Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, October 31, 2011

BONGKAR ! FOTO & VIDEO Sarang Pelacuran 400 Meter Daripada Ofis Nik Aziz !!


Pendedahan blogger Kickdefella tentang sarang pelacuran 400 meter dari pejabat Nik Aziz di Kota Bharu yang didakwa sebagai Serambi Mekah.

Lihat video di bawah :-


Video Bongkar !

Di antara artikel Kickdefella :-

Operasi kami juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak berkesan sama sekali.

Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus itu dibuat secara terbuka.

Pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk menempah pelacur-pelacur yang berdiri di tepi barisan kedai Jalan Hamzah atau masuk ke kawasan perumahan Limau Manis di mana sekumpulan pelacur lagi sedia menanti pelanggan di hadapan kawasan perumahan di situ. seterusnya



Bacaan lain : KLIK SINI

VIDEO ! Penyokong Negeri Sembilan Di Belasah Teruk Oleh Penyokong Terengganu!!


Betulkah cerita di bawah ini?

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Video yang didakwa semasa kejadian tersebut

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

MELAMPAU ! MalaysiaKini sah portal kaki putar belit!

Portal pro-pembangkang, MalaysiaKini memang terkenal sebagai kaki belit dan pembohong besar. Sehingga ke hari ini, mereka begitu bebas mengolah berita yang sengaja diputarbelitkan untuk menipu pembaca portal tersebut.

MiM sendiri telah menangkap beberapa pembohongan MalaysiaKini dan mereka masih berleluasa memburukkan etika kewartawanan serta tidak pula disergah oleh Ambiga atau aktivitis yang mahukan kebebasan media.

Ridhuan Tee Adbullah adalah mangsa terbaru!

Sila baca di bawah :-

Laman web Malaysiakini sengaja menyalahtafsirkan apa cuba saya sampaikan ketika menjadi panel forum Hudud: Dilema dan Perlaksanaannya, anjuran akhbar Sinar Harian, 26 Oktober 2011, bersama dua panel lain,

Saya dikutuk dan dikritik hebat walaupun dalam laman web tersebut, tidak membenarkan serangan peribadi dibuat. Keseluruhan forum tersebut telahpun diuploadkan dalam you tube, saudara pembaca boleh menilaikan apa yang telah saya sampaikan. Lihatlah bagaimana liciknya Malaysiakini mensensasikan isu.

Saya mengingatkan Malaysiakini, berhati-hati dalam membuat laporan supaya tidak berhadapan dengan tindakan yang seterusnya.

Perkara pokok yang saya utarakan langsung tidak disiarkan iaitu mengenai perlunya kajian rapi dibuat ke atas hudud sebelum ianya dilaksanakan, dengan mengambil kira ‘kegagalan’ beberapa negara Islam seperti Pakistan dalam melaksanakan hudud.

Saya juga ada menyentuh kenapa parti Hamas tidak melaksanakan hudud setelah mencapai kemenangan dalam pilihan raya di Palestin. Ianya langsung tidak disiarkan. Begitu jahatnya laman tersebut dalam memanipulasikan isu.

Ternyata apa yang saya cuba sampaikan disalahtafsirkan. Semua maklum bahawa hukum hudud adalah untuk orang Islam, ia tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam, apatah dalam konteks negeri Kelantan yang hampir seratus peratus adalah orang Islam. seterusnya


BACAAN MENARIK : KLIK SINI

Sunday, October 30, 2011

CEPUMAS ! Kenapa Anwar Ibrahim Takut Sangat Nak Pergi Ke Tempat Ini ?


MiM difahamkan bahawa DS Najib Razak akan menunaikan ibadat haji tidak lama lagi. Seperti yang kita tahu, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menunaikan rukum Islam tersebut.

Yang menjadi persoalan besar ialah apakah Anwar Ibrahim pernah menunai ibadat haji?

Nak dikatakan tidak berkemampuan adalah sesuatu yang mustahil kerana Anwar Ibrahim sering ke luar negeri. Dan jika nak dikatakan uzur, Anwar Ibrahim mampu bergerak ke sana sini, dalam dan luar negeri.

Anwar juga boleh sampai ke London, England yang lebih jauh daripada tanah suci Mekah.

Tambahan pula, umur beliau pun sudah lanjut tahap senja.

Hanya yang layak saja : Dr Mahathir selepas berada di dalam kaabah.

Usia tua 64 tahun adalah ketika generasi veteran seusia beliau berusaha untuk mendekati diri dengan Allah swt dengan menunaikan rukun Islam.

Cuma beliau sahaja yang tidak sedar diri dan tidak tahu malu berlagak orang muda dengan menghitamkan rambut beliau.

Dan yang hairannya, apakah tidak ada rakan-rakan politik yang menasihati beliau supaya menunaikan ibadat haji memandangkan beliau sudah layak?

Dan jika lihat trend Anwar Ibrahim, kita akan lihat beliau 'kelihatan sangat sibuk' di musim Haji ini dengan berada di luar negeri!

Apakah 'lawatan ke luar negeri' itu sekadar diversion supaya rakyat Malaysia tidak mempersoalkan kenapakah Anwar Ibrahim tidak mahu menunaikan haji?

Atau, Anwar Ibrahim takut kerana dosa besar beliau terlalu banyak?

Hancur ! PAS Di Cabar Pemimpin Sendiri!


Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan masalah sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain. Seterusnya

Hahaha..... Kereta Kebal Tony Phua DAP ?



MiM musykil dengan perbandingan dan pemfokusan ahli-ahli politik DAP yang mahu perincian tentang kekuatan dan spesifikasi kenderaan askar negara ini.

Perbezaan di antara kereta kebal bergantung kepada spesifikasi khas yang diubahsuai dan disesuaikan dengan faktor-faktor tempatan sesebuah negara yang menempah kereta kebal itu.

Dan sudah tentu, kerahsiaan kekuatan tentera negara tidak boleh dihebahkan secara terbuka kepada umum. Malah, tidak ada satu negara pun yang akan mendedahkan artileri dan kelengkapan lengkap pasukan tentera mereka.

Confidentiality itu mesti dipegang supaya tidak diketahui oleh pihak-pihak yang mungkin mahu mengganggu guat ketenteraman negara.

Parti DAP adalah parti yang berasal daripada parti PAP yang memerintah negara Singapura hari ini Kepimpinan DAP pula difahamkan rapat dengan kepimpinan tertinggi PAP.

Ada sebarang kaitan?

Seterusnya : Baca Sini

Saturday, October 29, 2011

TERBARU ! MiM Sokong Penuh Teguran Sultan Johor !


MiM menyokong penuh pesanan Sultan Johor kepada pelajar-pelajar universiti supaya tidak terlibat di dalam sebarang perhimpunan haram. Bagi MiM, tempoh sebagai seorang pelajar universiti adalah supaya tekun belajar dan terus belajar .

Dan diharapkan pemfokusan kepada menimba ilmu itu akan dapat diterjemahkan kepada keputusan CGPA yang sangat cemerlang dan kompetitif di kalangan semua kaum di negara ini.

Jika CGPA teruk, bagaimana mereka mahu menegur atau menasihatkan generasi yang lebih muda supaya menjadi anak bangsa dan kaum yang dihormati dan dikagumi?

Titah Sultan Johor di bawah ternyata merupakan satu pesanan yang sangat keras tetapi amat berasas sekali!

Sila baca di bawah :-

BATU PAHAT, 29 Okt ― Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan baginda akan melepaskan jawatan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jika penuntut terus terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Sultan Ibrahim bertitah para penuntut perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terbabit dengan aktiviti politik atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai canselor universiti ini,” titah baginda dipetik Bernama hari ini.

Titah baginda, adalah lebih baik untuk “saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini.”

Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Sultan Ibrahim juga bertitah, antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar membabitkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta - MI

GEMPAR ! Pusat Pelacuran 400 Meter Daripada Pejabat Nik Aziz !!


Artikel menggemparkan oleh blogger Kickdefella! Di antaranya :-

Operasi bersepadu yang telah dilaksanakan bagi mencegah kegiatan maksiat dan pelacuran di kawasan Perumahan terutamanya di limau Manis yang merupakan kegiatan yang selalu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Antara jabatan yang sentiasa mengadakan operasi di kawasan ini iaitu pihak Polis D7, JAHEAIK, MPKB-BRI dan IMIGRESEN.

Pusat pelacuran 400 meter dari pejabat Nik Aziz!

Walaubagaimanapun kegiatan ini tidak dapat dibendung secara total kerana kebanyakan pelacur-pelacur mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka telah dihantar pulang ke negara mereka di Thailand. SETERUSNYA

GEMPAR ! Anjing Bersih 2.0 Buat Demo Di Australia !!


Anjing BERSIH memalukan negara di Perth!

MiM tidak menuduh tetapi salah satu daripada 'peserta' BEERSIH 2.0 yang berkumpul di Perth, Australia semasa CHOGM ialah seekor anjing!

Lihat foto :-



Di bawah adalah muka-muka warganegara Malaysia? yang memalukan negara kita ini di Perth!



Dan yang kantoinya ialah foto-foto yang diambil seperti ramai yang bersama-sama kumpulan BEERSIH 2.0. Tetapi sebenarnya, bukan!

Sebagai contoh, lihat foto di bawah yang ternyata tiada kena mengena dengan isu negara kita!


Lands right. No mining Profits

MiM sarankan kepada pengiat BEERSIH di Perth supaya jangan memperbodohkan rakyat Malaysia. Cukuplah dengan anjing yang memakai collar kuning itu!

GEMPAR ! Anjing Bersih 2.0 Buat Demo Di Australia !!


Anjing BERSIH memalukan negara di Perth!

MiM tidak menuduh tetapi salah satu daripada 'peserta' BEERSIH yang berkumpul di Perth, Australia semasa CHOGM ialah seekor anjing!

Lihat foto :-



Di bawah adalah muka-muka warganegara? Malaysia yang memalukan negara kita ini di Perth!



Dan yang kantoinya ialah foto-foto yang diambil seperti ramai yang bersama-sama kumpulan BEERSIH. Tetapi sebenarnya, bukan!

Sebagai contoh, lihat foto di bawah yang ternyata tiada kena mengena dengan isu negara kita!


Lands right. No mining Profits

MiM sarankan kepada pengiat BEERSIH di Perth supaya jangan memperbodohkan rakyat Malaysia. Cukuplah dengan anjing yang memakai collar kuning itu!

Friday, October 28, 2011

VIDEO ! Nik Aziz HINA Nabi Muhammad SAW !


The truth about Nik Aziz ! Menggemparkan !


Video yang menggemparkan !!

TERKINI ! Peminat Khinzir GODAM Web Persatuan Bolasepak Malaysia !!


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini


BACAAN MENARIK ! KLIK SINI

MELAMPAU ! Regim DAP Yang Senyum Pegang Anak Babi, Ada Kuasa Untuk HALAL kan Makanan!


Sungguh memalukan! Akhirnya parti DAP tersungkur tersembam terpaksa meniru kepintaran Ds Najib Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia.

MiM pasti ramai yang sudah tahu dengan tindakan DAP yang menciplak usaha Najib Razak memperkenalkan restoran dengan Menu 1Malaysia yang berpatutan kepada rakyat.

Tetapi yang paling memualkan ialah regim DAP memandai-mandai sesuka hati mereka untuk 'menghalalkan' sebuah restoran Cina. Regim cauvinis itu berlagak lebih pandai daripada JAKIM yang selamanya mengeluarkan sijil halal kepada pihak-pihak yang lulus.

MiM bagi 2 foto untuk anda fikir sama ada Teresa Kok atau sesiapa sahaja dalam DAP, sama ada mereka benar-benar layak untuk menghalalkan sesuatu tempat atau makanan.

Foto 1

Regim DAP tersenyum 'menghalalkan' makanan di kedai makan Cina.

Foto 2

Regim DAP tersenyum riang memegang anak babi


Dan kepada Teresa Cock, kenapakah beliau sengaja memburuk-burukkan nama JAKIM kononnya sangat susah sesebuah restoran mendapatkan sijil HALAL?

Sedangkan restoran Cina yang digunakan untuk hidangan 1DAP itu tidak pernah memohon sijil tersebut!

Dan MiM cabar ahli politik murahan DAP Teresa Kok itu untuk menamakan restoran-restoran Melayu yang kononnya sangat susah untuk mendapatkan sijil HALAL.

Jika gagal, Teresa Kok DAP memang seorang pemimpin DAP kaki penipu, pembohong dan patut letak jawatan dengan kadar segera!

Sila baca laporan berita MyNewsHub :-


KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memperkenalkan ‘menu rakyat’ di sebuah restoran sayur-sayuran di Segambut, bagi menandingi Menu 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

Teresa berkata, menu yang berkonsepkan ‘vege’ (sayur-sayuran) tersebut jelas lebih baik dan murah berbanding Menu 1Malaysia yang lebih mahal.


“Menu yang Najib makan itu sebenarnya berharga RM6 sedangkan Menu Rakyat yang terdapat di restoran ini hanya RM2 untuk sepinggan nasi putih dan tiga lauk,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Restoran Sayur-Sayuran Fortune Land yang terletak di Jalan Ipoh, Segambut itu adalah sebuah restoran Cina yang menghidangkan makanan berkonsepkan sayur-sayuran dan didakwa ‘halal’ untuk semua rakyat, termasuk umat Islam.


“Restoran ini adalah restoran sayur-sayuran, ia halal dan sesuai untuk semua golongan.
“Tapi awak saja yang tak berani makan..,” katanya kepada wartawan Mynewshub.my yang menolak untuk menjamah sebarang makanan atau minuman di restoran tersebut.

Bagaimanapun, Pengurus restoran tersebut, Agnes Yap, mengaku restoran di bawah pengurusannya itu tidak mendapat sebarang sijil halal dan tidak pernah memohon sijil tersebut dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


“Tidak, kami memang tak ada sijil atau logo halal, tapi makanan di sini semuanya berkonsepkan sayur-sayuran dan ‘halal’,” katanya ketika ditemui di situ.


Mengulas mengenai status ‘halal’ tersebut, Teresa berkata, adalah sangat susah untuk sesebuah restoran, termasuk restoran Melayu untuk memiliki sijil halal dari JAKIM ekoran prosedur yang ketat.


Bagaimanapun, beliau akui bahawa restoran Cina tersebut tidak pernah memohon sijil halal dari JAKIM semenjak beroperasi pada empat tahun lalu.


Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang turut hadir di sidang akhbar itu berkata, restoran ini sangat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah selain menyediakan menu yang sihat kepada rakyat.


“Berkonsepkan sayur-sayuran, menu ini sihat dan wajar dipromosikan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Bagi Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun pula, harga yang ditawarkan oleh restoran tersebut sangat rendah dan sangat sesuai untuk dijadikan menu harian rakyat.

“Harga untuk sepinggan nasi dan tiga lauk hanya RM2 saja, macam-macam ada, mee wantan semuanya murah,” katanya kepada Mynewshub.my.

Thursday, October 27, 2011

GEMPAR ! AGEN CIA Kantoikan SPY Malaysia Di London !!

Ilustrasi spy

Memang benar. Ceritanya tentang 'spy' yang kononnya bekerja dengan Kedutaan Malaysia di London. Dan yang 'mendedahkan spy' tersebut ialah Anwar Ibrahim yang pernah mengaku didakwa sebagai agen CIA!

Semua cerita ini di dalam twitter Anwar Ibrahim dan MiM tersenyum sinis apabila membaca twitter beliau yang berada di London.


Yang lebih melawakkan ialah kenyataan N. Surendran, jambu Naib Presiden PKR yang mendakwa bahawa BN membazirkan wang rakyat untuk spy kegiatan pembangkang!

Rujuk di bawah :-

Sebelum ini Anwar Ibrahim mendakwa dituduh sebagai agen CIA.


Agaknya, si jambu N.Surendran tidak faham dengan istilah 'spy'. Di sini MiM terangkan kepada kepada jambu N.Surendran tentang maksud 'spy' :

1. An agent employed by a state to obtain secret information, especially of a military nature, concerning its potential or actual enemies.

2.
One who secretly keeps watch on another or others.

Persoalannya, bagaimanakah si 'spy' yang dilabelkan oleh Anwar Ibrahim dan N.Surendran boleh dikategorikan sebagai 'spy'?

Anwar Ibrahim sendiri menerangkan secara terperinci nama dan bangsa 'spy'.

So, bagaimana orang yang dikenali sedemikian rupa boleh dipanggil 'spy' sedangkan definasinya ialah 'one who secretly keeps watch on another or others?

Nampaknya, Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan alasan-alasan yang lawak untuk mensensasikan diri beliau. Pathetic!

Mungkin N.Surendran terpengaruh dengan filem spy lawak John English?


Video : John English

Wednesday, October 26, 2011

SEBARKAN ! Akhbar CHINA PRESS Sengaja Cari Pasal Dengan Bloggers UMNO !!

Pertama sekali, MiM mengucapkan tahniah kepada blog My Massa kerana mengambil inisiatif untuk menerbitkan terjemahan akhbar-akhbar bahasa Cina di dalam blog mereka.

MiM juga menyokong usaha mereka itu memandangkan banyak perkara yang telah disalahertikan di dalam akhbar-akhbar tersebut.


Salah satu daripada artikel yang hamPAS
disiarkan di dalam akhbar China Press. Penulisnya bernama Koh Kok Wee dan tajuknya ialah "Laman Blog Yang Berpihak Kepada UMNO Tidak Bersekolah."

MiM pasti rakan-rakan bloggers yang lain di seluruh Malaysia ini akan turut bersama-sama condemn akhbar bahasa Cina itu apabila mendapat tahu tentang isu ini.

Sila baca KLIK SINI


Inilah masaalahnya apabila sesebuah agensi akhbar tidak mempraktikkan etika kewartawanan yang betul dan berwibawa.

Mereka melepaskan artikel-artikel tanpa mahu menggunakan otak mereka itu mengetahui kesahihan tulisan di dalam akhbar mereka.


Artikel China Press itu juga menuduh blogger UMNO tidak baca sejarah China yang realitinya, kenapa akhbar tersebut terlalu mendewa-dewakan negara China? Why?

Dan yang paling memalukan serta seolah-olah menyerlahkan kebusukan dan kehinaan akhbar China Press ialah perenggan di bawah.
Sebab itu apabila dalam persengketaan cuba menyerang keluarga seseorang, terutama sekali puak ibu bapa dan anak-anak, mengugut mereka sebagai tebusan, biasanya tiada kesan, sebaliknya yang rugi adalah diri sendiri.

Yang pertama sekali kedudukan akhlak diri sudah jatuh, yang kedua sebaliknya menaikkan semangat juang kepada pihak lawan, mereka akan semakin kuat dan bertenaga untuk berjuang habis-habisan.

Satu soalan mudah, apakah sebelum ini, akhbar tersebut pernah peduli dan bangkit jika keluarga pemimpin BN dimaki hamun dan diperalatkan oleh parti lawan?

Ada atau tidak?

Jika tiada, kita sarankan kepada China Press supaya mengeluarkan satu artikel yang lebih adil dengan memperincikan tektik-tektik kotor parti pembangkang yang memperalatkan keluarga pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Jika berani, barulah China Press boleh dianggap beretika dan bertanggungjawab! Jika tidak, merekalah yang sebenarnya 'Tidak Bersekolah'!

So, how?

Sungguh Menghayatkan Hati! Malu Kepada Mereka Yang Terlibat!

Cerita yang menghayatkan hati apabila seorang kanak-kanak dibiarkan begitu sahaja oleh orang ramai setelah dilanggar oleh sebuah van. Kejadian di China.

Perhatikan pula seekor anjing yang cuba menyelamatkan anjing yang lain.



MiM amat pasti rakyat Malaysia tidak akan bersikap demikian. Kita masih bermoral tinggi kecuali mereka yang berfikiran pendek membuang anak-anak yang tidak berdosa hasil daripada perhubungan bebas mereka!

Tuesday, October 25, 2011

Kepada Wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) UIA Yang Bodoh Lagi Memalukan!


Wakil SMM tuduh Najib Razak 'pengecut' kerana tidak hadir UIA malam ini.


Sebelum baca artikel ini, sila baca artikel ini dulu : KLIK SINI.

Kepada wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang tolol bodoh menuduh DS Najib Razak 'pengecut' kerana tidak hadir UIA malam ini, di sini adalah confirmation kepada jawapan MiM :-


PM Tiba Di Riyard

MEKAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Riyadh petang ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi Putera Sultan Abdel-Aziz al-Saud yang mangkat Sabtu lepas.

Pesawat yang membawa Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di pangkalan Udara Tentera Arab Saudi di Riyadh pada pukul 1.55 petang (6.55 petang waktu Malaysia) dan ketibaan beliau disambut oleh anggota keluarga diraja Arab Saudi.

Putera Mahkota yang berusia lingkungan 80-an itu, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Penerbangan Arab Saudi, mangkat di luar negara pada Sabtu lepas setelah gering.

Ramai orang kenamaan dari luar negara tiba untuk menghadiri pengebumian Putera Mahkota itu yang dijadualkan selepas solat Asar, dan majlis itu disiarkan secara langsung oleh televisyen kebangsaan Arab Saudi KSA1 dan KSA2.

Najib dan isteri dijadualkan kembali ke tanah air lewat petang ini, dan dijangka tiba di Kuala Lumpur, esok pagi.-BERNAMA

Portal Pro-Pembangkang KANTOI Lagi ! UIA, Najib Razak & Kemangkatan Putera Mahkota Arab Saudi Di Putar Belit !!


MiM perhatikan portal-portal berita pro-pembangkang semakin giat memutarbelit berita. MalaysiaKini dan Malaysian Insider in particular.

Isu terbaru ialah laporan berita mengenai kumpulan yang memanggil diri mereka SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) di dalam isu pensyarah UIA, Professor Aziz Bari.

Jika di baca di dalam portal kaki belit itu, SMM sangat tidak beradap, tidak beriperikemanusian dan kurang ajar apabila menuduh pembatalan DS Najib Razak ke UIA adalah kerana 'pengecut'.

Kenyataan tersebut terdapat di dalam portal kaki belit, Malaysian Insider KLIK SINI

MiM printscreen berita Malaysian Insider : Mungkin mereka akan ubahsuai.

Dan nama Pengerusi SMM yang disebut oleh portal kaki belit itu ialah Ahmad Syukri Abdul Razab.

Bagi MiM, adalah sangat memalukan apabila seorang pelajar? universiti yang bercakap tanpa asas yang betul dan tidak tepat.

Persoalannya,

1. Apakah wakil SMM itu tahu alasan DS Najib Razak membatalkan lawatan beliau ke UIA?

2. Apakah Malaysian Insider sekali lagi memutarbelit isu apabila mendapatkan
pandangan wakil SMM itu tanpa memberitahu bahawa Najib Razak mempunyai alasan yang sangat kukuh sebagai Perdana Menteri?

3. Apakah Solidariti Mahasiswa Malaysia turut dipermainkan oleh portal pro-pembangkang Malaysian Insider yang semakin menyerlah putar belit mereka sama seperti MalaysiaKini?

MiM bukan menuduh tetapi terdapat diskripensi nyata di dalam dua laporan berita tentang isu yang sama di dalam portal tersebut.

Jika kita baca laporan berbahasa Inggeris, portal kaki belit itu melaporkan:

The Malaysian Insider understands that the prime minister had cancelled his appearances today to attend the Saudi Crown Prince Sultan bin Abdulaziz al-Saud's funeral.



Memang benar. MiM sendiri telah dimaklumkan bahawa PM akan ke Arab Saudi.

Persoalannya, kenapakah 'DS Najib Razak menjadi wakil negara ke pengembumian Allahyarham Sultan bin Abdulaziz al-Saud' tidak dilaporkan di dalam laporan berita berbahasa Malaysia? Kenapa?


MiM pasti jika Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di beritahu oleh portal tersebut tentang jadual Najib Razak, mereka tidak akan melompat melenting dan menuduh yang bukan-bukan!

Ketidakhadiran Najib Razak di UIA adalah valid dan sepatutnya diterima oleh SMM dan semua rakyat kerana ianya melibatkan kematian seorang pemimpin besar di negara Arab Saudi.

MiM sarankan kepada SMM supaya

1. tarik balik kenyataan 'PM sebagai pengecut' mereka.

2. menyatakan marah mereka terhadap portal pro-pembangkang yang mengeksploitasi mereka.


Realitinya, kenyataan SMM itu sungguh memalukan dan tampak bodoh! Serius!

Monday, October 24, 2011

Kenapa Mereka Beratur ?


Kenapa mereka itu beratur?

Sila baca di bawah :-

MISRATA, Libya – Jenazah Muammar Gaddafi yang masih berlumuran darah dipamerkan kepada umum di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar raya di sini.

Orang ramai semalam berbaris panjang untuk menatap jenazah bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu yang diletakkan di atas sebuah tilam di bilik berkenaan.

Pada mulanya, jenazah Gaddafi disimpan di bilik itu untuk mengelakkan daripada tatapan umum. Namun, orang awam berpusu-pusu tiba untuk melihat jenazah pemimpin yang mereka benci itu sebaik sahaja rahsia lokasi tersebut terbongkar.

Malah, untuk memudahkan orang ramai melawat arwah, pengawal-pengawal di premis itu menetapkan masa lawatan berasingan untuk keluarga dan lelaki bujang. seterusnya


Sunday, October 23, 2011

TOLONG SIASAT ! Model Pertama Malaysia Bogel Di Majalah!

Walau pun isu ini diluar topik diskusi biasa blog Dr MiM tetapi MiM rasa perlu ketengahkan juga isu ini sebelum menular lebih jauh!

MiM terkejut dengan satu laporan berita di bawah. Apakah ini yang dimaksudkan liberasi minda?


MiM berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat isu ini dengan kadar segera kerana jika tidak ditegah, aksi kurang sopan ini akan menjadi ikutan gadis-gadis Malaysia yang mahukan jalan mudah untuk mendapat publisiti dan wang.

Ianya juga telah mencemar negara Malaysia sebagai negara Islam! Jangan biarkan! Tolong siasat secepat mungkin!


Sila baca laporan MyNewsHub :-


KUALA LUMPUR – Mungkin tajuk di atas membuat anda tertanya-tanya siapakah yang dimaksudkan itu dan di mana dia menjadi model bogel negara yang pertama?

Oklah, namanya ialah Christy Yow yang berasal dari Ipoh, Perak.
Sebelum ini dia merupakan model untuk jenama pakaian Crocodile.


Mula menjadi model pada usia 19 tahun ketika mengikuti jurusan penyiaran di Kolej Tuanku Abdul Rahman.

“Ada rakan-rakan bertanya jika saya berminat menjaid model ketika itu, saya fikir mengapa tidak keran itu cara untuk seorang pelajar mendapat wang tambahan.


“Namun saya tidak menjangkakan akan menjadi model sepenuh masa. Saya ingat saya akan lebih banyak berkerja di belakang tabir memandangkan saya adalah pelajar bidang penyiaran,” katanya dipetik media baru-baru ini.


Christy asalnya ke Singapura untuk menjadi pramugari Penerbangan Singapura tetapi gagal dalam pusingan pertama lagi.


Dia berbogel untuk majalah F*** (Film, Fame & Frank) di negara berkenaan.
Dia dikenali dengan nama samaran 36C Christy, sempena saiz dadanya yang besar. SETERUSNYA


p/s : Kawan MiM bertanya, "Is she now still a Malaysian or Singaporean?"

Saturday, October 22, 2011

Teks Penuh Deklarasi Himpunan Sejuta Umat 2011!


DEKLARASI Himpunan Sejuta Umat :-

Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin". Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gekala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di Negara ini.

Bahawa kami, pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Kesembilan:Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh: Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

*Deklarasi ini dilafazkan oleh Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada kira-kira 5,000 orang peserta dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

TV LIVE HIMPUN - Ucapan Ustaz Hassan Ali.


TV LIVE UTUSAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT : KLIK SINI

TV LIVE - Ucapan Mufti Negeri Perak


TV LIVE UTUSAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT : KLIK SINI

TV ONLINE ! HIMPUNAN SEJUTA UMAT !!





TV LIVE UTUSAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT : KLIK SINI

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - Risalah Provokasi Tersebar & Hassan Ali Hadir !!

Foto : KLIK SINI


Foto : KLIK SINI

Ooo...Patutlah Anwar Ibrahim Dengki Dengan Himpunan Sejuta Umat !!


A picture speaks thousand words! Anda lihat sendiri betapa rakyat di Permatang Pauh sendiri tidak lagi berminat untuk menyokong Anwar Ibrahim!!

Puluhan ribu sedang khusyuk mendengar ceramah ahli politik multi-masaalah ini!


Program : Perjumpaan Dengan Masyarakat Permatang Pauh.

Lokasi : Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh.


Masa : 21hb 2011. Selepas solat Jumaat. 2:30 petang.




Bacaan seterusnya ; KLIK SINI

SNIPPET : Video ! Anwar Ibrahim Memang Tidak Mampu !


2 video menarik. Video no. 2 memang sudah kerja beliau sehingga sangat mahir dan expert. Video no. 1 ini memang meroyan!



Video : Depa jadi takut ada orang meroyan!


Video : Saingan Anwar Ibrahim !


p/s : So, kalau tak mampu tu, tak usah la nak meroyan sampai orang takut!

Friday, October 21, 2011

Mustahil ! Sayap Parti PKR Cabar Anwar Ibrahim Supaya Jadi Anak Jantan?


Anda mahu tahu picisan-picisan AMK berpolitik dan kerendahan mentaliti serta kredibiliti mereka?


Anda boleh baca di artikel di bawah.

Inilah masaalahnya apabila sayap parti pembangkang seperti AMK yang organisasi mereka sendiri tidak betul dibuktikan dengan ketidakadilan, kronisme, salah kuasa di dalam pemilihan kepimpinan parti.

Inilah kualiti kepimpinan muda AMK yang hanya mahu serbu begitu sahaja tanpa berfikir dengan bijak. Mereka sudah lupa bahawa negara kita ini mempunyai salur-salur sah dan terpelihara oleh perlembagaan untuk berdebat, berhujah dan sebagainya.

Kita mempunyai Dewan Rakyat untuk berdebat secara sah, maka gunakanlah saluran tersebut.

Dan sebelum cabar 'perlu jadi anak jantan', lebih logik dan bermaruah jika mereka cabar Anwar Ibrahim dulu supaya jadi anak jantan bersumpah muhabalah!

Beranikah? Sudah tentu mereka kecut takut dan bukan anak jantan!

Baca laporan berita kokokan AMK Selangor:-

Klang : Angkatan Muda KEADILAN Selangor menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang.

Minggu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali keduanya mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat berhubung berhubung kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012.

“Najib perlu terima (cabaran) dan berhujah seperti anak jantan dan tunjukkan kemampuan. Beliau juga perlu bertanggungjawab di atas kenyataan yang memperkecilkan Belanjawan Pakatan Rakyat.” kata Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail. seterusnya

ARTIKEL TOP MINGGU INI.