Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, August 03, 2011

PADAN MUKA ! Kenyataan Rasmi JPN Melondehkan Portal-Pembohong MalaysiaKini.

Di bawah adalah kenyataan JPN yang sekaligus telah membuktikan pembohongan MalasyKini dan blogger pro-pembangkang tentang isu Mismah.

Sekarang kita sedang menunggu sama ada pihak-pihak yang memutarbelitkan isu akan tampil meminta maaf secara kepada rakyat atau pun mereka bertindak pengecut mendiamkan diri!


Rujuk di bawah :-

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
  • Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar

Berkaitan kes Mismah,

1. Dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar.

2. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982.

3. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri

p/s : Sudah tiba masanya MalaysiaKini dikena tindakan keras! Jangan bagi muka lagi!

4 comments:

  1. dah cakap dah..kena siasat habis2 duku, jgn cepat mendudh, kan dah jadi fitnah?

    apa crita? azmin, saifudin & zuraidah sendiri adalah pendatang yg dpt kerakyatan..patutla masuk pr..pakatan reput redam!!!

    ambikla puak2 pr bertuankan pendatang!!

    macam mana boleh dapat pendatang jadi pemimpin ni??? main tibai saja ka?

    ReplyDelete
  2. 70ribu nak jadi warganegara Malaysia ? ganti je dgn 50 ribu warganegara bersih 2.0, diorang bukan hormat negara pun..

    ReplyDelete
  3. Mcm mana pulak pendedahan yg lain, nama di JPN takdak tapi di SPR dah mendaftar. Mendaftar guna apa? Mykad belum lagi keluar tapi dah layak pulak mendfatar sebagai pengundi, nanti boleh la mengundi. Adakah mendaftar degan menggunakan mykad palsu yg dikeluarkan untuk tujuan tertentu sahaja.

    ReplyDelete
  4. satgi ade la mulut2 busuk ckp..yg JPN tu dah kne suap dek Kerajaan..kononyer..sume yg ade kt malaysia ni do control oleh kerajaan.. klu time die..kne sume duk kua..hadis la ape la..

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.