
Apahalnya dengan Nik Aziz Nik Mat ni? Beliau 'tidak halal'kan kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau.
Apakah beliau mahu mempertikaikan ketentuan Qada & Qadar?
Apakah beliau tidak tahu bahawa manusia hanya merancang tetapi Allah swt yang menentukan segalanya?
Buatlah apa sahaja tetapi jika Allah swt tidak mengizinkan, maka BN akan kalah tetapi Allah swt telah mengizinkan kemenangan BN di Kerdau dan Merlimau.
Malah, sikap Nik Aziz yang mempertikai kebijaksanaan pengundi di Merlimau dan Kerdau untuk memilih wakil rakyat mereka, sudah pasti akan tertempelak ke muka beliau sendiri. Rakyat tentu akan berasa muak dengan tohmahan Nik Aziz.
Mereka tentu tertanya-tanya, "apakah kami ni bodoh sangat untuk menggunakan hak kami dengan kebaikan kami?".
Nik Aziz perlu kurangkan cakap-cakap beliau. Jika tidak, lebih ramai lagi rakyat yang bertambah mual terhadap beliau dan kemualan ini bakal menjadi liabiliti terhadap parti PAS secara keseluruhannya!
Rujuk laporan berita di bawah :-
KOTA BAHARU, 7 Mac (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau "tidak halal" kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan DUN Kerdau, Pahang semalam kerana mendakwa jentera kerajaan bersikap berat sebelah.
Meskipun terpaksa akur dengan keputusan itu, Menteri Besar Kelantan itu, mendakwa kekalahan PAS adalah disebabkan kesemua jentera kerajaan termasuk media perdana berpihak kepada BN.
Malah, menurutnya beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil itu disifatkannya sebagai berat sebelah.
"Sebagai pemimpin PAS, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang menyalahgunakan kuasa, saya tak halal dunia akhirat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari Isnin.

4 comments:
siapa agaknya nik ajis yang hendak mengharamkn keputusan pilihan raya tersebut ? Nik Ajis perlu sedar ianya ketentuan illahi. Hai.. takkn yg bertitle tok guru pun tak tau dan n.ajis and the group kene betul2 buat SOUL searching.Bila menang bersyukur tapi bila kalah menentang ALLAH. Betul2 tak faham orang TUA yang berperangai mcm ni.
Kalau dibiarkan orang tua ni malalut takut akhirnya mengaku TUHAN pula akhirnya..cukup-cukuplah tu janganlah nak buat kerja TUHAN... tadbirlah Kelantan tu selagi ada kuasa dan nyawa yang dipinjamKAN oleh ALLAH swt...
Jangan peduli orang SIAM nih ...
Kalau kalah aje mula ler nak salah orang lain. Pada orang SIAM nih pilihanraya adil cuma bila PAS menang !!
http://al-kaedah.blogspot.com/2011/03/namewee-harumkan-dap-tapi-chow-xiao-wei.html
suspek anti islam? cuba tengok kesan padam pada suratnya!
Post a Comment