CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, November 06, 2011

PANAS ! Anwar Ibrahim Rimas Tewas Kepada Bloggers Pro-UMNO!


MiM merujuk kepada ceramah Anwar Ibrahim di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor. Beliau cuba berhujah memperkecil-kecilkan tuntutan Haji yang merupakan Rukun Islam dan diwajibkan kepada individu Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Anwar Ibrahim boleh putarbelit apa sahaja tetapi keceluparan beliau menjatuhkan hukum kepada individu Islam yang lain sudah cukup membuktikan desperado beliau.

Tetapi MiM berminat kepada satu perenggan di dalam laporan tersebut. Baca di bawah :-

"Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno."

1. Bloggers pro-UMNO telah menyebabkan Anwar Ibrahim rimas gelisah dan terpaksa mempertahankan diri sendiri di dalam ceramah! Maksudnya, bloggers pro-UMNO telah berhasil menganggugugat Ketua Pembangkang itu!

2. Solidariti bloggers pro-UMNO melondeh dan membogelkan segala putarbelit dan pembohongan media alternatif pro-pembangkang, telah memaksa Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan!

3. Isu Haji dan Umrah Anwar Ibrahim sebenarnya sekadar persoalan mudah yang jawapannya sepatutnya mudah juga. Anwar Ibrahim hanya perlu mengaku dan menerangkan tarikh dan ketika beliau menunaikan haji dan umrah. Tetapi Anwar Ibrahim gagal untuk menjawap soalan mudah itu.

4. Ketika bloggers pro-UMNO menimbulkan persoalan mudah itu, terdapat beberapa bloggers pro-pembangkang yang berlagak pandai dan menyertakan 2 entri daripada blog Anwar Ibrahim sebagai 'bukti' beliau telah menunaikan Haji. Mereka dengan rasa bangganya mengaku telah kantoikan bloggers pro-UMNO.

5. Tetapi yang memalukan ialah mereka sendiri yang tersembam terkantoi kerana 'bukti' mereka tidak menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim menunaikan fardhu Haji! Malah, 'bukti' mereka itu mendatangkan keraguan tentang kebenaran Anwar menunaikan umrah!!

6. Dek kerana kebangangan bloggers pro-pembangkang dan kehebatan bloggers pro-UMNO, Anwar Ibrahim terpaksa melawan sendiri!

7. Untuk lebih lanjut : BACA SINI

MALU ! PAS Jilat DAP !

Kepimpinan PAS sekali lagi menonjolkan kebodohan tahap bahlul mereka apabila cuba mempertahankan tuan mereka, parti DAP, tentang perancangan Pakatan Rakyat yang akan mengurangkan jumlah kakitangan awam.

Yang mengeluarkan kenyataan kali ini ialah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang menganggap kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua hanyalah bersifat peribadi!

Bersifat peribadi?

Mari kita baca kembali kenyataan ahli politik rasis DAP itu,

Setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun - seterusnya
Kenyataan itu tenyata bukan bersifat peribadi dan merupakan projek Pakatan Rakyat. Dan sejak bila DAP perlu mendengar kata dan akur dengan parti PAS?

Selama ini pun, kepimpinan PAS dibuli dan terpaksa menggadai maruah dan agama dengan mengikut cakap parti DAP. Itu sahaja yang mereka mampu lakukan!

Dan yang menimbulkan banyak keraguan ialah tindakan Tony Pua dan beberapa artikel pro-pembangkang BACA SINI yang memutarbelitkan peratusan kakitangan awam di antara negara kita dengan negara-negara lain seperti Taiwan.

Di bawah adalah komentar Average Joe tentang putar belit tersebut :-

Amatlah malang jika ramai yang terpengaruh dengan perbandingan membuta tuli itu. Angka 1.3 juta penjawat awam di Malaysia itu adalah angka KESELURUHAN setelah mencampurkan SEMUA cabang perkhidmatan awam dan beruniform di semua jabatan dan semua peringkat.

1.3 juta itu adalah termasuk 400,000 guru, 100,000 polis, 100,000 tentera dan pelbagai lagi jawatan dalam perkhidmatan awam di mana setiap perkhidmatan ada fungsi dan peranan maisng-masing.

Jumlah 1.3 juga itu juga merangkumi semua bentuk organisasi kerajaan samaada Kementerian/Jabatan penuh kerajaan persekutuan/negeri, badan berkanun persekutuan/negeri, perbadanan awam persekutuan/negeri, pihak berkuasa tempatan, semi government dan seumpamanya. Sebab itulah campur-campur jadinya 1.3 juta.

Sedangkan di kebanyakan negara lain, statistik penjawat awam mereka biasanya TIDAK dicampur dan tidak dijumlahkan di antara cabang perkhidmatan dan peringkat perkhidmatan yang berlainan.

Dan biasanya juga statistik kakitangan awam mereka berasingan dan tidak dicampur penjawat dari bidang pendidikan, pertahanan dan keselamatan.

Maka angka "hanya" 400,000 penjawat awam di Taiwan itu sebenarnya tidak tepat dan amat meragukan.


BACAAN SETERUSNYA : DAP Sebar Penghinaan Kesucian Aidl Adha!!!

SALAM AIDIL ADHA


Selamat Hari Raya Aidil Adha
Kepada
Pembaca Blog Dr MiM.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED