Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, July 31, 2011

SEDIH ! Tentera Yang Gugur Di Medan Perjuangan Di Anggap Tidak Penting Lagi Oleh Parti Pembangkang & PAS.


2 kenyataan akhbar yang menyingkap pemahaman dan penerimaan parti PAS kepada ideologi Komunis!


HarakahDaily seolah-olah mengagung-agungkan PSM yang menyarankan penerimaan Chin Peng Komunis yang telah membunuh ribuan pahlawan negara yang terkorban mempertahankan negara tercinta ini.

Dan sekarang, lidah media PAS itu sanggup bersekongkol dengan mereka. Satu penghinaan kepada seluruh keluarga yang kematian bapa, suami dan anak tercinta yang bergelar tentera Malaysia.

Rakyat sudah semakin sedar dengan mainan politik PAS dan Pembangkang!

Saturday, July 30, 2011

Rumah URUT No Problem!

Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

“Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

“Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut,” katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

“Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi ‘sarang’ perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

“Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Giliran Kementerian Pertahanan Londehkan Pembohongan Parti Pembangkang!



Akhirnya, Kementerian Pertahanan telah menjawap isu yang diputarbelitkan Dan disensasikan oleh parti pembangkang. Jawapan di bawah sudah pasti mematikan segala pemhohongan mereka.

Pihak Kementerian tentu mempunyai protokol khas untuk menerangkan sesuatu perkara terutamanya aset pertahanan negara kerana ianya sepatutnya rahsia dan sebagainya.

Baca di bawah :-

Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur

Friday, July 29, 2011

MESTI BACA ! Telinga Siapa Yang Berdesing Di SINDIR DS Rosmah Mansor ??


Kita tentu bersetuju dengan kenyataan DS Rosmah Mansor apabila menjawap tuduhan ahli politik hingusan PKR, CheguBard dan beberapa media alternatif pro-pembangkang.

Buang masa sahaja dan tidak perlu melayan budak-budak politik yang sekadar mahu publisiti murahan tetapi diri sendiri tiada sumbangan signifikan kepada rakyat Malaysia.

Dan jika dilayan rengetan orang seperti Chegubard, tentu ada lagi yang menabur fitnah hanya sekadar menumpang sensasi dan publisiti murahan seperti ahli politik PKR itu.

Chegubard sendiri mempunyai masaalah dan tidak diterima oleh ahli-ahli PKR sebagai pemimpin mereka. Sekarang pun beliau diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu' di dalam parti tersebut, diri sendiri gagal memperjuangkan isu penyelewengan kuasa dalaman parti PKR.

Pokoknya, CheguBard terkial-kial cuba mencari platform untuk menghidupkan kembali politik beliau itu. Dan MiM nampak, isu cincin RM24juta tentu diharapkan dapat menaikkan kembali nama dan maruah beliau yang terjatuh tergolek dimalukan selepas pemilihan PKR baru-baru ini!

Tetapi tidak menjadi! Sungguh memalukan!

Tentu berdesing telinga si CheguBard dan rakan-rakan beliau disindir oleh isteri Perdana Menteri Malaysia!

Di antara kenyataan Rosmah Mansor :-

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam seterusnya

GEMPAR ! Dalang Sebalik Shuhardi 'Mati Dua Kali' Beersih 2.0 Akan Didedahkan !


Shuhardi Mohd, pelakon 'mati dua kali' semasa perhimpunan haram baru-baru ini sedang dicari oleh pihak polis. Begitulah kenyataan pihak polis seperti yang dilaporkan di dalam media perdana perdana.

Di antara laporan tersebut :-

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, Shuhardi masih belum dijumpai dan dipercayai menyembunyikan diri.

“Saya nasihat dia tampil ke hadapan membantu polis dalam siasatan ini, kenapa pula dia perlu bersembunyi tanpa sebab.

“Kita ingin tahu sebab dan siapa yang menyuruh dia (Shuhardi) melakukan perkara itu, malah jika dia beri alasan munasabah kelakuannya itu, kita tetap akan menerimanya,” katanya seterusnya








MiM pernah menyarankan kepada Shuhardi supaya tampil ke hadapan dan mendedahkan dalang yang terlibat di dalam lakonan beliau itu.

Sekarang beliau terpaksa bersembunyi tetapi dalang-dalang tersebut masih boleh berada dikhalayak ramai tanpa rasa takut seperti Shuhardi.

Malah, tindakan Shuhardi menutup mulut untuk menjaga mereka itu hanya kerana sedikit wang upahan, juga dilihat sebagai satu tindakan bodoh dan menyusahlkan diri beliau sendiri.

Dan kepada sesiapa yang terserempak atau terlihat Shuhardi Mohd, ambil foto dan kawasan itu. MiM akan siarkan di dalam blog ini!

Kematian Teoh Beng Hock : Bersih 2.0 Londehkan Sikap Ketidakperimanusiaan Parti DAP!


Sekumpulan rakan mendiang Teoh Beng Hock mendakwa DAP turut bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah itu.

Jurucakap kumpulan itu, Allan Liew Sin Kim berkata, Beng Hock sebagai ahli DAP terbeban untuk menguruskan dana bagi lebih 200 projek berkaitan parti itu di Selangor yang jelas melampaui kemampuannya sebagai seorang setiausaha politik.

Malah katanya, tiada seorang pun pemimpin DAP yang hadir untuk membantah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Beng Hock yang berlanjutan selama 12 jam sebelum mendiang ditemui mati.


"Bolehkah setiausaha politik uruskan 200 projek dan aliran keluar masuk wang? Sebagai manusia biasa, sudah tentu mendiang tidak dapat mengatasi tekanan itu yang dipercayai menjadi punca kematiannya.


"Beng Hock sepatutnya tidak terlibat menguruskan projek itu dan Ean Yong tidak patut mengarahkan mendiang untuk menguruskan perkara yang melampaui kemampuannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Perdana Menteri meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga Beng Hock.

Sidang akhbar itu turut dihadiri lima lagi rakan Beng Hock yang berbaju kuning dengan mendakwa pemakaian baju itu sebagai usaha membersihkan nama mendiang.


Allan pada masa sama mendesak Ean Yong supaya memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mendiang dan orang ramai kerana Exco Selangor itu telah membabitkan Beng Hock untuk menguruskan dana bagi projek di tiga kawasan di negeri itu.

Katanya, mereka percaya Beng Hock tidak bersalah dalam pengurusan peruntukan projek oleh DAP kerana mendiang hanya menjadi saksi bagi siasatan yang dilakukan oleh SPRM.


"Di mana Ean Yong ketika Beng Hock disiasat SPRM? Beliau seharusnya berusaha menyelamatkan mendiang dengan melakukan protes kerana mungkin dengan usaha itu sekurang-kurangnya mendiang masih hidup.

"Kami amat sedih kerana hanya selepas Beng Hock meninggal dunia, mereka (DAP) datang pasang lilin putih depan pejabat SPRM. Justeru, kita mahu Ean Yong beri penjelasan kepada masyarakat kerana tidak membantu mendiang pada ketika itu,"
katanya.


Allan juga berharap keluarga Beng Hock boleh menerima usaha mereka dan memikirkan secara di luar kotak punca kematian mendiang.


Katanya, kemunculan mereka selepas dua tahun kematian mendiang adalah kerana berasakan bukan masa yang sesuai bagi mereka membuat kenyataan sewaktu perbicaraan kes sedang berlangsung di mahkamah - UM



p/s : MiM bersetuju dengan tuntutan rakan-rakan Teoh Beng Hock. Pihak yang 'untung' dek kematian Teoh Beng Hock ialah parti DAP kerana beliau adalah saksi utama di dalam dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan wang parti DAP Selangor.

Pihak yang 'rugi' ialah SPRM kerana tidak dapat meneruskan siasatan mereka untuk mendakwa mereka yang terlibat.

EDISI BONGKAR ! BUKTI Kekeldaian Pro-Beersih SERBU DS Najib Razak !

MiM tersenyum sinis dengan kenyataan Fareez Kamal, pembantu Zuraida Kamaruddin yang teruk dihentam kerana tindakan beliau dan rakan-rakan beliau yang menyerbu Perdana Menteri di KL Sentral baru-baru ini.

Di antara kenyataan beliau :-

Fareez - ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) - serta sembilan orang lagi, ditahan selepas mereka - sebahagian besarnya berpakaian kuning - cuba mendekati Najib untuk menyerah memorandum tuntutan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0.

"Dalam tempoh 24 jam penangkapan saya, saya telah teruk diserang dalam Twitter, Facebook dan blog pro-Umno yang mendakwa saya ditahan kerana cuba mensabotaj program pengagihan Jalur Gemilang," katanya. seterusnya
Sebenarnya, isu ini mudah sahaja. Segerombolan manusia berpakaian kuning cuba menyerbu Perdana Menteri di tempat khalayak ramai tanpa protokol dan mencurigakan.

Di dalam hanya beberapa saat itu, motif menyerbu tidak penting tetapi keselamatan pemimpin nombor satu negara adalah yang paling utama. Dan pihak polis telah bertindak cekap selaras dengan SOP mereka menjaga Perdana Menteri kita.

Di bawah adalah foto-foto yang menunjukkan seorang lelaki gemuk menerpa dan menyerbu ke arah Perdana Menteri walau pun sudah ditahan lebih awal oleh bodyguard.

Perlu diingat, kejadian ini berlaku di dalam beberapa saat sahaja!

Apabila Perdana Menteri sedang melalui sebarisan pelajar dan orang ramai, seorang lelaki gemuk memakai baju kuning tiba-tiba menerpa ke depan dengan sangat mencurigakan.


Lelaki itu lebih dicurigakan apabila beliau cuba melawan pegawai-pegawai yang berada di tepi Perdana Menteri. Stupidity of this fat yellow t'shirt man.







Jika kita perhalusi video, kita sangat pasti bahawa si lelaki gemuk berpakaian kuning itu dengan sengaja menerpa dan menyerbu Perdana Menteri, satu tindakan bodoh oleh lelaki tersebut.

Dan MiM sangat bersetuju dengan tindakan bodyguard dan pihak polis yang berada di situ. Tindakan pantas mereka itu dipuji dan sangat profesional. Tahniah!

Dan apabila si pembantu Faridah Kamaruddin itu merengek membuat komplain di dalam portal pro-pembangkang MalaysiaKini, kita semua tentu mahu memberitahu beliau, lain kali guna otak dan prosedur. Jangan hentam sembarang depan belakang sahaja seperti Anwar Ibrahim.

Walau di pihak mana pun, kita mesti ingat, keselamatan orang nombor satu negara adalah prioriti utama bodyguard dan polis yang bersama-sama Najib Razak.

Tetapi MiM khuatir, tindakan bodoh lelaki berbaju kuning itu akan menimbulkan pelbagai idea dan pelan-pelan yang tidak baik untuk mengganggu ketenteraman pemimpin-pemimpin, bukan sahaja kerajaan tetapi juga pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain!

Thursday, July 28, 2011

VIDEO TERBARU ! Highlights : Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia 2014 Di Stadium Bukit Jalil.

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton Malaysia vs Singapura di Stadium Bukit Jalil malam ini:-


Video : Malaysia(1)- Singapura(1) di Bukit Jalil



Video : Malaysia(3) - Singapura(5) Di Singapura.


Dengan seri 1-1 di perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini, Malaysia telah gagal meneruskan langkah ke peringkat seterusnya.

MiM sangat kecewa tetapi perjuangan mesti diteruskan!

LIVE ! Malaysia vs Singapura !

KLIK FOTO : Beberapa minit lagi !

VIDEO : BAKAR ! BAKAR ! BAKAR !

Intro untuk membakar semangat perlawanan Malaysia vs Singapura sebentar lagi ! Semoga BERJAYA !

Enjoy!




KITA BAKAR SEMANGAT PERJUANGAN HARIMAU MALAYA !

PANAS ! Kedai Urut Berleluasa ........ MB Kedah Tidur Atau Sengaja Buat Tak Tau?


ALOR SETAR 27 Julai – Kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di bandar raya ini serta Sungai Petani menimbulkan kehairanan memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau agak terkejut dengan perkembangan yang menunjukkan selain pusat hiburan, rumah urut juga semakin bertambah di negeri.

"Bila saya lalu kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, saya nampak dua kawasan ini tidak ubah seperti di Puchong yang penuh dengan pusat hiburan dan rumah urut.

“Perkara seperti ini tidak berlaku semasa zaman Barisan Nasional (BN) memerintah kerana dulu tak banyak pusat hiburan yang wujud,” katanya di sini, semalam..

Menurutnya, sepatutnya kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh pemimpin Pas perlu menerapkan nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran mereka dengan mengawal pembukaan pusat-pusat hiburan baru.

“Dulu mereka (kerajaan Pas) kata nak tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan, namun bila ada tekanan oleh DAP, mereka tarik balik pula arahan ini.

“Ini bukan kali pertama mereka buat demikian kerana sebelum ini apabila kerajaan negeri buat sesuatu keputusan bila terima tekanan, mereka akan tarik balik keputusan mereka,” jelasnya.. seterusnya.

HOT ! MalaysiaKini Bohong Tipu Kelentong Auta....

MiM tidak tahu sampai bila MalaysiaKini, portal pro-pembangkang yang dibiayai oleh Yahudi itu dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

Mereka didapati telah berulangkali berbohong dan memutarbelitkan isu. Dan kebanyakannnya berbau hasutan dan kebencian yang amat kepada pihak berkuasa dan kerajaan yang memerintah.

Kenapa dibiarkan portal tersebut menulis tanpa etika seolah-olah mereka kebal dan boleh menulis apa sahaja termasuk pembobohngan?

Yang terbaru ialah laporan berita tentang 10 orang yang ditangkap kerana telah menyerbu Perdana Menteri Malaysia di KL Sentral.

MalaysiKini melaporkan:-
Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.
Jika sekali imbas dan kepada sesiapa yang masih percaya dengan portal pro-pembnagkang yang selalu berbohong itu, kita akan terfikir pihak berkuasa telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk menangkap sesiapa sahaja.

Tetapi jika kita rujuk video di bawah, kenyataan MalaysiaKini itu sebenarnya adalah satu lagi pembohongan yang jelas oleh portal tersebut.

Mereka ditangkap SEMASA cuba menyerbu Perdana Menteri dikhalayak ramai dan BUKAN sebelum ketibaan PM!


Lihat video di bawah :-


Video : Kekeldaian Pemimpin AMK!

Malah, tindakan pihak polis menahan kelda-keldai tersebut memang patut dipuji memandangkan ada orang yang tidak dikenali yang tiba-tiba meluru merempuh orang ramai semasa kedatangan Perdana Menteri.

Kita sendiri pun tahu bahawa segalanya itu adalah SOP pihak polis dan bodyguard menjaga keselamatan seseorang pemimpin tertinggi sesebuah negara.

Dan satu lagi soalan, siapakah yang memakai baju merah 'Patriot' seperti yang didakwa oleh pembantu Zuraida Kamaruddin itu? Beliau sendiri memakai baju kuning!

Dan patutlah ada yang sanggup melakukan sesuatu yang bodoh seperti menyerbu Perdana Menteri di tempat umum. Ianya kerana ketua beliau sendiri pun tidak berapa betul. Zuraida Kamaruddin itu sendiri sudah tidak betul!

Walaubagaimana pun, MiM menyeru kepada pihak berkuasa supaya bertindak segera terhadap portal pro-pembangkang MalaysiaKini. Putar belit dan pembohongan mereka sudah terlalu melampau!

Jangan bagi lagi muka kepada mereka itu!

MALU ! Antara 2 Darjat : PAS Lebih Hina Daripada DAP!

MiM setuju dengan pandangan rakan-rakan bloggers yang lain bahawasanya Hassan Ali PAS telah dihina dan diconteng arang sebegitu keji di Selangor.

Hassan Ali yang merupakan salah satu tunjang penting parti PAS sama ada di Selangor atau pun negara telah dimalukan dengan sengaja apabila kedatangan beliau itu tidak dihormati mengikut protokol majlis.

Yang diraikan ialah Ronnie Liu!


Siapalah Ronnie Liu jika dibandingkan dengan Hassan Ali sehingga beliau maruah beliau lebih rendah jika dibandingkan dengan Ronnie 'gangster' Liu yang berulang kali mencabar kesabaran umat Islam di Selangor?

MiM simpati tetapi jika Hassan Ali dan penyokong-penyokong PAS sanggup dimalukan sedemikian rupa oleh cauvinis DAP, apa lagi yang MiM boleh katakan?

HOT ! Anggota Badan Anwar Ibrahim, Liwat & Alibi !

Apakah sebenarnya sebutan pertuduhan asal Anwar Ibrahim? Sila baca di bawah :-

Mungkin tulisan di dalam gambar di atas tidak berapa jelas. Makanya penulis tulis kembali dakwaan kepada Anwar Ibrahim supaya lebih jelas :-

"Bahawa kamu (Anwar Ibrahim), pada 26hb Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damanasara Condominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu di dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan."
Kita tentu berasa mual apabila membaca dakwaan terhadap Anwar Ibrahim tersebut. Malangnya, "justice delayed is justice denied" di dalam kamus pnghakiman. Realitinya, melengah-lengahkan kes akan mengguatkan lagi kebarangkalian bahawa tertuduh memang bersalah.

Sekarang,

1. Mereka yang tidak melakukan aturan tabii seperti di dalam pertuduhan di atas, akan dipanggil.

2. Mereka yang tidak terlibat di dalam aktiviti 'masuk keluar' melalui 'pintu belakang' yang akan menjawab keseronokan luar tabii si pesalah!

3. Ada pihak lain yang dituntut untuk turut serta di prosiding mahkamah hanya kerana pasangan yang 'bergelut' di Tivolli Villa. Baca sini

We wait and see!

Wednesday, July 27, 2011

MALU ! Kekeldaian Pemimpin AMK !

MiM mengucapkan tahniah kepada kecekapan pihak polis. Tahniah!

Tindakan pihak polis itu sangat berpatutan kerana si lelaki gemuk berbaju kuning itu menyerbu tanpa memperkenalkan diri beliau. Cara menyerbu itu sungguh memalukan dan tampak seperti pre-plan!

MALU !


Video : menyerbu tanpa pengenalan.

PANAS! Bila Ahli-ahli PAS DiSusahkan Oleh Cauvinis DAP!


Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang mengarahkan premis Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga dikosongkan, sebagai tindakan rakus dan merugikan rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri berkata pusat itu menjadi tempat pertemuan wakil rakyat dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang PAS yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.

"Tetapii sifat rakus kerajaan negeri yang tidak peduli kepentingan rakyat inilah yang merugikan rakyat, buat ikut suka dan tidak ada perancangan. Saya tiada kepentingan peribadi, pusat itu adalah untuk rakyat," katanya.

Pada Selasa Hakim Datuk Rohana Yusof menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara yang mengeluarkan arahan mengosongkan premis Pusat Komuniti Adun Penaga.

Dalam permohonan yang difailkan Disember tahun lepas, Azhar menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

"Saya terima keputusan hakim yang berpihak kepada kerajaan negeri, saya tidak marah cuma rasa kecewa, Jumaat ini peguam saya Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos akan hantar permohonan untuk penggantungan sementara keputusan itu," katanya.

Pusat komuniti berkenaan mula beroperasi sekitar tahun 2006 semasa kerajaan negeri itu diperintah BN, dibina khas untuk pelbagai aktiviti melibatkan kepentingan dan kebajikan penduduk di Penaga.

Azhar berkata sejak pemerintahan kerajaan negeri dipegang DAP, operasi pusat komuniti itu berjalan seperti biasa sehingga 18 Nov lepas, iaitu setelah arahan penyerahan kunci dibuat Pegawai Daerah berkenaan.- BERNAMA

MUST READ ! ANALISIS : Kecanggihan & Kredentialiti Sistem Biometrik Pilihanraya.

Patutlah kepimpinan parti pembangkang begitu cepat menafikan cadangan penggunaan sistem biometrik untuk pilihanraya. Ianya kerana sistem tersebut canggih, tidak mampu difahami dan tidak diserap di dalam pemikiran ahli-ahli politik parti pembangkang.

Dan kerana itu, mereka juga dilabelkan sebagai penakut dan pengecut terhadap perkembangan terbaru di dunia ini.


Sikap anti-pembaharuan parti pembangkang sudah pasti akan diketawakan oleh generasi muda negara ini yang IT literate dengan gajet-gajet baru
!

Inilah akibatnya apabila kita memilih pemimpin yang kolot dan tidak mahu mengikut perkembangan semasa lebih-lebih lagi jika sistem itu memerlukan mereka untuk berfikir.

Mana mungkin mereka mahu berfikir? Kan mereka hanya mampu mengkritik, itu sahaja yang termampu dilakukan oleh pemimpin pembangkang.

Tapi biarkanlah mereka dengan putar belit dan kekolotan mereka.


Apabila MiM rujuk beberapa portal khas mengenai sistem Biometrik untuk pilihanraya, MiM dapati bahawa sistem ini sangat menarik dan compact. Kecanggihan sistem itu juga boleh dijadikan tarikan utama kepada rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi dan menggunakan sistem biometrik tersebut.

Dan MiM berpendapat bahawa sistem biometrik ini juga akan dapat menarik minat generasi muda untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi baru.

MiM yakin kecanggihan sistem itu bakal menjadi bahan perbualan rakyat yang secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk mendaftarkan diri seperti di beberapa negara lain di dunia ini.






Salah satu negara yang telah berjaya mengimplimentasikan sistem biometrik itu ialah negara Brazil. Sistem negara itu telah dikajipakai di banyak negara termasuk Amerika Syarikat dan England.

Baca seterusnya :-
Since voting was computerized ten years ago, Brazil has earned itself a reputation as a world leader in electoral security, and over twenty countries worldwide, including the United States and the UK, have sought advice from the TSE about electoral policies and technologies.


The new technology will require voters to identify themselves by means of a fingerprint. State governments already keep fingerprint records of any citizen within their jurisdiction that holds a national identity card, and since ID cards are required for almost all aspects of civil life, (such as opening a bank account or applying for a job,) the fingerprints of the majority of the voting population are already on record.

In the event that the technology fails to recognize a print, the voter can be identified from a photographic database that will be updated whenever a person registers to vote. It is hoped that the technology will provide a fail-safe means of identifying voters and eliminate the risk of fraudulent voting, making these the most secure elections in the nation’s history.
Di antara kredential penggunaan sistem biometrik untuk pilihanraya:-







Biometrik Pilihanraya : Satu Penjelasan Kepada Pemimpin Pembangkang Yang Bengap Kolot!

Apabila MiM mengkaji dan merujuk kepada beberapa portal yang menerangkan secara terperinci mengenai peggunaan sistem biometrik untuk pilihanraya, MIM dapati sistem tersebut mempunyai pelbagai kebaikan.



Malah, sistem tersebut akan memudahkan setiap parti politik untuk memantau setiap undi. Dan maksud MiM, setiap undi termasuk undi pos Dan juga mengekang isu-isu lain seperti pengundi hantu dan sebagainya.

Yang menghairankan ialah tindakan kepimpinan parti pembangkang yang begitu cepat melenting dan menentang penggunaan sistem biometrik tanpa mahu meneliti sistem tersebut. Malah, complexity dan keberkesanan sistem itu menuntut supaya ahli-ahli politik mengkaji dulu sistem itu.

Dan jika merujuk kepada mentaliti kepimpinan parti pembangkang yang sangat kolot dan tidak mengikut perkembangan semasa, rakyat tentu tergelak dan termalu besar.

Jika ada pemimpin pembangkang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh sebelum ini seperti 'CCTV itu besi' dan 'video hitam putih macam filem P.Ramlee', rakyat sudah tentu tidak akan menerima alasan mereka menafikan sistem canggih seperti biometrik!

MiM cadangkan kepada mereka supaya mencuba dulu sistem tersebut seperti yang ditawarkan oleh SPR! Jangan kerap sangat memperbodoh-bodohkan dir1 sendiri!

Baca laporan di bawah:-



SHAH ALAM 26 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempelawa wakil setiap parti politik di negara ini untuk menguji keberkesanan sistem biometrik sebelum ia diguna pakai dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, apabila laporan uji kaji mengenai sistem biometrik itu siap sepenuhnya, suruhanjaya berkenaan akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar bebas yang dilantik.

''Ketika bertemu pakar-pakar berkenaan, kami akan menyuarakan pelbagai soalan kepada mereka dan melihat apakah ia mengikut spesifikasi dan menjawab segala kebimbangan rakyat.

''Selepas berpuas hati dengan penjelasan pakar-pakar berkenaan, kami akan memanggil parti politik untuk melihat sendiri dan mengujinya serta mereka turut akan diberi peluang untuk bertanya soalan tambahan," katanya pada Wacana Ilmu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Wacana yang 'panas' ekoran kehadiran penyokong kerajaan dan parti pembangkang itu turut menampilkan ahli panel terdiri daripada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk. Dr. Shamsul Amri Baharuddin manakala Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan sebagai moderator.



Dalam wacana selama kira-kira lebih tiga jam itu, Wan Ahmad sering menjadi sasaran provokasi dan sorakan penyokong parti pembangkang namun beliau tetap menjawab dengan tenang satu persatu persoalan 'serangan' terhadap suruhanjaya berkenaan.

Beliau menjelaskan, parti politik di negara ini tidak sewajarnya menganggap SPR sebagai musuh sebaliknya suruhanjaya itu amat mengalu-alukan sebarang cadangan penambahbaikan dalam sistem demokrasi di negara ini.

''Pintu SPR sentiasa terbuka kepada semua untuk memberi maklum balas bagi melakukan penambahbaikan sistem demokrasi di negara ini dari semasa ke semasa.


''Minggu lalu, Pas Selangor datang berjumpa dengan kami dan membangkitkan pelbagai isu, sebab itu saya harap, parti politik tidak menjauhkan diri mereka daripada SPR," jelasnya - UM.

Tuesday, July 26, 2011

CRNI Sokong Kalikatur Hina Nabi Muhammad, Puji Kartunis Pro-Pembangkang!

Ramai yang keliru dengan artikel MiM mengenai portal pro-pembangkang MalaysiaKini yang telah melaporkan satu berita mengenai Cartoonist Rights Network International (CRNI) yang mendakwa penulis pro-pembangkang, Zunar telah menetapi standard Antarabangsa.

Laporan tersebut turut dimainkan oleh media alternatif pro-pembangkang yang lain tanpa mengetahui bahawa CRNI adalah satu pertubuhan yang menyokong kalikatur-kalikatur yang menghina dan memperbodoh-bodohkan Nabi Muhammad SAW!



Baca laporan di bawah sebelum MiM dedahkan isu disebalik CRNI.

Di antara laporan MalaysiaKini :-
Walaupun mahkamah mengekalkan pengharamannya, Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) tetap beranggapan bahawa karya kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar menepati standard antarabangsa.

Sehubungan itu, pengarahnya Dr Robert Russell berkata, CRNI menyuarakan kebimbangan tehadap keputusan itu yang dianggap memberi lesen kepada kerajaan "bertindak lebih keras" terhadap Zunar dan kartunis editorial lain.


"Dalam jangka masa panjang, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik," kata Russell.
Baca seterusnya KLIK SINI

PANAS ! PAS & DAP Tak Kisah Moral Buruk Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas dan DAP kini dilihat berada dalam dilema untuk meneruskan kerjasama ekoran 'orang tengah' yang bertanggungjawab dalam penyatuan dua parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun dua parti berkenaan tahu bahawa Anwar adalah satu beban, namun mereka tetap memerlukan Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar. Itu dilema mereka.

Mereka tahu, dia (Anwar) adalah satu bebanan. Tetapi mereka memerlukan Anwar kerana hanya Anwar yang boleh menyatukan Pas dan DAP. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota mereka tidak terima.

"Begitu juga dengan Pas. Dengan DAP, mungkin mesejnya lain dan dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh blog AIDC yang disiarkan menerusi blog tersebut, http://www.anwaraidc.com.

Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, ketika Pilihan Raya Umum 2008, faktor Anwar menjadi penentu kepada kejayaan pembangkang.

Bagaimanapun ujar beliau, selepas tiga tahun pembangkang memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot dan semakin ramai yang sudah ubah fikiran.

Jelasnya, selain Pas dan DAP, sebahagian daripada bukan Melayu turut memerlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka.

"Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah.

"Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka. Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka,'' katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, perjuangan Anwar dahulu adalah berbeza dengan perjuangannya kini yang dilihat sebagai tidak konsisten.

"Berbeza... memang berbeza. Tahun 1970-an dia sebagai pejuang Islam melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Tetapi sekarang pendiriannya itu lebih mirip apa yang disifatkan sebagai politik liberal.

"Sekarang dia menampilkan dirinya sebagai pejuang kepada hak asasi manusia. Ini yang dimaksudkan sebagai 'chameleon', berubah-ubah. Dan sekiranya pada masa akan datang, dia rasa perlu ubah, mungkin dia akan ubah lagi,'' tambahnya - UM.

Monday, July 25, 2011

WANTED! Perusuh Perhimpunan Haram Yang Sangat Dikehendaki!!








Jika ada maklumat, bagi tahu pihak polis!

ARTIKEL TOP MINGGU INI.