PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, February 13, 2011

Apabila Isteri 'Dilacurkan' Untuk Politik & Kekayaan !

“Saya mohon pihak polis siasat kekayaan luar biasa Azmin dan isterinya Shamsidar. Azmin dengan relanya ‘melacurkan’ Shamsidar kepada Anwar Ibrahim, ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram,” dakwa Ummi Hafilda Ali, adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ummi Halfida mendakwa, berkata, beliau mahukan kebenaran supaya yang batil itu dihancurkan, dileburkan dan mereka sewajarnya didakwa di mahkamah.

“Saya rasa sudah tiba masanya saya membersihkan nama. Saya cukup bersabar. Selama 13 tahun saya diaibkan dengan begitu hina,” katanya kepada para pemberita semasa membuat laporan polis di Bukit Aman di sini.

“Saya sudah bersumpah tidak mempunyai apa-apa hubungan atau salah laku seks dengan ‘Baginda’ yang saya tidak kenali secara peribadi. Ini maruah diri saya yang saya akan bawa sampai akhir hayat diri saya,” katanya.

Beliau turut menggambarkan bahawa Nor Azman Abdullah @ Baginda anak Minda dan Raja Komando merupakan saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar Ibrahim di dalam mahkamah dan akan bongkarkan sehabis-habisnya imbuhan yang mereka perolehi selepas menfitnah dan mengaibkannya.

” Saya juga akan membuat laporan fitnah jenayah yang dibuat oleh Raja Komando atau Raja Jamaluddin Raja Abdul Wahid yang telah menjadi saksi palsu dalam kes Anwar pada tahun 1998 dengan mengheret nama Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Aziz Shamsuddin yang mengatakan kononnya saya seorang pelacur .

“Pada hakikatnya, Datuk Aziz Shamsuddin sendiri telah menafikan dengan sekerasnya bahawa beliau tidak pernah berkata seumpama itu terhadap saya kepada Raja Komando apatah lagi, beliau tidak pernah terfikir saya sehina itu.

Seterusnya, saya akan buat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan isu ini dengan menghentam kredibiliti saya sebagai seorang perempuan yang tidak bermaruah,” tambahnya lagi. seterusnya


p/s : Blogger2 pro-pembangkang yang disebutkan itu memang tidak bertanggungjawab dan hentam tanpa fikir dan dosa.

Contempt Of Court ! Anwar Ibrahim Bakal Halalkan Porno & Playboy?

Berapa kali Anwar Ibrahim telah mencabar maruah mahkamah dan kehakiman negara ini? Contempt of court seolah-olah bahan jentikan sahaja bagi beliau? Kenapa?

Dan kenapa pihak berkuasa menutup mata dan membiarkan sahaja Anwar Ibrahim memburuk-burukkan mereka, bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negeri!


Pada 10hb Februari yang lepas, ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”, anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation, Anwar Ibrahim sekali lagi menghina institusi mahkamah dan kehakiman negara.

Kita boleh rujuk video tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=XoXiDsxbYq8. Beliau dengan sinisnya berkata,

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan." KLIK SINI

Kenyataan beliau itu memang jelas contempt of court dan tidak bertanggungjawab. Malah, ianya menjadi bahan lawak negara asing. Dan adalah sungguh memualkan apabila kesinikalan Anwar Ibrahim dinyatakan di depan spektator yang menyetujui free sex, perkahwinan sesama jenis, gay dan lesbian.

Sudah tentu mereka tiada masaalah jika Anwar Ibrahim seorang gay dan minat meliwat!


Seperkara lagi yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah mengganggap bahawa pornografi dan Playboy adalah isu remeh dan kecil sedangkan isu itu sangat penting dan hangat diperdebat serta dibangkang hebat di negara jiran! Minatnya Anwar dengan bab porno ni!


Persoalannya, jika Anwar benar-benar mahu mengamalkan free expression, freedom of speech, kebebasan berasaskan kebiasaan hati iaitu keyakinan dan kepercayaan terhadap kebebasan tabiat semulajadi kemanusiaan, negara bakal hancur!

SNIPPET : Pahlawan Melayu Melaka Dalam Konsep Proton Terbaru!

Late night non-political issues! CARS - Proton Concept Cars !


Ilustrasi Paul Tan's klik sini


Proton Concept Cars dinamakan sempena Pahlawan Melaka terbilang : Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir dan Kasturi. Dan juga Emas! Canggih!

Untuk bacaan lanjut : KLIK SINI

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED