakan, maka ketika itu haramlah makanan yang kita makan. Inilah kerja iblis laknatullah iaitu cuba menyesatkan manusia dengan sentiasa meletakkan rasa ragu atau was-was di dalam hati kita.

Inilah pendekatan yang dilakukan oleh Anwar dalam usaha menyelamatkan dirinya dari terbelit dengan kehinaan dan kesalahan.

Fakta baginya tidak penting. Apa yang penting baginya ialah lemparkan sebanyak mungkin isu dan pelbagai tuduhan kepada masyarakat umum asalkan timbul ‘keraguan’ dalam pemikiran rakyat terhadap segala apa yang sedang diadili di mahkamah hari ini.

Apabila rasa ragu dapat diwujudkan, maka berjayalah iblis merosakkan seluruh pemikiran masyarakat dengan debat, persoalan dan kemusykilan yang berpanjangan.

Bagaimana bijaknya iblis menimbulkan keraguan dan merosakkan pemikiran anak Adam, begitulah hebatnya Anwar menimbulkan keraguan dan merosakkan pemikiran rakyat Malaysia.

Iblis pun menyanyikan lagu ‘headwind’ untuk Anwar: ‘Kita serupa”. SETERUSNYA

Tuesday, March 15, 2011

SAH ! Anwar & Co. Guna Kepala Lutut !


Dengan segala janji-janji manis tidak berpaksikan kepada fakta yang dipaparkan di dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, negara bakal mengalami hutang pada tahun pertama sebanyak RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK.

Ianya termasuk untuk menampung keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

PAda tahun kedua pula, Pakatan Rakyat terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua !!

Sungguh mengerikan !!

Di antara janji kosong dan tidak praktikal Pakatan Rakyat ialah meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan. Tindakan itu sahaja menyebabkan kerajaan termasuk menanggung kos minima RM93.9 bilion setahun!

Rujuk di bawah :-
Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah.

Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion.

Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion) !



Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK.



Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)! SETERUSNYA

Monday, March 14, 2011

KURANG AJAR ! AZAN SUBUH SEPERTI PESAN MEE WANTAN!!

Anda kenal celaka ini?

MiM sangat marah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang bangsa Cina yang dikenali sebagai directorhuangdao yang menghina azan di dalam youtube beliau!


Rujuk video di dalam youtube :-



Jika merujuk kepada komentar video tersebut, antara terjemahan yang diperkatakan di dalam video :

""Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orang hendak memesan mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, hendak kuih pau besar pula!""

Sehingga ke hari ini, lebih daripada 66,000 orang telah menonton video yang berbau penghinaan kepada agama Islam itu.

MiM mengharapkan agar pihak-pihak berkuasa supaya dapat menyiasat isu ini dengan kadar segera.

Tangkap orang ini dan bawa dia ke muka pengadilan!!

MESTI BACA ! Kenapa Buku Jingga Sekadar Buku JingGay ?


Penulis tertarik dengan penjelasan ilmiah yang ditulis oleh Dato Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud tentang konsep Buku Jingga Pakatan Rakyat yang retorik, tidak berlandaskan kepada penelitian ekonomi yang masuk akal dan tidak praktikal serta bakal membangkrapkan negara.

Penulis ambil contoh mudah : PKR berjanji akan menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa banda. DAP Pulau Pinang pernah menjanjikan Wifi percuma. Tetapi realitinya, setelah 3 tahun memerintah, DAP dan Pakatan Rakyat masih gagal menunaikan janji tersebut.

Begitu juga dengan janji melupuskan tol Sungai Nyior. Sehingga ke hari ini, DAP Pulau Pinang masih gagal menunaikan janji mereka padahal sebelum PRU-12 yang lepas, mereka sendiri berdemonstrasi menuntut kerajaan Pulau Pinang melupuskan tol di sana.

Untuk pengetahuan pembaca, tulisan Abdul Rahman sangat panjang tetapi penuh dengan fakta-fakta yang mesti kita tahu. So, take your time. Fahami segala faktanya hingga ke penghujungnya dan anda akan mengangguk setuju dengan pandangan penulis.

Baca di bawah :-
Setiap parti akan cuba sedaya upaya untuk mendapat pulangan politik terhadap apa saja yang mereka lakukan. Itu tidak salah kerana itulah lumrah politik. Tetapi dalam hal ini PR sepatutnya belajar daripada BN.

Contohnya dalam dokumen Model Ekonomi Baru yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, tidak ada satu ayat pun yang memperlekehkan pembangkang.

Semuanya ditulis dengan rasa keinsafan dan kesedaran bahawa Model Ekonomi Baru adalah milik semua rakyat Malaysia, tidak kira apa pegangan politik mereka. BN menyedari bahawa untuk Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan berjaya, semua rakyat Malaysia termasuk yang menyokong BN dan PR perlu menerimanya.

Sebab itu, adalah penting untuk PR menyedari bahawa untuk berjaya, Buku Jingga juga perlu memenangi majoriti hati rakyat termasuk penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.

Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan ialah cara ianya dirancang. Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dirancang oleh BN setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada rakyat melalui beberapa siri interaksi dan perhubungan dengan mereka.

Antara lainnya ialah:


· 190,152 respon daripada orang awam melalui SMS
· 20,000 pengunjung bengkel-bengkel awam (public workshop)
· 24,719 respon daripada kajian on-line (on-line polls)
· 900 ahli makmal yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pakar-pakar industri dan NGO
· 6,213 respon dari orang awam secara bertulis
· dan 26,000 pengunjung Hari Terbuka (open days) PEMANDU mengenai Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Setelah mendengar dan mengambil kira respon dan pandangan orang awam, barulah kerajaan BN membuat “endorsement” terhadap Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Buku Jingga pula, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pandangan umum sebelum ianya digubal. Mungkin sebab itulah rakyat kurang merasai potensi Buku Jingga ini.

Selain itu, satu lagi perbezaan ketara antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan BN ialah pendekatan masing-masing dalam usaha memacu ekonomi negara.

BN meletakkan sektor swasta sebagai “driver” kepada ekonomi negara (Private sector driven - contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

BN meletakkan sektor swasta sebagai “driver” kepada ekonomi negara (Private sector driven - contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

Apapun, saya teruskan tulisan ini dengan analisa saya terhadap Buku Jingga. Saya ucapkan terimakasih kepada MOF, EPU dan PEMANDU yang telah banyak memberi pandangan dan input kepada saya.

Buku Jingga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah 10 janji yang akan diimplementasikan dalam masa 100 hari PKR menjadi kerajaan persekutuan dan kategori kedua ialah 39 janji dibawah tajuk “Dasar Bersama” atau “Common Policy”.

Saya akan memberi keutamaan dan menjawab janji-janji berkenaan ekonomi dahulu kerana ianya mempunyai kesan dan implikasi yang besar kepada ekonomi negara. Janji-janji tiada kaitan dengan ekonomi secara langsung akan saya jawab pada posting yang akan datang dalam blog ini.

Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.

Antara lain:

· Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
· pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
· menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
· meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
· penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
· menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%

(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara

– Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan

– Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%.

Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China).

Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).


Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah.

Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).

(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru

– Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).

Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)

(4) Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar

– Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.

(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% – Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai “starting point” untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

· Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah

· Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah

· Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah

· Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah

· Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah

· Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut.

Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.


Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.


Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!

Nota:

(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan “penjimatan” RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).

Jawapan saya ialah penjimatan itu tidak akan dirasai oleh rakyat kerana besar kemungkinan IPP akan memindahkan kos mereka kepada pengguna elektrik dalam bentuk bil elektrik yang tinggi. Kita perlu ingat bahawa sebahagian daripada subsidi RM19 billion itu adalah untuk mengurangkan kos IPP agar kos sebenar elektrik tidak tinggi.

Begitu juga dengan kenyataan Buku Jingga bahawa mereka akan memastikan ketirisan tidak berlaku. Mereka mendakwa mereka boleh menjimatkan ketirisan sebanyak RM28 billion.

Untuk makluman, jumlah RM28 billion tidak ada dalam lapuran Ketua Audit negara. Saya sendiri telah bertanya kepada Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara dan beliau mengesahkan tidak pernah mengatakan ada ketirisan RM28 billion SETERUSNYA

ARTIKEL TOP MINGGU INI.