
Jika pro-Bersih 2.0 mendabik dada dan berlagak besar dengan FaceBook mereka yang tidak demokratik dan cuba mengulingkan kerajaan BN yang diberi mandat, rakyat telah bangkit menyuarakan sokongan mereka kepada DS Najib Razak, Perdana Menteri!
Mereka telah mengambil iniatif untuk mengumpul tandatangan dari rakyat Malaysia dan iniaitf ini turut disokong oleh pelbagai NGO dari seluruh pelususk negara.


MiM kagum dengan iniatif yang telah diambil oleh NGO-NGO yang selama ini digolongkan sebagai 'the silent voters' yang hanya memerhatikan isu-isu politik di negara ini tanpa memberi sebaranng respons.
Tetapi di sebabkan oleh manipulasi melampau pihak Bersih 2.0 dan parti pembangkang sehingga memalukan nama negara di dunia telah menyebabkan 'the silent voters' itu bangun menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan yang memerintah. Kita lawan cara inisiatif kita supaya Bersih 2.0 tidak lagi menabik dada!
Mim juga lebih percaya kepada kepada kaedah 'mengumpul tandatangan' jika dibandingkan dengan hanya 'like' di dalam webpage pro-Bersih 2.0 kerana ianya lebih telus dan orang Malaysia sahaja yang mendatangani tanda sokongan.
Dan sesiapa sahaja boleh tekan 'like' dalam FB pro-Bersih termasuk warga asing yang menyibukkan diri bersama-sama sekumpulan manusia yang bising menjerit semasa Najib Razak mengadakan kunjugan di London, baru-baru ini!

