CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, August 07, 2011

VIDEO Inside : Parti DAP Bangang Kecut !

Video menarik! DAP melenting bila video ini disiarkan di dalam You.tube. DAP kantoi!


Video: DAP Bangang!

Tazkirah Di Kotorkan Dengan Politik Sempit Parti Pembangkang.

Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali.

Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.

"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan.

"Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian.

"Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 13 masjid, 66 surau dan empat pusat tahfiz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, iaitu DUN yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas, menerima sumbangan untuk menjalankan aktiviti di bulan Ramadan.

--Bernama

Tengku Razaleigh vs Nik Aziz vs Ketua Pembangkang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disaran agar tidak lagi berdolak dalik berhubung dakwaan bahawa Menteri Besar Kelantan itu  pernah menemui Tengku Razaleigh Hamzah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengetuai pihak pembangkang.

Pendakwah Bebas, Ustaz Sarjat Ali berkata ketelusan dan keikhlasan beliau dalam menyatakan perkara itu amat penting agar pihak-pihak tertentu tidak memandang serong terhadap Mursyidul Am Pas yang dianggap oleh ulama di kalangan pembangkang.

Menurut beliau hanya dengan menyatakan betul atau tidak pertemuan tersebut barulah imejnya sebagai pemimpin utama pembangkang dan diwar-warkan sebagai sebuah parti Islam akan disanjung tinggi.

“Orang ramai hanya nak tahu ada jumpa atau tidak berhubung dengan apa yang diwar-warkan hari ini. Yang buat penafian itu setakat ini orang lain dan itulah yang perlu diperjelaskan.

“Berbohong ini dosanya samaada orang biasa atau ulama dan sebagainya adalah sama sahaja. Namun kalau orang yang dilabelkan ulama ini menipu, kesannya cukup besar. Pertamanya terhadap institusi agama dan gelaran ulama itu sendiri,“ katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik membuat satu kenyataan rasmi bahawa Menteri Besar Kelantan itu tidak pernah menemui Tengku Razaleigh Hamzah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengetuai pihak pembangkang.

Menurut beliau  Nik Abdul Aziz perlu lebih tegas dalam membuat kenyataan dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman Facebook dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali turut menafikan pertemuan tersebut.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya berkata semua pihak mahukan kebenaran dan sebagai pemimpin sebuah parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

“Dan saya secara peribadi tidak mahu buat tuduhan apa-apa terhadap beliau cuma mahukan kepastian sepertimana yang saya bangkitkan di atas. Itu penting demi menjaga kehormatan dirinya selaku pemimpin yang dicanagkan pemimpin Islam.

“Berpolitik ada batasnya dan janganlah kerana politik, segala-galanya dihalalkan. Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara,“ katanya. -MediaU

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED