Malam jam 8.40 /13 Jun 2011, seorang rakan mempelawa saya ke rumah Dato SK, Beliau menyambut kami dengan mesra dan terus membawa kami ke tingkat terbuka di atas rumahnya dan kami solat Isyak secara berjemaah di atas bumbung rumah diimamkan oleh Hj Mat Zain.
Ruang terbuka dipuncak rumahnya yang dijadikan surau, cukup cantik dengan pandangan terbuka dikelilingi bukit dan dataran yang luas. Sesudah itu kami masuk ke dalam rumah dan berbual.
Beliau masih mengingati saya dan mengulangi ungkapan semasa bertemu di masjid tempohari. Sesi seterusnya terlalu menarik. Kami dibawa ke sebuah PC yang diletakkan di ruang tamu utamanya.
Sambil duduk bersila kami khusuk mendengar cerita yang keluar dari mulut beliau. Banyak isu yang dikupas dari hati ke hati dan begitu telus.
Saya dapat merasakan betapa kejujuran insan bernama Dato SK yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. Paling mengujakan apabila beliau membuka fólder gambar menunaikan haji pada tahun lalu.
Rupanya kami berdua ada di Tanah Suci dan berkongsi berbagai pengalaman yang sangat menarik. Kisah-kisah haji beliau ketika melontar jamrah juga begitu menyentuh hati.
Ketika beliau menunjukkan gambar ‘hujan lebat di Kaabah’ yang diambil dari bilik penginapan di hotel ‘Jam Besar’, saya pula menunjukkan rakaman video dari BB yang saya ambil dalam kebasahan hujan di hadapan kaabah ketika curahan air dari ‘Pancur Emas’ keluar mengalir. Subhanallah.
Dari PC tersebut, muncullah gambar-gambar Dato SK yang sejarah hidupnya banyak berurusan dengan Kerajaan Thailand kerana tugasnya sebagai Konsulat Diraja di negara tersebut. Kami ditunjukkan banyak gambar perjumpaan beliau dengan ketua-ketua kumpulan pejuang di Selatan Thailand.
Sewaktu zaman Tun Mahathir, beliau telah diarahkan oleh Tun M untuk menjadi orang tengah di antara Kerajaan Thailand, Malaysia dan Kumpulan Pemisah bagi mencari jalan penyelesaian berbagai isu yang menjadi masalah berlarutan.
Semua akses untuk berurusan dengan kumpulan ini ada pada Dato SK. Malah melalui bukti bergambar yang kami lihat (seperti didedahkan Wikileed) beliau memang telah mengatur beberapa siri perjumpaan kumpulan pemisah ini di Langkawi.
Wikileed membuat tuduhan tidak berasas kepada beliau tetapi sebaliknya tugas beliau adalah menjadi pengantara dan pencari jalan keamanan kepada semua pihak. Kami juga ditunjukkan tentang ‘kehebatan’ dan ‘kepakaran’ setiap orang yang menjadi ketua kumpulan pemisah tersebut.
Pertemuan dengan golongan agama dan imam-imam juga diatur di Langkawi dengan kehadiran Tun M (yang ketika itu sudah meletak jawatan) untuk membantu golongan ini.
Ketika ini air mata saya bergenang memikirkan begitu pekanya Tun Mahathir kepada saudara seagamanya di Selatan Thailand, Palestin dan lain-lain tempat walaupun beliau sudah tidak mempunyai kuasa sebagai PM. Panjang lebar Dato SK menjelaskan segala peristiwa yang berlaku dan saya melihat rupanya beliau merupakan ‘kunci utama’ kepada mana-mana pihak berurusan dengan ketua puak-puak Islam di Selatan Thailand tersebut.
Gambar-gambar DSAI sewaktu siri kunjungan ke Thailand juga terlalu mengujakan kami. Kemesraan beliau dengan Dato SK boleh jelas dilihat dalam setiap keping gambar tersebut dan cukup membuatkan kita mampu berkata “betapa pembohong sungguh DSAI” yang kononnya mengatakan tidak mengenali Dato SK.

Sebagai Konsulat Diraja Thailand, beliau bertanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara tersebut atas urusan rasmi. Namun dalam kes DSAI, beliau bukan sahaja berkunjung sebagai Ketua Pembangkang dan dibawa bertemu tokoh-tokoh utama di Thailand tetapi juga terlalu kerap ke negara tersebut dan diuruskan oleh Dato SK di sana.
Sehingga hari ini DSAI Belum mampu menjawab 5 soalan Dato SK…Lihatlah gambar keakraban DSAI dengan Eskay yang diberikan kepada saya.
Dato SK juga sungguh-sungguh mengatakan kepada kami “U ingat tarikh ini- 12 Januari 2011, diantara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?”…Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”.
Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara?
Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini. tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat. Tetapi apa yang disaksikan oleh Dato SK ini adalah kejadian yang sangat berlawanan dengan fitrah DSAI sebagai seorang muslim. SETERUSNYA



