Di sini MiM sertakan laporan perbelanjaan kerajaan negeri Pahang pada tahun 1980 hingga tahun 2010.

Jika kita perhatikan, memang benar negeri Pahang mengalami defisit perbelanjaan sejak tahun 1999 tetapi defisit tersebut berasaskan kepada perbelanjaan anggaran sahaja!
Dan sejak 13 tahun yang lalu, hanya pada tahun 2008 dan 2009 sahaja negeri Pahang mengalami defisit yang sebenar . Yang selebihnya adalah surplus.
Kepada Tuan Ibrahim, tak usah perbodohkan diri itu. Cuba lihat nilai di kotak ke-8 dan bandingkannya dengan nilai di kotak 9.

Contoh, tahun 2007 - defisit kepada anggaran ialah RM12,441,720 tetapi yang sebenarnya ialah surplus sebanyak RM18,129,377.
Tuan Ibrahim sebenarnya tidak arif tentang bab ekonomi. Beliau gagal untuk membezakan di antara defisit yang merujuk kepada anggaran dan yang sebenarnya. Sungguh memalukan!
Jika difikirkan, bagus juga beliau tidak menjadi calon PAS di Kerdau, buat menyemak sahaja!

1 comment:
Dari 1980-2010 masih anggaran, mana laporan audit dari Jab Audit. Gile ape
Post a Comment