JOIN FACEBOOK DR MIM

Thursday, August 18, 2011

BOHONG ! Tiada Penyelewengan Undi Pos! Pembangkang Kantoi Lagi!

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera semalam bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Pada sidang media di Wisma Pertahanan hari ini, Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.

Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.

“Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.

“Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

Semalam, empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Salah seorang anggota terbabit, Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah..

“Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara..

“Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun.

Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan..

“Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas.

“Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.

Sementara itu Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan...

7 comments:

  1. masa tu dia kenai de fakto yang masa tu masih dalam BN? lar nih bila De fakto tukar barisan, agak-agaknya sebabtu lar mamat ni jugak tukar stetmen. kah kah kah

    ReplyDelete
  2. MiM,

    nak tanyala dgn tukang2 pemangkah tu

    kalau encik2 betul2 tak nak terlibat, mengapa pada masa tu encik2 tak ambik cuti @ MINTAK TUKAR SAJA KE TEMPAT LAIN?

    adakah sbb encik2 takut periuk nasi terjejas?

    encik2 ni dah insaf la ya? dah makan untung banyak, makan gaji haram krn buat kerja haram, menipu gitu, encik2 tak rasa bersalah plak masa tu?

    masa encik2 memangkah tu, encik2 tak ingat Allah SWT ka? tak ingatka isteri & anak2 makan hasil haram kerja ncik2 buat tu?

    encik2 pangkah pembangkang tp encik2 tak cakapka dekat pembangkang waktu tu biar mrk rasa seronok dpt sokongan pengundi 'hantu'?

    encik2 ni rasa bila masuk pr/pas dosa2 lalu menipu dlm pilihanraya tu terhapus begitu saja ka? kalu encik2 nak dimaafkan, encik2 kena mintak maaf dgn semua pengundi2 yg encik2 tolong pangkahkan tu dulu..baru lepas dosa encik2 dgn mrk..ada berani pergi cari?

    satu lagi encik2 pemangkah..pas bukanlah pembela tp lembu tak dak kepala dah sekarang sbb pas tunduk setunduk2nya kps dap dah....

    ReplyDelete
  3. Ada benar juga cerita Mantan Mat Carap ni...tapi bila dah ditinggalkan ATM mengapa baru nak bising? Tapi masa buat kerja salah tak fikir pulak? Sebab semuanya dapat habuan lumayan. Itu masa dalam ATM dan sekarang bersama PAS tentu lebih banyak habuannya. Begitulah jika jiwa penuh dengan rasa tamak kononya berjihat. Buang masa aja layan Mantan Mat Carap ni.

    ReplyDelete
  4. Dulu pangkah kertas undi pakai pen ke?? Bukan pangkah undi pakai pensel seperti kelaziman pilihanraya biasa ke??

    ReplyDelete
  5. laaa nak komen pun guna anonymous .

    Aku rasa Panglima ATM buat laporan polis. Bila di siasat tentu banyak cerita akan keluar lagi. Jika tidak , kenyataan Panglima ATM pun dah macam orang tidak terima jer.

    ReplyDelete
  6. Selalunya bekas tentera dan juga yang maseh berkhidmat berperangai macam ni ada masalah disiplin. Kerja malas, kaki ponteng, sabotaj kawan, tak naik pangkat sebab kerja macam sial dan prestasi tahap sampah. Pucuk pimpinan ATM tolong tengok lah sikit anak2 buah ni! Semakin ketara mereka menunjukan sokongan terhadap pembangkang yang sedikit pon tak pernah berjasa kepada negara atau mereka. Kerajaan bagi bonus, sapu macam tak pernah dapat. Anjing pon tak akan gigit tangan yang beri ia makan....fikir2kan lah....

    ReplyDelete
  7. Mungkin benar cerita, tu. Kalau pi operasi kat hutan, kertas undi pos sampai kat HQ, tak kan dipulang kosong saje.

    Atau kalau kapal belayar kat laut, macam mana nak terima kertas undi?

    Jadi pandai-pandailah orang lain tolong pangkahkan.

    Betul tak?

    Jeneral tu bukan buat kerja-kerja remeh temeh ni yang selalu dibuat oleh askar biasa le.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.