Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, June 30, 2011

Tembelang DS Najib Razak Pecah !!


MiM merujuk kepada satu artikel yang disiarkan di dalam MalaysiaKini bertajuk 'Akhirnya tembelang Najib 'pecah'. Di antaranya :-
"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat.”

Itu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009. Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad....

..... Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong. Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. seterusnya
MiM tidak terkejut jika artikel sedemikian rupa diterbitkan oleh MalaysiaKini, portal pro-pembangkang yang terkenal memberi liputan yang berat sebelah dan tidak mengikut aspirasi rakan mereka Ambiga pro-murtad Beersih yang mahukan keadilan di dalam media.

Tetapi artikel seperti di atas jelas menunjukkan pandangan seorang penulis yang jumud, sempit fikiran dan kurang cerdik.

Beliau berhujah tentang DS Najib Razak yang tidak mengamalkan keterbukaan dan tidak mengamal demokrasi yang tulin.


Persoalannya, hampir 3,000 laporan polis telah dibuat menentang perhimpunan haram Beersih 2.0. Dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum yang mewakili pelbagai pertubuhan NGO yang prihatin dan mahukan keamanan di negara ini.


Apakah Najib Razak mesti tutup mata dan tidak mempedulikan hasrat dan kebimbangan yang ditimbulkan melalui ribuan laporan polis yang mewakil ratus ribuan warganeagara ini?


Kepada penulis tersebut, janganlah bersikap hipokrit! Dan jika benar-benar ikhlas, kritik dan perbetulkan dulu negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Walk your talk.


Jika tidak, anda hanya sekadar penulis yang menulis kosong dan tiada nilai!

SEMAKIN PANAS ! Lebih Ramai Yang Akan Di Cekup Polis Termasuk Bloggers Pro-Pembangkang ?


Terbaru !

SHAH ALAM 30 Jun – Polis telah menerima sejumlah 2,193 laporan yang membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sejak 6 Jun lalu selain mengambil keterangan lebih 2,000 individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sepanjang tempoh itu juga, polis telah membuka sebanyak 125 kertas siasatan berikutan laporan polis yang dibuat itu.

Katanya, polis juga sedang memantau ceramah-ceramah yang diadakan di seluruh negara dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ia didapati berunsur hasutan. – Utusan

p/s : MiM juga difahamkan bahawa beberapa bloggers pro-pembangkang hanya menunggu masa untuk dicekup polis kerana turut menghasut ! Siapa mereka itu? Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya!

So, MiM sarankan sekali lagi, jangan buang masa berkempen untuk Ambiga pro-murtad Beersih itu. Ingat Ambiga Ingat Murtad !

TERKINI ! Ubahsuai Photoshop - Poster Beersih 2.0 TIPU !

Nampaknya dalang-dalang perhimpunan haram Beersih 2.0 semakin terdesak hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya menyokong mereka.

Lebih-lebih lagi tumpuan mereka kepada kaum Melayu dan Islam yang semakin hari semakin menjauhi perhimpunan yang diketuai oleh Ambiga Pro-Murtad. MiM difahamkan bahawa ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS juga telah mulai meragui motif perhimpunan dan tidak mungkin mengangkat Ambiga Sreevesanan sebagai hero mereka.

Apa tidaknya, semasa isu Lina Joy, merekalah yang berdemonstrasi menentang peguam-peguam termasuk Ambiga tetapi hari ini, beliau pula yang diagung-agungkan. Sungguh tidak berasas!

Dek kerana itu, jentera Beersih telah mengeluarkan poster di bawah yang begitu nyata bertujuan untuk mendapat simpati orang Melayu dan Islam. Terdapat mereka yang memakai kopiah dan terdiri daripada orang Melayu sahaja.

Tetapi jika kita amati foto di bawah, ternyata terdapat pengubahsuaian yang ketara! Sila rujuk di bawah :-


Spot the lies!

MiM tersenyum sinis kerana jentera Beersih sanggup berbohong dan memanipulasikan foto-foto orang Melayu dan Islam hanya sekadar untuk menunggang kaum tersebut!

Sungguh memalukan!

Dan jangan risau...lebih ramai lagi yang akan menjauhi diri daripada bersekongkol dengan pro-murtad Beersih itu!

MALU ! Johari Abdul KANTOI Lagi!


MiM hairan apabila Johari Abdul cepat melenting apabila video beliau bersama Datuk T tersebar luas. Yang menghairankan ialah beliau mencabar Papa Gomo padahal diri beliau sendiri telah menyiarkan dokumentari yang berbau pemalsuan dan pembohongan.

Di manakah kredibiliti beliau untuk mencabar padahal diri sendiri tidak betul dan hanya berhujah berdasarkan sebahagian atau keratan daripada video penuh Anwar Ibrahim?

Beliau hanya berhujah tentang hidung mancung, orang ketiga, Anwar Ibrahim memakai kaca mata dan rambut dipotong kemas tetapi tidak menyiarkan keratan video lain yang ternyata menafikan hujah beliau sendiri. Ini pembohong namanya!

Tambahan pula, siapalah Johari Abdul jika dibandingkan dengan Professor Dr Hany Farid, 'the father' of Digital Forensic. Ianya ibarat langit dan bumi!

Maka, sebelum mahu mencabar, MiM sarankan agar Johari Abdul memperbetulkan kenyataan beliau dulu. Barulah ada maruah namanya!

Dan baca di bawah mengenai kenyataan Johari Abdul yang cuba menegakkan benang yang basah tetapi akhirnya beliau terpaksa menjilat balik ludah yang terpalik ke muka beliau. Apakah beliau berani menjawab persoalan yang ditimbulkan?
Mari kita rungkai:

“Buktikan saya mengambil duit, di akaun bank yang mana? Adakah ia (dibayar) secara tunai atau cek? Saya tidak boleh menyimpan jumlah yang banyak itu di rumah" kata Johari Abdul

Bila masa Tan Sri Rahim, Dato Eskay dan Dato Shuib kata mereka telah Masukkan Wang ke dalam akaun Johari Abdul ni?

Mari kita baca pula kenyataan dato Eskay mengenai hal ini:


"Datuk Johari Abdul meminta wang pendahuluan sejumlah RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu", kata Datuk Shazryl EskayAbdullah.


Datuk Johari meminta sejumlah RM 1 juta seorang daripada Datuk Shazryl dengan jumlah semua RM 7 Juta semuanya.

"Bila (permintaan sebegini) ini berlaku, kita pun buat keputusan tolak (permintaan Johari),"
kata Datuk T.

Apakah tidak jelas bahawa apa yang di katakan oleh Johari Abdul Bercanggah dan cuba melarikan diri dari jawapan yang sepatutnya beliau jawap.

Ketiga Trio T tidak pernah memasukkan sesen pun wang ke dalam akaun Johari Abdul walaupun Tuntutan dari Johari Abdul meminta wang sebagai balasan.



Johari Abdul turut menyatakan:

“Tidak sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang saya kata di bilik (hotel) pada hari itu... saya tidak mahu membuang masa (dengan mereka,” kata Johari lagi.

Emmm kenapa beliau menyatakan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi keterangan apa yang beliau kata di dalam bilik Hotel dan di akhir ayat beliau menyatakan "Saya tidak Mahu membuang Masa"

"Tidak Mahu Membuang Masa" atau yang sebenarnya beliau Dato Johari Abdul TAKUT dengan Video Susulan?

Macam ni lah, jika benar Dato Johari Abdul tidak membuat sebarang Tuntutan wang daripada ketiga Trio Dato T apakata Johari Abdul menjalankan tindakan SAMAN ke atas ketiga tiga mereka kerana menfitnah.

Ini maruah Dato Johari Abdul dan sewajarnya beliau membersihkan namanya apatah lagi beliau seorang Yang Berhormat seterusnya

Di bawah ialah kuliah Dr Hany Farid tentang Digital Forensic. Beliau merupakan salah seorang daripada pakar digital yang mengesahkan video Anwar Ibrahim :-


Video : Dr Hany Farid

Wednesday, June 29, 2011

MALU ! MALU ! Yusmadi 'Bebalisme' MP Balik Pulau, Ketagih Publisiti Murahan Isu Video Anwar & Datuk T !

Apabila isu cabar mencabar di antara Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dengan rakan blogger, Papa Gomo, MiM tergelak besar apabila seorang Ahli Parlimen PKR hingusan, Yusmadi Yusoff menyelitkan diri dan cuba mengambil kesempatan ke atas kehangatan isu tersebut.

Bagi orang Pulau Pinang, siapa yang tidak kenal Yusmadi Yusoff tetapi for the wrong reason! Beliau pernah mempertahankan risalah 'My Balik Pulau' yang menghina kaum Melayu di kawasan parlimen beliau sendiri.

Beliau beria-ia menyokong intipati 'My Balik Pulau' dan penerbitnya dengan mendakwa bahawa risalah tersebut melambangkan warisan dan seni yang patut disokong. baca sini

Memang betul tetapi sebagai seorang yang berpelajaran, Yusmadi sepatutnya tidak buta mata dan membebalkan diri tidak dapat melihat segala kepincangan informasi tentang kaum Melayu di dalam risalah tersebut. Tengok video di bawah :-

Yusmadi 'Bebalisme' buta mata tak nampak penghinaan terhadap kaum Melayu!

Hanya orang yang buta hati dan teramat bebal yang tidak akan nampak intipati dan ilustrasi yang menghina kaum Melayu. Dan orang itu ialah Yusmadi Yusoff!


Video : Yusmadi Yusoff yang bebal pertahankan 'My Balik Pulau'!

Dan sekarang, Yusmadi Yusoff mahu tumpang sekaki di dalam isu Johari Abdul vs Papa Gomo.

Jika maruah dan kredibiliti beliau rosak kerana terlalu bebal mempertahankan risalah 'My Balik Pulau', siapalah Yusmadi Yusoff di dalam isu Johari Abdul vs Papa Gomo?


MiM sarankan kepada ahli parlimen Balik Pulau itu supaya luangkan lebih masa di kawasan sendiri dan tidak perlulah mencari publisiti murahan di dalam isu orang lain! MALU !!

PEDAS ! Jawapan SPR Terhadap Tuduhan Melampau Pengerusi Pro-Murtad Beersih 2.0!

Rupa-rupanya Pengerusi SPR, TS Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengadakan perjumpaan dengan Ambiga pro-murtad Sreenevasan! Dan segalanya telah diterangkan satu persatu tetapi si Pengerusi Beersih itu yang bebal dan sengaja memekakkan telinga tidak mahu faham!

Malah, jika Anwar Ibrahim benar-benar mahukan perubahan di dalam nama pengundi secara otomatik atau pembersihan nama pengundi, beliau sendiri kena tukar tempat mengundi ke tempat tinggal beliau sekarang di Segambut. Tapi Anwar Ibrahim gagal untuk membantu SPR!

Di antara keterangan Pengerusi SPR ialah :-

1. Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.

2. Beliau sudah jelaskan kepada Ambiga dalam surat beliau dan pertemuan secara panjang lebar tapi Ambiga masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.


3. Sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu.

4.
Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya.
Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.

5. Abd. Aziz sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

6. Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.

7. “Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon." kata Abdul Aziz


8. Ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.

9. Senarai Daftar Pemilih sentiasa dibersihkan oleh SPR sepanjang masa.

10 Ada beberapa cara untuk membersihkan senarai pemilih :-

a. Nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


b.
Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad).

11. Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kerana itu bukan bidang kuasa SPR dan ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.

12. Pengerusi SPR itu menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya padahal SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

Sumber : UM

HANGAT ! Risalah TERBARU Beersih Yang Sangat Kotor Tersebar Luas!

Nampaknya, promosi perhimpunan haram Beersih 2.0 menjadi semakin teruk apabila terdapat kereta-kereta yang dilekatkan risalah kuning Beersih di tempat letak kereta Seksyen 2 Wangsa Maju!

Yang memeranjatkan ialah mesej-mesej risalah kuning tersebut yang melampau dan berbau subservif serta boleh mengganggu gugat ketenteraman kita semua!


Antara mesej yang tertera pada risalah tersebut termasuklah "PERHIMPUNAN Bersih2.0", "BERSAMA KITA TUMBANGKAN KERAJAAN SEKARANG!!!", dan "BUKTIKAN KITA MAMPU SEPERTI LIBYA !!"


Difahamkan bahawa banyak lagi tempat turut disebarkan risalah-risalah berbau subversif dan mengancam kedaulatan negara Malaysia.

Memang patutlah jika pihak berkuasa mengambil tindakan drastik untuk menahan mereka yang terlibat di dalam mempromosikan perhimpunan haram tersebut.

Baca seterusnya KLIK SINI

UPDATED ! Dah Kata Dah ! Beersih 2.0 Kena Serbu !


UPDATED

Sekretariat BERSIH 2.0 hari ini diserbu dan digelidah oleh polis.
Lima belas anggota tiba kira-kira 15 minit lalu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah yang juga mengetuai kumpulan NGO Empower.

Pejabat BERSIH 2.0 terletak di Seksyen 4, Petaling Jaya. seterusnya




Sebelum ini MiM telah menulis artikel menyarankan kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam mempromosikan perhimpunan haran Beersih 2.0 supaya tidak lagi melibatkan diri dalam kempen anjuran Ambiga, Pengerusi Pro-murtad Beersih.

Akibatnya sangat buruk dan menyusahkan diri sendiri. Lagi pun, tidak ada yang akan mahu membantu anda. Jangan bermimpi ada pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membantu sehingga selesai kes anda di dalam mahkamah.

Jika dua hari lepas, 16 orang telah ditahan, yang terbaru ialah 85 orang telah ditahan kerana menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan haram Beersih. Dan kesemua mereka di tahan di beberapa negeri seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Tambahan pula, motif sebenar Beersih 2.0 menjadi semakin diragui, tidak bersih dan tidak seperti diharapkan oleh pihak bawahan, orang ramai dan juga penggiat bloggers pro-pembangkang. Mereka hanya sekadar diperkuda dan diperalatkan to the fullest. baca sini

MiM menjangka jumlah mereka yang ditahan akan bertambah dari hari ke sehari. Dan sudah tentu, blogger-blogger pro-pembangkang adalah suspek yang paling mudah untuk ditahan kerana mereka juga aktif menyebar dan menghasut melalui artikel dan juga banner-banner kuning.

Malah, ada yang sangat berani hingga menyiarkan foto-foto pihak berkuasa dan menghasut orang ramai kononnya bersikap kurang ajar dan ganas.

Dan yang penting, tiada gunanya mengangkat Pengerusi Bersih yang pro-murtad dan dengan angkuhnya telah tendang parti-parti politik pembangkang. Tambahan pula, bukannya susah untuk menjejaki bloggers walau pun anda anonymous!

Dan seperti yang dikatakan,
jangan kata MiM tidak bagi amaran!

UPDATED ! The Real Story - Di Sebalik Teknik Pengesahan Wajah Pelakon Dalam Video Anwar Ibrahim.

MiM mendapat emel daripada seorang rakan lama dari Amerika Syarikat. Emel tersebut menceritakan secara terperinci credentials Professor Dr Hany Farid, pakar digital forensic dari Dartmouth College yang di lantik untuk menentukan kesahihan, ketulinan dan mengenal pasti pelakon kontroversi Anwar Ibrahim.

Selain daripada yang telah MiM terangkan sebelum ini baca sini, Dr Hany Farid juga dikenali sebagai 'bapa' kepada imej digital dan sangat terkenal di dalam bidang beliau itu termasuk kesahihan imej dan sebagainya.

Di bawah adalah video kuliah Dr Hany Farid yang sangat menarik jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk menentukan kesahihan, ketulinan dan pengesahan imej yang sah. MiM setakan beberapa dokumentari oleh Dr Hany Farid.

Kuliah beliau ini panjang tapi kuliah memang biasanya panjang, minimum 1 jam.

Tapi dijamin menarik dan lebih menambah ilmu kita daripada menonton video Johari Abdul dan membaca keterangan Mahfuz Omar.

Sila tengok :-



Kuliah Dr Hany Farid


Video Dr Hany Farid


Video Dr Hany Farid



Video Dr Hany Farid

Tuesday, June 28, 2011

Persamaan Di Antara Ambiga Beersih 2.0, Yahudi & Penyangak Matawang Soros.




Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan akhirnya mengakui BERSIH 2.0 pimpinannya menerima ‘sejumlah kecil sumbangan’ daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) tetapi bagi projek-projek lain, dan bukannya untuk perhimpunan bulan depan.
NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment For Democracy) sebuah yayasan yang bertopeng demokrasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat, diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
OSI pula adalah yayasan yang juga bertopeng demokrasi yang dimiliki oleh penyangak mata wang Yahudi, bernama George Soros, individu yang pernah merudumkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Difahamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan yang rapat dengan kedua-dua yayasan tersebut kerana Albright dan Soros merupakan dua tokoh Yahudi yang menaungi politik Anwar sejak dari akhir tahun 1990-an.
“Perhimpunan bulan depan akan disponsor oleh kerajaan negeri Selangor”, kata Ambiga seperti dilaporkan portal pro Anwar, The Malaysian Insider. Klik di sini









Ambiga berkata demikian kepada pemberita semalam selepas beliau disoal siasat oleh polis berhubung Himpunan Bersih 2.0 anjuran pihaknya.
Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah mengakui NDI dan OSI memberi dana kepada BERSIH khusus untuk kerja-kerja pemantau pilihan raya berkaitan projek persempadanan bahagian pilihan raya.
“Dana datang daripada sumbangan awam. Kebanyakan adalah dari rakyat Malaysia di luar negara. Ramai yang memberi sumbangan tanpa memaklumkan identiti mereka ke dalam akaun bank kami”, katanya. - AIDC

GEMPAR ! Video Terbaru Johari Abdul Bersama Datuk T adalah PALSU !

Negara dihangatkan dengan video Ahli Parlimen Sungai Petani ketika menonton video kontroversi Anwar Ibrahim bersama-sama Datuk T.

Yang lebih memeranjatkan ialah Joe sendiri mengaku pelakon itu ialah rakan politik beliau itu.


Joe Abdul khusyuk tengok jam Omega

Joe Abdul berdebar-debar menanti the show of the year.

Oleh kerana Joe Abdul sanggup membuang masa dan duit untuk membuat dokumentari berbau palsu mempertahankan Anwar brahim dan juga disolekkan kononnya serupa dengan P.Ramlee, di bawah mungkin satu lagi dokumentari terbaru oleh beliau.

MiM meramalkan kali ini beliau akan buat dokumentari bahawa video terbaru beliau bersama-sama Datuk Eskay hanyalah pelakon yang menyerupai beliau! Maksudnya 99.99% bukan beliau!

Di bawah adalah 3 alasan yang mungkin akan dicipta :-

1.

Hidung pelakon itu tidak semancung hidung saya.



2.

Kepalanya lebih besar daripada saya


3.


Cuping telinganya tak sama dengan saya.


Kesimpulannya,
Joe Abdul memang tersilap langkah kali ini. Sangat memalukan!

HANGAT ! Nik Aziz Pergi Holiday Semasa Ahli-ahli PAS Sibuk Membantu Pengerusi Pro-Murtad Beersih?


MiM mendapat komentar mengenai isu di bawah. Terdapat ura-ura yang mengatakan ahli-ahli PAS akan turun ke perhimpunan yang diketuai oleh Pengerusi Pro-murtad Bersih, Nik Aziz akan ke luar negeri untuk makan angin!

Sila baca:-


Nik Abdul Aziz khabarnya tidak akan menghadiri BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti, sebaliknya akan melakukan ziarah makam Imam Al-Bukhari dan Imam At-Tirmidzi di Uzbekistan.

Dia akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 6.30 pagi sebelum menaiki pesawat ke Uzbekistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi.

Nik Abdul Aziz turut mengangkut beberapa orang wakil rakyat seperti ADUN Limbongan, ADUN Meranti, ADUN Kemumin dan ADUN Lanas dalam 'percutian' tersebut.

Rombongan makan angin kerajaan negeri Kelantan akan berada selama dua hari di Uzbekistan sebelum berlepas ke Dubai untuk menuju ke Madinah.

Rombongan pemakan angin yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz itu hanya akan pulang pada 10 Julai iaitu sehari selepas BERSIH 2.0 diadakan!
'
Menariknya, ketika pentadbiran negeri melakukan lawatan ke luar negara, mereka dalam rangka mendapatkan dan mencari pelaburan untuk negeri masing-masing.

Sebaliknya Nik Abdul Aziz hanya melakukan ziarah kubur dan umrah yang sebenarnya adalah tanggungjawab individu bukannya tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh rakyat Kelantan!

GEMPAR ! Lagi Serangan Hackers Terhadap Laman Web Di Malaysia !

Hackers atau penggodam semakin menjadi-jadi di negara ini. Yang terbaru ialah laman web SUARAM klik sini

MiM berharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini dengan segera.


KUALA LUMPUR: Penggodam telah berjaya merosakkan laman web pertubuhan hak asasi tempatan Suaram hari ini, dan ia dipercayai antara sebahagian daripada “tindakan keras” serangan terhadap aktivis sejak kebelakangan ini.

Penyelaras Suaram E Nalini berkata pencerobohan ini telah dikesan pada jam 6.45 ptg hari ini dan NGO masih cuba mendapatkan pakar-pakar teknologi maklumat untuk memulihkan laman web, yang telah sepenuhnya digantikan dengan satu halaman tunggal “Indonesiancoder Team”.



Logo senapang AK-47S berkembar kelihatan di bawah tulisan tajuk berapi manakala di bawahnya pula ialah mesej perkataan “Hacked by Dr. Cruzz”.

Ikon laman web pula digantikan dengan wajah demon dan latar belakang berwarna kelabu dengan animasi salji.
Bacaan ayat al-Quran juga dimainkan menjadi latar belakang halaman ini.

Juga terdapat tulisan-tulisan pada laman web itu seperti “Marhaban Ya Ramadhan that will come soon” dan “Get the Codes and Feel the Soul” SETERUSNYA

Monday, June 27, 2011

AMARAN ! Berapa Ramai Lagi Bloggers Pro-Pembangkang Yang Akan Di Cekup Polis Kerana Bersih 2.0?


MiM mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa kerana sudah memulakan operasi mencari dan menangkap mereka yang menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan haram Beersih pada 9 Julai ini.

MiM difahamkan pihak polis sudah mempunyai senarai nama dan hanya menunggu masa untuk mencekup mereka semua.

MiM menjangka mereka yang bakal dicekup turut melibatkan blogger-blogger dan juga portal pro-pembangkang yang selama ini begitu bebas menghasut.

Realitinya, mereka menyebar maklumat tentang takwim perhimpunan dan logo-logo Bersih warna kuning yang berbau hasutan tanpa menyedari tindakan mereka itu boleh di dakwa dan dicekup oleh pihak polis.


Jika benar, MiM nasihatkan kepada bloggers pro-pembangkang supaya delete saja artikel-artikel tersebut dan tidak menyusahkan diri sendiri.

Lagi pun, tidak ada sesiapa pun yang akan membela mereka seperti isu seorang blogger pro-pembangkang yang terkapai-kapai di dakwa di dalam mahkamah tanpa belaan parti pembangkang.

Yang penting, tiada gunanya mengangkat Pengerusi Bersih yang pro-murtad dan dengan angkuhnya telah tendang parti-parti politik pembangkang. Dan bukannya susah untuk menjejaki bloggers walau pun anda anonymous!

Terpulanglah dan jangan kata MiM tidak bagi amaran!

Rujuk di bawah :-

PETALING JAYA 27 Jun - Polis menahan 16 lelaki yang dipercayai menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis, iaitu perhimpunan tanpa permit polis yang sah, dibebaskan dengan jaminan polis.

"Tangkapan kesemua mereka ini dilakukan di sekitar Shah Alam, Gombak, Klang Utara dan yang terbaru pagi semalam, iaitu lapan orang ditahan di Taman Kosas, Ampang," katanya kepada pemberita hari ini selepas menghadiri majlis penyerahan sijil kepada beberapa individu yang berjaya mematahkan kes ragut di sekitar Subang.

Tun Hisan berkata, penahanan 16 individu terbabit adalah kerana polis mempunyai kuasa mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah iaitu tindakan pencegahan daripada berlakunya sebarang jenayah.

"Bukan maksud orang itu pakai baju kuning (dipakai semasa perhimpunan), kita tangkap. Polis juga ada prosedur atau asas nak tangkap seseorang itu, maknanya bila ada perkara yang disyaki serta maklumat, barulah tangkapan akan dilakukan," katanya. - Bernama

BUKTI ! Siapa Personaliti TV Yang Berceramah Untuk Pakatan Rakyat ?


Gambar di atas menunjukkan Wardina sedang berucap dalam majlis Pakatan Rakyat.

Siapa yang tidak kenal dengan Wardina. Beliau melonjakkan namanya ketika melakonkan watak dalam siri sitcom telivsyen “Spanar Jaya” bersama Opie Zami anak Allahyarham Zami Ismail.


Sekarang Wardina menjadi juruacara setiap pagi menerusi slot MHI di saluran TV3

Beberapa malam yang lepas, Wardina semakin terserlah apabila tersebar beberapa gambar gambar beliau menyertai program pemimpin kerajaan negeri bersama rakyat.


TV3 dilarang membuat liputan oleh kerajaan DAP Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Dan sekarang, salah seorang daripada pekerja stesyen televisyen itu menyokong Pakatan Rakyat.

So, apa lagi?

TERKINI ! Dokumentari Johari Abdul Di Ketawakan Oleh Boss Beliau, Anwar Ibrahim!

MiM berasa kesihan pula kepada Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani apabila dokumentari beliau diketawakan oleh boss beliau sendiri, Anwar Ibrahim! Rujuk twitter di bawah:-


Segala usaha beliau flushed to the drain begitu sahaja walau pun kita tahu dokumentari Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh dengan pembohongan dan putar belit.

MiM pun telah menyenaraikan beberapa kesalahan yang sangat jelas di dalam dokumentari itu. baca sini

Kesihan : Solekkan berjam-jam yang diketawakan oleh Anwar !



Video : Dokumentari kosong Johari Abdul

Tapi kalau difikirkan balik, tidak perlu kita berasa kesihan kerana Johari Abdul yang membuka pekung di dada beliau sendiri sama seperti kenyataan cetek Mahfuz Omar baca sini.

Segalanya sudah sahih!

MELAMPAU ! Beersih 2.0 Hasut Pelajar-pelajar Universiti !

Pertama sekali, MiM mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Malaya kerana mengambil tindakan tegas melarang pelajar-pelajar Universiti itu daripada terlibat di dalam perarakan-perhimpunan haran Beersih 2.0.

Peringatan yang diberikan itu sangat bertepatan dengan Akta Universiti dan Kolej Tahun 1971.



Lagi pun, tidak ada pihak yang akan membantu masa depan pelajar-pelajar tersebut jika disabitkan dengan kesalahan mereka. Tidak ada yang peduli sama ada pelajar-pelajar tersebut mendapat pekerjaan dan wang hidup jika gagal menyelesaikan pengajian mereka.

Malah, sebenarnya, jawatankuasa Bersih bukannya menasihatkan pelajar-pelajar daripada tidak terlibat tetapi menghasut mereka untuk turut serta! Perbuatan ini sangat mengecewakan kita semua.

Di antara butiran tentang perhimpunan haram Bersih :-

*Perkara yang tidak dibenarkan*

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Malah, perhimpunan yang kononnya aman itu sebenarnya telah menggalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

HANGAT ! Mahfuz Omar PAS Tambah Kesengsaraan Anwar Ibrahim!


MiM tidak menjangka Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS sanggup memperbodoh-bodohkan diri beliau semata-mata untuk mempertahankan Anwar Ibrahim.

Kenyataan dangkal dan kurang cerdik beliau tentu mengingatkan kita kepada dokumentari oleh Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang ternyata berbau pembohongan baca sini


Malah, kenyataan Mahfuz itu telah memalukan Anwar Ibrahim sendiri kerana pemerhatian beliau tidak tepat langsung dan tidak berdasarkan kepada ilmu yang dikurniakan oleh Allah swt.

Baca artikel yang sangat menarik di bawah :-

“Pas menyangkal kenyataan laporan pakar pengecaman wajah yang menyebut pelaku dalam video seks sebagaimana didedahkan, mirip 99.99 peratus Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, teknik mengubah wajah menyerupai individu tertentu telah dipraktikkan dalam industri penerbitan filem.

“Mereka hanya kata 99.99 peratus mirip, tidak semestinya bermaksud memang itu Anwar.

Watak Omar Mukhtar yang dilakonkan Anthony Quinn dalam filem Lion of The Desert juga menyerupai Omar Mukhtar sebenar. Jadi, apa nak dihairankan, semua teknik begini boleh digunakan untuk memerangkap seseorang,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun isu itu diberi liputan media di negara ini, ia tidak menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat malahan mampu melonjakkan nama ketua pembangkang itu.

“Ia akan melariskan lagi publisiti Anwar seperti pertambahan undi dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak.

“Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada cerita lucu zaman moden,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang dokumen dikemukakan berhubung perkara itu malah ia sekadar kenyataan lisan daripada peguam.

“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.

“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.” – Sinar Harian
Saudara Mahfuz, watak Omar Mukthar dan juga watak Saidina Hamzah, kedua-duanya lakonan Anthony Quinn, langsung tidak menyerupai wajah kedua-dua tokoh sejarah itu.

Hakikat ini diakui sendiri di dalam pengarahnya, Allahyarham Moustapha Akkad di dalam beberapa tulisan dan temubualnya BACA SETERUSNYA

MELAMPAU ! 'China Doll' Dapat RM30,000!


Daripada banyak isu yang panas dan lebih bermanafaat di dalam negara kita ini, isu di bawah yang menjadi 'Top Malaysia Stories' di dalam Yahoo!News. MiM tidak pasti relevannya dengan majoriti rakyat Malaysia, tetapi isu moral ini telah mencemar nama baik negara kita.

Lebih-lebih lagi isu ini dijadikan bahan berita di dalam portal berita yang terkenal seperti Yahoo!News.


Tetapi dalam masa yang sama, isu pelajar sekolah menengah yang mendapat RM30,000 semasa cuti sekolah untuk menjual badan sendiri menimbulkan soalan tentang sikap dan tanggungjawab ibubapa pelajar tersebut.

Dalam masa yang sama, ibubapa perlu berhati-hati apabila anak-anak mereka menggunakan social networking seperti Facebook kerana pelajar menengah tersebut menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari pelanggan.

MiM menganggap isu ini adalah isu ibubapa yang perlu lebih prihatin kepada anak-anak mereka. Dan isu ini bukan isu yang boleh dipolitikkan kerana ianya bergantung kepada ibubapa itu sendiri. Sama-sama kita jadikan pengajaran kepada kita semua.

Baca laporan berita di bawah :-

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A secondary school student in Malaysia made 30,000 ringgit (US$9,955) during the year-end school break last year by selling her own body, Malaysian newspaper China Press reported.

It said the student from Kuala Lumpur charged customers 250 ringgit to 800 ringgit each so that she could indulge in luxury items.


"I have sex at least five times a day. However, I take a week's break each month," she told the paper.

The girl said she was cutting down on her sexual services this year as she wanted to prepare for the SPM examinations.

According to the daily, the girl was among many students who used Facebook to earn money through sex and buy luxury items they covet and one even said she had listed her sex service on a website to earn money to buy an iPhone.

Most of them were from Johor Baru, Malacca, Kuala Lumpur and Penang.

Customers are asked to pay up to 300 ringgit per session and 600 ringgit if the customer wanted an overnight sex session.

The paper reported that the girls charged 3,000 ringgit if their customers wanted to have them for a month.

It also said the girls offered telephone sex at 150 ringgit per call and sent a photograph of them in the nude through the mobile phone for 10 ringgit per copy.

The paper's reporter contacted one of the girls through SMS and Internet messaging service by posing as a customer.

Some girls, who posed as prostitutes, also used Facebook to cheat potential customers.

The paper passed on the information it had gathered on the sex service to the Johor police.

The police said they would investigate the matter.

Sunday, June 26, 2011

Ambiga - Loyer Pro-Murtad Yang Loyer Buruk !

Sebelum ini, MiM telah memberi fakta-fakta bagaimana Perlembagaan Malaysia telah diputarbelitkan untuk menghalalkan perhimpunan haram Beersih (baca sini)

Di bawah adalah pandangan beberapa penganalisis politik tentang visi dan sejarah Ambiga Sreenevasan yang sekarang menjadi idola parti PAS dan kaum Melayu yang beria-ia untuk turut serta di dalam perhimpunan pro-murtad itu.

Di antaranya :-

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.


Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.


Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.


Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat
bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.



Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.


"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,"
katanya kepada Bernama.


Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.


Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.



Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.


"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.


Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.


"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,"
katanya. — BERNAMA


Baca juga artikel ini :http://novandri.blogspot.com/2011/06/terkini-bersih-gagal-halalkan-yang.html

MALU ! Akibat Menyokong Anwar Ibrahim Tapi Tak Pakai Otak!

MiM tergelak besar apabila membaca artikel daripada blogger pro-pembangkang yang ternyata hasil daripada fikiran yang cetek, kurang ilmu dan tidak mahu membuat homework sebelum menulis.

Akibatnya, terhasillah satu artikel yang merapu, kurang cerdik dan menyerlahkan betapa rendahnya tahap pemikiran si penulis tersebut.

Di antara omongan penulis tersebut:-
Kedua Mat Saleh mabuk itu tidak syak lagi adalah individu yang ditunjukkan oleh APCO penasihat UMCO Be End. Kalau mai dari APCO, maka tak payah buat kajian pun dah tahu hasilnya. Lebih kurang Zul Kulim jugak, bayaq upah suruh dia cakap apa-apa pun.

Tandatanya yang timbul ialah bagaimana mereka mengenalpasti tubuh Anwar yang sebenar, sedangkan mereka tidak pun datang menyiasat jasad Anwar sendiri?

Ia hanya berdasarkan beberapa foto yang dibekalkan oleh pihak tertentu. Tidak mustahil jika mereka dibekalkan foto yang diambil dari video fitnah itu sendiri sebagai rujukan untuk dua Mat Saleh mabuk itu. Jadi, memang samalah!
1. Jika kita merujuk kepada artikel di atas, kita akan dapati si penulis begitu desperate mengaitkan pakar-pakar tersebut dengan APCO dan UMNO. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa si penulis gagal membuat homework dan hanya sekadar menulis kosong melepaskan geram.

2. Persoalan yang ditimbulkan iaitu 'bagaimana mereka mengenalpasti tubuh Anwar yang sebenar, sedangkan mereka tidak pun datang menyiasat jasad Anwar sendiri?' juga jelas menunjukkan bahawa si penulis tidak faham dengan initipati dan tujuan reference kepada 2 pakar tersebut.


3. Mereka ditugas untuk memastikan ketulinan video tersebut. Dua pakar pengiktirafan muka dari Amerika Syarikat itu juga mengesahkan 99.99 peratus persamaan antara pelaku dalam video itu dan foto asal Datuk Seri Anwar. (baca sini)

4. Maka, dalam konteks ini, susuk badan tidak memainkan peranan di dalam pengesahan muka Anwar Ibrahim.

5. Malah, jika si penulis artikel itu boleh buka minda beliau dan melihat dengan mata yang terbuka, pengesahan kriminal di dalam balai-balai polis dirujuk kepada muka-muka suspek tersebut. Pengenalan muka itu lebih penting untuk mewujud dan mengesahkan sesuatu kes kriminal.


Dan yang menghairankan ialah si penulis menuduh kedua-dua pakar tersebut sebagai mabuk tetapi diri sendiri menyokong dan mengagung-agungkan Pengerusi Pro-Murtad Bersih! (baca sini)

Hipokrit!

VIDEO ! Aksi Anak Buah Anwar Ibrahim Yang Buang Masa Anda Semua!


Kepada sesiapa yang mahu melihat Ketua AMK cuba menegak benang yang basah, sila lihat video di bawah :-


Video : Ketua AMK membuat kenyataan putarbelit.

Tak perlulah MiM siarkan kenyataan akhbar Johari Abdul, MP Sungai Petani kerana dokumentari beliau ternyata berbau pembohongan dan melaporkan beberapa perkara palsu BACA SINI

Dan kepada sesiapa yang tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk T, sila lihat video di bawah :-


Video : Lapoan berita perbicaraan Datuk T



Video : Kenyataan Datuk T dan sokongan rakyat Malaysia

Saturday, June 25, 2011

GEMPAR ! Bukti Gambar Porno Dalam Surah Yassin !

MiM menerima MMS foto dan kenyataan yang mengatakan bahawa terdapat foto-foto lucah telah diselitkan di dalam surah Yassin di Masjid Pulau Pinang. Hari ini terdapat laporan berita yang menyatakan isu tersebut.

Foto dikabur dan dihitamkan kerana terlalu melampau

Kita tentu berasa marah kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara yang tidak senonoh dan mencemar kemulian masjid dan berharap agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan perkara ini.

Rujuk laporan di bawah :-
PULAU PINANG 24 Jun - Sudah menjadi kelaziman bagi seorang pengawal keselamatan di sini membaca surah Yasin selepas menunaikan solat di Masjid Negeri.

Namun, petang semalam, lelaki itu yang bertugas di masjid berkenaan terkejut apabila menemui gambar lucah pelbagai aksi diselitkan di celah-celah surah itu.

Imam Besar Masjid Negeri, Yusuff Ahmad berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika pengawal keselamatan itu mahu membaca surah Yasin selepas menunaikan solat Zuhur.

''Alangkah terkejutnya dia (pengawal keselamatan) apabila melihat surah Yasin yang diambilnya diselitkan sekeping gambar lelaki dan perempuan yang sedang melakukan aksi lucah," katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.

''Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada siak dan beberapa kakitangan lain termasuk saya. Apabila diperiksa, kami menemui 10 lagi naskhah Yasin yang turut mengandungi gambar lucah," katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini hari ini.

Kejadian tersebut merupakan kali kedua berlaku melibatkan masjid di negeri ini. Pada 2 Jun lalu, kejadian serupa berlaku di Masjid At Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas apabila 21 naskhah surah Yasin di masjid berkenaan turut dilekatkan gambar lucah.

Menurut Yusuff, naskhah surah Yasin itu dipercayai baru sahaja diletakkan di rak berkenaan oleh pihak tertentu berdasarkan keadaannya yang masih baru dan belum terusik.

''Sejak lebih dua tahun menjadi imam di sini, kami tidak pernah membeli surah Yasin kerana selalunya setiap kali program masjid, kami akan mencetaknya sendiri yang kemudian akan diletakkan di dalam masjid.

''Saya berpendapat, besar kemungkinan perkara ini dilakukan oleh mereka yang beragama Islam sendiri yang berniat jahat kerana pihak keselamatan tidak akan membenarkan bukan Islam memasuki masjid sesuka hati," katanya.

Beliau telah mengarahkan seorang imam lain membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Baru, Air Itam di sini petang semalam.

Sambil meluahkan rasa syukurnya kerana perkara itu disedari lebih awal, Yusuff berkata, pasti keadaan akan menjadi kelam-kabut dan kecoh jika ia hanya ditemui malam tadi ketika ramai jemaah datang sempena malam Jumaat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat pihak masjid.

Kes itu menurutnya, disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membinasakan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana rumah ibadat yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan - UM

Friday, June 24, 2011

TERKINI ! Anwar Ibrahim Tak Lelap Tidur Dek Penganan Mat Salleh Ni!

(Bersambung dari artikel pertama..)

Selain daripada Professor Hany Farid, Assc. Professor Lorenzo Torresani merupakan pakar AS yang mengesahkan ketulinan video kontroversi Anwar Ibrahim.

Seperti Hany Farid, Lorenzo Torresani juga mempunyai credentials yang sangat hebat dan bukan calang-calang pakar di dalam bidang komputer visi, computer learning dan animasi komputer.



Lorenzo Torresani adalah Associate Professor di Fakulti Sains Komputer di Dartmouth College. Beliau mendapat PhD daripada salah satu universiti yang terkenal di dunia iaitu Universiti Stanford pada tahun 2005.

Beliau juga pernah bekerja di beberapa makmal penyelidikan industri seperti Microsoft Research Cambridge, Like.com and Digital Persona.
baca sini

Pada tahun 2001, Torresani and rakan penyelidik telah menerima the Best Student Paper Award di IEEE Conference On Computer Vision and Pattern Recognition (CVPR). Lorenzo juga merupakan resipien kepada National Science Foundation CAREER Award.


Di antara kertas kajian Lorenzo yang menarik perhatian MiM kerana berkaitan dengan ketulinan video Anwar Ibrahim ialah bertajuk 'Large Margin Component Analysis'.

Kajian itu kompleks yang bersangkutan dengan kNN, algorithm, ruang dimensi, Linear/non linear, LMCA dan sebagainya. Rujuk di bawah :-

Kesimpulannya, kedua-dua pakar rujukan kepada kes video kontroversi Anwar Ibrahim memang terdiri daripada mereka yang berwibawa, hebat dan sangat mahir di dalam bidang masing-masing.

Kecuaian dan laporan berat sebelah tidak mungkin akan berlaku kerana segala analisis yang dilakukan berdasar kepada kiraan matematik, algorithm yang tepat.

Anwar Ibrahim memang semakin terdesak! Mengaku sajalah!

MESTI BACA ! Kenali Pakar Video Digital AS Yang Londehkan Anwar Ibrahim!


Rasanya kita semua sudah tahu tentang laporan berita yang mengatakan bahawa pakar-pakar AS telah memperakui 99.99 peratus pelaku seks itu adalah Anwar Ibrahim.

Malah, ada yang mencadangkan supaya Anwar dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 192, 193 atau 199 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu, menafikan identitinya dalam video tersebut.


Tetapi artikel MiM kali ini lebih menjurus kepada identiti dan credentials 2 pakar yang telah mengesahkan ketulinan dan identiti pelaku iaitu Professor Hany Farid dan Assoc. Professor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, AS.



Lokasi Dartmouth College

Jika kita merujuk kepada website Dartmouth College, kedua-dua pakar yang dirujuk itu mempunyai credentials yang sangat hebat. Mereka bukan calang-calang pakar terutamanya di sudut computer generated dan digital video forensic.

1. Professor Hany Farid

Professor Hany Farid

Hany Farid adalah seorang professor di Fakulti Komputer Sains, Dartmouth College. Beliau menerima PhD di dalam Komputer Sains daripada Pennsylvinia Universiti pada tahun 1997.

Professor Hany Farid telah menulis kertas kajian yang ekstesnsif di dalam forensik digital seperti Image Forensic Analyses that Elude the Human Visual System dan Perceptual Discrimination of Computer Generated and Photographic Faces.

Beliau juga telah membuat kajian (research) seperti Digital Forensics, Derivative Filters dan banyak lagi. Pokoknya, kepakaran Professor Hany Farid tidak dapat diragui langsung.

Di bawah adalah credentials Professor Hany Farid :-







Digital forensic by Professor Hany Farid

Salah satu daripada biodata Hany Farid;-

From digital forensics to the digital reconstruction of Ancient Egyptian tombs, Hany works and plays with digital media at the crossroads of computer science, engineering, mathematics, optics, and psychology.


2. Associate Professor Lorenzo Torresani


(Bersambung.... KLIK SINI

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.