JOIN FACEBOOK DR MIM

Friday, August 19, 2011

MALU ! Pembangkang Ibarat Ayam Bertelur Sebiji !


Rupa-rupanya, segala riuh-rendah, kacau-bilau dan ribut taufan yang dimainkan oleh parti pembangkang dan media-media mereka mengenai daftar pemilih Dan pengundi, hanya bising sahaja!

Sama seperti bertelur sebiji, riuh berkokok sekampung! MALU lagi!

Baca di bawah :-
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengakui memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih tetapi mendakwa ia cuma mewakili hanya 0.0001 peratus daripada sejumlah 12.4 juta pengundi berdaftar.

"Meskipun jumlahnya kecil, hanya 0.0001 peratus berbanding 12.4 juta, tetapi kita masih membersihkannya setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Abdul Aziz mengulas laporan media mengenai kesilapan yang terdapat dalam daftar pemilih termasuk pengundi yang mempunyai dua identiti, seorang pengundi yang diberikan nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

"Kita manusia, kita semua buat kesilapan... wartawan juga kadang-kadang buat laporan salah. Sama juga dengan kerani saya... Tolong jangan tonjolkan (kesilapan kami), ini tidak adil.”

Beliau juga membidas pihak pembangkang dan media Internet kerana memperbesar-besarkan apa yang didakwanya sebagai “kesilapan kecil."

"Harap-harap mereka yang berminat membersihkan daftar pemilih bersama kami - PAS dan satu lagi yang selalu hubungi kami - Malaysiakini, saya tidak tahu sama ada kamu (wartawan Malaysiakini) ada di sini atau tidak - jika kamu ada perangkaannya, sila hantar kepada kami supaya kami dapat mengesahkannya. Kenapa tidak kita bersama membersihkannya (daftar pemilih)?

"Tetapi (sebaliknya) mereka laporkan di media, satu atau dua kes dan mereka memperbesar-besarkannya, menjadikan seolah-olah tiga perempat daftar pemilih itu kotor ; tetapi jumlah sebenar amat kecil,” kata Abdul Aziz.

Berdasarkan perangkaan 0.0001 peratus yang dibekalkan oleh Abdul Aziz, adalah dijangkakan terdapat kira-kira 1,240 kesilapan pada daftar pemilih itu.

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL TOP MINGGU INI.