Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, February 28, 2011

PANAS ! Calon PAS Yang Suka Gigit Tangan... !

Sumber memberitahu cerita menarik di PRK Merlimau. Walau pun MiM berada di Kerdau sekarang, rasanya cerita ini patut disampaikan kepada pembaca sekalian.

Rupa-rupanya,Meriani Hassan, ibu saudara kepada Yuhaizad Abdullah, calon PAS Merlimau, telah dibantu oleh kerajaan BN Melaka! Dan bantuan rumah itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Ibu saudara calon PAS itu adalah antara 20 penerima rumah
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di situ.


Tak ke gempar tu!


Walaupun siang malam, pagi petang calon Pas itu menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN), memutarbelit apa jua kebajikan dan pembelaan yang dilakukan kepada rakyat namun calon Pas itu tidak pula menolak nikmat yang diperolehi dari kebaikan kerajaan BN, jauh pula dari bersyukur dan berterima kasih.


Selain tinggal di kuaters guru di Jasin di mana isterinya seorang guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran, ibu saudaranya, Meriani Hassan pun dapat bantuan daripada BN.


Calon PAS Merlimau memang tidak sedar diri! Beliau adalah contoh classic orang yang gigit tangan pihak yang telah lama membantu beliau. Malulah sikit!

Eksklusif : VIDEO : Bob Lokman Tak Tahu Calon PAS Kerdau !

Rujuk video di bawah :-

BREAKING NEWS : Malu ! Bob Lokman 'Isabella' Tak Tahu Nama Calon PAS Sendiri!

Pada mulanya MiM tidak mahu menulis artikel tentang Bob Lokman yang berceramah di Taman Desa Murni, DUN Kerdau sebab beliau sebenarnya mendapat publisiti free bila masuk ke dalam parti PAS.

Tapi kebetulan pula MiM berada di sana. So, MiM berhenti sekejap dan melihat sendiri ceramah yang beliau sampaikan di sini. Nak tahu sendiri apa yang beliau nak katakan selepas mendapat 'hidayah'.

Beliau bercerita alasan beliau masuk parti PAS mendakwa mendapat hidayah dan sebagainya. Beliau menyentu tentang kerajaan BN yang mengadakan konsert dan hiburan yang membawa kepada kemungkaran.

Ironinya, royalti lagu-lagu yang beliau cipta dan dimainkan oleh penyanyi-penyanyi di konsert-konsert masih masuk ke dalam poket beliau! Mudah sahaja, jika beliau benar-benar mendapat 'hidayah', pulangkan kembali segala wang hasil daripada royalti yang beliau dapat hasil dari lagu-lagu ciptaan beliau yang dimain-mainkan di dalam kosert-konsert yang didakwa membawa kemungkaran.


Ya benar bahwa lagu-lagu ciptaan beliau itu adalah hasil dari kepakaran beliau tetapi jika beliau sendiri mengaku bahwa konsert-konsert yang diadakan selama ini membawa dosa, beliau sepatutnya menyerahkan kembali apa sahaja yang beliau dapat hasil dari 'dosa' tersebut.

Dan selepas ini, Bob Lokman mesti berkeras untuk menarik balik semua lagu beliau daripada dimainkan di dalam media. Janganlah pula berceramah sana sini tapi royalti masih masuk ke dalam poket beliau!

Kanak-kanak riang mendengar ceramah Bob Lokman!

Makcik datang nak dengar ceramah ke ?


Tapi bila Bob Lokman tidak tahu nama dan profail calon sendiri dan calon BN di PRK Kerdau, MiM tersenyum sinis!

Tengok video di bawah :-


Calon sendiri pun tak tahu, ada hati nak bercakap politik di PRK Kerdau! Malu..malu!

Ada juga Bob Lokman membebel yang jalanraya tidak perlu, berlubang pun tidak mengapa kerana penduduk DUN Kerdau jarang guna jalanraya! Beliau serius tapi kenyataan itu menunjukkan kebengongan beliau!

Verdict ceramah Bob Lokman : BUANG MASA !

Presiden UMNO Bawa DS Rosmah, Presiden PAS Nak Bawa Isteri Yang Mana Satu?


Pihak pembangkang mengeksploitasikan kehadiran DS Rosmah di Felda 23 kelmarin. Bising mereka tapi dalam masa yang sama, kita tentu terfikir, di pihak pembangkang, kehadiran DS Rosmah ini telah membuatkan mereka berasa cemburu.

Mereka cemburu kerana isteri-isteri Presiden PAS tak mampu untuk ikut serta berkempen membantu Hadi Awang di Kerdau.

Maklumlah, isteri Presiden UMNO hanya ada satu sahaja. Tetapi isteri Presiden PAS ada 3 orang. Mungkin itu sebabnya Presiden PAS mempunyai masalah didalam memilih isteri yang mana satu untuk dibawa turun berkempen.

Jadi, untuk keselamatan bersama, semua isteri-isteri Presiden PAS langsung tak dibenarkan turun ikut berkempen.di Kerdau ni.

Lagi pun, parti PAS meminggirkan kaum wanita sehingga Muslimat PAS sendiri terasa tersisih dan mahukan recognitio di atas penat lelah mereka selama ini. Tambahan pula apabila melihat sambutan hebat yang diberikan oleh penduduk setempat. Maka mereka mulalah menabur pelbagai tohmahan untuk memburukkan isteri Perdana Menteri disini.!

PAS Ikut Nasihat Bob Lokman ? Buat Lawak Guna Kartun Upin & Ipin!

Jentera parti PAS memang sudah 'hilang akai' di kedua-dua pilihanraya Kerdau dan Merlimau! PAS terkedu kerana serangan peribadi ke atas Syed Ibrahim dan Roslan Ahmad, calon-calon BN tidak berjaya.

Sebaliknya, calon-calon PAS yang banyak kelemahan profil mereka. Calon reused dan recycle di Kerdau, calon yang tersedar diri menumpang rumah kerajaan BN dan memakan gaji isteri dari sekolah kerajaan BN di Merlimau.

Yang terbaru, PAS begitu terdesak hingga menggunakan kartun Upin dan Ipin untuk menarik undi! Lawak sungguh!!



Baguslah! Bob Lokman, pelawak masuk PAS, Upin dan Ipin pun terperalatkan ! Tak tahulah pula idea ni mungkin datang dari Bob Lokman!

Nampak sangat jentera PAS sudah tersungkur! Lawak !

Melampau ! Nik Aziz Menolak Qada & Qadar!


Nik Aziz Nik Ali sudah semakin melampau. Beliau seperti mempertikaikan ketentuan Allah swt apabila tidak mensyukuri dilahirkan sebagai seorang Melayu.

Jawapan Nik Aziz kepada pandangan Tun Dr Mahathir Muhamad juga dilihat sebagai memperkecil-kecilkan kaum Melayu di negara ini. Kenapakah beliau tergamak berkata demikian? Apakah beliau tidak tahu kaum Melayu amat terguris dengan keangkuhan beliau apabila berkata demikian?

Seperkara lagi, apakah pandangan Lim Guan Eng kepada kenyataan Nik Aziz di bawah ini ?
Nik Aziz berkata semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT.
Lim Guan Eng pernah melenting tentang isu valentine apabila beliau mendakwa kententuan dosa meraikan Hari Valentine menunjukkan ada pihak yang melabelkan 'tradisi kristian' itu adalah berdosa dan bermaksud memburuk-burukkan agama lain.

Apakah Lim Guan Eng mahu melenting juga dengan kenyataan Nik Aziz itu? Atau beliau bersikap pengecut dan berdiam diri sahaja?

VIDEO ! Calon PAS Mengaminkan Doa Ustaz Syed Ibrahim Di Kerdau.

Patutlah PAS tidak berminat lagi dengan PRK Kerdau. Hassanuddin Salim, calon PAS pun kelihatan seperti lone ranger ke sana sini. Lihat video di bawah :-

PANAS ! Anwar Ibrahim & PAS Tersungkur Lagi !!

MiM telah menulis artikel isu Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang menuntut beliau meminta maaf kononnya beliau telah menghina Muslim Broterhood dan Yusuf Al-Qaradawi KLIK SINI

Seperti yang MiM dedahkan, DS Najib Razak telah memberikan jawapannya. Klik di bawah :-
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.

Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

ikhwan muslimin"Saya tak kata Muslim Brotherhood ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di Temerloh hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi"Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni," kata Najib. SETERUSNYA

GEMPAR ! Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS Menonjol Di PRK Kerdau? Anwar Ibrahim Pasti Melenting!

Semalam MiM berada di Surau Kampung Kuala Tekal, DUN Kerdau sempena sambutan Maulidur Rasul. Di adakan program ceramah dan Hadrah selepas sembahyang Maghrib. Ustaz Syed Ibrahim, calon BN telah mendoakan program tersebut.

Di dalam ramai jemaah yang mengikuti program tersebut, Hassanuddin Salim, calon PAS turut berada di sana!

Tak sangka kerana selama ini, parti PAS sering kali menghina parti UMNO dan menuduh UMNO sebagai kafir tetapi kehadiran calon PAS yang juga mengaminkan doa Ustaz Syed Ibrahim, calon BN ternyata telah memalukan keseluruhan kepimpinan PAS!





Rujuk video di bawah :-



Kiranya, Hassanuddin Salim sudah mengaku kalah dan menerima Ustaz Syed Ibrahim sebagai calon rakyat di PRK Kerdau! Kan bagus jika calon PAS Kerdau menarik diri sahaja dari pilihanraya Kerdau, beliau datang ke Surau Kampung Kuala Tekal pun tanpa penyokong-penyokong beliau.

Apakah ini bermakna calon PAS Kerdau telah disisihkan kerana mereka tahu calon PAS akan kalah?

LIVE KERDAU : VIDEO "PANAS" UCAPAN PERDANA MENTERI !

MiM telah mengikuti program DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pekan Kampung Baru Kerdau petang tadi. Di bawah adalah video yang MiM ambil :-


Seramai 500 penduduk tempatan di kawasan tersebut telah hadir. Dan mereka adalah pengundi-pengundi di sana.



Sunday, February 27, 2011

Terbongkar: Apa Kaitan Di Antara Yahudi Dan PKR?



so ,ape kene-mengene freemason dgn parti keadilan rakyat(pkr) nih ?klu korang sume perasan ,lambangny saje sudah menyerupai 'the all-seeing eye' yang terdapat pada note $1 Amerika .





biar aku terangkan ape maksud "novus ordo seclorum" dan "annuet aceptis" .ini adalah bermaksud untuk pembulatan dunia atau pun dunia akan dikawal 100% oleh freemason .mereka melakukan satu agenda iaitu "New World Order" dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin dunia skrg adalah di bawah agenda ni .termasuk atuk bush sndr ,Prescott Bush .dan simbol pkr juga boleh disamakan dengan One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari" yang disembah sejak zaman Predynastic hingga Zaman Greece-Roman .


kenapa ade gambar george washington boleh disamakan dengan imej baphomet nih .ini sbnrnya adalah patung george washington yang ditempah khas dari Italy .semasa patung ini dituunkan dari kapal ,sume yg berada di situ sgt2 terkejut .patung ini diukir dengan persamaan rupa dan gaya baphomet seperti disebelah adalah kerana george washington adalah presiden amerika yang pertama menjadi ahli freemason ini .x heran la klu patung dia diukir sebegini sbb anda sume da tau latarbelakang beliau .

Illuminati yang ada sekarang ini diasaskan oleh Jesuits/Vatican. Ignatius Loyolaasalnya adalah dari kumpulan alumbrados(the illuminated). Perkataan ini sebenarnya berasal daripada illumination atau enlightment.



Sebenarnya, Jesuits yang menulis the protocols of zion, dan mereka jual nama Yahudi untuk agenda jahat mereka dan menuding jari ke arah Yahudi!zion ini adalah kearah penubuhan negara untuk zionist .dan perlu diingatkan .zionist tidak sama dgn yahudi yang lain kerana untuk menjadi zionist ,tak perlu nk jadi yahudi .mcm korang tau isu sekarang nih ,banyak rabbi yahudi yang membantah sekeras-kerasnya kapal bantuan ke gaza yang diserang israel kerana bknny yahudi yang buat ,tp adalah kerajaan zionist yang sedang memerintah israel skrg .rabbi yahudi juga membantah penubuhan negara israel kerana mereka ditegah untuk menubuhkan negara sendiri oleh tuhan .


ok ,berbalik pada di atas ,nape saya terangkan tentang jesuits ?ini lah ringkasan tentang jesuits .
Kumpulan Jesuits telah diharamkan oleh Roman Catholic Church melalui Papal Bull pada tahun 1773 oleh Pope Clement XIV. Selepas itu Jesuits beroperasi secara undergound, dan Jesuits itulah yang telah mewujudkan illuminati moden tang menjadi kepala kepada kegiatan freemasonry di seluruh dunia .



tau x ape yang dibulatkn kt gambar di atas nih ?simbol IHS ini lah lambang Jesuits yang diterangkan td .Jesuits ini telah diwujudkan semula selepas membuat kacau di Eropah pada tahun 1814 oleh Pope Pius VII.gambar ini diambil di Common Word, Universiti Georgetown : Dari kiri Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT).ade juga yang mengatakan yang anwar ibrahim ni adalah ejen Nasrani(Jesuits/Vatican) .



dan ini adalah Lodge Officers untuk tahun 2010-2011 .ini adalah jawatan untuk Grand Lodge of Canada di Ontario .organisasi ini adalah organisasi freemason di sana .Anwar Ibrahim adalah salah seorang ahli bagi pertubuhan ini .Anwar Ibrahim juga pernah memegang jawatan ini pada tahun 2008-2009 .

terdapat juga bangunan-bangunan freemason yang menjadi tempat persidangan dan pemujaan di Malaysia .(dlm bulatan-Logo Masonic Lodge.)

bangunan freemason di Johor Bharu,Johor .

Masonic Temple di Penang .


adakah ini satu kebetulan atau trick semata-mata ?logo mata sebijik mcm logo freemason iaitu 'all-seeing eye' digunakan pada logo PKR ini ?terpulang pada anda untuk menilai .terdapat juga simbol2 lain pada logo parti2 lain di Malaysia .contohnya di bawah ini .logo gabungan parti keadilan nasional dan parti rakyat malaysia SETERUSNYA

VIDEO : Nik Aziz Tidak Hormati Insitusi Masjid.

MiM kecewa dengan tindakan penyokong PAS yang tidak menghormati AJK Masjid Rumpun Makmur, Kerdau. Tidak menghormati institusi masjid di Pahang bererti tidak menghormati Sultan Pahang sebagai ketua agama Islam Pahang.

Rujuk video di bawah :-

LIVE KERDAU : Anwar Ibrahim dan PAS Rujuk Wartawan Yahudi Untuk Hentam Najib Razak !!


Isu artikel tulisan Seth Mandel yang menuduh Najib Razak menghina Yusuf Al-Qaradawi dan Muslim Brotherhood menjadi semakin panas.

MiM telah mendapat info baru. Rupa-rupanya Seth Mandel adalah wartawan Jewish !!!
dari twitter.com/SethAMandel ;

Name Seth Mandel
Location √úT: 38.900497,-77.009496

Bio Conservative Jewish journalist. Former managing editor of The Jewish State. Opinions are my own.

...
dari bigpeace.com/author/smandel/ ;

Seth Mandel is the former managing editor of four New Jersey-based newspapers, where he won awards for his coverage of the Middle East and Russia. He has appeared on Shalom TV's current affairs roundtable. He is currently based in Washington, D.C.
Ikuti artikel MiM sebelum ini :-

Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin PAS, web dan blog pro-pembangkang telah mengeksplitasi satu artikel yang ditulis oleh Seth Mandel di dalam National Review Online.

Tajuk artikel tersebut ialah "Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce or Be Left Out".


Mereka mendakwa Najib Razak berkata parti politik Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis. Rujuk perenggan di dalam artikel tersebut:-
But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”
1. Tuduhan Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau merujuk kepada satu artikel yang dikatakan mengambil petikan temuramah Perdana Menteri di Istanbul, Turki. MiM cuba mencari sumber rujukan tersebut tetapi tidak dapat.

Yang ditemui ialah temuramah beliau dengan agensi berita AFP. Mungkin ada di antara pembaca yang tahu sumber asalnya dan memaklumkan kepada penulis.


2. Ironinya, di dalam perenggan ini, tidak ada pun kenyataan yang mengatakan bahawa Najib Razak menuduh Muslim Brotherhood terlibat di dalam keganasan dan ekstremisme.

Satu lagi perenggan di dalam artikel Seth Mandel yang menjadi kontroversi adalah seperti di bawah :-
Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar.

It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”
Kita tentu berasa pelik apabila nama Sheikh Yusuf Al-Qaradawi tiba-tiba muncul di dalam temuramah yang didakwa oleh penulis Seth Mandel tanpa sebarang soalan yang berkaitan dengan Al-Qaradawi. Kecuali jika ada soalannya tetapi tidak dilaporkan di dalam artikel tersebut.

Isu panas yang melibatkan nama Yusuf Al-Qaradawi ketika tarikh temuramah Najib Razak ialah tindakan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menghalalkan serta menggalakkan Muammar Gaddafi dibunuh!

“Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so,” he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.
Jika benar seperti yang MiM katakan, DS Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan moderation ( kesederhanaan) berhak berkata seperti yang dilaporkan.

1. Apakah kita mahu menyokong undang-undang diletakkan di atas senapang dan peluru tanpa?

2. Apakah kita rela pembunuhan ahli politik berlaku dan mungkin menjadi tauladan yang ngeri di negara ini?
Memang benar Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin yang zalim di Libya tetapi DS Najib Razak sendiri tidak pernah menyetujui modus operandi Muammar Gaddafi. Rujuk di bawah :-

ISTANBUL: Libyan leader Muammar al-Gaddafi should not use violence against protestors who have been on the streets for days in a bloody uprising against the regime, Malaysian Prime Minister Najib Razak said Wednesday.

"We believe that he should not use violence," Najib told AFP in Istanbul.

MiM menyarankan kepada Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PAS supaya meneliti dan menyiasat dahulu sumber-sumber yang digunakan oleh penulis artikel kontroversi itu dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis.

Takkan Anwar Ibrahim tidak ada 'kaki' di Turki sedangkan Kedutaan Turki adalah tempat lindungan beliau apabila kononnya ada pihak nak membunuh beliau?

PANAS ! Anwar Ibrahim Tuntut ! Apakah Benar DS Najib Razak Menghina Muslim Brotherhood & Yusuf Al-Qaradawi ?

Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin PAS, web dan blog pro-pembangkang telah mengeksplitasi satu artikel yang ditulis oleh Seth Mandel di dalam National Review Online.

Tajuk artikel tersebut ialah "Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce or Be Left Out".


Mereka mendakwa Najib Razak berkata parti politik Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis. Rujuk perenggan di dalam artikel tersebut:-
But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood “shouldn’t be part of the process as long as they don’t reject violence and extremism.”
1. Tuduhan Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau merujuk kepada satu artikel yang dikatakan mengambil petikan temuramah Perdana Menteri di Istanbul, Turki. MiM cuba mencari sumber rujukan tersebut tetapi tidak dapat.

Yang ditemui ialah temuramah beliau dengan agensi berita AFP. Mungkin ada di antara pembaca yang tahu sumber asalnya dan memaklumkan kepada penulis.


2. Ironinya, di dalam perenggan ini, tidak ada pun kenyataan yang mengatakan bahawa Najib Razak menuduh Muslim Brotherhood terlibat di dalam keganasan dan ekstremisme.

Satu lagi perenggan di dalam artikel Seth Mandel yang menjadi kontroversi adalah seperti di bawah :-
Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar.

It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.”
Kita tentu berasa pelik apabila nama Sheikh Yusuf Al-Qaradawi tiba-tiba muncul di dalam temuramah yang didakwa oleh penulis Seth Mandel tanpa sebarang soalan yang berkaitan dengan Al-Qaradawi. Kecuali jika ada soalannya tetapi tidak dilaporkan di dalam artikel tersebut.

Isu panas yang melibatkan nama Yusuf Al-Qaradawi ketika tarikh temuramah Najib Razak ialah tindakan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengeluarkan fatwa menghalalkan serta menggalakkan Muammar Gaddafi dibunuh!

“Whoever in the Libyan Army is able to shoot a bullet at Mr. Gaddafi should do so,” he told the Qatar-based news channel al-Jazeera.
Jika benar seperti yang MiM katakan, DS Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang mengamalkan moderation ( kesederhanaan) berhak berkata seperti yang dilaporkan.

1. Apakah kita mahu menyokong undang-undang diletakkan di atas senapang dan peluru tanpa?

2. Apakah kita rela pembunuhan ahli politik berlaku dan mungkin menjadi tauladan yang ngeri di negara ini?

Memang benar Muammar Gaddafi adalah seorang pemimpin yang zalim di Libya tetapi DS Najib Razak sendiri tidak pernah menyetujui modus operandi Muammar Gaddafi. Rujuk di bawah :-

ISTANBUL: Libyan leader Muammar al-Gaddafi should not use violence against protestors who have been on the streets for days in a bloody uprising against the regime, Malaysian Prime Minister Najib Razak said Wednesday.

"We believe that he should not use violence," Najib told AFP in Istanbul.

MiM menyarankan kepada Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PAS supaya meneliti dan menyiasat dahulu sumber-sumber yang digunakan oleh penulis artikel kontroversi itu dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis.

Takkan Anwar Ibrahim tidak ada 'kaki' di Turki sedangkan Kedutaan Turki adalah tempat lindungan beliau apabila kononnya ada pihak nak membunuh beliau?

Saturday, February 26, 2011

LIVE KERDAU : Orang Asli Confirm Sokong!

Petang tadi MiM telah pergi ke Kampung Orang Asli Paya Sendayan, ADUN Kerdau mengikuti program DS Shafie Afdal, Menteri Luar Bandar. Hampir 300 penduduk kampung tersebut telah hadir ke program tersebut, kira-kiranya hampir keseluruhan penduduk di sana!

MiM sempat berbual-bual dengan beberapa penduduk di sana. Seperti di tempat lain, tidak ada isu besar di kawasan tersebut kecuali isu-isu terpencil diselesaikan oleh Jabatan Orang Asli.

Gembiranya penduduk Kampung Orang Asli ! Bukti mereka puas hati dengan kerajaan BN!

DS Shafie Afdal, Menteri Luar Bandar



LIVE KERDAU : PAS TKO Sebelum Hari Pengundian!

Hari ini hari pencalonan. Tidak ada apa-apa yang buruk berlaku di PRK Kerdau. Yang berlaku hanya sahut-menyahut, perkara biasa yang berlaku di setiap hari pencalonan. Tiada loudspeaker dan sebagainya. Hari pencalonan yang paling tertib.

MiM telah bertemu Ustaz Syed Ibrahim, calon BN di tempat pencalonan pagi tadi. Bersikap rendah diri tapi confident beliau berjumpa orangramai memang terserlah.

Beliau yang terkenal kerana kerap memberi ceramah agama dan kaunseling di jajahan Pahang selaras dengan tugas beliau sebagai Pegawai Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang. Beliau juga dikenali sebagai Ustaz Syed Ibra oleh penduduk Kerdau.



Setakat ini tidak ada isu besar yang kedengaran. MiM telah sempat menjelajah DUN Kerdau hingga ke Kampung Orang Asli Paya Sendayan tapi rata-rata mereka berpuashati dengan pentadbiran Menteri Besar Pahang.

Pembangunan infrasrtuktur DUN Kerdau selaras dengan pembangunan DUN-DUN lain. Maksudnya, pihak lawan tidak ada isu tempatan yang boleh dieksploitasikan. Jika ada pun, itu hanya terpencil atau sengaja dibesar-besarkan oleh parti pembangkang.

Awal-awal lagi parti PAS kena knock out dan mendapat tamparan hebat apabila serangan peribadi terhadap Ustaz Syed Ibrahim, calon BN tidak menjadi. Parti pembangkang memain-mainkan isu kesahihan sijil Ustaz Syed Ibrahim tetapi mereka terpaksa menjilat ludah sendiri apabila calon BN itu mendedahkan sijil asli beliau.

Di bawah adalah 3 dokumen penting tentang sijil ijazah Ustaz Syed Ibrahim :-






Secara ringkas, jentera PAS menghadapi masaalah yang sangat besar di PRK Kerdau. Dan kepimpinan PAS pun sebenarnya tahu tentang perkara ini. Kerana itu calon reused dan recycle yang digunakan!

Dan MiM difahamkan oleh orang dalaman PAS, mereka hanya mahu mengurangkan majoriti undi sahaja. MiM berpendapat, itu pun tidak pasti lagi!

EKSKLUSIF ! LIVE KERDAU : Bendera DAP Segan Nak DiKibarkan !!

Penamaan calon PRK Kerdau di Dataran Tun Abdul Razak berjalan dengan lancar. Panas tapi yang panasnya ialah cuacanya sahaja. Tidak ada konflik, pemedih mata atau keganasan.

Tahniah kepada pihak berkuasa dan SPRM kerana telah merancangkan jalan-jalan dan lokasi-lokasi yang berbeza untuk penyokong-penyokong parti yang bertanding.

Makcik sedar ke apa yang makcik bawa tu? Tak berat ke bahu tu? Satu ni aja ke bendera DAP? Kenapa?









LIVE KERDAU : PAS HILANG SERI MASA PENCALONAN..

Apakah parti PAS akan mematuhi peraturan tidak membenarkan penggunaan pembesar suara semasa pencalonan hari ini?

Kita tentu masih ingat parti PAS telah melanggar peraturan tersebut di PRK Tenang.




MiM akan update live perjalanan pencalonan PRK Kerdau.

Friday, February 25, 2011

Liwat : 'Passive Homosexual' Sebenarnya 'Killer Point' Untuk Mereka Yang Tidak Berhati-hati!

Syukur Alhamdulillah penulis telah sampai ke Temerloh untuk membuat liputan pilihanraya kecil Kerdau. So, untuk beberapa hari ini, penulis akan memfokuskan blog ini untuk pilihanraya di Kerdau.

Untuk malam ini, penulis ingin menjawab soalan tentang isu kes liwat Anwar Ibrahim dan kenyataan Karpal Singh tentang Saiful Bukhari yang dilabelkan sebagai 'passive homosexual'.


Terminologi 'passive homosexual' sebenarnya straightforward iaitu individu yang anusnya rela 'dinodai' oleh pasangan beliau. Seperti yang difahamkan sekarang, beliau adalah yang di bawah manakala 'active homosexual' berada di atas dan 'mengerjakan' anus pasangan beliau. Simple.

Ramai yang beranggap bahawa kenyataan Karpal Singh itu menunjukkan bahawa Karpal Singh telah mengaku kalah serta menyetujui bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat. Tetapi penulis tidak setuju dengan pandangan tersebut.


Kita perlu tahu Karpal Singh cerdik di dalam modus operandi memerangkap saksi di dalam mahkamah. Perkara yang ringkas dan remeh sebenarnya adalah killer point yang bakal digunakan sebagai penggulung di hujung perbicaraan kelak.


'Passive homosexual' adalah soalan yang tampak mudah ditujukan kepada saksi kes liwat Anwar Ibrahim. Tetapi jika saksi tidak bertindak profesional dan menyetujui kenyataan Karpal Singh, peguambela Anwar Ibrahim boleh menggunakannya untuk menyatakan bahawa Saiful Bukhari mempunyai kecenderungan untuk 'dinodai' secara sukarela dan suka dibuat demikian.

Jika kecenderungan secara sukarela dicetuskan, peguambela Anwar Ibrahim boleh mengatakan bahawa Saiful Bukhari yang rela dan suka 'dinodai'. Maka, kes tersebut akan digugurkan begitu sahaja. Tetapi taktik itu tidak menjadi.


Tambahan pula, Kita perlu tahu bahawa Saiful Bukhari mendakwa bahawa Anwar Ibrahim telah 'menodai' beliau beberapa kali selain di Tivolli Villa. Kerana itu peguambela Anwar Ibrahim tidak boleh probe terlalu lama dalam bab itu kerana bakal backfired kepada mereka balik.

PANAS! Mamat 'Tenggelam Timbul' Mazlan Aliman Bodohkan Rakyat FELDA !

Mazlan Aliman, pemimpin frust menonggeng persatuan ANAK berkokok sekali lagi. Beliau yang tenggelam dan hanya timbul tatkala pilihanraya itu memilih PRK Kerdau, Pahang pula. Beliau mungkin teringin nak menjadi calon di Kerdau setelah kalah di DUN Bera, Pahang pada tahun 2008 tetapi tiada yang peduli beliau.

Mazlan Aliman berceloteh :-
"Saya cabar Umno turun dalam kempen pilihan raya sebagai anak jantan, tidak mengunakan jentera kerajaan dan membuka peluang sama rata...kita tengok selepas itu Felda kubu kuat siapa," ujar beliau.
Memandai-mandai sahaja si Mazlan Aliman menabur tohmahan dan apakah beliau terlupa Nik Aziz dan kerajaan Kelantan telah menggunakan jentera kerajaan untuk menyogok rakyat di Galas, Kelantan? Apakah beliau sudah lupa?


Dan di dalam kenyataan beliau yang memburuk-burukkan kerajaan BN, beliau terlupa bahawa beliau juga telah memperbodoh-bodohkan rakyat FELDA. Beliau menuduh mereka telah menenerima sogokan dan ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan.

Apakah beliau fikir rakyat FELDA begitu bodoh dan tidak boleh berfikir sendiri demi kepentingan masa depan mereka? Apakah rakyat FELDA begitu senang diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh Mazlan Aliman, seorang rakyat yang telah mendapat kenikmatan hasil usaha kerajaan BN memulakan FELDA tetapi kini mengigit tangan pihak yang telah membantu?

MiM khuatir nanti si Mazlan Aliman akan dikutuk dan dihalau keluar daripada menabur fitnah dan tohmahan di kampung-kampung FELDA di Kerdau, Pahang. Jika ya pun, padan muka sendiri!

Saranan MiM kepada Mazlan Aliman, lebih baik berdiam diri sahaja. Berapa banyak sumbangan signifikan yang telah beliau taburkan kepada penduduk FELDA selama ini? Tidak ada langsung!

Thursday, February 24, 2011

Biaq Betoi..... PAS Minat Lubang Pulak Dah !

Ini adalah artikel MiM yang pertama menyentuh PRK Kerdau. Bukan disengajakan tetapi MiM berpendapat bahawa Kerdau adalah milik BN dan parti PAS tidak sepatutnya bertanding di sana.

Malah, kepimpinan PAS sendiri tidak yakin dan berdolak-dalih kononnya untuk test dan sebagainya. Calon BN, Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad pula bukan calang-calang orang.


Beliau adalah seorang pemimpin tempatan yang dikenali dan dihormati, bukan sahaja oleh parti sendiri tetapi parti lawan setempat. Beliau masih muda dan berpendidikan tinggi, kriteria asas yang seperti menjadi trend di dalam pemilihan calon untuk pilihanraya.

Dan tidak rugi jika penyokong-penyokong parti PAS mengundi Syed Ibrahim kerana calon dilihat mesra dengan sesiapa sahaja tidak kira fahaman politik masing-masing dan bervisi.

Calon tidak semestinya Ketua Bahagian atau Ketua sayap-sayap bahagian. Jika trend ini diteruskan sehingga ke PRU-13, DS Najib Razak memang walk his talk dengan memilih calon yang paling sesuai dan digemari oleh penduduk setempat tanpa memikirkan jawatan calon tersebut.

Dan jika begini, maka ramailah Ketua-ketua Bahagian dan sayap-sayap yang akan 'melepas' pada PRU-13 ini!

Kita juga perhatikan bahawa momentum awal parti PAS seperti sangat hambar, lebih-lebih lagi apabila nama calon BN Kerdau diumumkan. Yang terbaru, parti PAS memain-mainkan isu jalan berlubang di Kerdau, satu topik murahan yang menunjukkan PAS sudah kehilangan modal dan akal di Kerdau.


Kesihan tapi itulah tugas ahli-ahli politik. Yang mengkritik parti lawan itu terlupa yang parti sendiri telah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang memangkah mereka! Itu lebih teruk dan buruk!

WarkahDaily melaporkan :-
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.

"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.

Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini.

"Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang Seterusnya
Kepimpinan PAS memang sudah mati akai!

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.