PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 23, 2011

PANAS : BENDERA DAP LEBIH BERHARGA DARI BENDERA PAS !

Jika mengikut peraturan pilihanraya, mana-mana bendera parti politik yang tidak bertanding, tidak dibenarkan dipamir di tepi-tepi jalan di DUN Tenang.


Maka, bendera-bendera seperti di atas layak dibuang ke dalam sampah saja!

PANAS !! SPY BERKELIARAN DI PRK TENANG !!

Semasa penulis mengikuti rombongan DS Shahidan Kassim dan Azahar Ibrahim di Felda Tenang kelmarin, rombongan kami telah diekori oleh sekumpulan pemuda. Mereka asyik mengambil foto dan bertelefon.

Apabila ditanya penduduk di sana, pemuda-pemuda tersebut adalah ahli-ahli PAS yang akan berada di program-program anjuran BN di sana. Difahamkan bahawa mereka akan melaporkan status mengenai program-program tersebut kepada pihak-pihak tertentu.

Hari ini penulis bersama-sama rakan-rakan yang lain akan di Felda Tenang sekali lagi untuk merawat beberapa penduduk di sana.

DS Shahidan Kassim di dewan Felda Tenang.



Cara tersendiri DS Shahidan Kassim mendekati rakyat yang biasa beliau lakukan di mana sahaja. Sanggup berjalan kaki mengelilingi kampung untuk beramah mesra dengan rakyat.


Penulis memeriksa seorang penduduk Felda Tenang yang lumpuh.

Live From PRK Tenang : ISU FELDA - CALON BN BERPELUH.


Semasa mengikuti calon BN di Felda Tenang, penulis dapati bahawa desas-desus yang mengatakan bahawa warga Felda dipinggir dan tidak dibantu hanyalah dongengan dan mainan politik pihak-pihak tertentu sahaja.

Mereka memainkan isu rumah buruk sebagai 'dalil' mereka. Padahal di Felda Tenang, hampir kesemua rumah di sana berada di dalam keadaan baik.

Masaalahnya ialah selama ini kita hanya membaca di dalam media tetapi kita bukannya pernah berada di perumahan Felda untuk sahkan dakwaan tersebut. Jadi semasa penulis melihat dan berbual-bual sendiri dengan beberapa warga Felda Tenang, barulah penulis mendapat gambaran yang sebenarnya dan isu ini telah dieksploitasikan oleh pihak-pihak tertentu.



Rumah-rumah yang ada di Felda Tenang. Cantik dan bersih.


Manakala beberapa rumah usang yang ada tidak berpenghuni. Apabila ditanya penduduk di sana, rumah-rumah tersebut tidak lagi didiami kerana empunyanya sudah meninggal dunia dan anak-anak mereka sudah berhijrah ke tempat-tempat lain.

Penghijrahan itu pun hasil daripada peningkatan pelajaran yang diperolehi oleh anak-anak Felda. Mereka mulai bekerja di pejabat-pejabat dan sebagainya.

Jadi sebenarnya, warga Felda sangat beruntung kerana telah mendapat segala kemudahan daripada kerajaan. Majoriti yang bersyukur ke atas hasil mereka selama ini. Tetapi sudah tentu terdapat beberapa orang yang tidak bersyukur mungkin di atas faktor-faktor tidak puas hati dan sebagainya.

Itu biasalah tetapi mereka hanya sejemput sahaja.

Azahar Ibrahim pula telah melawati rumah-rumah di sana. Berpeluh juga beliau tetapi begitulah tugas wakil rakyat.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED