PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, June 26, 2011

Anwar Ibrahim - 'Hantu' Atau Kembar Dalam Video 18SX?

Artikel menarik untuk dikongsi bersama :-

BUKTI paling penting isu rakaman video seks ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sudah masuk ke mahkamah kelmarin. Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan pelakunya 99.9 peratus serupa dengan Anwar.

(KLIK FOTO)

Terbukti, tiada sebarang tampering (diubah-ubah) dan super impose (pertindihan gambar).

Perkara itu terkandung dalam fakta kes di Mahkamah Majistret selepas trio ‘Datuk T’, Shazryl Eskay, Shuib Lazim dan Abdul Rahim Thamby Chik mengakui bersalah tuduhan menayangkan secara terbuka video tersebut Mac lalu.

Dalam reaksi segera, pihak Anwar dan PKR, kemudian mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa orang dalam video itu bukan beliau. Awang sudah boleh jangka. Memang ada segelintir manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri. Penafian dan pembohongan sudah menjadi pakaian hidup golongan itu.

Kalau bukan Anwar, apakah itu ‘hantunya’ atau kembar seperti dalam kisah filem?

Dalam zaman serba moden, masih ada pemimpin yang mahu berbohong walaupun bukti sudah kukuh. Kalau di negara lain, pembohongan sebegini tidak mungkin terjadi. Jika berlaku sekalipun, ia tidak bertahan lama sebagaimana yang terdedah dalam beberapa skandal baru-baru ini.



Di Turki, enam pemimpin pembangkang letak jawatan selepas skandal video seks mereka terdedah. Banyak lagi tokoh di serata dunia yang ambil prinsip kebertanggungjawaban selepas skandal terbongkar.

Yang bukti masih samar-samar juga berani mengaku dan berundur sama ada mereka dari agama Islam mahupun Kristian. Malah para penyokong dan sekutu mereka sendiri akan beri tekanan supaya meletakkan jawatan demi menjaga imej parti dan organisasi. Nilai moral tetap dijunjung dan mengatasi kepentingan politik.


Tetapi di Malaysia, ketua pembangkang sendiri berjaya main silap mata dan sedihnya, ramai yang terpedaya. Apa jenis pembangkang yang kita ada pun, Awang tak tahu. Lekeh selekeh-lekehnya. Memalukan imej negara, umat Islam dan warga dunia.


Mana ada di pelosok dunia, ketua pembangkang yang terlibat dua kali kes liwat, skandal seks bersama pelacur dan menipu terang-terang, boleh terus memimpin parti dan pakatan pembangkang tanpa rasa malu dan bersalah.


Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar menjadi Perdana Menteri, lingkup negara dan rosak masyarakat. Beliau boleh buat apa sahaja. Ulas panjang pun, buang masa. Awang hanya mampu berdoa agar Allah memberikan petunjuk dan penyelesaiannya. Selicik-licik manusia dan sehebat mana tipu daya serta hipokrasi, tidak mampu menghadapi ketentuan-Nya - UM

Ambiga - Loyer Pro-Murtad Yang Loyer Buruk !

Sebelum ini, MiM telah memberi fakta-fakta bagaimana Perlembagaan Malaysia telah diputarbelitkan untuk menghalalkan perhimpunan haram Beersih (baca sini)

Di bawah adalah pandangan beberapa penganalisis politik tentang visi dan sejarah Ambiga Sreenevasan yang sekarang menjadi idola parti PAS dan kaum Melayu yang beria-ia untuk turut serta di dalam perhimpunan pro-murtad itu.

Di antaranya :-

Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.


Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.


Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.


Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat
bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.



Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.


"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,"
katanya kepada Bernama.


Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.


Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.



Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.


"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.


Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.


"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,"
katanya. — BERNAMA


Baca juga artikel ini :http://novandri.blogspot.com/2011/06/terkini-bersih-gagal-halalkan-yang.html

MALU ! Akibat Menyokong Anwar Ibrahim Tapi Tak Pakai Otak!

MiM tergelak besar apabila membaca artikel daripada blogger pro-pembangkang yang ternyata hasil daripada fikiran yang cetek, kurang ilmu dan tidak mahu membuat homework sebelum menulis.

Akibatnya, terhasillah satu artikel yang merapu, kurang cerdik dan menyerlahkan betapa rendahnya tahap pemikiran si penulis tersebut.

Di antara omongan penulis tersebut:-
Kedua Mat Saleh mabuk itu tidak syak lagi adalah individu yang ditunjukkan oleh APCO penasihat UMCO Be End. Kalau mai dari APCO, maka tak payah buat kajian pun dah tahu hasilnya. Lebih kurang Zul Kulim jugak, bayaq upah suruh dia cakap apa-apa pun.

Tandatanya yang timbul ialah bagaimana mereka mengenalpasti tubuh Anwar yang sebenar, sedangkan mereka tidak pun datang menyiasat jasad Anwar sendiri?

Ia hanya berdasarkan beberapa foto yang dibekalkan oleh pihak tertentu. Tidak mustahil jika mereka dibekalkan foto yang diambil dari video fitnah itu sendiri sebagai rujukan untuk dua Mat Saleh mabuk itu. Jadi, memang samalah!
1. Jika kita merujuk kepada artikel di atas, kita akan dapati si penulis begitu desperate mengaitkan pakar-pakar tersebut dengan APCO dan UMNO. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa si penulis gagal membuat homework dan hanya sekadar menulis kosong melepaskan geram.

2. Persoalan yang ditimbulkan iaitu 'bagaimana mereka mengenalpasti tubuh Anwar yang sebenar, sedangkan mereka tidak pun datang menyiasat jasad Anwar sendiri?' juga jelas menunjukkan bahawa si penulis tidak faham dengan initipati dan tujuan reference kepada 2 pakar tersebut.


3. Mereka ditugas untuk memastikan ketulinan video tersebut. Dua pakar pengiktirafan muka dari Amerika Syarikat itu juga mengesahkan 99.99 peratus persamaan antara pelaku dalam video itu dan foto asal Datuk Seri Anwar. (baca sini)

4. Maka, dalam konteks ini, susuk badan tidak memainkan peranan di dalam pengesahan muka Anwar Ibrahim.

5. Malah, jika si penulis artikel itu boleh buka minda beliau dan melihat dengan mata yang terbuka, pengesahan kriminal di dalam balai-balai polis dirujuk kepada muka-muka suspek tersebut. Pengenalan muka itu lebih penting untuk mewujud dan mengesahkan sesuatu kes kriminal.


Dan yang menghairankan ialah si penulis menuduh kedua-dua pakar tersebut sebagai mabuk tetapi diri sendiri menyokong dan mengagung-agungkan Pengerusi Pro-Murtad Bersih! (baca sini)

Hipokrit!

VIDEO ! Aksi Anak Buah Anwar Ibrahim Yang Buang Masa Anda Semua!


Kepada sesiapa yang mahu melihat Ketua AMK cuba menegak benang yang basah, sila lihat video di bawah :-


Video : Ketua AMK membuat kenyataan putarbelit.

Tak perlulah MiM siarkan kenyataan akhbar Johari Abdul, MP Sungai Petani kerana dokumentari beliau ternyata berbau pembohongan dan melaporkan beberapa perkara palsu BACA SINI

Dan kepada sesiapa yang tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk T, sila lihat video di bawah :-


Video : Lapoan berita perbicaraan Datuk T



Video : Kenyataan Datuk T dan sokongan rakyat Malaysia

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED