FACEBOOK DR MIM

Thursday, June 23, 2011

HAIRAN ! Berapa Lama Lagi Anwar Omega Boleh Malukan Institusi Kehakiman?

Apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah diminta hadir di mahkamah pada hari Jumaat, 24 Jun 2011, Anwar Ibrahim telah memberi beberapa respons yang sungguh pelik. Respons beliau seolah-olah menunjukkan beliau begitu takut dengan perbicaraan mencari kebenaran yang sepatutnya dituntut di dalam mahkamah.


Anwar Ibrahim bukannya mengalu-alukan Eskay di panggil tetapi sebaliknya cuba memperlekeh-lekehkan institusi kehakiman sedangkan pihak tersebut belum lagi memulakan perbicaraan. Sebagai contoh, pada peringkat awal ini, beliau sudah mempertikaikan Peguam Negara.


Walaubagaimana pun, modus operandi Anwar Ibrahim itu memang telah dijangka sejak awal lagi. Beliau akan meletakkan institusi kehakiman sebagai pihak yang diragui dan berat sebelah. Malah bukan isu Eskay sahaja tetapi kes beliau sendiri.

Yang menghairankan ialah Anwar Ibrahim diberi ruang seluas-luasnya untuk mempertikai dan memperlekeh-lekehkan (embarass) Peguam Negara dan institusi kehakiman. Dari sudut undang-undang, beliau telah menghina mahkamah (contempt of court).

Kenyataan Anwar Ibrahim itu juga boleh mempengaruhi orang awam supaya hilang kepercayaan kepada undang-undang atau institusi kehakiman. Itu juga dikira menghina mahkamah.

MiM difahamkan bahawa di bawah undang-undang semua negara, mahkamah punya kuasa semula jadi (inherent power) untuk mengenakan hukuman ke atas sesiapa sahaja yang menghina mahkamah.

Di negara kita, kuasa semulajadi ini ditegaskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 13 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.


Maka, tatkala beliau merungut tentang institusi kehakiman, beliau sendiri seolah-olah telah diberikan 'keistimewaan' sehingga ke hari ini. Yang itu beliau lupa atau buat-buat tidak nampak! Hipokrit!

Malah, apabila Anwar Ibrahim merungut mempertikaikan kes Eskay sebagai dilengah-lengahkan, beliau sebenarnya menempelak diri beliau sendiri. Di antara rungutan Anwar :-

“I don’t know,(I) didn’t hear, cases like these (are) postponed (for) many months, (it) will raise many questions,” complained Anwar when approached in the Parliament lobby today more
Beliau sendiri kerap melengah-lengahkan kes liwat beliau. Cakap tak serupa bikin!

3 comments:

Anonymous said...

Bukan Anwar saja yg bimbangkan ketelusan hakim, bahkan hampir semua rakyat Malaysia, selepas isu Linggam, Gani Patail bercuti, Peguam Negara lebih susu dari kuah. Kadang2 kita pun terkejut jugak mendengar kenyataan ni, tak percaya masuklah mana2 tempat dan buat la survey.

Anonymous said...

Pagi tadi aku berjalan depan sebuah pejabat di UiTM. Ada satu papan kenyataan mewar2kan sesuatu yg aku amat tekejut. Rupanya ramai lagi kengkawan yg terkejut. Notis berbunyi'
'ANUGERAH KEMPIMPINAN IBRAHIM ALI".
Kami tergelak hingga ditegur oleh pihak staf UiTM. Pastu staf tu kata, lepas baca diam, sambil tersipu2. Sapa Ibrahim Ali? Kami saja buat2 bodoh dan baca je la. Antara kriterianya haruslah mempunyai ciri kepimpinan melayu dalam persatuan. Hadiah RM5000 akan diserahkan dan diistihar ketika konvokesyen. Adakah kena bengis dan ganas dan tidak menggunakan otak, tanya kami. Staf UiTM jawab, tanya TNC HEPA. Nak tanya pembaca semua sekali, PATUT ke?

Anonymous said...

Brahim Ali kan pemimpin.
memimpin anak2 katak melompat.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.