KUALA LUMPUR, 16 Jan — Exco Dewan Muslimat PAS pusat Normala Sudirman dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Pemilihan Normala, 38, seorang guru sekolah menengah diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Labis malam ini.
Ini kali pertama PAS menurunkan seorang wanita bertanding dalam pilihan raya kecil sejak Mac 2008.
Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang adalah yang ke-14 selepas pilihan raya umum ke-12. seterusnya.
Calon muslimah yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru pendidikan
