
Kita tentu faham tindakan Hadi Awang, Presiden PAS yang terpaksa menegak benang yang basah dan cuba menerangkan isu Erdogan dan era Ulama yang semakin lupus di dalam parti PAS.
Biar apa pun alasan dan cerita beliau, konsep erdogan dan ulama itu di dalam pemilihan PAS yang lepas ini begitu jelas. Malah, tindakan Hadi Awang yang berkali-kali menerangkan isu Erdogan-ulama ini akan menguatkan lagi anggapan kita bahawa era Ulama sudah hampir lupus seperti dinasour.
Katanya (Hadi Awang), ada pihak yang mendakwa bahawa parti itu kini telah diambil alih oleh golongan pemimpin Erdogan, namun dakwaan itu nyata meleset.Cuma satu lagi perkara yang tinggal dan perkara ini akan membuktikan bahawa isu Erdogan-Ulama adalah benar dan membingungkan Hadi Awang.
"Ini bukan Erdogan, ini parti PAS. Ini Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz," tegasnya dalam ucapan penangguhannya di muktamar ke-57 parti itu petang ini.
Abdul Hadi juga menjelaskan bahawa parti itu berbeza daripada Parti AK yang diketuai Recep Erdogan di Turki - pemimpin yang dikaitkan dengan barisan pemimpin profesional PAS.
"Ini Parti Islam Se-Malaysia. Ini bukan Turki, ini Malaysia. Turki haramkan parti Islam. AK bukan parti Islam, mereka isytihar parti mereka bukan parti Islam.
"Mereka ikut agenda barat seperti dilaporkan laman web RAND Corporation," kata Abdul Hadi lagi yang kelihatan bertenaga ketika menyampaikan ucapan tersebut.
Perkara itu ialah perlantikkan 6 ahli jawatankuasa pusat, 4 anggota dewan harian dan 14 pesuruhjaya yang diperuntukkan di dalam perlembagaan parti PAS.
Jika AJK-AJK yang dipilih nanti berat sebelah iaitu berpihak kepada yang berkategori ulama, maka isu Erdogan-Ulama memang benar-benar berlaku dan Hadi Awang sebenarnya cuba menutup masaalah terbaru di dalam PAS.
24 jawatan akan dilantik tidak lama lagi. Jika lebih ramai ulama yang dilantik, maka Hadi Awang sebenarnya berpeluh dingin dikerumuni oleh Erdogan dan beliau mahu lebih ramai lagi Ulama di pihak beliau.
Kita tunggu dan lihat!
