FACEBOOK DR MIM

Saturday, August 06, 2011

PANAS ! Kaki Perempuan, Bekas Pemimpin Di Buang Rakyat Jadi Talian Hayat Anwar Ibrahim!


Joseph Ejercito Estrada atau Erap mahu bantu Anwar Ibrahim di Malaysia? Satu kenyataan yang pasti dipandang sinis oleh Rakyat Malaysia!


Erap ialah seorang pelakon filem di Filipina dan Presiden Filipina ke-13 dari 30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat Filipina.

Senat menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.




Pemimpin tidak bermoral seperti Erap merupakan salah seorang daripada kawan baik Anwar Ibrahim! Hanya orang yang sama perangai dan sikap akan berkumpul bersama dengan selesa seperti mereka berdua!

TERSERLAH ! Anwar Ibrahim DiTerima Baik Di Negara Yang Halalkan Gay & Homoseksual !


Selepas memburuk-burukkan nama negara di Indonesia KLIK SINI, Anwar Ibrahim 'main belakang' lagi dan kali ini di Filipina pula!

Kenapa Filipina?

Salah satu sebab Filipina dekat dengan hati Anwar Ibrahim mungkin kerana sikap liberal negara itu yang menghalalkan kaum Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual (LGBT).


Malah, sebuah pertubuhan GAY Filipina, The Progressive Organization of Gays in the Philippines (PROGAY) pula pernah berdemonstrasi menyokong Anwar ketika pertama kali beliau dituduh melakukan homoseksual.

Lihat video di bawah :-

Video :Progay Sokong Anwar.

Lebih hebat lagi, terdapat parti politik LGBT yang bernama Ang Ladlad yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Filipina untuk turut serta di dalam pilihanraya bulan Mei 2010!

Parti tersebut mewakili kumpulan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transexual Filipina.


Baca juga laporan di bawah :-

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba memberi gambaran buruk tentang Malaysia di luar negara apabila membuat kenyataan kepada media di Filipina bahawa demokrasi di Malaysia semakin terhakis.

Kenyataan Anwar itu dilaporkan akhbar The Philippine Star hari ini ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melawat ibu pejabat akhbar itu di Manila.


Anwar berada di Filipina bagi menyampaikan satu syarahan mengenai pengaruh Dr. Jose Rizal dan Ninoy Aquino serta kepimpinan ASEAN di University of the Philippines di Diliman, Quezon City.

Menurut laporan akhbar yang disiarkan melalui blog http://anwaribrahimblog.com itu, Anwar berkata, beliau amat menghargai sokongan rakyat Filipina kerana terus menyokong perjuangan demokrasi di Malaysia.

“Terima kasih kerana menyokong kebebasan dan demokrasi, ia amat bermakna,” kata Anwar kepada pengarang-pengarang dan kolumnis ketika melawat ibu pejabat akhbar itu.

Dalam kenyataannya kepada akhbar itu juga, Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin terhakis dan rakyat negara ini tidak mendapat pilihan raya umum yang bebas selain media yang juga tidak bebas dalam melaporkan berita.

Anwar turut mendakwa kes liwat keduanya yang akan bermula semula pada Isnin ini berkemungkinan akan dilengah-lengahkan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia berkemungkinan akan melakukan penipuan bagi membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali berkuasa selepas pilihan raya umum nanti.

Anwar berkata, pihaknya menerima laporan bahawa terdapat 200,000 warganegara Indonesia yang telah didaftarkan sebagai pengundi pada pilihan raya umum di Malaysia – UM.

Friday, August 05, 2011

Malaysia Di Hina ! 'Middle Finger' Perempuan Mulut Celupar !!




Kurang ajar rupanya isteri Shahril, ketua pasukan Singapura yang menghina pasukan bolasepak Malaysia. Sanggup melabelkan pasukan kita sebagai Monyet di dalam twitter beliau!


Isteri Shahril juga menulis tidak senonoh di dalam Facebook beliau. Hairan, apakah sudah terlalu liberal? Bukan liberal tetapi sombong bodoh!

Isteri ShahRil dituntut meminta Maaf kepada rakyat Malaysia!

PANAS ! ALIBI Anwar brahim Untuk Menutup Nafsu Luar Tabii !



Jika merujuk kepada perincian di bawah oleh AIDC, kita tentu tertanya-tanya fungsi 4 saksi yang bersama Anwar Ibrahim sekitar 12:00 - 2:00 petang SEBELUM episod meliwat Saiful Bukhari 3.00 - 4:30 petang!!


Dan masih ramai lagi yang keliru di antara temubual peguambela Anwar Ibrahim dan perbicaraan saksi di dalam mahkamah.

Prosiding sekarang hanyalah sekadar temubual peguambela Anwar Ibrahim, maka ada baiknya individu yang dipanggil untuk menafikan permintaan tersebut.

Yang terbaik ialah memberi keterangan di dalam mahkamah melalui sepina tetapi kesnya melibatkan aktiviti nafsu luar tabii 2 orang. Satu orang memaksa dan seorang lagi menjadi mangsa.

Tiada sesiapa pun yang memaksa si tuduh untuk melakukan satu perkara yang dikutuk oleh Allah swt. Beliau mahu penuhi nafsu buruk beliau dan sekarang, orang yang tidak berada di Kondominium yang dipanggil!

Helah murahan Anwar brahim !!

DECOY : Anwar Ibrahim Keluar Arahan Baru!


Anwar telah keluarkan arahan kepada semua bloger pro pakatan supaya beri tumpuan untuk memainkan isu permohonannya kepada mahkamah untuk sapina 5 saksi ke mahkamah.

Dia mahu semua portal pro pembangkang, blog-blog dan sosial media semua hanya mainkan isu ini selama tiga hari hingga hari Isnin Aug 8hb dimana hakim akan memberi keputussan.

Saksi yang dikehendakinya adalah Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, isteri Ddatin Seri Rosmah Mansor, bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan, SAC Rodwan dan tuan rumah Hasanuddin.

Tiada sebab dan kaitan langsung dengan kes dan salahlaku liwat oleh Anwar untuk memanggil kelima saksi ini melainkan untuk tujuan menangguh lagi kes liwat dan mempolitikkan proses bela diri.

Harap blogger-blogger dan aktivis osial media serta meddia perdana memberi respons yang berpatutan kepadaa sandiwara Anwar di mahkamah.

Berilah prioriti kepada isu ini kerana Anwar sedang berusaha untuk cuba membuat kempen besar-besaran bagi mempengaruhi dan mengenakan tekanan kepada hakim. Dedahkan taktik mereka, dan penipuan dan putarbelit merka.

Kempen kita adalah untuk mengulang kata-kata mendiang hakim Dato Paul Augustine, NOT RELEVANT ketika hadapi kerenah Anwar.

Fahamkan orang ramai bahawa saksi ini tidak ada relevent dengan terjumpa DNA Anwar di jubur Saiful. Anwar harus fokus menjawab fakta ini dan tidak membawa saksi untuk disiasat bagi perkara yang tiada kaftan - Unspinners.

Cakap Tak Serupa Bikin : Kronisme Anwar Ibrahim Yang Bergelar Jutawan!

MiM masih musykil dengan kronisme yang telah diusahakan oleh Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Kita tentu masih ingat dengan fakta yang telah didedahkan kepada kita mengenai bapa Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik-beradik beliau yang memegang saham berjumlah
lebih daripada 7.1 juta unit di dalam 3 syarikat besar.

1. Pada 2 May 1998, Dato' Ibrahim Abdul Rahman, telah memiliki 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad and 3,790,500 di dalam Nissan Industrial Oxygen Incorporated.

2. Farizon pula memiliki 250,000 saham di dalam Pengkalen Holdings Berhad. Marzukhi pulamemiliki 2,800,000 saham di dalam syarikat Penas Corporation.

3. Ibrahim Abdul Rahman turut memiliki 2,000,000 saham di dalam
Industrial Oxygen Incorporated Bhd pada tahun 1993.


Pemilikan saham dalam jumlah yang sangat besar ini tentu menyebabkan kita tidak percaya dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang kononnya bersih dari sebarang penyalahgunaan kuasa.

Thursday, August 04, 2011

PENTING ! Temu Bual vs Sepina Saksi Dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim.


Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos ini untuk memutuskan permohonan Anwar Ibrahim mendapatkan perintah memanggil 15 saksi pendakwaan untuk ditemu bual pihak pembelaan sebelum beliau memberi keterangan bela diri dalam kes liwat yang dihadapinya.

Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah temubual dengan peguam Anwar Ibrahim tidak sama dengan perbicaraan sebagai saksi di dl dalam mahkamah melalui sepina.

Dua perkara berbeza ini yang cuba dimain-mainkan oleh jentera Anwar Ibrahim. Ramai yang akan terpedaya terutamanya mereka yang tidak berapa arif tentang prosiding mahkamah.

Jangan kita keliru dengan helah dan pembohongan media pro-pembangkang!

Baca juga artikel di bawah :-
Penolakkan Perdana Menteri dan isteri serta dua yang lain ditemubual peguam Anwar sekarang menjadi topik politik hangat dikalangan pembangkang. Malah lebih teruk, sudah ada yang mengatakan keengganan ini sebagai bukti wujudnya konspirasi!!!

Kembang kuncup perut penulis ketawa membacanya.

Ini yang kebanyakkan kita perlu faham psikologi pembangkang. Apa yang jelas kesalahan dipihak pemimpin mereka macam videok seks tu, depa akan cari segala macam alasan untuk tidak percaya tetapi benda kecik-kecik yang membabitkan pemimpin BN akan dianggap sebagai bukti konspirasi. Walhal tang mana berkaitan pun tak tahulah.

Penulis tak nampak apa yang masalah sangat dengan soal saksi ni, kalau benar orang berkenaan ada kaitan, sapina sajalah dia hadir di mahkamah. Siapa pun dia, tidak ada yang boleh mengelak dari hadir menjadi saksi setelah disapina oleh mahkamah.

Nak temubual-temubual buat apa?

Pada penulis tujuan temubual tu tak lain tak bukan ialah nak mempolitikkan isu dan mengalih tumpuan dari hal sebenar.


Caranya begini, yang temubual Sankara Nair atau sesiapa dalam barisan pembelaan Anwar, informasi dalam temubual ni sepatutnya rahsia tapi percayalah, akan ada yang bocorkan dan yang akan “leak information” hasil dari temubual itu ialah orang lain, kononnya memetik sumber sana dan sumber sini.

Walhal orang itu juga.

Dan kemudiannya akan dimainkan isu ini dalam blog-blog Pakatan serta media picisan mereka yang lainnya berulang-ulang kali sampai yang tak percaya pun akan percaya.

Selalunya begitulah, dan sebab temubual ini bukan macam sesi dalam mahkamah, semua soalan tidak relevan akan ditanya dan segala macam “spinning”akan bermula dari situ.

Bukan mudah nak faham ni melainkan kalau dah biasa dengan putar belit Anwar buat sekian lama.


Di sini bijaknya Perdana Menteri berpolitik, beliau tahu apa tujuan peguam Anwar memanggil nak mengadakan temuduga dan siang-siang dah menolaknya. Kalau nak sangat beliau jadi saksi, minta mahkamah keluarkan sapina dan beliau akan menjawab di mahkamah, bukan di pejabat peguam Anwar yang terdedah dengan segala macam putar belit.

Penulis sedikit hairan, apa dulu-dulu takde sibuk nak interview saksi (perbicaraan liwat 1), atau kes salah guna kuasa di mana Anwar dipenjarakan selama selama 6 tahun, tidak ada pun kedengaran nak soal-soal saksi ini semua?

Rasanya kita semua pun tahu kenapa. Sebab ketika itu Anwar duduk dalam penjara dan proses temubual ini hanya akan memanjangkan tempoh Anwar di dalam sana. Sebab itu tidak banyak cubaan penangguhan soal teknikal dalam kedua-dua kes yang disebutkan diatas.

Berlainan pula dengan hari ini di mana kebebasan yang jadi perkara biasa pada kita semua tetapi begitu berharga pada Anwar. Maklum, jenis pandai buat salah, asyik fikir sedap tak fikir masalah yang bakal datang akibat dari perbuatan.

Yang penting untuk semua sedia maklum, ini adalah soal perbicaraan Anwar liwat Saiful, bukan sapa yang kena temubual dek peguam atau tidaknya - Adamyan

TERKINI ! Bapa Saiful Bukhari Tuntut Hak & Keadilan!


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diminta meneliti perkara yang boleh menyebabkan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 8 Ogos depan ditangguhkan.

Bapa mangsa, Azlan Mohd. Lazim berkata, beliau percaya anaknya, Mohd. Saiful Bukhari perlu mendapat hak untuk diadili dalam tempoh munasabah.

"Saya percaya bahawa hak anak saya sebagai mangsa dan warganegara yang dilindungi haknya menurut Perlembagaan perlu mendapat hak untuk diadili aduannya," katanya.

Namun katanya, perbicaraan anaknya sehingga kini telah berlangsung selama tiga tahun akibat perkara yang mempunyai implikasi penangguhan.

"Saya amat berbesar hati sekiranya pihak Suhakam dapat meneliti hal-hal keadaan dalam perkara-perkara yang mempunyai implikasi penangguhan bagi perbicaraan kes tersebut," katanya dalam surat kepada Suhakam yang difaks kepada UM di sini, hari ini.

Pada 13 Julai lalu, Anwar diperintahkan memberi keterangan bela diri atas pertuduhan liwat mulai 8 hingga 26 Ogos ini setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama - UM.


p/s : persoalannya, apakah Suhakam akan bersedia dan tidak mahu dilihat sebagai pro-pembangkang dan simpati kepada Anwar sahaja? Beranikah?

Isu Tengku Razaleigh : Decoy Ciptaan PAS Tak Laku !



Nampaknya Parti Pembangkang semakin tertekan dengan isu Tengku Razaleigh dijemput menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Isu ini telah memalukan keseluruhan kepimpinan parti terutamanya kepimpinan tertinggi setiap parti pembangkang termasuk PAS.

Ianya kerana isu ini jelas menunjukkan bahawa tiada kepimpinan tertinggi yang mempunyai kredibiliti untuk memimpin pembangkang. Sementara Anwar Ibrahim mengira sisa-sisa karier politik beliau, parti pembangkang semakin terhumbang-hambing menunggu retak.

Tetapi yang melucukan ialah decoy dan tektik 'reverse psychology' pemimpin PAS yang cuba mencipta satu isu untuk menutup kepanasan dan kekusutan isu Tengku Razaleigh. Mereka mencipta isu kononnya ada pihak dalam UMNO cuba menggulingkan DS Najib Razak.

Sungguh melucukan! dan ianya menyerlahkan lagi PAS telah mati akal dan sangat gentar dengan isu Tengku Razaleigh!

Baca juga laporan di bawah :-
KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar supaya membuat penafian dengan al-Quran bagi membuktikan beliau atau mana-mana ejennya tidak pernah mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pakatan pembangkang pada masa depan.

Pengarah Hal Ehwal Agama, Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, ini kerana penafian Nik Aziz mengenai perkara itu melalui laman facebooknya merupakan satu penafian tidak serius dan janggal.

Pada masa yang sama, katanya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tidak layak membuat penafian bagi pihak pembangkang berhubung perkara itu kerana tawaran kepada Tengku Razaleigh memang dibuat tanpa pengetahuan beliau.

Selain itu, katanya, para pemimpin pembangkang lain juga mahu menyingkirkan Anwar berikutan dakwaan keterlibatannya dalam isu rakaman video seks yang tidak berkesudahan serta kes liwat yang dihadapinya di mahkamah.

“Nik Aziz tidak pun membuat penafian secara serius dan tidak ubah seperti seorang hipokrit yang akan bertukar lidah mengikut keperluan politik.

“Anwar pula ibarat ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ sebab pakatan pembangkang serta rakyat Malaysia sudah muak dengan skandal seks peribadi beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengemukakan cabaran itu kepada Nik Aziz selepas Menteri Besar Kelantan tersebut menyifatkan pelawaan pembangkang ke atas Tengku Razaleigh atau Ku Li bagi mengetuai mereka sebagai satu lawak jenaka.

Nik Khairul turut menempelak Anwar kerana menafikan perkara tersebut seperti dipetik daripada laporan portal propembangkang Malaysiakini, semalam.

Isu pelawaan pembangkang ke atas Ku Li yang merupakan pemimpin senior UMNO timbul selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkannya kepada media pada 28 Julai lalu melalui maklumat yang diterimanya daripada rakan-rakannya dalam PKR - UM

PANAS ! Memorandum & Dokumen Yang Buat Anwar Lagi Panik!

Satu memorandum akan dihantar hari ini, Khamis, 4 Ogos, jam 11 pagi di Pintu Masuk Utama Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong menubuhkan Suruhanjaya Mengenalpasti Lelaki Dalam Video Seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memorandum itu akan dihantar oleh sebuah NGO yang dinamakan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (MAGARAN)

"Akta1950 perkara D membenarkan penubuhan Suruhajaya Diraja sepertimana penubuhan Suruhanjaya Diraja Mengenalpasti indentiti wanita dalam Ketuk Ketampi sebelum ini”, kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, Penasihat Undang-undang MAGARAN.

Menurut Khairul Azam yang juga peguam peribadi Ummi Hafilda kes video seks perlu diselesaikan segera terutama mengenal pasti identiti lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur wanita..

Orang awam perlu tahu kerana kes ini melibatkan seorang tokoh Ketua Pembangkang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia”. AIDC

Di bawah pula ialah dokumen yang mendedahkan hubungan sulit di antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar, isteri Azmin Ali.

Di antara dokumen itu :-



Wednesday, August 03, 2011

PADAN MUKA ! Kenyataan Rasmi JPN Melondehkan Portal-Pembohong MalaysiaKini.

Di bawah adalah kenyataan JPN yang sekaligus telah membuktikan pembohongan MalasyKini dan blogger pro-pembangkang tentang isu Mismah.

Sekarang kita sedang menunggu sama ada pihak-pihak yang memutarbelitkan isu akan tampil meminta maaf secara kepada rakyat atau pun mereka bertindak pengecut mendiamkan diri!


Rujuk di bawah :-

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA MALAYSIA

Pertimbangan permohonan taraf Warganegara Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara-perkara berikut:
  • Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh
  • Kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.
Sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menimbangkan sebanyak 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 29,290 permohonan telah diluluskan.

Angka ini adalah merupakan sebahagian daripada KPI Menteri Dalam Negeri di mana sebanyak 219,000 permohonan telah berjaya diselesaikan termasuk 72,334 permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia, 31,449 permohonan Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar

Berkaitan kes Mismah,

1. Dakwaan bahawa beliau menjadi warganegara dalam tempoh 4 jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap (atau PR) adalah tidak benar.

2. Rekod menunjukkan bahawa beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982.

3. Beliau telah diluluskan Taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf Penduduk Tetap Malaysia

Sekian, terima kasih.

Datin Jariah binti Mohd Said
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
Kementerian Dalam Negeri

p/s : Sudah tiba masanya MalaysiaKini dikena tindakan keras! Jangan bagi muka lagi!

MalaysiaKini KANTOI ALL-TIME !!

Ikuti kupasan dari Mymassa:-
Semalam, isu Mismah yang dimainkan oleh Malaysiakini disambut kencang oleh blogger sebelah sana bagai mendapat peluru paling ampuh. Selain daripada isu Mismah, beberapa blogger pembangkang seperti Poji (Perisik Rakyat) dan Tulang besi (Malaysia Waves) ada jugak main isu ini tapi dari sudut berbeza. Berikut adalah isu MyPR-MyKad yang dimainkan oleh Poji dan Tulang Besi (boleh tengok kat sini):

PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"



Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.

Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).


Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia:
1. 530824715008
2. 671219715084
3. 380424715016
4. 650503715054
5. 501124715020
6. 561210715515
7. 600602715505
8. 690510715008
9. 430106715072
10. 470111715030
.
.
169. 610203715099
Buktinya, print screen semakan dilaman Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dibawah:






Dah sah-sah Azmin, Saifuddin dan Zuraida juga penduduk tetap (PR). Pembangkang lagi teruk, bukan pakai penduduk tetap sebagai pengundi tetapi sebagai pemimpin!

Baca selanjutnya klik sini

MALU ! Blogger Pro-pembangkang BALUN MalaysiaKini Tapi Londehkan Diri Sendiri!


Blogger pro-pembangkang telah bangkit mengutuk MalaysiaKini kerana telah mencuri matlumat daripada mereka tetapi tidak diberi kredit oleh portal kaki pembohong penipu itu.

MiM bukan sahaja melihat sikap kuran ajar dan melampaui batas portal yang dibiayai oleh Yahudi itu tetapi juga mendedahkan bahawa isu tentang putar belit IC dan PR Mismah adalah pembohongan blogger pro-pembangkang juga!!

MalaysiaKini bohong blogger pro-pembangkang lagi bohong!!

Baca di bawah :-
Malaysiakini.com tidak perlu mendabik dada atau berlagak kononnya mereka telah melakukan ‘scoop’ cerita besar sedangkan portal pro-pembangkang itu hanyalah dipercayai menceduk berita dari sumber yang berasaskan blog tanpa memberi kredit kepada pemiliknya.

Menurut pemilik blog Penarik Beca, malaysiakini tidak patut untuk ‘mencuri’ laporan dari blog Perisik Rakyat, milik penulis Topeng Perak Unmasked, mengenai isu Mismah yang dilaporkan berstatus pemastautin tetap namun layak mengundi.

“Semua orang yang ada akal tahu bahawa semua benda tu dah lama dah ada dalam posting Perisik Rakyat bertajuk “PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod “71″. Tapi, tak ada sepatah pun disebut dalam Malaysiakini. Punyalah berlagak macam bagus sangat!” katanya di blog tersebut.

Blogger pro-Pakatan Pembangkang ini juga menyelar portal Malaysiakini ekoran sikap tidak beretika dengan tidak memberikan sebarang kredit kepada Perisik Rakyat, malah bertindak menipu rakyat dengan menyatakan bahawa berita tersebut bersumberkan dari ‘tip pembaca’.

Melalui tajuk ‘Malaysiakini, lu lansi, lu mati’, Penarik Beca menghentam sikap Malaysiakini.com dan wartawannya, Kuek Ser Kuang Keng, yang dikatakan berlagak.

“Saya tak tau yang berlagak itu sama ada Malaysiakini sendiri atau budak pemberita yang bernama Kuek Ser Kuang Keng. Siapa pun yang berlagak, jangan la berlagak sangat. Cuba tengok kat atas blog Perisik Rakyat tu – Lu Lansi, Lu Mati..!,” tambahnya lagi.

Menurut laman blog Perisik Rakyat yang mynewshub.my lawati, memang terdapat isu yang dibangkitkan mengenai kad pengenalan milik Mismah yang berwarna merah sebagai pemastautin tetap dan 169 nombor kad pengenalan lain yang didakwa telah didaftarkan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, portal Malaysiakini.com memaparkan laporan mengenai isu berkenaan pada tajuk berita ‘PR didaftar sebagai pengundi’ atau di dalam laporan Bahasa Inggerisnya, ‘Polls fraud again: PR holder registered as voter’, dan hanya menyatakan sumber mereka melalui pembaca.

“Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama ‘Mismah’ didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti,” kata portal tersebut yang dipetik dari laporannya semalam.

Topeng Perak Unmasked telah dipercayai menulis laporan tersebut tepat pada jam 12 tengah malam, 1 Ogos 2011, berbanding laporan Malaysiakini.com yang dipaparkan pada jam 1.06 petang, 2 Ogos, tanpa menyebut sedikit pun mengenai blog Perisik Rakyat.

PANAS ! MalaysiaKini Terlondeh Menipu Membohong !

Syabas kepada blogger Double Y Dan blogger pro-BN yang lain kerana telah melondeh pembohongan MalaysiaKini Dan talibarut pro-pembangkang lain yang telah mensensasikan isu IC seorang warganegara Malaysia yang baru.




MalaysiaKini telah banyak kali terbukti berbohong dan portal haprak penipu itu mesti di ambil tindakan yang sewajarnya!!

Jangan bagi peluang lagi!! malaysiaKini pembohong penipu!

Pelakon 'Mati 2 Kali' - Kita Tunggu Dulu... Kita Ngap!









Video : Anwar Ketua Penyamun Wang Rakyat!




Video : Kepala Penyamun.

BUKTI Anwar Songlap Wang Rakyat!

MiM ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai beberapa keratan akhbar yang masih tidak dijawap oleh Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Ianya sangat berat dan telah mendedahkan kelakuan dan penyelewangan kuasa Anwar Ibrahim yang tidak diketahui oleh ramai rakyat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini.

Di keratan akhbar di bawah :-




Keratan-keratan akhbar yang menjadi mimpi ngeri Anwar jika disiarkan kembali!

Selain daripada itu :-
12) ANWAR MENGARAHKAN TONG CEO PHILEO ALLIED BANKMENGAMBIL SAMSIDAR TAHARIN UNTUK BEKERJA DENGAN BANKNYA.KATA MURAD ADALAH DIKETAHUI DGN MELUAS BAHAWA SAMSIDAR DIBAYAR DGN GAJI YG TINGGI DAN DISEDIAKAN DGN SEBUAH KERETA DAN PEMANDU DAN PADA KEBANYAKAN MASA DIA TIDAK PERLU PERGI
Seperti yang MiM katakan, isu penyelewengan dan salahguna kuasa Anwar Ibrahim satu ketika dulu, tidak diketahui oleh ramai pihak terutamanya generasi muda hari ini. Mereka mengganggap Anwar Ibrahim adalah suci bersih daripada rasuah dan kronisme.

Beliau kononnya adalah saviour atau penyelamat negara kurniaan Tuhan padahal jika semua pihak tahu tentang kejijikan dan kemungkaran yang beliau lakukan, tidak ada sesiapa pun yang akan menyokong Anwar Ibrahim !

Kecuali kroni-kroni beliau yang sudah dibuncitkan poket mereka oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dan oportunis politik yang memperalat dan diperalatkan sesama sendiri walau pun mereka sendiri tahu sejarah hitam Anwar.

Dan sehingga ke hari ini, Anwar Ibrahim tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pendedahan di atas!

Tuesday, August 02, 2011

MELAMPAU ! Buku Keji Allah swt & Nabi Muhammad saw Laris Di Pasaran!

Buku bertajuk 'Islam Evil in The Name of God' memang WAJIB dilarang dibawa masuk ke dalam negara kita ini.


Pengisian buku tersebut penuh dengan menghina dan menfitnah ajaran suci Islam.

Sempena bulan Ramadhan ini, MiM ingin bertanya, aapakah umat Islam negara ini dan dunia akan berdiam diri serta membiarkan sahaja penerbitan buku anti-Islam ini?

Perincian Kecederaan & Pembedahan Lutut DS Najib Razak.

Sebagai seorang doktor perubatan, MiM tertarik dengan laporan berita mengenai DS Najib Tun Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya di Hospital Kuala Lumpur. Dan pembedahannya ialah melalui 'arthroscpy surgery' dan mengambil masa kurang daripada 1 jam.

Jika merujuk kepada laporan tersebut, terdapat beberapa differential diagnosis yang boleh difikirkan tetapi MiM menjangka pembedahan tersebut ialah untuk membaiki meniscus lutut Perdana Menteri.


Video : Jenis-jenis kecederaan lutut


Meniscus adalah sebahagian daripada struktur lutut yang berfungsi sebagai 'cushion' atau pelapik untuk memudahkan pergerakan sendi lutut. Meniscus boleh luka atau koyak jika berlaku kecederaan ke atas lutut tersebut terutamanya ketika bersukan.

Seperti yang kita tahu, Perdana Menteri turut aktif di dalam sukan sebelum ini. Manakala kecederaan semasa bersukan adalah satu perkara yang common dan biasa berlaku walau pun sekadar beriadah sahaja.

Tetapi jika lutut cedera terkehel kerana melarikan diri daripada pihak polis, itu cari pasal dan sendiri cari penyakit namanya.

Pembedahan arthroscopy adalah satu kaedah pembedahan memasukkan alatan skop untuk meneropong kondisi lutut dan juga alatan lain untuk membaiki kecederaan meniscus dan sebagainya. Rujuk di bawah :-


Video : Knee arthroscopy

Arthroscopy adalah satu cara pembedahan paling minimal dan kurang invasif jika dibandingkan dengan open knee surgery.

Arthroscopy biasanya tiada komplikasi dan kadar sembuh (recovery) selepas pembedahan juga tidak lama jika menggunakan athroscopy.

Terdapat beberapa lagi jenis kecederaan di lutut seperti ACL tear, PCL tear dan sebagainya.

Semoga PM cepat sembuh dan rajin-rajin buat physiotherapy.

DESPERADO ! Anwar 'Main Belakang' Di Jakarta !

Pendedahan menarik oleh X-PKR :-


1. AnWAR berada di Jakarta pada 29 Julai lalu menyampaikan syarahan umum di ibu pejabat Majalah TEMPO. Npknya gelisah benar akan kedudukannya di Jakarta kebelakangan ini! Dalam bulan Julai lalu, tidak kurang 3 kali AnWAR berada Jakarta. Apa tujuannya? Mungkin saja untuk 'membetulkan' tembelang beliau yang semakin terbongkar di sana.

2. Kali ini AnWAR sekali lagi membangkitkan isu tenaga kerja Indonesia (TKI) di Malaysia. Tidak cukup dengan isu sebat bagi pendatang asing yang didapati bersalah memasuki Malaysia secara haram, kali ini AnWAR memainkan isu gaji gai TKI yang bekerja di M'sia. Konon AnWAR mengatakan TKI dibayar gaji satu setengah tahun bagi yang perkhidmatan untuk 2 tahun.

3. AnWAR menggambarkan bahawa majikan Malaysia cukup zalim serta menindas TKI dengan merampas hak mereka. Tambah AnWAR, kerajaan M'sia juga berkompromi dengan isu ini serta tiada apa-apa tindakan diambil kepada majikan yang berbuat demikian. Gambarannya, majikan di Malaysia ini bertindak kejam terhadap TKI dengan restu pemerintah!


4. Hakikat sebenarnya, AnWAR lah manusia lidah bercabang yang sentiasa menjadi duri dalam daging kepada negara! Segala dasar terhadap pekerja asing itu dirangka semasa AnWAR TPM dan menjadi Pengerusi J/Kuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing! ketika ada bantahan terhadap hukuman sebat terhadap pekerja asing dari NGO M'sia, AnWAR menjawab bukan hanya pekerja haram Indonesia yang dirotan jika didapati bersalah.

5. Selepas dipecat, AnWAR ke Indonesia mengatakan kerajaan Malaysia amat kejam kerana melaksanakan hukuman rotan terhadap pekerja asing Indonesia sedangkan mereka masuk ke Malaysia w/pun secara haram hanya untuk mencari rezeki. Manusia lidah bercabang ini mengatakan beliau tidak setuju samasekali dengan hukuman dan membantah keras semasa dlm kerajaan!

6. Dalam kes Nirmala Bonat yang didera hingga mati, AnWAR lah yang lantang bersuara di Jakarta menyatakan hukuman penjara yang dikenakan mahkamah M'sia terhadap majikan Nirmala amat tidak adil kerana nyawa Nirmala telah melayang! AnWAR mengapikan lagi, paling tidak majikan Nirmala itu perlu dirotan spt TKI yang memasuki M'sia secara haram!


7. Terbaru, AnWAR memutar belit fakta ttg gaji pula. AnWAR tahu pekerja asing yg baru masuk ke M'sia, gaji mereka akan diambil secara 'advance' oleh agen sebanyak 5-6 bulan. Ketika perkara ini diadukan kepadanya ketika beliau menjadi Pengerusi J/K Kabinet Mengenai Pekerja Asing, beliau mengatakan ianya sumber pendapatan kpd M'sia. Ia juga sbg insentif kpd majikan untuk membawa masuk pekerja asing secara sah!

Nyata manusia ini begitu terdesak mahu mengambil untung dari kekeruhan hubungan M'sia-Indonesia. Baru-baru ini juga ada sekumpulan demonstrator berdemo di hadapan kedutaan M'sia di Jakarta membantah penahanan 6 org pemimpin Parti Sosialis M'sia di bawah Ordinan Darurat. Dipercayai juga punya kaitan dengan AnWAR kerana demo diadakan sejurus sebelum AnWAR tiba di Jakarta. Tentunya ini tindakan 'pemanas badan' bagi AnWAR mengapikan lagi rakyat Indonesia bagi membenci Malaysia pada 29hb Julai itu. - X-PKR

Monday, August 01, 2011

Isu Tengku Razaleigh : Anwar & Azmin Bersemangat Nak Perkotak-katikkan Parti PAS.

Isu Tengku Razaleigh dijemput untuk menggantikan Anwar Ibrahim menjadi lebih kompleks apabila Anwar Ibrahim mula melenting dan mengarahkan Azmin Ali untuk menyelesaikan isu tersebut.

Di antara laporan berita :-

Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.



Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya - UM.

FOTO Terkini Keadaan Azizan Razak & Haron Din Di IJN!


DUA pemimpin tertinggi Pas Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) serentak petang ini.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.... seterusnya.

Dalang Di Sebalik Pelakon 'Mati Hidup Semula' Bakal Terbongkar Identitinya!


Rupa-rupanya, penyokong Pakatan Rakyat, Suhardi 'mati 2 kali' bukan sahaja berbohong beraksi mati tetapi juga semasa PC beliau. Tapi berapa lama penipu dapat menipu?

Dan kita mahu lihat siapakah di antara pemimpin Pakatan Rakyat yang akan bangkit 'mempertahankan' pelakon perhimpunan haram itu.


Jika ada yang tampil ke hadapan, kita boleh menganggap individu itu adalah dalang kepada aksi bodoh Suhardi itu.

Jika hanya peguam sahaja yang tampil, kita juga boleh tahu pihak dibelakang peguam tersebut. Pokoknya, kita akan tahu penyangak tersebut.

Di antara laporan akhbar :-
Pada sidang media tersebut Suhardi Mat Isa yang dikenali dengan lelaki yang ”mati hidup semula” memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan ‘panas’ pihak media.


Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti - UM.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.