"Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya."Nampaknya, Mahfuz Omar dan pemimin-pemimpin Pakatan Rakyat masih mahu cuba mempertahankan Buku Jingga atau Buku JingGay walau pun rakyat sudah tahu bahawa buku tersebut bakal membawa bencana kepada rakyat dan negara Malaysia jika dilaksanakan.
MiM telah menulis mengenai kemusnahan dan kebangkrapan yang bakal ditanggung oleh kita semua. Rujuk di bawah :-
Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.
Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.
Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut.
Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).
Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.
Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK.

Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)! SETERUSNYA



