23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, August 14, 2011

MELAMPAU ! Nik Aziz - Bacaan Al-Quran Itu BISING !


Bacaan Al-Quran itu bising?

Inilah pengertian kita apabila membaca kenyataan Nik Aziz tentang isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang.

Sungguh mengejutkan! Tahniah kepada parti DAP kerana berjaya tarbiahkan Nik Aziz! Persoalannya, negeri Kelantan sudah buat larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara ke?

Laporan berita:-
KOTA BHARU -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh
Baca juga Komen pembaca MiM di bawah :-
SALAM

YANG PATUT DITEGAH ADALAH TAZKIRAH POLITIK PAS DALAM MASJID PADA BULAN RAMADHAN NI, CONTOH SEMBAHYANG TERAWIH 4 RAKAAT, TAZKIRAH POLITIK SAMPAI 45 MINIT SAMPAI MENGGANGGU ORANG LAIN YANG NAK MENERUSKAN SOLAT TERAWIHS, CAKAP PUN KADANG2 TAK SENSORED.

SUARA PENCERAMAH MCM PETIR, GUNA PEMBESAR SUARA LAGI, TAZKIRAH PULA DIBUAT DALAM RUANG SOLAT UTAMA. DIAORANG NI BUKAN TAK NAMPAK ADA ORANG LAIN YANG SAMBUNG SEMBAHYANG TERAWIH SENDIRI, ETC.

SAMA JE KAT KEBANYAKAN MASJID LAIN YANG BUAT CERAMAH LEPAS MAGRIB ATAU ISYAK, TAK SENSITIVE, TAK PEDULI, TAK KISAH ORANG LAIN YANG DTG SEMBAHYANG, CERAMAH MCM PETIR SAMPAI MENGANGGU ORANG LAIN YG SINGGAH SEMBAHYANG, MANA YANG WAJIB?

SOLAT MAGRIB/ISYAK ATAU CERAMAH !!!! BACCAAN QURAN SEBELUM SUBUH SELALU NYA MENDAYU-DAYU & TIDAK TERPEKIK & TERLOLONG DAPAT MENGINGATKAN/MENGEJUTKAN ORG YG MOSTLY TIDUR UTK BANGUN SEBELUM AZAN BERKUMANDANG, SATU PERKARA YANG BAIK DAN BAGUS,

AYAT2 DIBACA BUKAN DI DALAM KEADAAN TERPEKIK DAN TERLOLONG MCM CERAMAH TAZKIRAH POLITIK DAN CERAMAH2 LAIN YANG TAW WAJIB PUN. MUNGKIN CERAMAH TAK SESUAI DIADAKAN DALAM RUANG SOLAT LEBIH2 LAGI DI MASJID2 YANG ORANG SENTIASA DTG BERSOLOAT, ETC....

PANAS ! Murahnya Nilai Perusuh Pro-Ambiga 'Pro Murtad' Beersih 2.0!


Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur Sabtu.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan haram itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya

Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.

VIDEO Inside : Pengakuan Malik Itik Yang Tak Mahu Mengaku!!


Pertama sekali, terima kasih kepada Mingguan Malaysia dan Berita Minggu kerana quote artikel MiM mengenai isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang KLIK SINI



Di dalam artikel tersebut, MiM mempersoalkan protokol fatwa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Negeri. Ianya tidak selari dengan protokol Enakmen 2 Bahagian 111 (Seksyen 48) Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang).

1. Sebelum Jawatankuasa Fatwa membuat fatwa, Mufti boleh menyebabkan apa-apa kajian atau penyelidikan dijalankan sebagaimana yang diarahkan olehnya dan kertas kerja disediakan.

2. Apabila Jawatankuasa bercadang hendak membuat fatwa, Mufti hendaklah memanggil suatu mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bagi maksud membincangkan fatwa yang dicadangkan itu.

3. Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi penyiaran fatwa dalam warta.

4. Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di_pertuan Agung, Jawatankuasa hendaklah MEMAKLUMKAN Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.
Jika kita merujuk kepada 4 perkara di atas, ternyata terdapat keraguan di dalam implementasi fatwa tersebut.

Kajian dan penyelidikan mesti dilakukan dahulu oleh pihak Jawatankuasa Fatwa dan Mufti negeri. Ketika kajian ini dilakukan, kenapakah Malik Kassim, Exco Agama Islam Pulau Pinang tidak tahu atau tidak diberitahu sedangkan jabatan tersebut adalah di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang?

Jawatankuasa Fatwa Negeri juga tidak merujuk kepada Yang di-Pertuan Agung mengenai fatwa tersebut. Malik Kassim tidak ada menyebut tentang 'perkenan Yang di-Pertuan Agung' seperti yang tertera di dalam Enakmen 2 Bahagian 111 (Seksyen 48)!

Malah, pekeliling JHEIPP juga tidak menyebut tentang protokol tersebut.

Kenapa?

Apakah terdapat klaus baru yang tidak perlu merujuk Yang di-Pertuan Agung?

Atau JHEIPP sudah tersilap melangkaui Ketua Agama Negeri Pulau Pinang?

Rujuk video di bawah :-


Video : Malik Kassim nak lepas tangan?

Di bawah ialah Fatwa Kebangsaan mengenai penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran (menggunakan pita rakaman) sebelum sembahyang. Hukumnya ialah TIDAK DI LARANG!


PANAS ! Pertelingkahan 'Siapa Punya' Di Antara MalaysiaKini & Bloggers Pembangkang !


Video di bawah jelas menunjukkan bahawa media tajaan Yahudi, MalaysiaKini dan media altrnatif pro-pembangkang telah berbohong tentang isu Mismah.

Tetapi tahukah anda sebelum Mismah muncul memberi kenyataan beliau, media-media pro-pembangkang berebut-rebut untuk mendapat kredit di atas 'scoop besar' tersebut!


Lihat video ini dulu :-


Video yang mengesahkan MalaysiaKini pembohong besar!


Seperti yang MiM katakan, media pro-pembangkang berebut-rebut mahu mendapat kredit di atas 'scoop besar' yang kononnya telah melondehkan kewibawaan SPR. Tetapi akhirnya, mereka sendiri yang tersungkur malu kerana menipu besar.

Scoop besar bertukar jadi Tipu Besar!


Baca perebutan kredit tersebut:-
Malaysiakini.com tidak perlu mendabik dada atau berlagak kononnya mereka telah melakukan ‘scoop’ cerita besar sedangkan portal pro-pembangkang itu hanyalah dipercayai menceduk berita dari sumber yang berasaskan blog tanpa memberi kredit kepada pemiliknya.

Menurut pemilik blog Penarik Beca, malaysiakini tidak patut untuk ‘mencuri’ laporan dari blog Perisik Rakyat, milik penulis Topeng Perak Unmasked, mengenai isu Mismah yang dilaporkan berstatus pemastautin tetap namun layak mengundi seterusnya
Sekarang ternyata 'scoop besar' itu hanya fitnah yang sangat busuk. MalaysiaKini dibalun habis-habisan kerana melaporkan pembohongan yang jelas.

MiM juga difahamkan bahawa pihak Mismah akan menyaman pihak MalaysiaKini secepat yang mungkin. Nilainya mungkin mencecah ratus ribuan ringgit.

Tetapi jika merujuk kepada dakwaan blogger pro-pembangkang, pihak yang sepatutnya disaman ialah blogger pro-pembangkang kerana 'scoop' ini adalah hasil tulin kerja beliau!

Nampaknya akan ada lagi yang papa-kedana selepas blogger ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat yang terpaksa membayar Rais Yatim sebayak RM300,000 kerana fitnah!


Atau pun bloggers pro-pembangkang meminta maaf secara terbuka dan delete sahaja semua artikel mengenai Mismah.

Dan biarkan MalaysiaKini, media penipu dan pencedok scoop orang lain, yang di dakwa dan membayar saman tersebut!


Apa macam?

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.