
Anwar Ibrahim dan rakan-rakan politik beliau yang masih-masih tidak sedar, sering mengungkitkan isu Qazaf sebagai asas mengelakkan Anwar daripada dibicara dan diadili dengan saksama. Pelbagai ulasan dan kiasan yang mereka cuba tegakkan.
Di sini MiM siarkan satu artikel menarik tentang isu Qazaf dan juga isu 'mengaibkan' seseorang. Apakah itu pun salah?
Di antara arikel tersebut :-
1. Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful.
Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.
Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.
Video : Sumpah Laknat!
Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut.
Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.
Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.
Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.
2. Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak.
Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.
Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.
Video : Nik Aziz suruh Anwar bersumpah.
Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut.
Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.
Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?
Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar?

Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.
Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.
Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini. SETERUSNYA


No comments:
Post a Comment