FACEBOOK DR MIM

Saturday, May 21, 2011

TERBARU ! Foto & Al-Jazeera Laporkan Tragedi Di Hulu Langat !


Al-Jazeera telah melaporkan tragedi yang berlaku di Hulu Langat

At least three children were feared dead and 24 others buried in Malaysia after a landslide hit their orphanage, Malaysian police said.

The incident took place on Saturday at about 2:30pm (0630 GMT) in the village of Hulu Langat in central Selangor state, just south of the capital Kuala Lumpur.

Al Jazeera's Divya Gopalan, reporting from Kuala Lumpur, said there were dozens of children present in the orphanage when the landslide hit, all less than 18-years-old.

"The latest number we were given by police says that 24 children are trapped, three are dead and six rescued," our correspondent said. KLIK SINI

Laporan berita lain yang terbaru :-


"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.


"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.


Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH

Kenyataan Pakar Setuju Dengan Langkah Yang Sepatutnya Anwar Lakukan !


Di bawah adalah laporan berita yang menarik untuk dikongsi. Di antaranya :-

Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, sekiranya Ketua Pembangkang itu tidak berbuat demikian, beliau gagal mencerminkan sikap yang sepatutnya dizahirkan seorang ahli politik yang beretika.

Menurutnya, Anwar enggan berbuat demikian dengan menjadikan alasan bahawa tuduhan terhadapnya merupakan konspirasi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan karier politiknya.

"Keadaan politik negara ini tidak wujud situasi di mana orang yang melakukan kesalahan bertindak meletak jawatan kecuali apabila terpaksa.

"Ia berbeza dengan negara Barat, apabila ada ura-ura terlibat dalam apa jua kesalahan mereka akan meletak jawatan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut laman web http://newledger.com, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62 dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, 64, serta bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, 68, dikatakan menghadapi nasib yang sama apabila mereka telah didakwa terbabit dengan dakwaan berkaitan skandal seks.

Ketiga-tiga individu terkenal itu sama ada Strauss-Kahn, Anwar mahupun rakan rapatnya, Wolfowitz, kesemuanya pernah didakwa terbabit dalam hubungan skandal mereka dengan wanita.

Azeem Fazwan berkata, masyarakat tidak harus terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang sentiasa menyifatkan sistem kehakiman negara adalah berat sebelah apabila segala keputusan tidak memihak kepada beliau.

"Sistem perundangan kita berbeza dengan negara luar tetapi tidak bermakna orang yang disabitkan kesalahan tidak dibacakan dengan adil," katanya.

''Tetapi Anwar sedaya-upaya akan mewujudkan satu persepsi kepada masyarakat bahawa sistem kehakiman kita tidak adil semata-mata untuk tujuan politik,'' katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, sekiranya Anwar membuat keputusan meletak jawatan sekalipun ia tidak akan meredakan segala kontroversi.

Dalam konteks itu, katanya, matlamat dan cita-cita politik beliau tidak akan tercapai dan perpecahan akan berlaku dalam pakatan pembangkang akibat perebutan kuasa - UM

Anwar Ibrahim Lepas Tangan Buka Pekung Di Dada !


Sungguh memalukan apabila Anwar Ibrahim cuba menegak benang yang basah dan mahu lepas tangan apabila terdapat desas-desus yang mengatakan terdapat satu projek rahsia bawah KDN dan JPM berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Satu perkara yang perlu diketahui ialah perkara ini hanyalah desas-desus yang cuba dibangkitkan oleh parti pembangkang untuk memburuk-burukkan nama kerajaan BN.

Samalah seperti isu ROS parti PKR yang kononnya didalangi oleh BN.
Pokoknya, apa sahaja akan disalahkan parti BN. Senang kali mereka berbuat demikian seolah-olah rakyat Malaysia tidak cerdik untuk menilai permainan politik mereka.

Di antara laporan berita tersebut:-

Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).
Tindakan 'melepas tangan' tersebut telah menyerlahkan keperibadian Anwar Ibrahim yang tidak mahu menegakkan kebenaran jika perkara tersebut tidak benar.

Malah, kenyataan Anwar tersebut sebenarnya membuka pekung di dada beliau sendiri dan menunjukkan beliau bukanlah pemimpin yang berkiblatkan kebenaran.


Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri ketika itu tetapi beliau kononnya 'tidak mengetahui secara khusus', apakah kita boleh percaya dengan kenyataan beliau itu?

Dan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pun beliau terlepas pandang dan tidak menjalankan amanah beliau, apakah rakyat Malaysia mahu mempercayai Anwar Ibrahim?


Jauh panggang dari api!

MENARIK ! VIDEO JAM OMEGA & ANWAR!


Untuk anda yang belum tidur lagi ! 2 video menarik :-


1.


2.

Friday, May 20, 2011

KANTOI ! Kabinet Bayangan PKR Pun Anwar Ibrahim Tak Mampu Jaga !


Nama pun 'kabinet bayangan' dan hanya membayangi kabinet kerajaan sedia ada tetapi yang itu pun Anwar Ibrahim tidak mampu untuk ikhtiarkan!

Dan jika perkara ini pun beliau tidak mampu untuk jaga dan uruskan, di manakah lagi kredibiliti Anwar Ibrahim yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri?


Ini adalah persoalan yang timbul apabila ada individu yang menanyakan soalan mengenai kabinet bayangan Anwar Ibrahim hanyalah seperti cerita dogengan sahaja. Soalan adalah semasa Q&A di dalam Yahoo!News KLIK SINI

Rujuk skrip di bawah :-


Dan Anwar Ibrahim sendiri mengaku ketidakefesienan beliau dan pemimpin-pemimpin pembangkang!

Seperkara lagi, Anwar Ibrahim sekali lagi menyerlahkan habit beliau yang suka menjawab berputar-putar dan berbeli-belit tanpa jawapan yang konkrit dan menyakinkan. Lebih-lebih lagi di dalam isu akidah Islam yang asas.

Rujuk skrip di bawah :-

Sungguh pelik apabila Anwar Ibrahim berkata bahawa beliau tidak menggalakkan atau meremehkan soal akidah tetapi di dalam masa yang sama, beliau boleh 'tawar-menawar' tentang isu akidah!

Inikah pemikiran seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri?

Dan parti PAS masih berdiam diri walau pun yang nyata berada di depan mata?

PANAS ! Anwar brahim Sarankan Jangan Pinggirkan Lesbian dan Gay !!

Selain daripada berdolak-dalih seperti biasa mengenai soalan jam Omega yang ditanya oleh MiM KLIK SINI, Anwar Ibrahim juga telah memberikan satu jawapan yang sangat memalukan umat Islam kepada satu soalan mengenai golongan-golongan luar tabii dan LGBTs semasa Q&A di Yahoo!News pagi tadi.

Rujuk skrip di bawah :-


Yahoo! Malaysia Editor : Could Lesbian, Gays, Bi Sexual and Transgender (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - spesific to them and not other minorities. if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government? (Yahoo!Newsroon (Malaysia)

Anwar brahim : We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate other. The answer is through education and PAS accept this view.
Respons Anwar brahim yang tidak menyakinkan, cakap-cakap politik dan berdolak-dalih tentang isu golongan LGBTs merupakan satu respons yang seolah-olah menyokong LGBTs terutamanya melibatkan golongan lesbian dan Gay.

Kita tentu jijik apabila Anwar brahim melihat lesbian dan gay sebagai hak dan bukannya dosa besar. Beliau seorang Islam tetapi masih mahu menginterpretasikan lesbian dan gay sebagai perkara normal dan tidak patut diskriminasi hak mereka
.

Apakah Anwar brahim yang selalu mengaitkan beliau dengan ulama-ulama Islam seperti Al-Qardawi tidak tahu bahawa salah satu adzab Allah paling dahsyat yang dikisahkan dalam Al-Quran adalah tentang pemusnahan kaum Nabi Luth dan mereka diadzab Allah karena melakukan homoseksual ?


Yang lebih memualkan ialah jawapan Anwar Ibrahim yang mengatakan pelajaran (education) tetapi pelajaran untuk pihak yang mana satu?

1. Pihak gay dan lesbian agar pulang ke pangkuan jalan ?

atau

2. Masyarakat supaya menerima golongan Gay dan lesbian?

Lihatlah di sini betapa Anwar Ibrahim bermain-main dengan kata-kata dan ianya sangat mencurigakan. Malah, kenyataan beliau yang mengatakan PAS menerima pandangan beliau itu merupakan satu lagi putar belit yang bakal memerangkap parti PAS.

Liberalisme Anwar Ibrahim?

MiM berasa sangat hairan jika masih ada penyokong PAS yang seirama dengan kenyataan Anwar Ibrahim seperti di atas. Jika parti PAS benar-benar memperjuangkan agama Islam, dolak-dalih dan sokongan Anwar Ibrahim kepada golongan 'kaum Luth' ini pasti akan ditolak bulat-bulat oleh mereka.

Tetapi, apakah parti PAS akan sedar diri dan berubah?

MiM sangat berharap mereka berani menolak Anwar Ibrahim demi maruah parti PAS itu sendiri!

Wednesday, May 18, 2011

MENARIK ! Sembang Bersama Tun Dr Mahathir !

MiM tertarik dengan temuramah terbaru dengan negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir. Ianya berkisar kepada buku memoirs, nasihat kesihatan, rokok dan juga politik. Sungguh menarik!

Baca di bawah :-

BH : Tun nampaknya masih ramai peminat, di mana-mana pun ramai hendak minta Tun tanda tangan buku, risalah atau lain-lain. Ada yang hendak bergambar dengan Tun?

DrM : Sambil tersenyum lebar beliau menjawab: “Saya gembira kerana di Malaysia pemimpin masih boleh berjumpa, bergaul dengan rakyat. Kalau di negara lain, jadi saja ketua kerajaan terputus hubungan kerana takut, rakyat kadang-kadang bertindak ganas. Di Malaysia ketika jadi Perdana Menteri pun saya boleh pergi ke pasar raya untuk membeli barang dan orang datang berjumpa, bersalam apa semua. Sekarang ini pun macam itu, ini satu keistimewaan di Malaysia”.

BH : Betulkah Tun saya dengar di pejabat Tun di Putrajaya masih ada banyak buku yang tunggu untuk ditandatangani. “Saya pun ada bawa buku hari ini”.

DrM : Sambil ketawa, beliau berkata memang setiap hari ada berpuluh-puluh buku untuk ditandatangani. “Tak apalah saya sign juga kalau orang sudah hantar kerana depa berhajat. Tapi kena ambil masa sikitlah, sebab lenguh tangan hari-hari sign sampai berpuluh-puluh. Sikit-sikit itu bolehlah”.


BH : Kenapa Tun tulis memoirs ini?

DrM : “Saya sudah putuskan (untuk tulis) dari dulu lagi masa saya masih kerja lagi. Dulu pun saya fikir ada baiknya saya rekod pengalaman saya, sebab saya berpendapat bahawa baik buruknya orang boleh tahu, jadi yang mana saya buat salah mereka boleh elak. Kalau benda yang saya buat itu menguntungkan kerana sudah lama kita dapat tahu hasilnya, orang boleh juga dapat pelajaran sikit-sikitlah.”

BH : Tetapi Tun walaupun sudah lapan tahun bersara, masih ligat pergi sini sana, macam tidak tahu duduk diam. Mana datangnya kekuatan dalam diri Tun?

DrM : “Alhamdulillah, saya sihat tetapi sakit itu adalah juga seperti sakit jantung. Saya ada juga sikit-sikit kencing manis apa semua tapi saya jaga, saya jaga diet, saya dapat tidur cukup, saya sederhana bila makan, tidak langsung lebih dan saya buat juga senaman supaya kita mesti jaga badan.

“Tetapi yang lebih utama saya tidak hisap rokok dan saya tidak minum (arak). Ini sumbangan yang besar. Kalau kita hisap rokok, saya ingat sekarang ini paru-paru saya macam abulah. Macam abu rokok, kalau kita belah tengok hitam.

“Orang tidak tahu, saya biasa tengok, sebagai doktor saya biasa buat bedah siasat dan tengok paru-paru orang hisap rokok itu hitam, masuk abu. Paru-paru kita bukan untuk abu, tetapi angin bersih. Jadi alhamdulillah saya tidak hisap rokok, tetapi kita tidak boleh tahu, kalau hendak sakit, akan sakit jugalah.

BH : Apa Tun ada makan apa-apa vitamin ke?

DrM : “Saya makan vitamin, saya ambil suplemen. Saya fikir bila kita sudah berumur sikit, kita perlu suplemen sebab makanan kita variety tidak cukup dan makan pun tidak banyak. Dulu masa muda saya boleh makan dua pinggan pun boleh habis, sekarang setengah pinggan pun tidak boleh. Cukuplah berasa kenyang. Pengambilan itu kurang.”

BH : Nasi kandar tidak makan ke?

DrM : “Nasi kandar makan tetapi bukan selalulah, kena jaga-jaga sikit. Nasi lemak pun seminggu sekali, jaga-jaga sikit.”



BH : Soalan saya seterusnya ada kaitan dengan soal peribadi sikit, mengenai Teater Muzikal Tun Dr Mahathir. Tun sudah pergi tengok ke, ada adegan tertentu agak melucukan apabila Tun mula mengenali Tun Dr Siti Hasmah, bawa jalan di tepi pantai?

Sambil ketawa dan mungkin tidak menyangka ada orang akan bertanya soalan sedemikian, beliau pun menjawab:

DrM : “Yalah, itu pementasan... pementasan biasanya tidaklah tepat sangat, nak bagi jadi cerita barangkali. Saya terima kasih ada orang nak pi tengok pun. Saya pada mulanya ingat siapa hendak pergi tengok Mahathir. Tidak ada apa pun. Tetapi nampak dia orang pandai sekarang. Pementasan sekarang saya dapati semakin lama semakin baik di Malaysia sejak kita ada Istana Budaya.”

BH : Tun, baru-baru ini UMNO sambut ulang tahun ke-65. Apa pesanan Tun kepada ahli UMNO untuk perjuangan mereka seterusnya?

DrM : “Balik pada asal. Kita berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Kita bukan berjuang untuk diri sendiri. Tetapi kalau kita berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, insya-Allah kita akan mendapat kemudahan, tidak ada orang yang boleh katakan dia tidak dapat apa pun daripada perjuangan UMNO. Dia dapat, anak dia dapat biasiswa, dia dapat kerja, ada saja yang mereka dapat.

“Jadi kalau kita fikir hendak berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air, kita tidak berjuang untuk diri sendiri, akhirnya kalau kita berjaya, percayalah kita akan mendapat sesuatu untuk diri sendiri. Mungkin tidak menjadi Perdana Menteri, mungkin tidak menjadi Yang Berhormat tetapi yang lain-lain dapat juga.” -BH

PANAS ! Anwar Ibrahim Ada Penawar Untuk Terus Waras !!

Pemergian Anwar brahim di Jogjakarta telah menimbulkan pelbagai spekulasi. MiM tidak berminat kepada semua itu tapi yang MiM ingin ketengahkan ialah twitter Anwar brahim kelmarin yang tampak seloroh tapi tentu ada maknanya.

Apabila seorang followers menjawap twitter Anwar dengan menulis 'Pakcik ni pandai brlucu juga ya. saya doakan smua trbaik utk pak cik' bagi menjawap kepada tweet beliau iaitu 'bkn sindir-skdr pringatan ha ha', Anwar memberi satu respons yang pasti menimbulkan pelbagai spekulasi baru.

Tweet Anwar ialah 'Lucu utk Waras!'


Lucu untuk waras?

Apakah Anwar brahim sudah mencapai tahap kurang waras sehingga perlu lucu untuk mengelakkan beliau daripada tergelincir dan terus tidak waras?

Apakah ini adalah salah satu tanda hasil daripada segala sembahyang hayat yang mahukan kebenaran tentang skandal Anwar brahim sehinggakan beliau perlu lucu untuk sentiasa waras?

Mungkin hanya spekulasi tapi interesting!

BACA ! Respons Pemimpin PKR Bila Terkantoi All Time!

Sebenarnya, MiM tidak mahu mengulas isu Zuraida Kamaruddin yang terkantoi kerana telah menyiarkan surat fitnah yang menuduh UMNO Hulu Selangor yang bukan-bukan. Buka apa tetapi wanita tersebut telah banyak membuat kenyataan yang dangkal dan membodohkan diri beliau sendiri.

Tetapi, nampaknya si Zuraida ini tidak insaf-insaf lagi dan perlu ditegur.

Sebagai contoh, Zuraida Kamaruddin pernah memberi ucapan yang kontroversial di Kongres PKR di Petaling Jaya tidak lama dulu. Di antara lain:-
"Kita hendak letak Datuk Seri Anwar di atas ke, di bawah ke, di tepi, di tengah ke, ikut suka kita. Jangan salah letak sudahlah," kata Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen Ampang.
Letak Anwar Ibrahim di atas? Di tepi? Di tengah? Jangan salah letak sudahlah?

Apanya yang 'jangan salah letak sudahlah' wahai Zuraida Kamaruddin ? Di belakang ke ? KLIK INI

Yang terbaru ialah kenyataan sour grape beliau apabila ternyata tersilap dan dilondehkan oleh UMNO Hulu Selangor.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin menegaskan yang dia tak gentar dengan ugutan saman oleh UMNO Hulu Selangor kerana didakwa memfitnah mereka.

Zuraida yang bertanggungjawab membuat pendedahan mengenai UMNO Hulu Selangor yang memberikan kerakyatan kepada warga asing berkata, surat rasmi yang dihantar UMNO Hulu Selangor kepada KDN diperolehi dari seorang penjawat awam yang sudah tidak tahan dengan pengkhianatan kepada negara itu.
Dan oleh kerana Zuraida Kamaruddin terbukti telah membukti fitnah, MiM sarankan kepada UMNO Hulu Selangor supaya tidak menangguhkan saman terhadap beliau. Biar beliau tahu tinggi rendah bumi ini.

Rasa-rasanya, Anwar brahim pun tidak ambil kisah jika Zuraida Kamaruddi itu di saman!

Tuesday, May 17, 2011

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ! Sessi LIVE Soal-Siasat Dengan Anwar Ibrahim !!


Satu berita baik kepada rakyat Malaysia yang ingin soal siasat Anwar Ibrahim secara LIVE! Pada jam 11:15 pagi, hari Khamis, 19 Mei 2011 ini, ada sessi soal jawab atau soal siasat yang akan dikelolakan oleh Yahoo!News.

Rujuk di bawah :-

Parliamentary Opposition Leader and former deputy prime minister Anwar Ibrahim will be the first Malaysian to appear on Yahoo! Malaysia's newly-launched interactive ‘Question Time’ segment at 11:30 am this Thursday, May 19.

The politician will spend at least an hour with Yahoo! Malaysia editors who will act as facilitators during the live chat session..more
Link kepada sessi soal siasat itu ialah di sini KLIK SINI

So, jangan lepaskan peluang ini. Siapkan soalan-soalan anda dan jangan lupa soalan-soalan cepumas dan soalan-soalan yang menyebabkan Anwar brahim mengamuk kepada para wartawan!

MiM berharap agar rakan-rakan bloggers dapat menyebarkan maklumat ini di dalam blog masing-masing.

Dan jangan lupa sebarkan maklumat ini kepada rakan taulan, saudara mara sekalian!

Kita banjiri Yahoo!Malaysia dengan soalan-soalan yang selama ini terpendam di sanubari anda semua!


JANGAN LUPA !

19 MEI 2011 JAM 11:15 PAGI !

KLIK SINI


p/s : Berani kah Anwar Ibrahim atau beliau chicken out last minute? Kita tunggu dan lihat.

Monday, May 16, 2011

Menyakitkan Hati ! 'Khutbah' Menghina Islam di Negara Ini!

Persoalan, jika kita diherdik, diperlekeh dan dicerca kerana ingin mempertahankan hak dan survival orang Islam di negara ini, apakah semua itu adil?

Apabila majoriti rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang Islam berasa tersinggung dan gelisah dengan perkara yang berlaku di sebuah hotel di Pulau Pinang baru-baru ini, apakah kita hanya mampu menelan air liur dan tidak dapat berkata apa-apa?

Bagaimana pula jika isu ini diterbalikkan?

Siapa yang mampu bangkit dan mempertahankan hak dan kemuliaan agama Islam itu?

Sebagai contoh, lihat video di bawah :-



Paderi Kristian di Kuching, Sarawak?

MiM mungkin terlepas pandang tetapi apakah ada sebarang tindakan yang dilakukan?

Dan kenapakah video ini masih ada di dalam You Tube sedangkan ianya sudah agak lama disiarkan di dalam web tersebut?

Sebagai warganegara yang cintakan keamanan dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini, MiM dan anda sekalian tentu tidak berasa senang hati dengan hujah dangkal tersebut
.

PANAS ! Twitter Pertama Anwar Ibrahim Selepas Keputusan Hakim Memerintahkan Beliau Untuk Membela Diri !!

Sebaik sahaja keputusan hakim yang memerintahkan Anwar Ibrahim untuk membela diri, di bawah adalah tweet beliau yang pertama seperti di bawah :-

Jika kita baca tweet beliau, seperti biasa beliau akan mengadu kononnya sistem kehakiman tidak bagus dan bermacam-macam lagi.

Tetapi kali ini, intonasi Anwar Ibrahim juga seperti seorang yang telah berputus asa.


'Adakah lagi ruang bela diri ?' - itulah soalan yang beliau kemukakan di dalam twitter beliau. Soalan beliau itu tentu amat pelik kerana hakim telah memberi ruang kepada beliau untuk membela diri di dalam mahkamah kelak.

Tapi satu persoalan yang sangat menarik, jika merujuk kepada prosiding mahkamah, apakah Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah dengan Al-Quran sebelum memberikan sebarang keterangan pembelaan diri beliau nanti?

Sungguh menarik kerana selama ini Anwar Ibrahim telah mengelak daripada bersumpah dan agresif apabila para wartawan menanyakan beliau tentang isu tersebut. Dan apakah validnya sumpah tersebut?

MiM akan terangkan prosiding mahkamah di artikel yang seterusnya.

Lihat juga video-video di bawah tentang kronologi hujah dan keterangan saksi yang menyebabkan Hakim memutuskan supaya Anwar Ibrahim perlu membela diri :-

Video: Keterangan saksi kes Anwar.

Video : Hujah 'prima facie' yang menyebabkan Anwar perlu membela diri

TERDESAK ! Twitter 'Talian Hayat' Anwar Ibrahim Untuk 'Hari Penentuan' Hari Ini !

Semasa MiM menulis artikel ini jam 2 pagi tadi, Anwar Ibrahim seperti desperado dan menyiarkan satu artikel di dalam twitter beliau.

Artikel itu di tulis oleh Terence Netto daripada portal pro-pembangkang yang sering berat sebelah dan putar belit, MalaysiaKini.

Jika membaca artikel tersebut, penulis tersebut telah mencemar institusi kehakiman negara apabila mempertikaikan kes liwat yang masih berjalan.

Beliau mempersoalkan banyak keputusan yang telah diputuskan oleh Yang Arif Hakim. Yang lebih memualkan ialah kenyataan beliau itu dibaca oleh orang ramai dan mungkin menimbulkan persepsi negatif terhadap insitusi tersebut.

Malah, kenyataan penulis itu seperti menghina mahkamah secara terang-terangan!

Di antara artikel tersebut:-

The list of peculiarities that this case sported endangers the modern conception of law which is that justice is whatever result just procedures have led to.

From that standpoint, justice in Sodomy II would better be served if the accused is not asked to enter his defence. more

Kepada penulis dan portal MalaysiaKini, MiM sarankan agar lebih profesional dan buka minda itu daripada terus terhimpit di dalam politik yang sempit. Hormatilah kedaulatan undang-undang dan kemuliaan sistem perhakiman negara ini.

Sebagai sebuah portal berita, MalaysiaKini mesti menunjukkan sikap kewartawanan yang sebenarnya itu pun jika ada.

Sunday, May 15, 2011

MENARIK ! Pendedahan Tentang Isu 'Sabotaj' Kereta Anwar brahim!


Di sini MiM siarkan kembali artikel menarik yang telah didelete oleh blogspot.com. Artikel ini mengenai pandangan pakar dan mekanik tentang isu 'sabotaj' kereta Anwar Ibrahim yang dilaporkan kepada pihak polis 2 minggu selepas kejadian.

Laporan yang lambat itu mendatangkan kecurigaan kepada rakyat Malaysia malah kenyataan di bawah juga membantu kita untuk memahami isu tersebut.
Di antara laporan tersebut:-

1. Pengarah Penyelidikan Biomekanik dan Keselamatan Kenderaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof. Madya Dr. Wong Shaw Voon berkata, penggunaan bahan komponen yang tidak berkualiti juga boleh mengundang permasalahan tersebut. Katanya, pemanduan kenderaan secara keterlaluan atau dipandu dalam keadaan luar biasa turut menjadi punca berkenaan.


"Kalau dalam keadaan biasa, cakera brek tidak akan tertanggal kerana ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan.
"Mungkin semasa pemasangan (cakera brek) sebelum itu tidak mengikut standard sebenar atau ia tidak direka bentuk untuk menahan keadaan sedia ada,'' katanya....

2. Dalam pada itu Shaw Voon berkata, pengguna kenderaan yang menghadapi permasalahan itu perlu membuat pemeriksaan bagi menyiasat punca sebenar.


"Jika kemungkinan ia disabotaj, hanya mereka yang mempunyai alat dan kepakaran sahaja boleh berbuat demikian (mengeluarkan skru pada cakera brek),'' katanya.


3. Seorang mekanik, Khairul Nizam Mohd. Hanapiah pula berkata, ciri-ciri keselamatan pada kenderaan Mercedes Benz sangat tinggi berbanding model kereta lain.

Justeru katanya, kemungkinan cakera brek pada kenderaan itu tertanggal sendiri mustahil akan berlaku, melainkan perlanggaran kuat di bawah pemanduan melebihi 80 kilometer sejam.

"Kalau kita buka tayar Mercedes dia ada skru untuk kunci cakera brek, ia tidak akan tercabut jika tayar tidak tercabut.

"Kemungkinan ada orang tanggalkan skru yang menyokong cakera brek itu amat rendah kerana ia memakan masa berbuat demikian kecuali ada kesilapan semasa servis pemasangan brek,'' katanya - UM

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.