PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, May 29, 2011

Jawapan Kepada isu JPA Yang DiMain-mainkan Oleh Parti Pembangkang.


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) mempertahankan, kerajaan tidak pernah menjanjikan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pengajian luar negara bagi kesemua pelajar cemerlang SPM.

Sebaliknya tegas Najib, kerajaan hanya mengatakan bahawa biasiswa JPA adalah bagi kedua-dua pengajian dalam dan luar negara, yang diberikan kepada mereka yang memperoleh kelulusan 8A+.

“Janji kita ialah kesemua pelajar 8A+ akan mendapat biasiswa kerajaan untuk (belajar sama ada) di peringkat tempatan dan luar negara. Kami tidak pernah menjanjikan bahawa setiap orang akan mendapat biasiswa ke luar negara.

“Publik kadangkala tidak faham,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Isu pengagihan biasiswa sebagaimana tahun-tahun sebelum ini muncul sekali lagi dengan parti-parti komponen BN mendakwa wujud salah guna kuasa di pihak JPA.

Hari ini, Najib menjelaskan bahawa pelajar-pelajar yang ditawarkan biasiswa bagi kursus-kursus diploma juga akan layak untuk biasiswa pengajian ijazah.

“Mereka yang menerima biasiswa dalam negara bagi program diploma kerana mereka ditawarkan diploma oleh universiti-universiti terbabit.

“Tetapi kerajaan akan menjamin untuk menaja pelajar yang mahu meneruskan pengajian mereka dengan biasiswa peringkat ijazah,” katanya lagi.

HOT ! Bob Lokman 'Tak Tahu Nama Calon PAS' Ada Udang Di Sebalik Batu !


Sebenarnya MiM tidak berminat untuk menulis artikel tentang bekas enulis lirik, pencipta lagu dan pelakon Bob Lokman sebab beliau itu lupa kepada asal usul beliau.

Beliau lupa segala kesenangan dan wang yang beliau dapat hasil royalti lagu-lagu beliau yang dianggap melalaikan.
Lebih-lebih lagi sehingga ke hari ini, Bob Lokman masih tidak mahu menyatakan sama ada beliau telah mengembalikan segala 'wang hasil dari hiburan yang melalaikan'.

Beliau juga tidak menyatakan sama ada beliau tidak lagi mengambil segala royalti hasil dari lagu-lagiu yang didendangkan di televisyen dan radio.


Tahu-tahu sahaja beliau mengambil keputusan untuk 'membantu Pakatan Rakyat khususnya PAS ke Putrajaya'.


"Kini saya sudah sedar daripada lamunan kerana dunia hiburan banyak melalaikan.


"Tugas saya kini berceramah, membantu Pakatan Rakyat agar lebih berketrampilan dalam usaha mengejar impian ke Putrajaya," kata Bob Lokman.

Kenyataan beliau itu ternyata berbeza dengan sebab awal beliau tertarik dengan parti PAS. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu!
Tetapi tidak mengapa.

MiM pernah mengikuti celoteh beliau di dalam ceramah dan MiM simpulkan, Bob Lokman hanya mengharapkan populariti beliau sahaja untuk menarik minat orang mendengar celoteh beliau. Serius!


Tidak ada apa-apa menafaat untuk mereka yang mendengar 'ceramah' beliau. Malah beliau telah memalukan diri sendiri apabila tidak tahu nama calon PAS di dalam piliharaya kecil. Malu!

Tengok video di bawah :-


Video : Bob Lokman tak tahu nama calon PAS!


p/s : Bob Lokman ada simpan hasrat nak jadi YB ke?

PANAS ! Kaitan Anwar Ibrahim Dengan Freedom Of Speech & Playboy !

Berapa kali Anwar Ibrahim telah mencabar maruah mahkamah dan kehakiman negara ini? Contempt of court seolah-olah bahan jentikan sahaja bagi beliau? Kenapa?

Dan kenapa pihak berkuasa menutup mata dan membiarkan sahaja Anwar Ibrahim memburuk-burukkan mereka, bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negeri!


Pada awal tahun ini, ketika berucap di forum “The Future of Democracy in the Islamic World”, anjuran sebuah badan pemikir AS yang berpengkalan di Washington DC, New America Foundation, Anwar Ibrahim sekali lagi menghina institusi mahkamah dan kehakiman negara.

Kita boleh rujuk video tersebut : http://www.youtube.com/watch?v=XoXiDsxbYq8. Beliau dengan sinisnya berkata,

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan." KLIK SINI

Kenyataan beliau itu memang jelas contempt of court dan tidak bertanggungjawab. Malah, ianya menjadi bahan lawak negara asing. Dan adalah sungguh memualkan apabila kesinikalan Anwar Ibrahim dinyatakan di depan spektator yang menyetujui free sex, perkahwinan sesama jenis, gay dan lesbian.

Sudah tentu mereka tiada masaalah jika Anwar Ibrahim seorang gay dan minat meliwat!


Seperkara lagi yang mencurigakan kita ialah Anwar brahim mengganggap bahawa pornografi dan Playboy adalah isu remeh dan kecil sedangkan isu itu sangat penting dan hangat diperdebat serta dibangkang hebat di negara jiran! Minatnya Anwar dengan bab porno ni!


Persoalannya, jika Anwar benar-benar mahu mengamalkan free expression, freedom of speech, kebebasan berasaskan kebiasaan hati iaitu keyakinan dan kepercayaan terhadap kebebasan tabiat semulajadi kemanusiaan, negara bakal hancur!

Lim Kit Siang DAP Memang Haprak Tahap Mual !

Barulah tahu Yong Teck Lee dengan perangai haprak pemimpin DAP!

Lim Kit Siang memang kurang ajar dari dulu lagi. Beliau terlibat dengan tragedi 13 Mei 1969 dan sekarang masih kuat berpolitik menanam semangat perkauman di antara rakyat Malaysia.
Lim Kit Siang DAP memang haprak tahap memualkan!

Baca di bawah :-


Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata beliau amat terkejut dengan serangan penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap SAPP, apabila dia memberi kata dua kepada SAPP supaya menyertai Pakatan Rakyat dengan alasan "hanya Pakatan boleh menewaskan BN.”

NONE"Sebenarnya Ketua DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin menjemput saya ke pesta menuai DAP (semalam). Sebagai balasan saya jemput Jimmy Wong sebagai tetamu ke rumah saya dan kami berbincang dengan baik soal politik.
"Kami bersetuju mengenai pentingnya dibina persefahaman bersama antara SAPP dan DAP," menurutnya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Bekas Ketua Menteri itu berkata sebagai tetamu di majlis DAP, beliau tidak menyangka akan diberikan kata dua seperti yang diutarakan Lim degan cara yang kasar, yang meletakkan dia dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain dalam keadaan yang memalukan, dan parti dipersendakan di hadapan orang ramai.

"Lim benar-benar mengejutkan kami, dengan nada suara yang kasar, cara yang keras, memanggil kami dan mempersendakan SAPP," katanya.

NONEYong berkata pada pandangannya selepas pilihan raya Sarawak, Lim menjadi teramat yakin untuk mengambil alih Putrajaya dan kerajaan negeri Sabah pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya dia tertanya-tanya, adakah ini kerana Lim kini merasakan yang DAP tidak memerlukan pihak lain lagi, dan jika parti itu boleh menewaskan BN, mengapa ia minta SAPP sertai Pakatan. seterusnya

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED