FACEBOOK DR MIM

Sunday, November 27, 2011

Kongres Nasional Tahunan keadilan ! PKR Mahu DEMO Untuk Tutup Helah DAP Jahanamkan Periuk Nasi Kaum Melayu!!

MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) Kebangsaan sekali lagi diperalatkan oleh parti pembangkang!

Kali ini, Alias, Setiausaha MTUC pula yang terlibat menjadi talibarut parti pembangkang!

Merujuk kepada laporan kongres nasional tahunan keadilam di bawah :-
KeaDILAN akan mengadakan himpunan bagi membantah Rang Undang-Undang Akta Pekerja di Dewan Negara pada 12 Disember ini, kata perwakilan pekerja dalam usul ucapan Presiden, Alias @ Awang Ibrahim.

Malah, beliau yang mewakili pekerja di Selangor akan turut mengadakan bantahan lebih awal iaitu pada 2 Disember di Shah Alam bagi meneruskan tekanan terhadap kerajaan berhubung pindaan Akta Sekerja 2011.

“Kita isytihar perang terhadap mereka. Tunggulah pilihan raya umum ke-13 nanti,” kata Alias merujuk bantahannya terhadap Rang Undang-undang yang dikemukakan Kementerian Sumber Manusia.

Tindakan Alias selaku Setiausaha MTUC itu amat memalukan dan menyerlahkan sikap beliau yang double standard tehap menghinakan!

Dimanakah Setiausaha MTUC itu apabila Tony Pua mendedahkan cadangan jahat DAP dan parti pembangkang yang mahu mengurangkan jumlah mereka yang kononnya berlebihan, diberi separuh gaji atau pun dipercepatkan persaraan mereka?



Dan apabila kita bercakap tentang kakitangan awam, kita tentu mengaitkan dengan isu perkauman dengan majoriti kakitangan awam terdiri daripada orang Melayu!

Kenapa Setiausaha MTUC itu tidak melenting jika benar-benar mewakili pekerja di negara ini? Kenapa beliau sanggup diperkudakan sebegitu hina sekali?

Kenapakah DAP mahu mengusik periuk nasi orang Melayu? Why?

Kenapa DAP tidak mampu untuk memikirkan kaedah, perlaksanaan yang lain dan hanya tahu cantas sahaja? Itu bukan good governance namanya!

Dan jika DAP berkeras untuk melaksanakan "Projek khas Mengurangkan Kakitangan Awam' apakah mereka tidak mengkaji implikasi seperti peningkatan jumlah pengangguran dan segala kesan domino dek projek itu?

Dan ada di antara kakitangan awam yang masih tidak sedar diri dan membuta tuli menyokong DAP dan parti pembangkang!

'Tahniah' lah kepada kakitangan awam yang selama ini bersekongkol dan menyokong pembangkang.

Dan kepada Alias, Setiausaha MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) Kebangsaan, janganlah perbodohkan diri dan persatuan MTUC!

Tindakan anda membodek parti pembangkang itu amat memualkan dan bakal menjadi bahan jenaka pekerja-pekerja lain!

IRONINYA, tatkala DAP parti pembangkang sudah teringin untuk mengurangkan kakitangan awam, kerajaan Barisan Nasional (BN) tampil memberikan pelbagai insentif seperti bonus dan kenaikan pangkat kepada mereka!

No comments:

Post a Comment

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.