FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Monday, August 08, 2011

PANAS ! DS Najib & DS Rosmah Di Panggil Ke Mahkamah Tinggi Tapi Bersyarat !

Sila baca 2 laporan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kes liwat Anwar Ibrahim :-
1.Hakim Dato Zainal Abidin hakim bacakan permohonan Anwar minta hadir saksi. Dia menyatakan, setelah meneliti kedua pihak, pemohonan peguambela untuk panggil saksi dibenarkan.

Hakim memutuskan permohonan peguam Anwar pada 26hb Julai dan 3hb ogos lalu diluluskan dan dibenarkn memanggil/interview 15 orang saksi pendakwaan termasuk PM dan isteri PM.

Namun begitu, ia tertakluk kepada persetujuan dari saksi tersebut-The Unspinners

dan

2. KUALA LUMPUR 8 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan untuk dipanggil Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan 13 yang lain menjadi saksi dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membacakan keputusan itu Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwaraya harus memastikan saksi yang dicadangkan untuk hadir ke mahkamah.

“Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.

“Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi,” kata Zabidin.

Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah mengemukakan sapina.

Hari ini, setelah hampir tiga bulan berlalu, ia merupakan fasa paling penting dalam kes ini apabila Anwar dipanggil untuk membela diri selepas pihak pendakwaan membuktikan adanya kes prima facie.

Selain Najib dan Rosmah, 13 yang lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka,Mohd Rodwan Mohd Yusof - Media Permatang Pauh
Sila baca artikel seterusnya KLIK SINI

11 comments:

Anonymous said...

hah, skrg baru kata hakim itu adil kan? hehehe. jika hakim tolak, confirm tuduh hakim tak adil.

M . I . M said...

Laporan lain :-

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.

"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.

"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.

Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.

NONESebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.

Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.

Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

azlanDalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.

Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Anonymous said...

aku dah kata dah..kalaulah anak bekas pemimpin tertinggi UMNO dijamin takkan pijak tangga mahkamah. Kalau Najob jejak juga, maka jejak seorang no satu UMNO yg terakhir.

Loyer baru said...

Peguambela Anwar Ibrahim lepas ni kena fail permohonan untuk mahkamah keluarkan sepina pulak. Ikut kaedah mahkamah sepina ini dikeluarkan oleh mahkamah tapi lawyer yang prepare, mahkamah sign saja sepina tu. Sepina diserahkan secara peribadi kepada saksi dan sekiranya saksi enggan hadir ke mahkamah dia boleh membuat permohonan membatalkan sepina itu dan sekiranya permohonannya ditolak dan dia masih tidak hadir di mahkamah pada hari perbicaraan maka dia dianggap menghina mahkamah (contempt) dan boleh dipenjarakan. Jelas ini merupakan antara taktik Anwar Ibrahim untuk terul menunda perbicaraan dia.

whiteorange said...

loyar baru!

Tepat sekali dan dia punya pakar strategis dibelakangnya

Ada atau tidak undang undang yang boleh menghalang penundaan demi penundaan?

Loyer baru said...

Anon 11:40 saksi yang disepina oleh mahkamah bukan orang yang membuat salah apa-apapun atau boleh didakwa oleh mana-mana orang. Perintah yang diberikan oleh mahkamah mengizinkan peguambela Anwar Ibrahim memanggil15 saksi tersebut termasuk individu no. 1 negara jelas menunjukakn bahawa mahkamah kita telus dan tidak dikuasai oleh kerajaan dan kehadiran PM nanti di mahkamah akan membuktikan bahawa beliau juga profesional dalam kapasitinya sebagai orang no. 1 kerajaan. Daripada sini sudah jelas ini hanya semata-mata taktik Anwar Ibrahim untuk memburukkan intregiti mahkamah kerana dia amat berharap mahkamah menolak permohonannya itu atau Najib enggan hadir ke Mahkamah dan memfailkan permohonan untuk membatalkan sebarang sepina yang cuba dikeluarkan ke atasnya. Dalam erti kata lain Anwar Ibrahim cuba memanipulasi dan mempolitikkan proses mahkamah.

PemikirpolitikJerantut said...

Mohon Link Tuan
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/

Anonymous said...

banyaklah pulak prosuder/permohonan yg. perlu dilepasi dan sekiannya. Jika ini berterusan, sampai sudah, bilakah agaknya kes begini nak selesai?

Adakah selesai selepas Anwar berjaya dalam 'misi khasnya'? Kenapa bila baca segala berita/portal/blog, seolah-olah adanya satu agenda tersirat dalam perbicaraan ini?

Loyer baru said...

Whiteorange, tidak ada undang-undang sedemikian kerana mahkamah sendiri perlu berpandu kepada prosedur yang termaktub dalam Kaedah-kaedah Mahkamah dan tertakluk pula kepada Akta Mahkamah Kehakiman. Asalkan peguam pihak defendan didapati tidak melanggar prosedur tersebut, mahkamah tidak boleh memaksa perbicaraan disegerakan atau menghalang mereka daripada memfailkan apa-apa sahaja permohonan yang dibenarkan oleh aturan dan kaedah mahkamah.

Anonymous said...

Najib dan Rosmah kena hati2 dalam hal ini..

Mereka semua kaki belit..
Nak pastikan pembabitan Najib dan Rosmah, gambar, muka atau statement direkod sedikit sebanyak dalam kes ini...so that..

They can corner whatever little they can get out of Najib and Rosmah corner cerita jadikan konspirasi pulak..

Elok praktis seperti mereka GAG mulut, jgn keluar apa satu patah pun, as this has nothing to do with PM and Rosmah.

Anonymous said...

Najib/Rosmah akhirnya pi jugak mhkamah tapi sekadar wayang cuma nak bagitau kat hakim sapa tak mau peguam Anwar interview beliau. Nak bagitau beliau akur arahan hakim, tapi penakut mcm sepupu dia hisham. Dari zaman british dulu pun mcm tu jugak pencacai UMNO siap bersekongkol dgn British untuk halau kumpulan penentang penjajah, takkan lupa kot. Org susah payah angkat senjata nak halau penjajah, depa syok2 bergumbira dan biarkan penjajah ratah semua khazanah negara pastu dah licin tinggal la pokok getah tua dan lombong untuk bela itik.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.