Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, August 03, 2011

MALU ! Blogger Pro-pembangkang BALUN MalaysiaKini Tapi Londehkan Diri Sendiri!


Blogger pro-pembangkang telah bangkit mengutuk MalaysiaKini kerana telah mencuri matlumat daripada mereka tetapi tidak diberi kredit oleh portal kaki pembohong penipu itu.

MiM bukan sahaja melihat sikap kuran ajar dan melampaui batas portal yang dibiayai oleh Yahudi itu tetapi juga mendedahkan bahawa isu tentang putar belit IC dan PR Mismah adalah pembohongan blogger pro-pembangkang juga!!

MalaysiaKini bohong blogger pro-pembangkang lagi bohong!!

Baca di bawah :-
Malaysiakini.com tidak perlu mendabik dada atau berlagak kononnya mereka telah melakukan ‘scoop’ cerita besar sedangkan portal pro-pembangkang itu hanyalah dipercayai menceduk berita dari sumber yang berasaskan blog tanpa memberi kredit kepada pemiliknya.

Menurut pemilik blog Penarik Beca, malaysiakini tidak patut untuk ‘mencuri’ laporan dari blog Perisik Rakyat, milik penulis Topeng Perak Unmasked, mengenai isu Mismah yang dilaporkan berstatus pemastautin tetap namun layak mengundi.

“Semua orang yang ada akal tahu bahawa semua benda tu dah lama dah ada dalam posting Perisik Rakyat bertajuk “PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod “71″. Tapi, tak ada sepatah pun disebut dalam Malaysiakini. Punyalah berlagak macam bagus sangat!” katanya di blog tersebut.

Blogger pro-Pakatan Pembangkang ini juga menyelar portal Malaysiakini ekoran sikap tidak beretika dengan tidak memberikan sebarang kredit kepada Perisik Rakyat, malah bertindak menipu rakyat dengan menyatakan bahawa berita tersebut bersumberkan dari ‘tip pembaca’.

Melalui tajuk ‘Malaysiakini, lu lansi, lu mati’, Penarik Beca menghentam sikap Malaysiakini.com dan wartawannya, Kuek Ser Kuang Keng, yang dikatakan berlagak.

“Saya tak tau yang berlagak itu sama ada Malaysiakini sendiri atau budak pemberita yang bernama Kuek Ser Kuang Keng. Siapa pun yang berlagak, jangan la berlagak sangat. Cuba tengok kat atas blog Perisik Rakyat tu – Lu Lansi, Lu Mati..!,” tambahnya lagi.

Menurut laman blog Perisik Rakyat yang mynewshub.my lawati, memang terdapat isu yang dibangkitkan mengenai kad pengenalan milik Mismah yang berwarna merah sebagai pemastautin tetap dan 169 nombor kad pengenalan lain yang didakwa telah didaftarkan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, portal Malaysiakini.com memaparkan laporan mengenai isu berkenaan pada tajuk berita ‘PR didaftar sebagai pengundi’ atau di dalam laporan Bahasa Inggerisnya, ‘Polls fraud again: PR holder registered as voter’, dan hanya menyatakan sumber mereka melalui pembaca.

“Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama ‘Mismah’ didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti,” kata portal tersebut yang dipetik dari laporannya semalam.

Topeng Perak Unmasked telah dipercayai menulis laporan tersebut tepat pada jam 12 tengah malam, 1 Ogos 2011, berbanding laporan Malaysiakini.com yang dipaparkan pada jam 1.06 petang, 2 Ogos, tanpa menyebut sedikit pun mengenai blog Perisik Rakyat.

3 comments:

  1. Mismah telah memegang status Permaustatin Tetap (PR) pada 17 Julai 1982. Manakala isu yang paling mustahak di sini adalah Mismah telah mendapat taraf kewarganegaraan pada 31 Januari 2011


    Soalnya berapa banyak pula pembaca blog dan Malaysiakini diperbodohkan oleh pena-pena fitnah Pakatan Rakyat dan sanggup jadi bangsat dengan memberi propoganda dalam komen-komen lahanat yang tak berakal

    ReplyDelete
  2. boleh caya ke JPN dan SPR????????
    Banyak pulak tu...
    Takkan senang macam tu jer bagi my kad biru.... Tengok kat Sabah sudahla...
    Hati2 PR, sayap UMNO sudah mengepak dengan bantuan SPR dan JPN

    ReplyDelete
  3. KEPADA TUAN ULAMA DATUK HARUN DIN

    SEPATUT DIDIK LAH

    NIK AZIZ / HAJI HADI / MAT SABU

    NAMA NAMA NI YANG PUNCA ISLAM JADI SEHINA HINANYA DI BUMI MALAYSIA NI...

    JANGAN BEKAWAN DENGAN D.A.P /P,K.R
    SEJAK PAS KAWAN DGN PARTI NI PAS JADI HINA YANG AMAT DASYAT

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.