Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, April 30, 2011

EDISI DEDAH : Bloggers Pembangkang KANTOI BESAR Lagi Isu 'Mana Janggut' Anwar Ibrahim !


Sebelum ini MiM telah melondeh satu pembohongan psywar dan bloggers pembangkang. Mereka mendakwa bahawa ada 'seorang' lagi di dalam video tersebut semasa pelakon beraksi di ranjang.

Mereka dengan kurang bijaknya mendakwa bahawa 'seseorang' itu telah membaling 'tisu'. Tetapi omongan dan pembohongan mereka itu telah MiM patahkan KLIK SINI


MiM sangka pihak pembangkang sudah termalu besar tetapi sebenarnya ada lagi yang cuba mencipta pembohongan !

Rujuk di bawah :-
BULETIN TV3 sebentar tadi (semalam), terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok (hari ini) kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian? SETERUSNYA
Kita rujuk kembali video kenyataan Datuk Eskay. Lihat di bawah :-



Jika kita merujuk kepada video di atas, Eskay tidak pernah mengaku bahawa beliau berada di dalam bilik sewaktu aksi seks Anwr berlaku.

Apa yang dikatakan oleh Eskay ialah beliau hanya berada di bilik dan rakaman video tersebut jelas menunjukkan beliau berada di dalam bilik tersebut tetapi beliau keluar dari bilik itu sebelum aksi ranjang bermula.

Selain daripada itu, ada bloggers pembangkang yang mempertikaikan pelakon porno tersebut 'tidak ada janggut', maka orang itu bukan Anwar Ibrahim.


MiM sebenarnya tidak mahu lagi mengulas alasan bloggers tersebut sebab mereka sendiri sudah menipu pembaca tentang isu 'hantu' baling tisu KLIK SINI.

Tetapi ada yang meminta pandangan penulis.

Sebenarnya, isu janggut itu paling senang untuk dijawap. Satu perkara yang jelas, janggut Anwar hanya sejemput sahaja bukan seperti Syed Dr Abdul Rahman, Imam Masjidil Haram.

Jika kita selidik video tersebut, terdapat penumpuan cahaya yang berlebihan berdekatan dengan kamera-kamera itu. Maka, apabila individu tersebut berada sangat dekat dengan kamera, kita akan lihat muka, tubuh dan tuala mandi yang terlalu cerah.


Malah, jika kita lihat di dalam foto di bawah, tekstur tuala sudah tidak kelihatan lagi kerana 'cahaya lebihan' tersebut.



Maka, isu 'mana janggut' yang dimain-mainkan oleh bloggers pembangkang sebenarnya tidak relevan dan menampakkan kecetekan minda mereka untuk menilai pencahayan, pantulan cahaya dan imbasan cahaya.

Sungguh memalukan.

MiM hairan kerana pyswar pembangkang begitu desperate hingga sanggup berbohong. Tindakan mereka itu sebenarnya telah mengguatkan lagi tanggapan rakyat Malaysia bahawa Anwar brahim memang bersalah.

Video 'PANAS' Anwar Ibrahim Berani Bersumpah !

Di bawah adalah video Anwar Ibrahim mengaku berani bersumpah demi kebenaran :-

Video : Anwar berani bersumpah tapi bohong sahaja


Di sini juga MiM sertakan artikel menarik tentang sumpah muhabalah dan sumpah li'an oleh blogger Semut.

Di antaranya :-

Anwar gunakan Bekas Mufti Selangor, Dato Md Hashim Yahya. Katanya, sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja - kerja orang jahil.

Namun apa yang dijelaskan oleh Bekas Mufti Selangor itu ialah mengenai hukum qazaf dimana setiap pertuduhan zina perlu menampilkan 4 orang saksi yang sah.

Mungkin, Keadilandaily.com tersalah tanya soalan sebab apa yang dijelaskan oleh Bekas Mufti itu ialah mengenai sumpah li'an yang hanya melibatkan suami dan isteri.

Orang bercerita mengenai sumpah Mubahalah. Bukan sumpah li'an.

Sumpah Mubahalah ini adalah untuk menyaksikan bahawa pertuduhan yang dibuat adalah benar tanpa sebarang saksi yang sah.


Teringatkan kejadian yang menimpa Nabi Yusof A.S dimana Baginda juga berhadapan dengan pertuduhan zina seumpama ini oleh seorang wanita.

Baginda dituduh cuba merogol wanita yang juga isteri kepada seorang yang mempunyai kedudukan tinggi.

Namun Baginda gagal membawa empat orang saksi, lalu Baginda mengangkat sumpah sekiranya pertuduhan yang dibuat adalah tidak benar, maka Baginda mohon petunjuk dari Allah S.W.T.

Dan ternyata, Baginda berada didalam golongan orang yang bercakap benar apabila suami kepada wanita itu mendapati baju Baginda koyak disebelah belakang.

Secara logik, sekiranya nabi Yusof mempunyai niat untuk merogol wanita tersebut, sudah tentu baju Baginda akan koyak disebelah hadapan.

Maka dengan cara bersumpah Mubahalah itu sahaja dapat membuktikan sama ada Anwar berada dipihak yang benar atau tidak. SETERUSNYA

Friday, April 29, 2011

AKHIRNYA TERBONGKAR ! MALAM NI ANWAR TAK TIDUR !


Foto-foto terbaru !


UPDATED !

Video penuh 21 minit : KLIK SINI

Pagi ini tentu akan mengemparkan negara ini apabila video ranjang telah tersebar dan banyak indikasi-indikasi di dalamnya yang akan menutup mulut ramai pihak yang selama ini cuba mempertahankan si pelakon tersebut.

Rasanya sudah tidak ada lagi alasan lagi untuk pelakon tersebut. Segalanya telah terbukti!

UPDATED ! VIDEO AKSI ANWAR BRAHIM!


Foto-foto terbaru !


UPDATED !

Video penuh 21 minit : KLIK SINI

Thursday, April 28, 2011

MESTI LIHAT ! Video 'PANAS" Datuk Eskay Berani Bersumpah & Anwar Ibrahim Melenting !!

Di bawah adalah video yang menunjukkan Anwar Ibrahim melenting dan tidak bersikap diplomatik apabila berdepan dengan para wartawan.

Soalan mudah pun cuba dielak oleh beliau dan tindakan beliau itu menyebabkan rakyat Malaysia semakin meragui beliau.


Video : Anwar melenting.

Di bawah ini pula adalah sebahagian daripada kenyataan Datuk Eskay yang mengaku bahawa Anwar Ibrahim adalah pelakon di dalam video seks kontroversi tersebut.

Dan jika merujuk kepada kenyataan Anwar Ibrahim seperti di atas, sungguh pelik apabila Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyaman Datuk Eskay dan Datuk 'T'.

Lihat 2 video di bawah :-



Video : Kenyataan Datuk T (1)

Video : Kenyataan Datuk T (2)


Dan yang melucukan ialah Anwar Ibrahim cuba mengheret DS Najib Razak dan DS Rosmah ke kancah terbaru ini. Pada hakikatnya, Anwar Ibrahim sekarang berdepan dengan suara rakyat yang sudah meragui permainan politik dan lakonan beliau.


Isu ini bukan isu DS Najib Razak dan DS Rosmah tetapi di antara Anwar Ibrahim dengan rakyat Malaysia ! Maka, terimalah hakikatnya !

Kepada Sesiapa Yang Nak Bandingkan Video 18SX Kontroversi Yang Pertama & Terbaru !

Kepada sesiapa yang ingin mengkaji dan membuat perbandingan di antara video terbaru dan video yang pertama.


1. KLIK : Download 1


2. KLIK :
Download 2

SAH ! KeadilanDaily Lidah PKR Memang Pembohong Besar !


Rupa-rupanya, kenyataan KeadilanDaily, lidah parti PKR melaporkan bahawa Dr Harun Din telah mengatakan 'Haram membaca Utusan', merupakan satu pembohongan belaka! Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Harun Din sendiri.


Malah yang menariknya ialah Timbalan Mursyidul Am Pas itu sendiri membaca suratkhabar Utusan Malaysia!

Rujuk laporan di bawah :-
KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan Suara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.
Sama seperti pemimpin-pemimpin mereka, KeadilanDaily terbukti berbohong dan menipu rakyat. Entah apa lagi yang mereka tipu selama ini! MiM juga syorkan agar Utusan Malaysia saman portal pembangkang yang menabur penipuan itu dengan kadar segera.


p/s : Jika nak tahu pembohongan lidah parti pembangkang yang satu lagi iaitu HarakahDaily lidah PAS, MiM akan siarkan selepas ini.

Wednesday, April 27, 2011

Kepada Yang Tak Sempat ! SNAPSHOT VIDEO 18SX TERBARU ANWAR BRAHIM !!

Kepada sesiapa yang tidak sempat menonton video terbaru 18SX Anwar brahim. Di sini Ada snapshot video tersebut !




MiM jangkakan video terbaru itu tidak mungkin dapat dielakkan daripada tersebar lebih luas selepas ini. Rakyat sudah semakin meluat kepada Anwar brahim.

Anwar brahim bakal rebah dek moral beliau!

Tuesday, April 26, 2011

Kerajaan Nik Aziz PAS 'Sangat Baik Hati' !

Apa halnya dengan isu Ladang Rakyat Di Kelantan sehinggakan lebih 200 penduduk ditindas? Seperti tajuk artikel ini 'Kerajaan Nik Aziz 'sangat baik hati'!

Rujuk di bawah :-

KUALA KRAI 26 April — Isu Ladang Rakyat di Kelantan seperti tiada penghujungnya apabila terbaru lebih 200 penduduk di Kampung Sungai Kelah, Mukim Manjor di sini membantah tindakan kerajaan Kelantan pimpinan PAS memusnahkan lebih 40 hektar tanah, yang mereka usahakan sejak sekian lama.

Lebih membingungkan penduduk, punca pendapatan hasil torehan getah dan buah-buahan di tanah berkenaan lesap sejak pemaju yang diberikan kebenaran memajukan tanah itu menebang kesemua pokok-pokok berkenaan.

Seorang penduduk, Mohd Zaidi Abdul Rahim, 44, berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk bertemu pegawai di Pejabat Tanah dan Jajahan termasuk bertemu wakil rakyat bagi membantu menangani perkara itu tetapi semuanya tidak berjaya.

"Kami tidak ditawarkan menjadi peserta Ladang Rakyat di tanah kami itu dan saya harap kerajaan negeri mendengar rintihan kami dan kembalikan tanah itu kepada kami semula,” katanya.

Katanya penduduk kini terpaksa mencari punca pendapatan baru dan menoreh getah milik penduduk kampung yang lain. — Bernama

PANAS ! Lelaki Y Ialah Anwar brahim - HarakahDaily Diam Membisu !!


Apabila kelmarin satu negara hangat membincangkan penggulungan kes liwat Anwar Ibrahim, satu perkara yang pelik berlaku. Kenapakah HarakahDaily, lidah parti PAS tidak membuat liputan atau melaporkan penggulungan tersebut?

Jika merujuk kepada web HarakahDaily kelmarin, tidak ada laporan tersebut. Cuma yang ada ialah kenyataan bahawa peguambela dan peguamraya akan mengemukakan hujah masing-masing.

Apakah MiM terlepas pandang atau HarakahDaily memang diam membisu tidak mahu pembaca HarakahDaily tahu bahawa lelaki Y itu ialah Anwar brahim?

Monday, April 25, 2011

PANAS ! Ada Pihak Sahkan DAP Sebagai Parti Cauvinis !!

Nampaknya isu parti DAP yang dikatakan mengapi-apikan kempen berdasarkan perkauman bukan satu perkara terpencil dan boleh dibiarkan begitu sahaja.

Dakwaan ini disahkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan beliau sendiri berasa amat khuatir jika modus iperandi parti DAP itu tidak dikekang dengan segera, api perkauman mungkin akan merebak teruk semasa PRU13 kelak!


Dan seperti biasa MiM menjangkakan pemimpin-pemimpin anak beranak DAP akan melenting dan menuduh SPR sebagai berat sebelah dan tali barut UMNO walau pun kenyataan Timbalan SPR itu berasaskan kepada fakta yang sebenarnya.

Rakyat Malaysia sudah dapat menilainya sendiri. Maka, jika DAP cuba menghentam SPR, ianya hanya sekadar menyetujui pandangan rakyat Malaysia terhadap parti DAP.

Malah, peristiwa penyokong DAP yang kebanyakannya kaum Cina berkumpul di satu tempat untuk meraikan kemenangan parti DAP di Kuching, Sarawak merupakan satu peristiwa yang perlu dipantau kerana jika mereka terlalu seronok dan kemudiannya mula bertindak agresif, maka peristiwa 13 Mei 1969 dikhuatiri akan berulang!

Rujuk laporan di bawah :-

"TIDAK salah saya katakan terdapat kempen-kempen berunsur perkauman di seluruh bandar besar di Sarawak khususnya yang dimainkan oleh DAP. Banyak orang berpandangan sedemikian, bukan saya seorang."

Reaksi itu dilontarkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan ia cara kempen baru DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 tempoh hari. Dan tidak mustahil 'Sarawak, Jom Ubah' ini akan diperhebatkan oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Masalah yang membelenggu SPR ketika ini ialah hampir sebahagian besar sepanduk dan poster yang berunsur perkauman itu - sama ada berupa sindiran, fitnah dan dakyah - bertulisan Cina.

Tulisan itu terlalu asing buat Wan Ahmad dan pengertiannya pun diterjemahkan oleh beberapa anggota penguat kuasa kempen suruhanjaya itu yang berketurunan Cina.

Suatu malam 14 April lalu ketika Wan Ahmad dan anggota penguat kuasanya sedang meronda di sekitar bandar raya itu, mereka menyaksikan begitu banyak sepanduk bertulisan Cina berbau perkauman.

"Sepanduk-sepanduk sebegitu lebih condong kepada pelanggaran Seksyen 4 Akta Pilihan Raya. Tapi ia terlalu banyak di Miri menyebabkan pegawai SPR dan polis tidak boleh berbuat apa-apa... hendak diturunkan terlalu banyak pula. Sama ada soal nak turun atau tidak, mesej yang dibawa oleh sepanduk itu memang boleh mencetuskan kemarahan dan kebencian sesiapa pun," kata beliau ketika dihubungi akhbar ini semalam.

Beliau menarik perhatian daripada laporan akhbar memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai ungkapan api perkauman daripada mulut calon DAP Pending, Violet Yong Wui Wui.

"Dia dikatakan ada membuat kenyataan 'dah cukup masa orang Melanau jadi CM (Ketua Menteri Sarawak) tapi ceramah itu dibuat dalam bilik tertutup.

"Dilaporkan terlalu banyak ceramah tertutup dibuat semasa kempen pilihan raya itu," katanya sambil menyifatkan itu adalah 'taktik terbaik' daripada DAP untuk memancing undi masyarakat Cina.

Berlandaskan sebab-sebab inilah maka SPR sedang bersiap sedia untuk mengekang sepanduk-sepanduk dan poster yang cuba memainkan api perkauman pada pilihan raya umum akan datang.

Tegas Wan Ahmad, perkataan-perkataan yang tidak ada 'perasaan langsung' dan menghentam keterlaluan peribadi calon serta menjengkelkan tertera di sepanduk-sepanduk yang dipasang parti-parti bertanding akan diturunkan serta-merta. Tindakan dan pemantauan SPR akan diperhebatkan pada saat-saat menjelang pengundian.

"Kalau DAP meniru daripada apa yang mereka lakukan di Sarawak pada pilihan raya umum nanti, tidak mustahil api perkauman akan merebak," kata Wan Ahmad SETERUSNYA

SOALAN : Patutkah Anwar brahim Dijemput Bagi Ceramah Dalam Program Ini ??


Patutkah Anwar brahim dijemput untuk bagi ceramah dalam program-program motivasi seperti di bawah ?

Patutkah ?

Rujuk laporan berita di bawah :-

KUALA TERENGGANU 24 April - Program Pembangunan Personaliti Pelajar yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu adalah bertujuan meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar lelaki yang menghadapi masalah krisis identiti diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, jabatan berkenaan telah mengambil sikap proaktif dengan mengadakan program tersebut yang melibatkan 66 pelajar lelaki di Besut minggu lepas.

"Ia satu inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pelajaran Terengganu dalam melaksanakan saranan Kementerian Pelajaran yang mahukan pihak sekolah memberi penekanan kepada empat perkara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (Jeri) pelajar.

"Jabatan Pelajaran Terengganu mengambil langkah awal melaksanakan konsep itu dengan mengenal pasti pelajar lelaki yang tidak aktif berpersatuan, badan beruniform, sukan dan apa juga aktiviti kokurikulum mengikuti program pembangunan personaliti pelajar itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa Jabatan Pelajaran Terengganu telah mengadakan kem bina semangat kepada pelajar ”lelaki lembut”. - Bernama

Sunday, April 24, 2011

PANAS ! Anwar, Kit Siang & DAP Mula Syok Sendiri & Berangan-angan Di Sarawak!

Apabila Berita Harian menyiarkan kenyataan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar, ramai pemimpin pembangkang yang melenting dan tidak puas hati.

Alasan mereka ialah Berita Harian 'sengaja' diperalatkan untuk mengadakan 'perbicaraan melalui media' terhadap Anwar Ibrahim. Pokoknya, mereka sahaja yang baik dan kononnya tidak mengamalkan 'perbicaraan melalui media'.


Itulah anggapan yang parti pembangkang ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia. Seluruh jentera cywar mereka bercakap perkara yang sama dan seolah-olah mereka berkata yang benar.

Tetapi mereka itu hanya pembohong dan putar belit belaka! Pemimpin-pemimpin pembangkanglah yang sebenarnya kerap menggunakan 'perbicaraan melalui media' sama ada media cetak atau media baru seperti blog, FB dan Twitter.

Yang terbaru ialah twitter Lim Kit Siang DAP Cauvinis. Rujiuk twitter beliau di bawah :-


Tuduhan Kit Siang@DAP Dinasour Club itu ternyata berat dan berbau fitnah yang melampau! Dan jika beliau percaya kepada perkara yang beliau tweetkan, beliau sepatutnya membawa isu ini ke muka pengadilan dan bukannya membuat 'pengadilan melalui media'!

Inilah sikap pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang semakin dimualkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat telah benci dengan politicking parti pembangkang terutamanya parti opportunis DAP yang hanya tahu menimbulkan rasa gelisah di antara kaum-kaum di negara ini.

Dan sekarang, mereka sibuk tentang pilihanraya Sarawak 2016 ! Come on la....sumbangan kepada rakyat Sarawak pun belum bermula dan tidak mungkin akan berjaya, tetapi sudah mulai bercakap besar !

Saturday, April 23, 2011

PANAS ! PAS Akan Tolak Anwar Ibrahim Jika Siasatan Polis Selesai & Terbukti!


Portal berita TV Selangor telah menyiarkan kenyataan Mustapha Ali, Setiausaha Agung PAS. Rujuk video di bawah :-


Menurut beliau, parti PAS akan menyatakan pendirian parti tersebut setelah siasatan polis selesai.

Dan jika siasatan tersebut mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'pelakon' di dalam video lucah kontroversi, apakah ini bermakna parti PAS akan meninggalkan Anwar Ibrahim dan ikatan Pakatan Rakyat?


Persoalan ini sangat menarik untuk dibincangkan. Kita tunggu dan lihat sama ada parti PAS akan mengkotakan kata-kata mereka itu!

Friday, April 22, 2011

GEMPAR ! ANWAR IBRAHIM DALAM RAWATAN ICU KHAS !!


Di dalam twitter terbaru Anwar brahim., beliau telah mengumumkan bahawa beliau 'belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah'. Itulah kenyataan beliau hari ini setelah tersebar bahawa sakit tulang belakang beliau berulang kembali.

Anwar brahim juga dikatakan akan bertolak ke Kuching pada hari Ahad ini.

Untuk apa tu?

Apakah kenangan 16 September akan berulang lagi?

PANAS ! Rakyat Tuntut Parti DAP Rakan Politik Anwar Disiasat Dengan Kadar Segera !!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.

Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya disini hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.

Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.

Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.-UM.

PANAS ! Anwar brahim - Perut OK , Omega TKO !

AIDC - Dalam ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Miri, Sarawak pada 8 April lalu, sekali lagi Ketua Umum PKR tunjuk perutnya yang berbaju, malah ketika sidang media pertama menjawab isu video seks, 21 Mac, Anwar gunakan strategi yang sama, tunjuk perut dengan berbaju.

Video Anwar brahim

Mungkin selepas ini dalam ceramah-ceramahnya Anwar menggunakan strategi yang sama, tunjuk perut dengan pakai baju.

Jika Anwar ulangi strategi yang sama di pelbagai tempat, apa motifnya ? Mahu semua rakyat Malaysia berdebat berkenaan perut Anwar untuk melupakan persoalan asas jam tangan Omega ?

Setakat ini, Anwar berusaha mengelak apabila disoal tentang jam tangan Omega, dan jika ditanya lagi, akan terus diberi warning. Apa maksudnya ?

Video : Anwar lari apabila ditanya rakyat umum.

Tetapi dalam kes perut, walaupun tidak ditanya wartawan, tidak dituntut rakyat, Anwar secara sukarela menunjukkan perutnya tanpa membuka baju. Apa maksudnya ?

Anwar hanya tunjuk perut, tetapi tidak pernah bertegas mengatakan pelaku dalam video itu adalah dirinya, apatah lagi bersumpah dengan nama Allah bahawa pelaku yang mengadakan hubungan seks dengan pelacur China itu adalah dirinya.

Anwar hanya tunjuk perut, tetapi SETERUSNYA

PANAS ! Semakin Banyak Salah Laku Parti DAP Dilondehkan !!

Di dalam prosiding kes kematian Teoh Beng Hock kelmarin, satu lagi perkara penting telah didedahkan kepada rakyat!

Jika sebelum ini Lim Kit Siang, jentera DAP dan the RCI Watch Panel yang terdiri daripada Bersih 2.0 telah mewar-warkan kepada rakyat bahawa mendiang Teoh Beng Hock sepatutnya akan berkahwin di hari esok (selepas dijumpai mati), rupa-rupanya kenyataan mereka itu tidak tepat !

Kenapa mereka di atas sanggup memberi info yang tidak benar?

Tidak ada sebarang rekod yang menunjukkan bahawa Teoh Beng Hock akan mendaftarkan perkahwinan dengan tunangnya Soh Cher Wei pada keesokan hari selepas dia ditemui mati pada 16 Julai 2009.


Dan seperti yang kita ketahui, Soh Cher Wei sedang mengandungkan anak Beng Hock walau pun mereka belum berkahwin secara sah!
Rujuk di bawah :-

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, tiada sebarang pendaftaran berkaitan ditemui apabila dakwaan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu akan berkahwin disiasat oleh penyiasat bebas yang diupah oleh Suruhanjaya, Michael Leslie Squires.

"Saya tidak tahu siapa yang bagi impression (tanggapan) bahawa Beng Hock akan berkahwin pada keesokan hari. Tidak ada pendaftaran sedemikian, penyiasat persendirian kami telah buat pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hafiz Azhar Idris memberitahu, Beng Hock mengatakan dia masih belum berkahwin tanpa menyebut bahawa dia akan berkahwin keesokan hari semasa mereka berbual di dalam pejabat SPRM Selangor pada pukul 6.30 petang, 15 Julai 2009.

1. Kenapakah mereka yang selama ini kononnya memperjuangkan kematian Teoh Beng Hock, telah memutarbelit isu tersebut kepada rakyat tentang isu perkahwinan mendiang?

2. Apakah mereka mahu menutup malu mendiang kerana tunangnya sudah mengandung 2 bulan tetapi mereka belum berkahwin lagi tetapi dalam masa yang sama memburuk-burukkan pihak lain?

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini, prosiding tersebut telah mendedahkan salah laku parti DAP apabila seorang ahli perniagaan Lee Wye Wing telah memperincikan beberapa perkara seperti konsep 'Ah Long' dan kronisme di dalam pembahagian projek oleh parti DAP ! KLIK SINI

Prosiding Suruhanjaya Siasatan DiRaja Kes Kematian Teoh Beng Hock semakin panas. Banyak isu-isu yang didedahkan tapi sebelum ini cuba ditenggelamkan oleh pemimpin-pemimpin DAP agar rakyat tidak mempersoalkan salah laku dan kredibiliti parti tersebut.

Kes ini adalah kes manipulasi parti DAP yang sangat hebat. Mana mungkin pihak berkuasa mahu melakukan apa-apa kerana saksi teramat penting untuk mendedahkan salahguna kuasa parti pembangkang!

Tidur & Bermimpilah Lagi......Wahai Pemimpin PAS !


Rupa-rupanya, Azizan Abdul Razak PAS, Menteri Besar Kedah masih 'belum bangun dari tidur' beliau! Yang memalukan ialah beliau begitu cepat menyalahkan pihak lain tentang masaalah bekalan air di Kedah.

Beliau menuduh Kementerian Pengajian Tinggi tidak menaik taraf infrastruktur bekalan air dan loji air di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tetapi isunya bukan infrastruktur tetapi sebenarnya ialah kegagalan anak syarikat kerajaan Azizan Razak PAS untuk membekalkan air secukupnya kepada pihak UUM! Malah pembohongan MB Kedah itu disokong dengan surat Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009!

Di antara laporan berita :-

“Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, masalah bekalan air di UUM timbul kerana infrastruktur saluran paip dan loji universiti itu tidak dapat menampung bekalan air sebanyak 15 juta liter sehari yang dibekalkan oleh SADA.

Mohamed Mustafa berkata, kegagalan membekalkan air dengan cukup kepada UUM diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Katanya, surat itu menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksimum dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya SETERUSNYA

Nampaknya, pemimpin PAS Kedah itu gagal untuk mengetahui secara terperinci tentang masaalah yang melanda rakyat Kedah. Dan isu ini bukannya yang pertama!

Beginilah jadinya apabila ada yang mengundi pemimpin yang tidak berkaliber. Tidak mengapa, PRU13 akan tiba. Rakyat akan menolak pemimpin-pemimpin PAS seperti Azizan Razak kerana gagal dan tidak efesien.

Thursday, April 21, 2011

FAKTA ! Anwar, Nik Aziz & Fanatik PAS Tentu Bisu Terkedu Malu !!


Pemimpin-pemimpin PAS dan pengikut fanatiknya tentu terkedu malu apabila ulama besar Arab Saudi telah memuji kerajaan UMNO/BN di dalam usaha mempertabatkan agama Islam di negara ini.

Kepada rakyat umum, kita tentu menyambut baik kenyataan ikhlas ulama terbilang tersebut. Dan sudah tentu tidak ada pihak parti pembangkang seperti PAS dan Anwar brahim yang berani menuduh Ketua Imam Masjidil Haram itu sebagai tali barut UMNO!

Dan jika Ketua Imam Masjidil Haram sendiri yang mengeluarkan kata-kata pujian terhadap kerajaan UMNO/BN, apakah masih ada orang lagi yang mahu menyokong parti PAS? Apakah PAS perlu wujud lagi dan sekadar pengikut parti DAP sahaja?

Rujuk laporan berita :-
KUALA LUMPUR 20 April - Seorang ulama besar Arab Saudi berpandangan Malaysia boleh berperanan menyampaikan mesej dakwah dalam usaha mendekatkan masyarakat antarabangsa dengan Islam.

Ketua Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz as-Sudais berkata, keyakinannya itu berdasarkan kepada kejayaan Malaysia menunjukkan imej Islam yang baik di mata dunia dalam pelbagai bidang.


Sehubungan itu, beliau yakin Malaysia dan Arab Saudi boleh menjalinkan kerjasama dalam memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan sebaliknya amat menuntut keamanan dan perasaan kasih sayang.

"Ia berbalik kepada soal kesederhanaan dan keseimbangan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah sebenarnya amat indah dan keindahan itu tidak harus dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang langsung tidak mencerminkan Islam.

"Islam menolak keganasan dan ekstremis kerana perlakuan itu hanya menjauhkan masyarakat dengan agama suci ini. Oleh itu menjadi tanggungjawab Malaysia dan negara saya, Arab Saudi untuk memulihkan semula imej Islam yang selama ini dipandang serong oleh sesetengah pihak," katanya selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk Masa Depan Peradaban Islam Pada Abad Ke-21 di sini, hari ini.

Abdul Rahman yang hadir sebagai Tetamu Negara di sini berkata, Islam di Malaysia bukan sekadar mendirikan solat lima waktu, tetapi lebih daripada itu dan beliau juga mahu negara-negara Islam lain mencontohi Malaysia dalam menguruskan jemaah haji.

Beliau berkata, pengurusan haji di Malaysia amat bersistematik, selain jemaah amat memahami mengenai hukum yang terdapat dalam ibadat itu.

"Jemaah Malaysia adalah antara yang begitu menjaga adab, disiplin serta tatatertib semasa mengerjakan haji. Apa yang dilakukan oleh para jemaah ini harus dicontohi kerana ini adalah tuntutan Islam," ujarnya.

Terdahulu, dalam ceramahnya, beliau menyeru umat Islam supaya sentiasa bersatu walaupun berlainan mazhab, kerana perbezaan hanya dalam soal cabang (furu'), tetapi di dalam soal pokok adalah sama.

Wednesday, April 20, 2011

PANAS ! Anwar & PAS Tentu Terdiam Malu !


MiM mengucapkan tahniah kepada kerajaan UMNO/BN kerana sekali lagi diberi pujian ikhlas oleh beberapa tokoh ulama Islam yang terbilang di dunia ini kerana usaha kerajaan mengembilangkan agama Islam.

Yang terbaru ialah Dr Abdulrahman Abul Aziz Assudes, Imam Besar Masjidil Haram.

PUTRAJAYA, 19 April – Imam Besar Masjidil Haram Dr Abdulrahman Abdul Aziz Assudes yang dalam lawatan lima hari ke negara ini, memuji usaha kerajaan Malaysia yang bukan saja mengangkat martabat Islam tetapi juga memberi keadilan kepada penganut agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu disampaikan imam besar tersebut kepadanya pada pertemuan mereka hari ini.

Ada apa-apa komen daripada pemimpin Parti PAS atau pun Anwar Ibrahim? Apakah ada pula yang mendakwa bahawa Imam Besar Masjilud Haram adalah tali barut UMNO?

Atau mereka mendiamkan diri sahaja kerana terkedu malu?

Inilah bezanya apabila kenyataan itu ikhlas atau bermotifkan politik. Jika ikhlas, kita akan nampak segala kebaikan seperti yang dinyatakan oleh Imam Besar Masjidil Haram. Dan jika ianya bermotifkan politik, hanya yang buruk sahaja yang nampak padahal pihak tersebut lebih teruk dan tidak berfungsi.

Tuesday, April 19, 2011

GEMPAR ! Anwar brahim Ada Appointment Plastic Surgery Di London?

MiM ingin merujuk kepada artikel di dalam blog The Unspinner. Di antaranya ialah :-
Rakan kami di London baru memberitahu kami Anwar Ibrahim telah melawat 111, Harley Street. Apa helah Anwar untuk pergi ke sebuah klinik exclusive untuk cosmetic surgey?

How vain can he get?
Jika merujuk kepada website 111 Harley Street, ianya merupakan klinik kosmetik surgeri! Lihat di bawah :-



Apakah perkara di atas benar?

Terpulang kepada Anwar brahim untuk menjelaskannya dan memandangkan pilihanraya Sarawak sudah selesai, beliau sudah tentu ada masa untuk menjawap segala soalan yang tertangguh dek pilihanraya tersebut!

Monday, April 18, 2011

MESTI BACA ! Kenyataan "PANAS" Tun Dr Mahathir Tentang Rasis & Virus Perkauman Cina !!


Tun Dr Mahathir telah menulis satu artikel yang 'panas'. Kenyataan beliau bukan akan disalahanggap dan diputarbelitkan oleh pihak yang segala mahu mengambil kesempatan.

Pihak-pihak tersebut semestinya akan menganggap bahawa Dr Mahathir terlalu rasis padahal kenyataan beliau itu hanya merujuk kepada parti DAP dan pengikut fanatik parti tersebut.

Dan belum apa-apa lagi, portal pro-pembangkang terutamanya lidah parti DAP telah mula memutarbelitkan kenyataan Tun. Lihatlah betapa jentera mereka begitu cepat meneguk di air yang kotor.

Dan sudah tentu ada pihak-pihak yang mewakili kaum Melayu yang akan cuba menjadi hero kepada parti DAP tanpa mereka sedar tindakan mereka itu! Percayalah!


Di antara kenyataan Tun Mahathir :-

3. I congratulate the DAP for bringing its racist politics to Sarawak. Before this all races co-operated well with each other for the good of Sarawak. Now we see clearly that the Chinese community in Sarawak has rejected multi-racialism.(Saya mengucapkan selamat kepada DAP untuk membawa politik rasis ke Sarawak. Sebelum ini semua bangsa bekerjasama dengan baik satu sama lain untuk kebaikan Sarawak. Sekarang kita melihat dengan jelas bahawa masyarakat Cina di Sarawak telah menolak multi-rasialisme)

4. Perhaps the SUPP are at fault but others in the BN also committed many wrong things. But the rejection is almost entirely by the Chinese community( Mungkin SUPP bersalah tetapi yang lain dalam BN juga melakukan banyak perkara yang salah. Tetapi penolakan itu hampir seluruhnya oleh komuniti Cina)

5. They have become infected by the virus of Chinese racism that is the guiding principle of the DAP. In the past DAP was almost totally rejected in Sarawak (Mereka telah menjadi dijangkiti oleh virus perkauman Cina yang merupakan prinsip DAP. Pada masa lalu, DAP hampir sama sekali ditolak di Sarawak)

6. The DAP will talk about Malaysian Malaysia i.e. Malaysia for all Malaysians. But its appeal had always been to the racialist sentiments of the Chinese. Those Chinese who reject the DAP seem to be considered as non-Chinese by the DAP (DAP akan bercakap tentang Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk semua warga Malaysia. Tapi daya tarikannya selalu kepada sentimen perkauman orang Cina. Orang Cina yang menolak DAP tampaknya dianggap sebagai bukan-Cina oleh DAP)

7. Malaysia faces a grave danger of being divided by two parties - one Malay dominated by default and the other Chinese by choice. This will not be good for Malaysia. But this is what the DAP is striving for. A two-party system based on race will not contribute to stability much less national unity ( Malaysia menghadapi bahaya besar apabila dikongsi oleh dua parti - satu Melayu yang didominasi by default dan yang lainnya Cina dengan pilihan. Ianya tidak akan baik bagi Malaysia. Tapi inilah yang diperjuangkan oleh DAP. Sebuah sistem dua-parti berdasarkan bangsa tidak akan memberikan sumbangan untuk kestabilan lebih-lebih lagi perpaduan nasional)

8. The presence of a few Malays in the DAP is just window dressing. It is the same as in Singapore where the PAP Government side lined their Malay supporters completely. The Malays make up 15 per cent of the island's population but their share of political power and wealth of this very prosperous nation is about one per cent. Of course Singapore is ruled by Singaporeans. The same would happen in Malaysia should the DAP rule this country. It would be ostensibly Malaysian (Kehadiran beberapa Melayu di DAP hanya sekadar window dressing. Ianya sama seperti di Singapura dimana Kerajaan PAP ketepikan penyokong Melayu mereka sepenuhnya. Orang Melayu yang 15 peratus penduduk pulau tapi bahagian mereka daripada kuasa politik dan kekayaan dari negara yang sangat makmur sekitar satu peratus. Tentu saja Singapura diperintah oleh warga Singapura. Hal yang sama akan berlaku di Malaysia jika DAP mentadbir negara ini. Ini akan menjadi seolah-olah Malaysia)

9. I will be called a racist for pointing this out. For more than half a century the races in Malaysia had worked together to build the nation. The world saw stable BN Governments with power and wealth being shared by all races quite fairly. None of the races got everything that they considered they were entitled to - not the Malays, nor the Chinese, nor Indians, nor Ibans, Kadazans etc. All had to give up something. That is the essence of sharing.(Saya akan disebut rasis apabila menunjukkan perkara ini. Selama lebih dari setengah abad bangsa-bangsa di Malaysia telah bekerja sama untuk membangun negara. Dunia melihat kerajaan BN yang stabil dengan kekuasaan dan kekayaan yang dikongsi oleh semua bangsa secara adil. Tak satu pun dari bangsa mendapatkan segalanya yang mereka anggap mereka berhak untuk terima- tidak kaum Melayu, mahupun China, atau India, atau Ibans, Kadazans dll. Semua harus mengorbankan sesuatu. Itu adalah intipati apabila berkongsi)


10. Now the DAP has destroyed this power and wealth-sharing formula by separating the Chinese from the rest(Sekarang ini DAP telah menghancurkan kekuatan dan formula-berkongsi kekayaan dengan memisahkan China dari yang lain)

Rupa-rupanya Ke Situ Anwar brahim Menghilangkan Diri !!

Kita tertanya-tanya kelibat Anwar Ibrahim yang menghilangkan diri di akhir pilihanraya Sarawak yang lepas.

Rujuk di bawah :-


Dan tindakan beliau menimbulkan satu persoalan yang hangat diperkatakan iaitu apakah ianya kena mengena dengan jam Omega?

Apakah short trip ke kota London ada kena mengena dengan Omega?

Apakah mungkin ada lawatan ke Negara Arab selepas itu dan kena mengena dengan logo kerajaan Arab yang terukir pada jam Omega itu?

Mungkin ya mungkin tidak. Kita tunggu dan lihat!

GEMPAR ! RM55 Juta Untuk Berpaling Tadah & Sokong Parti Anwar brahim !!


Kita semua tentu terkejut dengan pendedahan di bawah !

Baca laporan di bawah :-

BATU PAHAT 17 April - Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Datuk Syed Ibrahim Kader hari ini mendedahkan bahawa pihak pembangkang pernah menawarkan RM55 juta kepada beliau untuk membawa kongres itu beralih arah menyokong pembangkang.

Beberapa tahun lalu, katanya, beliau dihubungi seorang pemimpin pembangkang yang menawarkan imbuhan tersebut supaya berpaling tadah.

"Dia (pemimpin pembangkang) cakap pada saya, Datuk, saya akan beri anda RM5 juta sekiranya bersetuju (dengan tawaran saya) hari ini, pagi esok saya akan masukkan dalam akaun anda.

"Selepas itu, anda kembali kepada orang anda (dan minta sokong pembangkang), saya akan masukkan RM50 juta (lagi) dalam akaun anda," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Kimma di sebuah hotel di sini hari ini.

Syed Ibrahim berkata, Pengerusi Kimma di negeri-negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, imbuhan yang ditawarkan, tidak akan mengubah pendirian Kimma dalam meneruskan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) buat selama-lamanya.

"Kita ini orang yang jujur. Dari dulu kita sokong BN, sampai bila-bila pun kita sokong BN. Kita tak boleh ubah fikiran kita hanya kerana dia beri sesuatu imbuhan kepada kita," katanya.

Syed Ibrahim memberitahu, Kimma kini memiliki seramai 162,000 ahli dan menyasarkan untuk mencapai keahlian sehingga 300,000 orang menjelang akhir tahun ini kerana jumlah penduduk berketurunan India Muslim di negara ini adalah antara 648,000 dan sejuta orang.

Menurut beliau, Kimma tidak meminta untuk diberi status sebagai kaum Melayu sebaliknya mahu diiktiraf sebagai bumiputera dan dalam masa sama mengekalkan identiti sebagai kaum India Muslim.

Beliau menyatakan, Kimma juga berhasrat menjalin kerjasama dengan orang Melayu bagi menaikkan taraf ekonomi penduduk beragama Islam di negara ini.

p/s : MiM berharap agar pihak Kimma dapat mendedahkan nama petualangan parti pembangkang yang dimaksudkan itu dengan seberapa segera supaya kita kita tahu dan lebih berhati-hati!

Sunday, April 17, 2011

PANAS ! Lagi Pemimpin Pembangkang Hina Rakyat Sarawak !

Siapa yang tidak kenal dengan perangai buruk bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar. Beliau bukan sahaja berperangai buruk tetapi memalukan rakyat Malaysia.

Beliau adalah contoh pemimpin pembangkang yang tidak layak lagi diberi undi pada PRU13 kelak kerana ibarat tin kosong yang tidak memberi sebarang manafaat kepada kita semua.


Dalam masa yang sama, kewarasan beliau semakin dicurigakan apabila beliau secara terang-terangan telah menghina rakyat Sarawak! Di dalam twitter, beliau telah mentweet seperti di bawah :-
" Tahniah kepada BN yang masih lagi berjaya menipu orang kawasan pendalaman di Sarawak"
Persoalannya, apakah rakyat Sarawak terutamanya kawasan pendalaman terlalu bodoh dan tidak berakal untuk memilih yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka?

Di manakah kredibiliti V. Sivakumar untuk mempertikai pilihan rakyat Sarawak sedangkan beliau sendiri tidak ada sumbangan yang signifikan kepada rakyat tempatan dan negara secara amnya selain daripada bercakap kosong ?

Dalam konteks ini, MiM berasa sangat kecewa dengan kedangkalan dan kebangangan otak Sivakumar yang sewenang-wenangnya mempertikai hak rakyat Sarawak untuk memilih wakil rakyat mereka.

Sivakumar patut dikutuk dengan keras dan dituntut meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak!

MESTI BACA : Apakah BN Serius Mahu Menang di PRU 13 Nanti?


Berikut adalah beberapa komentar yang MiM terima di dalam artikel MiM bertajuk Analisis PRN Sarawak - Anwar PKR Terkubur & Politik Kaum Cina Semakin Terserlah !

Bagi MiM, komentar-komentar di bawah mempunyai nilai debat yang berilmiah dan patut diketengahkan untuk kebaikan bersama. Dan diharapkan kepada pihak-pihak atasan yang memantau blog ini supaya mengambil kira pandangan-pandangan tersebut.

Di antara komentar tersebut :-

1. Kaum cina bukannya sokong DAP tu kerana isu rasis yg dibangkitkan. Mereka ini lebih utamakan isu ekonomi yg dibelenggu semua rakyat pada masa kini. Apabila, PR janji utk turunkan harga bahan api, toll, dan bahan makanan termasuk bahan keperluan yg lain, sudah tentu mereka termakan dgn janji-janji tersebut.

BN sebagai kerajaan pada masa kini perlu memikirkan secara serious ttg isu kelembapan ekonomi yg berlarutan terlama lama. Jika ekonomi negara dapat dinaikkkan semula, saya pasti sokongan kaum cina akan memihak kpd BN semula.

Jangan kata mustahil utk menyelesaikan masaalah ekonomi rakyat. Itu adalah tanggung jawab kerajaan masa kini. - Anonymous 1:51

2. BN perlu serius berusaha meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera yg jelas setia menyokong. Bina semangat kiasu bumiputera supaya dpt menandingi semangat kiasu org2 Cina!

Adalah tidak adil salahkan kaum Cina kerana menyokong DAP atas dasar kiasu mereka! Demi kepentingan sesuatu kaum, dasar ini memang ampuh. Namun, jika kepentingan negara multi racial seperti M'sia, ianya amat merbahaya! Kerana, mengikut dasar ini, M'sia bukan negara mereka jika tidak di perintah olih kaum mereka !! - Bomosiam

3. Asalamualaikum...inilah wajah sebenar kerakusan orang Melayu , mempunyai kuasa tetapi gagal membantu bangsanya sendiri memanipulasi ekonomi negara sendiri .

Melayu/Islam mesti kekal mentauhidkan Allah dan terus tegak memurnikan agama Islam . Bab DAP nie halal haram depa tak kira , kita Melayu ni mesti berani bersuara dgn lantang menjaga kepentingan bangsa. Merdeka dah 53 tahun tetapi ekonomi Melayu masih jauh tertinggal . Dasar dan strategi pemimpin Melayu hanya menguntungkan bangsa lain dibumi sendiri . Nasi belum menjadi bubur .

Biarkan apa mereka nak cakap tentang melayu@malaysia , yang penting kuasa perintah negara masih ada ditangan melayu , berubahlah kearah kekuasaan ekonomi melayu/Islam . kalau tidak jangan harap kepemimpinan cina/india itu akan membantu melayu yang diperbodohkan dinegaranya sendiri . Tegak melayu ,akan tegaklah Islam dinegara ini - WADI

4. Disini kita dapat lihat bagaimana Cina membentuk pakatan melalui DAP,kita harap Perdana menteri bagi perhatian pada kaum bumi,yg ketiggalan dari segi ekonomi,pelajaran dan etc,begitu juga kaum india,mereka ni sajalah yg setia pada BN.

Kepada orang melayu mereka harus sedar dgn doktrin DAP,melalui DSAI,dan konco2 dlm PAS.kepada kerajaan mereka harus bekerja dgn gigih,bersih,cekap dan amanah.Jgn menyusahkan rakyat sebagai contoh saman ekor.

Rakyat ditekan supaya menjelaskan saman dlm tempoh tertentu dan akhirnya di tangguh.Apa erti semua ini.Pemandu lori,Bas,teksi dan pemandu yg kebanyakan golongan melayu terpaksa bergadai,pinjam Ah long,kad kredit dan etc utk bayar saman.mereka2 inilah yg membuat pilihan pada PRU 13 nanti.Usah harap pada kaum Cina nak undi BN - Anonymous 11:03

Saturday, April 16, 2011

AlJazeera Siarkan Kemenangan BN Di Sarawak ! Anwar Tentu Jeles!

Portal AlJazeera telah menyiarkan kemenangan BN di Sarawak malam ini.

Di antaranya :-

Malaysia's ruling coalition has won a crucial election in the country's largest state, ahead of national polls due to be held by 2013.

The Barisan Nasional (National Front) coalition of Najib Abdul Razak, the prime minister, retained control of timber-rich Sarawak state on Borneo island after hundreds of thousands of voters cast ballots to fill the state's 71-seat legislature.

With counting still under way, the election commission said the National Front had won at least 36 seats for a simple majority.

A strong final result may persuade Najib to call a national election this year. read more

PANAS ! Sah.....Parti Pembangkang Takut 1Malaysia !


Nampaknya parti pembangkang sudah dapat merasakan bahang kekalahan pilihanraya Sarawak apabila jentera pilihanraya mereka mula 'terlebih sensitif' di hari mengundi hari ini.

Mereka akan mencari apa sahaja isu walau pun ianya tidak relevan dan sekadar menimbulkan rasa tidak senang hati kepada penduduk tempatan yang ingin keluar mengundi!


Contohnya ialah di DUN Kota Sentosa apabila jentera parti pembangkang cuba mempertikaikan rakyat tempatan yang datang berpakaian t-shirt dengan logo '1Malaysia' di belakang baju tersebut.

Apakah mereka itu tidak tahu bahawa logo '1Malaysia' bukanlah logo parti politik yang sememangnya tidak dibenarkan dipakai ketika mengundi?

Nampak sangat bahawa parti pembangkang sengaja membuat kacau dan menyusahkan penduduk tempatan!

Dan sekarang, Chong Chieng Jen, calon DAP di Kota Sentosa cuba mencari alasan yang tidak kukuh dengan menuduh berlakunya peningkatan mendadak 1,000 undi pos di Kota Sentosa!

Seperti kata kawan MiM, "Aisehh...dah start mengundi baru nak keluarkan isu? Mana lu sepanjang berkempen ni? Tak da check ka?"

MESTI TONTON ! Video Terbaru : Tun Dr Mahathir Ulas Tentang Jam OMEGA & Anwar!!


Mesti tonton ! Rujuk video di bawah :-

PANAS ! Anwar Ibrahim Kena 'Tampar' Depan Belakang !


Fitnah Anwar Ibrahim terhadap kaitan DS Najib Razak dan Altantuya menjadi semakin nyata apabila maklumat yang diterima oleh Raja Petra daripada informer yang bernama Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga adalah palsu!

Rujuk di bawah :-

Maklumat tersebut yang mendakwa kononnya Perdana Menteri dan isteri mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebenarnya tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, Azmi yang merupakan bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas Tentera Darat membuat kenyataan palsu tersebut atas kepentingan peribadinya sendiri.

Video : Pendedahan RPK

"Apa yang diceritakan Azmi tiada sebarang kaitan dengan ATM, malah maklumat yang disampaikan kepada Raja Petra itu sebenarnya tidak pernah wujud dalam simpanan kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Petra mendedahkan Azmi bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya dalam satu komplot bagi memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan Altantuya.

Ekoran pendedahan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azmi bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika siasatan mendapati dia bersalah menyalurkan maklumat palsu.

Mengulas lanjut, Azizan memberitahu, siasatan terhadap pegawai tentera itu akan dikendalikan Lembaga Siasatan ATM dan sebarang tindakan yang bakal diambil adalah berasaskan siasatan lembaga tersebut.

Video : Pendedahan RPK

"Azmi sebenarnya bukan lagi Timbalan Ketua Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008 apabila dia bertukar ke Markas Tentera Darat dan pada masa ini, pegawai kanan berkenaan dikecualikan daripada sebarang tugas rasmi," jelasnya.
MiM tidak dapat bayangkan dosa besar yang perlu ditanggung oleh pemimpin-pemimpin politik pembangkang, blog-blog dan jentera media pro-pembangkang yang selama ini menabur fitnah tentang isu Altantuya.

Mereka ini patut bertaubat!
Dan rakyat Sarawak patut tolak parti PKR !

Hari Mengundi & Calon PKR Bagi Rasuah !!


KUCHING 16 April – Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula pukul 8 pagi ini di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49), Pas (5) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6).

Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, tiga penjuru (23), empat penjuru (17), lima penjuru (2) manakala enam penjuru di dua kawasan.

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini, manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.

Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat-peringkat turut dilaksanakan memandangkan ada pemilih yang
tinggal jauh di pedalaman.

Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam. – Bernama

Sementara itu, terdapat video yang menunjukkan bahawa calon PKR telah memberi rasuah kepada orang kampung di DUN Krian! Rujuk video di bawah :-



Calon PKR di DUN N34 sebelum ni dah masuk kampung untuk meraih undi dengan merasuah, Ali ak Biju kini bertanding di DUN KRIAN atas tiket PKR di Pilihanraya Negeri Sarawak 10.

Perutusan KHAS Oleh DS Najib Razak & DS Taib Mahmud !!

Klik foto untuk lebih jelas


Klik Foto-foto Untuk Lebih Jelas.

Friday, April 15, 2011

PANAS ! Selepas Blue Chip Saham Berjuta-juta, Anwar brahim Tak Kisah Jam Omega!

Berapakah di antara kita yang sedar tentang tindakan Anwar Ibrahim yang masuk campur di dalam kemajuan negeri Sarawak semasa beliau menjawat jawatan penting di dalam kerajaan BN dulu?

Jika merujuk kepada artikel di dalam Sarawak Update, terdapat beberapa isu yang menjadi perbualan rakyat Sarawak sehingga ke hari ini.

1. The people will not easily forgive Anwar Ibrahim for shifting the allocation of RM140 million to build the permanent campus of UNIMAS to Sabah. (Rakyat tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim dengan mudah apabila memindahkann peruntukan RM140 juta untuk membina kampus tetap UNIMAS ke negeri Sabah).

2. Besides, he resorted to freeze all allocations for rural development in Sarawak to make the people blame the Federal Government under Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed for being insensitive to their needs and requirements. (Selain itu, beliau juga telah membekukan segala peruntukan untuk kemajuan luar bandar dengan harapan rakyat akan menyalahkan Kerajaan Pusat di bawah DS Dr Mahathir sebagai tidak sensitif kepada kehendak dan keperluan mereka).


Video : My Omega My Perut Buncit!

3. Actually Anwar Ibrahim has made numerous promises to Sarawak, which until today remain unfulfilled. (Sebenarnya Anwar Ibrahim telah membuat pelbagai janji kepada negeri Sarawak tetapi tidak dipenuhi sehingga ke hari ini)

5. Anwar Ibrahim, as his erstwhile friend Raja Petra Kamaruddin, a top Malaysian blogger, says is the “father of conspirators”. He is the least person to qualify in talking about justice and equality and nepotism. (Anwar Ibrahim seperti yang digelar oleh rakan beliau, RAja Petra Kamaruddin ialah 'bapa kepada segala konspirator". Anwar Ibrahim adalah orang yang terakhir yang layak untuk bercakap tentang keadilan dan kesamarataan dan nepotisme) Read more

Dan tanpa rasa malu dan segannya, Anwar Ibrahim berhujah dan menuduh lawan politik beliau sebagai korup tetapi hakikatnya, beliau dan keluarga beliau sendiri bergelumang dengan korupsi dan hasil-hasil haram !


1. One must ask, for example, how could his father Ibrahim Abdul Rahman, an unknown in the corporate world, suddenly owned huge shares in blue chip companies as soon as he became Deputy Prime Minister and Minister of Fiance. (Seseorang mesti tertanya, contohnya, bagaimanakah bapa beliau, Ibrahim Abdul Rahman, seorang yang tidak dikenali di dalam dunia korporat, boleh tiba-tiba memiliki saham yang sangat besar di dalam cip biru syarikatsebaik sahaja Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?
Sebagai contohnya, bapa Anwar Ibrahim memiliki 250,000 saham Pengkalen Holding Berhad dan juga 3,790.500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated.

Adik beradik beliau, Farizon memilik 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad dan juga 2.8 juta saham di Penas Holdings!

Dan jika difikirkan, Anwar mampu untuk membeli jam Omega yang lain. Malangnya, jam mahal sedemikian punya nombor identifikasi masing-masing dan jam tersebut adalah hadiah daripada kerajaan negara Arab!

Soalan asas , apakah orang seperti Anwar Ibrahim ini layak bercakap tentang keadilan, bersih politik dan kesaksamaan di antara rakyat Sarawak dan negara Malaysia?

Sudah tentu tidak.

Dan begitu juga rakan-rakan politik Anwar yang lain seperti DAP dan PAS!

Apabila Anwar Ibrahim Angkat Kaki Cabut Lari !


Hah, selama ini Datuk Seri Anwar Ibrahim ingat terror sangat apabila beliau ‘balun’ wartawan yang tanya fasal video seks dan jam Omega, rupa-rupanya kecut juga dengan tuai (ketua)rumah panjang di Kapit yang tanya soalan panas itu.

Ketua Pembangkang itu bukan saja panas meraban tetapi terpaksa angkat kaki tanpa jawab soalan tuai Edison Sungap Melekun ketika cuba berkempen di kawasan rumah panjang itu.

Selepas 20 minit ceramah, Edison tanya Anwar fasal isu liwat dan jam Omega, Anwar macam biasa bukan sahaja angkat kening tetapi angkat kaki tinggalkan majlis tanpa bersalaman dengan penduduk rumah panjang itu.

Bila ada wartawan dapat tahu fasal Anwar ‘cabut lari’, ada yang gelak.

“Selalu kalau kita orang suratkhabar yang tanya begitu dia tarik muka marah hentam kita balik...ingat terror sangat, akhirnya kena dengan tuai rumah panjang terus cabut ” ujar seorang wartawan yang sudah biasa dengan gelagat Ketua Umum PKR itu apabila ditanya soalan panas. - Agenda Daily 14/4/2011.

Saksikan juga 2 video di bawah :-

1.


Video : Pendedahan Terbaru Ezam (part 1)

2.


Video : Pendedahan terbaru Ezam (part 2)

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.