PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Wednesday, July 20, 2011

Pemedih Mata Israel ! Jawapan Kepada Kenyataan Politik Paling Bodoh Minggu Ini!

!Tadi MiM telah menulis satu artikel bertajuk Putar Belit Paling BODOH Minggu Ini. MiM mengutuk tindakan ADUN Sri Muda,Shuhaimi Shafie yang sengaja mengaitkan penggunaan canister pemedih mata FRU dengan tentera Israel.


Dan kerana itu, ahli politik parti pembangkang itu mendakwa pendedahan beliau sekaligus mengesahkan 'kekejaman BN'!


Memang bodoh dan tak masuk akal 'pendedahan' ADUN pembangkang itu !

Selain daripada MiM, sebentar tadi pihak polis turut mengkritik isu 'canister Israel' tersebut.

Mereka juga menafikan pihak mereka menggunakan gas pemedih mata yang sama dengan Israel.


"Jangan nak mengada-adakan cerita" tempelak TKPN, DS Khalid kepada ADUN Sri Muda dan buletin KeadilanDaily!

MiM sarankan supaya pihak polis saman aja ADUN Sri Muda dan media pembangkang tersebut! Jangan bagi peluang lagi!

Baca laporan berita di bawah :-

LANGKAWI 20 Julai – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily hari ini.

Antara lain, laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.

Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya. – Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Kira hebat sungguh perusuh dan pengkhianat negara ni...PDRM gunakan CS pun depa ni bole hidup lgi. Depa ni ada pelindung le...ni mesti depa ni belajaq ilmu Isle atau ilmu Pas. Org Palistine yg kena gas CS ni kurang2 pening, pedih kulit & muntah2, tak kurang yg masuk hospital & temui ajal. Tpi pengkhianat negara ni kena kira selamba aje. Apa ilmu depa ni? Kena belajaq tu...HEBAT!!

Horas! Hulu Langat said...

anon 11.39

Diaorg pakai ilmu yg anwar al-jub amalkan. Tengok la anwar...kena suntik dgn arsenik..kena suntik dgn virus hiv...still hidup dan tak mampus2 sampai sekarang. hebat kan?

ANTI DAP said...

SYOR PDRM SAMAN JE..

rakab said...

Ayuh! pemuda UMNO atau PERKASA buat report ke atas ADUN tu kerana menfitnah PDRM. Dia nak lawan , kita lawan.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.