CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, September 04, 2011

Video : PAS vs Komunis!

Entri Peluru : Kesan di Kenderaan 4WD Yang Dinaiki oleh Allahyarham Noramfaizul!

Kenderaan 4WD yang dinaiki oleh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.



Jika kita lihat saiz lubang di entri peluru di bahu kanan arwah, peluru tersebut bercalibre besar. Entri sebesar itu akan mengakibatkan kerosakan organ dalam badan yang teruk disepanjang laluan peluru tersebut di dalam badan arwah.

Entri peluru di sebelah bahu kanan jelas menunjukkan bahawa si penembak berada di lokasi yang lebih tinggi daripada kenderaan 4WD yang dinaiki oleh arwah.

MiM sekali lagi mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Dalam masa yang sama, MiM berharap peristiwa ini tidak akan mematahkan semangat rakyat Malaysia daripada meneruskan misi-misi bantuan kemanusian selepas ini.

Malang tidak berbau tetapi tidak bermakna kita berserah sahaja kepada takdir. Kita perlu lebih berhati-hati supaya misi bantuan kemanusian tidak diakhiri dengan tragedi yang menghayatkan hati kita semua.


Al-Fatihah...

BACAAN SETERUSNYA : KLIK SINI

VIDEO & FOTO : Jenazah Noramfaizul Di Sembahyangkan .



Video : Jenazah Noramfaizul Mohd Nor tiba di tanah air.







SAKSI : Saat-saat Terakhir Sebelum Peluru Menembusi Badan Noramfaizul!

Kenderaan yang dinaiki oleh Noramfaizul.


MOGADISHU 3 Sept. — "Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami, hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima," menurut wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air, esok.

Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

''Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

''Kejadian berlaku dengan sekelip mata ketika kenderaan kami membelok ke kiri untuk masuk ke persimpangan asrama.

''Saya mendengar dua das tembakan diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kami. Beberapa detik kemudian, saya mendengar rakan media menjerit nama jurukamera saya yang tercedera.

''Keadaan menjadi begitu kelam-kabut dan saya melihat Noramfaizul yang rebah telah dibawa keluar dari kenderaan dan diberi rawatan di asrama tempat kami tinggal selama lima hari di Mogadishu,'' katanya.

Jenazah sampai ke tanah air.

Noramfaizul cedera di bahagian bahu sebelum diberitahu beliau turut cedera di bahagian paru-paru dan meninggal dunia kira-kira 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Selain Somalia, Allahyarham sebelum ini pernah mengikuti tiga misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

''Dua misi bersama-sama saya sebagai wartawan membuat liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan, tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand membantu mangsa bencana gempa bumi awal tahun lalu,'' katanya. — BERNAMA

The Real Story - Sekutu Anwar Ibrahim Berpaling Tadah!


Video : Kompas Minta Maaf Kepada Najib Razak

Kita sudah tahu tentang perjumpaan pegawai Kompas dengan DS Najib Razak. Yang menarik disebalik tindakan Kompas meminta maaf kepada PM Malaysia itu telah di dedahkan di dalam artikel di bawah.

Di antaranya :-



Wartawan KOMPAS yang mengeluarkan berita – dikhabarkan muka depan muka surat akhbar tersebut mengakui bahawa dirinya RAPAT dan AKRAB dengan Anwar Ibrahim (dan wujud arahan tacit Anwar agar KOMPAS menyerang Najib Razak) dalam berita tersebut.

Wartawan itu mengakui bahawa Anwar meminta tolong daripada dirinya untuk mengeluarkan berita yang bersifat NON-TRUTH mengenai keluarga PM.

Bagi mereka yang biasa dengan gerakerja media pastinya faham bahawa berita yang TIDAK ADA NILAI KEBENARAN biasanya tidak akan mendapat liputan. Kecuali ianya mampu dibantu dengan data dan maklumat yang menyokong.

Adalah sangat malang, sebuah akhbar yang mempunyai nama besar seperti KOMPAS – tunduk kepada desakan seorang ahli politik bankrap seperti Anwar.

Tidak kira apa jua hubungan yang ada di antara Anwar dan Indonesia; FITNAH buruk seperti yang dilakukan KOMPAS tidak dapat diterima oleh pengamal media. seterusnya

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED