NEW! JOIN Dr MiM!


RECOMMENDED NEWS

Tuesday, May 31, 2011

MESTI BACA ! Perkara Yang Mesti Tahu Tentang Tarif TNB !


MiM terpanggil untuk menulis tentang TNB. MiM setuju atau tidak?

Jika merujuk kepada kenyataan TNB : Pengguna Domestik / Kediaman:

- Tiada kenaikan tarif bagi penggunaan bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah (Lifeline Band). Kadar ini masih dikekalkan pada paras subsidi 21.8 sen/kWj sejak tahun 1997 lagi.

- Pengguna dengan penggunaan 300kWj sebulan dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif.

- Dengan ini,
tiada kenaikan tarif kepada 75% pengguna kediaman(4.4 juta pengguna);

- Tiada kenaikan tarif kepada Jaluran Penggunaan Asas (Lifeline Band) (3.3 juta pengguna)

- Tiada kenaikan tarif kepada jaluran 201 - 300kWj (1.1 juta pengguna)


Jika merujuk kepada statistik-statistik di atas, isu kenaikan tarif elektrik sepatutnya dapat diterima oleh rakyat. Persoalannya, apakah rakyat peduli sama ada TNB terpaksa menanggung kenaikan operating yang berdasarkan kepada kenaikan bahan api seperti gas dan arang batu?

Inilah persoalan asas yang perlu difikirkan apabila kita membincangkan tentang kenaikan tarif elektrik oleh TNB.

Video : Kenaikan tarif tahun 2008

TNB menyumbang 55% daripada total kapasiti industri melalui aset logi termal dan 3 skim hydroelektrik utama di Semenanjung Malaysia. Dan mereka akan menaikkan harga purata tarif elektrik akan meningkat sebanyak 7.12 peratus atau pun 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj berkuat kuasa 1 Jun.

Alasan yang diberi ialah kenaikan harga gas daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU berkuat kuasa 1 Jun. Begitu juga harga arang batu yang dikatakan meningkat sebanyak US$35.

1. Apakah TNB tidak membeli dan mempunyai simpanan gas dan arang batu untuk penjanaan sebelum 1 Jun 2011?

2. Jika ada, di manakah rasionalnya tarif dinaikkan jika TNB masih mempunyai simpanan gas yang dibeli dengan harga lama?

3. MiM juga ingin bertanya, apakah TNB masih menghantar bil melalui pos?

Jika ya, MiM berpendapat bahawa TNB dapat mengurangkan kos operating jika TNB menggunapakai cara lama mereka iaitu menghantar bil direct terus oleh pembaca meter yang datang ke rumah atau premis.

Dengan cara ini, TNB tidak perlu lagi membayar kos untuk mengpos bil-bil elektrik.


4. Jika merujuk kepada laporan akhbar, TNB tidak menyebutkan tentang satu isu besar yang dihadapi oleh syarikat tersebut iaitu kekurangan bekalan gas. MiM tidak faham kenapa tetapi bekalan gas yang tidak menentu dan tidak mencukupi merupakan salah satu faktor yang sangat dirisaukan oleh TNB.

Malah, pengeluaran elektrik oleh penjana kuasa yang menggunakan gas telah jatuh dengan signifikan sebanyak 20.4% pada 2nd suku jika di bandingkan dengan 1st suku FY2011.



5. Bagaimana pula dengan status 3 loji bakar dengan keupayaaan berjumlah 4,950 MW yang dikendalikan oleh syarikat jana bebas (IPP) yang juga dimiliki TNB?

Apakah logi tersebut tidak menikmati harga bahan bakar yang lebih rendah daripada harga semasa?



Walaubagaimana pun, isu kenaikan tarif elektrik sudah pasti akan dijadikan peluru untuk menghentam kerajaan BN. Persoalannya,

Apakah pemegang-pemegang saham ini peduli jika BN diburuk-burukkan dan dihentam oleh parti pembangkang? Apakah mereka akan simpati jika BN kalah PRU13 nanti?

Apa pun, MiM berharap agar penerangan diberikan secukup-cukupnya oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Jangan hanya mengharapkan media perdana sahaja sama seperti isu-isu kontroversi lain yang menyentap hati rakyat.

Begitu juga dengan pemantauan harga-harga barang keperluan rakyat yang mungkin akan dinaikkan oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab mengeksploitasikan isu tarif baru ini.

11 komentar:

  • TUKANG URUT says:
    May 31, 2011 8:08 AM

    Berapa pulak tarif undi BN akan hilang disebabkan kenaikan tarif letrik..itupun kena ambil kira..

    Punca rakyat keliru kerana tiada penerangan secukupnya,BN hanya sibuk berceramah isu buntut Anwar,,

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 9:15 AM

    Kenaikan tarif utk menaikkan keuntungan TNB menunjukkan -

    Kesengsaraan Rakyat DiUtamakan ?

    Sepatutnya tiada kenaikan tarif kepada Rakyat biasa.

    Nani PJ

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 10:05 AM

    Mengapa TNB enggan membenarkan pihak ketiga menguji meter eletrik mereka dan adakah meter eletrik yang dipasang di rumah kita benar-benar tepat atau menyebelahi TNB..fikirlah

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 10:06 AM

    secara langsung atau tidak. semua rakyat akan kene tempias kenaikan tarif elektrik. modal peniaga utk naikkan harga brg & pkhmtn.

    tggu plak bila TNB umum untung juta juta

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 11:09 AM

    KEIMPULANNYA , KERAJAAN BN PERLU DI GANTI DGN KERAJAAN YG LEBIH BIJAK MENGURUSKAN EKONOMI... TIDAK RASUAH DAN TIDAK SAPU DUIT RAKYAT.

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 1:11 PM

    kenaikan tarif adalah patut untuk mengutamakan kebajikan rakyat.
    supaya pembagunan dapat diteruskan...he3

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 1:13 PM

    kenaikan untuk menampung kerugian TNB..rakyat mestilah menyokong BN untuk mempastikan TNB terus beroperasi....

  • Abu Garcia says:
    May 31, 2011 2:04 PM

    INILAH MASALAHNYA!

    Bila kita bermati-matian pertahankan dasar kerajaan BN, tindakan GLC pulak sebaliknya.

    Rasanya para ahli lembaga pengarah GLC patut dipecat semuanya. Begitu juga dgn puak pengurusan tertinggi GLC. Gaji berjuta-juta setahun, ditambah pulak bonus berbulan-bulan. Dah la semua jawatan dlm tu dok kira anak beranak saja macam bapak dia punya syarikat!

    Lepas ni apa pulak nak naik? Telekom? Caj bank? Cukai Pendapatan? Apa lagi? Buat penat DS Najib saja pi kempen 1Malaysia sana sini.

    Akhirnya yang nak tanggung kekalahan BN lah jugak.

  • TNB_Mahai says:
    May 31, 2011 2:19 PM

    "KEIMPULANNYA , KERAJAAN BN PERLU DI GANTI DGN KERAJAAN YG LEBIH BIJAK MENGURUSKAN EKONOMI... TIDAK RASUAH DAN TIDAK SAPU DUIT RAKYAT"

    Persoalannya, ada ke kerajaan sebegitu?

  • Anonymous says:
    May 31, 2011 3:13 PM

    kepada TNB dan sesiapa yg berkenaan, mengapa menyusahkan rakyat yg berdisiplin dan patuh pd undang2 dgn membayar bil setiap bulan?
    mengapa tiada tindakan keras pd kilang2/rumah2 setinggan / kedai2 yg membuat penyambungan haram? golongan2 inilah yg byk merugikan tnb tetapi mengapa pengguna2 yg baik yg disusahkan?
    tnb yg tidak efisien dlm penguatkuasaan tetapi nak lepaskan kesusahan itu kpd pengguna!! amat tidak adil!!!

  • Anonymous says:
    June 1, 2011 11:47 PM

    harga barang2 keperluan pun pasti akan naik la tungguuuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

Where are you from ? (since 30 . 9 . 2008)

ALTERNATIVE BLOGS

DISCLAIMER

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila guna blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Jika ada sebarang maklumat, sila emelkan ke
infoisumim@gmail.com