PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, April 17, 2011

PANAS ! Lagi Pemimpin Pembangkang Hina Rakyat Sarawak !

Siapa yang tidak kenal dengan perangai buruk bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar. Beliau bukan sahaja berperangai buruk tetapi memalukan rakyat Malaysia.

Beliau adalah contoh pemimpin pembangkang yang tidak layak lagi diberi undi pada PRU13 kelak kerana ibarat tin kosong yang tidak memberi sebarang manafaat kepada kita semua.


Dalam masa yang sama, kewarasan beliau semakin dicurigakan apabila beliau secara terang-terangan telah menghina rakyat Sarawak! Di dalam twitter, beliau telah mentweet seperti di bawah :-
" Tahniah kepada BN yang masih lagi berjaya menipu orang kawasan pendalaman di Sarawak"
Persoalannya, apakah rakyat Sarawak terutamanya kawasan pendalaman terlalu bodoh dan tidak berakal untuk memilih yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka?

Di manakah kredibiliti V. Sivakumar untuk mempertikai pilihan rakyat Sarawak sedangkan beliau sendiri tidak ada sumbangan yang signifikan kepada rakyat tempatan dan negara secara amnya selain daripada bercakap kosong ?

Dalam konteks ini, MiM berasa sangat kecewa dengan kedangkalan dan kebangangan otak Sivakumar yang sewenang-wenangnya mempertikai hak rakyat Sarawak untuk memilih wakil rakyat mereka.

Sivakumar patut dikutuk dengan keras dan dituntut meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak!

MESTI BACA : Apakah BN Serius Mahu Menang di PRU 13 Nanti?


Berikut adalah beberapa komentar yang MiM terima di dalam artikel MiM bertajuk Analisis PRN Sarawak - Anwar PKR Terkubur & Politik Kaum Cina Semakin Terserlah !

Bagi MiM, komentar-komentar di bawah mempunyai nilai debat yang berilmiah dan patut diketengahkan untuk kebaikan bersama. Dan diharapkan kepada pihak-pihak atasan yang memantau blog ini supaya mengambil kira pandangan-pandangan tersebut.

Di antara komentar tersebut :-

1. Kaum cina bukannya sokong DAP tu kerana isu rasis yg dibangkitkan. Mereka ini lebih utamakan isu ekonomi yg dibelenggu semua rakyat pada masa kini. Apabila, PR janji utk turunkan harga bahan api, toll, dan bahan makanan termasuk bahan keperluan yg lain, sudah tentu mereka termakan dgn janji-janji tersebut.

BN sebagai kerajaan pada masa kini perlu memikirkan secara serious ttg isu kelembapan ekonomi yg berlarutan terlama lama. Jika ekonomi negara dapat dinaikkkan semula, saya pasti sokongan kaum cina akan memihak kpd BN semula.

Jangan kata mustahil utk menyelesaikan masaalah ekonomi rakyat. Itu adalah tanggung jawab kerajaan masa kini. - Anonymous 1:51

2. BN perlu serius berusaha meningkatkan taraf hidup kaum bumiputera yg jelas setia menyokong. Bina semangat kiasu bumiputera supaya dpt menandingi semangat kiasu org2 Cina!

Adalah tidak adil salahkan kaum Cina kerana menyokong DAP atas dasar kiasu mereka! Demi kepentingan sesuatu kaum, dasar ini memang ampuh. Namun, jika kepentingan negara multi racial seperti M'sia, ianya amat merbahaya! Kerana, mengikut dasar ini, M'sia bukan negara mereka jika tidak di perintah olih kaum mereka !! - Bomosiam

3. Asalamualaikum...inilah wajah sebenar kerakusan orang Melayu , mempunyai kuasa tetapi gagal membantu bangsanya sendiri memanipulasi ekonomi negara sendiri .

Melayu/Islam mesti kekal mentauhidkan Allah dan terus tegak memurnikan agama Islam . Bab DAP nie halal haram depa tak kira , kita Melayu ni mesti berani bersuara dgn lantang menjaga kepentingan bangsa. Merdeka dah 53 tahun tetapi ekonomi Melayu masih jauh tertinggal . Dasar dan strategi pemimpin Melayu hanya menguntungkan bangsa lain dibumi sendiri . Nasi belum menjadi bubur .

Biarkan apa mereka nak cakap tentang melayu@malaysia , yang penting kuasa perintah negara masih ada ditangan melayu , berubahlah kearah kekuasaan ekonomi melayu/Islam . kalau tidak jangan harap kepemimpinan cina/india itu akan membantu melayu yang diperbodohkan dinegaranya sendiri . Tegak melayu ,akan tegaklah Islam dinegara ini - WADI

4. Disini kita dapat lihat bagaimana Cina membentuk pakatan melalui DAP,kita harap Perdana menteri bagi perhatian pada kaum bumi,yg ketiggalan dari segi ekonomi,pelajaran dan etc,begitu juga kaum india,mereka ni sajalah yg setia pada BN.

Kepada orang melayu mereka harus sedar dgn doktrin DAP,melalui DSAI,dan konco2 dlm PAS.kepada kerajaan mereka harus bekerja dgn gigih,bersih,cekap dan amanah.Jgn menyusahkan rakyat sebagai contoh saman ekor.

Rakyat ditekan supaya menjelaskan saman dlm tempoh tertentu dan akhirnya di tangguh.Apa erti semua ini.Pemandu lori,Bas,teksi dan pemandu yg kebanyakan golongan melayu terpaksa bergadai,pinjam Ah long,kad kredit dan etc utk bayar saman.mereka2 inilah yg membuat pilihan pada PRU 13 nanti.Usah harap pada kaum Cina nak undi BN - Anonymous 11:03

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.