CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, July 03, 2011

TERKINI ! Perhimpunan Beersih Secara Rasmi Di BATALkan!

Titah khas oleh DYMM Yang DiPertuan Agung. Dengan titah baginda ini, perhimpunan haram Beersih 9 Julai ini secara rasminya tidak boleh diadakan sama sekali.

Malah, baginda sendiri percaya dengan kemampuan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Titah baginda :-


Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.


Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.


Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.


Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara

VIDEO : Pejabat Sekretariat Beersih 2.0 Di Serbu!

Di bawah adalah video pejabat Sekretariat pertubuhan haram Beersih yang diserbu oleh pihak polis baru-baru ini.

Lihat video di bawah :-


Video : pejabat sekretariat Beersih.

Yang menjadi persoalannya ialah terdapat pihak yang berang dan mengambil sinis tindakan KDN mengharamkan Beersih dengan mengatakan bahawa Beersih bukan pertubuhan. Tetapi, jika organisasi Beersih mempunyai pejabat Sekretariat, pengerusi dan sebagainya, Beersih ialah satu pertubuhan.

Maksudnya, Beersih bergerak sebagai satu pertubuhan yang tersusun. Cuma, Beersih tidak didaftarkan sebagai satu pertubuhan yang sah. Maka, tindakan KDN mengiktiraf Beersih sebagai satu pertubuhan haram adalah bertepatan dengan struktur organisasi tersebut.

TAK ADIL ! Apasal Wartawan MalaysiaKini Boleh Senang Lepas ?

Susan Loone MalaysiaKini lagi! Tak habis-habis dia cari cerita tapi diri sendiri busuk tahap memuakkan.

Yang terbaru ialah laporan di bawah. Baca dulu laporan beliau :-
Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang “menyerang dan mengancam” wartawan semalam.

Dua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis seterusnya
Kepada Pewaju, MiM sarankan supaya tegur wartawan MalaysiaKini itu dulu jika Persatuan itu benar-benar ikhlas dan mahu menegakkan kebenaran.

Susan Loone di dapati telah membuat fitnah dengan melaporkan kumpulan yang terlibat telah memecahkan cermin-cermin kereta di sepanjang jalan.



Sebagai bukti kepada fitnah jahat wartawan MalaysiaKini itu, beliau telah memadam laporan tersebut dan menukar laporan tersebut tanpa meminta maaf secara terbuka dek fitnah beliau. BACA SINI

Dan sepanjang MiM berada di tempat perjumpaan dan perarakan kumpulan anti-DAP dan Anti-Beersih itu, hanya satu tempat sahaja yang menjadi sedikit ketegangan iaitu di bangunan Komtar.

Ketika itu, ramai yang bersesak-sesak dan cuba dikawal oleh pihak polis. Dan sudah tentu, tatkala itu akan berlaku tolak menolak sesama mereka.

Pihak wartawan dan juru kamera yang cuba mengambil angle terbaik pula turut berada di dalam kumpulan tersebut dan mungkin secara tidak sengaja ditolak semasa mereka bersesak-sesak.

video

So, MiM sangat hairan apabila wartawan-wartawan tersebut membuat laporan polis kerana mereka sendiri bersama-sama menyelitkan diri dan bukannya menjauhi diri daripada ketegangan yang berlaku!


MiM sendiri ditolak kerana cuba mendapatkan angle foto dan video yang terbaik tetapi faham-fahamlah, sendiri buat sendiri tanggung!

TERKINI ! Beersih 2.0 - Pro-Pembangkang CIPTA Isu 'Sabotaj' Pulak Dah!!

Peminat pro-pembangkang buat reverse psychology pulak dah!

Yang terbaru ialah mereka kononnya mendapat maklumat 'dalam' yang mengatakan beratus-ratus baju BERSIH 2.0 yang dirampas oleh pihak polis akan digunakan sebagai sabotaj untuk memburuk-burukkan nama Beersih!


Mereka mendakwa menerima emel yang menceritakan bahawa UMNO/Patriot/Pekida sedang merancang memulakan 'huru-hara' dengan memakai baju kuning Beersih sewaktu perhimpunan haram 9 Julai nanti!

Rujuk keratan emel yang didakwa diterima oleh blogger pro-pembangkang :-



MiM tergelak besar dengan taktik murahan pro-pembangkang yang sengaja mencipta isu padahal isu tersebut hanya rekaan mereka sahaja.

Bukannya MiM tidak tahu perincian tentang perancangan untuk menangani perhimpunan haram 9 Julai dan emel tersebut merupakan satu taktik yang paling bodoh dan tidak berasas sama sekali.


Jika kita berfikir secara logik pun, reverse psychology yang cuba dimain-mainkan oleh pro-pembangkang terlalu banyak floss dan kelentongnya lebih-lebih lagi 'huru hara' kononnya akan dimulakan pada 9 Julai itu sendiri.

1. Tiada gunanya untuk memburuk-burukkan imej Beersih kerana sehingga ke saat ini, Beersih itu sendiri sudah buruk, berniat jahat dan semakin tidak disukai oleh rakyat Malaysia.

2. Kenapa 'pensabotaj' itu perlu meramaikan penyokong-penyokong Ambiga pro-murtad dengan memakai baju kuning dan ikut serta di dalam perhimpunan haram tersebut?


3. Apakah mereka tidak tahu bahawa jika lebih ramai orang yang memakai baju kuning, manipulasi media terutamanya MalaysiaKini menjadi lebih mudah dengan melaporkan ramai yang datang dan menyokong Beersih dan bukannya 'huru hara' tersebut?

4. Dan politics is all about numbers. Jika masih ada yang bebal dan mengingkari langkah-langkah seterusnya yang bakal disusun oleh pihak berkuasa, tidakkah bodoh strategi itu jika beratus-ratus 'orang anti-Beersih' turut serta dan menambah jumlah mereka yang berkumpul?

5. Dan jika 'huru hara' di mulakan oleh 'kumpulan sabotaj', siapakah yang untung sebenarnya? Sudah tentu pihak Beersih kerana mereka boleh cuci tangan dan menyalahkan pihak ketiga yang memulakan kekacauan pada 9 Julai ini.

6. Jika Beersih tahun 2007 menimbulkan huru hara dan merosakkan imej negara, kenapa perlu ada pihak yang mahu sabotaj dengan memulakan 'huru hara'?

Kepada pihak pembangkang, MiM nasihatkan supaya berpada-pada dan fikir dulu dengan masak segala reverse psychology yang mahu diapi-apikan supaya lebih ramai yang datang.

Daripada maklumat sahih yang MiM terima, semakin ramai yang menjauhi Beersih termasuk mereka di dalam parti pembangkang dan Beersih itu sendiri! Malah, ramai yang kecut perut, takut ditangkap kerana bersuhabat melakukan perkara yang melanggar undang-undang!


So, stop the lies laa..

p/s : Ada ke 9 Julai tu? Dan jangan lupa kes liwat Anwar Ibrahim selepas itu!

PANAS ! Persatuan Cina Pun Tak Sokong Beersih 2.0!


Perhimpunan haram Beersih 2.0 bukan isu Melayu sahaja. Tan Sri Tee Hock Seng, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia (FHAM) turut bersuara.

Di antaranya :-

“Kami (FHAM) dengan ini sekeras-kerasnya menggesa dan memohon agar semua pihak yang terbabit membatalkan perhimpunan tersebut.

“Cara mogok jalanan ini bukanlah yang terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati di atas isu-isu yang mahu dibangkitkan. Negara kita mempunyai pelbagai saluran yang betul bagi memperjuangkan hak rakyat seperti melalui wakil rakyat di Parlimen.

“Mogok jalanan oleh pihak yang tidak berpuas hati hanya akan mengganggu keselamatan awam dan menjejaskan imej negara,” katanya.

Tee juga mengingatkan pihak yang mempunyai agenda tersembunyi supaya tidak menjejaskan keamanan dan keharmonian kaum di negara ini seterusnya

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.