CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, November 13, 2011

10 Dalil Nik Aziz Gagal Jaga Air Di Kelantan.


RAHMAN ISKANDAR


AIR Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.

Namun sejarah konflik dalaman telah bermula sejak 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte. Ltd., dikenali sebagai Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa itu diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.

Pada 1999, bermula episodAi baru. Kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama untuk penamatan Thames Water Pte Ltd. sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn. Bhd. sehingga kini.

Kemudian, wujud ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada akhir 2005, yang terkenal amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya pada akhir 2007 apabila beliau telah diarah meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB tersebut.

Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan dari PLUS sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa.

Maka pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarahkan beliau mengosongkan kerusi tersebut.

Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru. Pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing.

Kecetekan pengalaman dan sifat 'yes man' kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.

Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan:

1. Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM11 juta. Uuntuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada 2012 bagi menampung kerugian tersebut.

2. Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water/NRW) yang menelan kos RM130 juta. Projek yang bermula pada Julai 2008 dan berakhir pada Ogos 2011 gagal menterjemahkan sebarang kesan positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

3. Kegagalan projek penukaran meter air kepada smart meter berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

4. Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di Jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diuar-uarkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air. Namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

5. Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara menyeluruh dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai enam lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

6. Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

7. Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukit Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna/rakyat.

8. Hutang tertunggak dianggarkan RM12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini. Mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.

9. Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos RM58 juta dan difahamkan kos sebenar hanyalah RM35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

10. "Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027" itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011. Untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100 peratus liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB.

Jadi, fikir-fikirkanlah - UM

VIDEO ! KOMPILASI KANTOI ANWAR IBRAHIM KES LIWAT!

Video kompilasi menarik tentang ketakutan dan pembohongan Anwar Ibrahim tentang kes liwat terhadap Saiful Bukhari.

Di antaranya:

1. Anwar Ibrahim mengaku mempunyai cukup bukti dan alibi tetapi hakikatnya, tidak langsung alibi yang diketengahkan oleh peguambela Anwar Ibrahim.

2. Anwar Ibrahim berbohong besar mengatakan bahawa Hospital Pusrawi menafikan Saiful Bukhari di liwat tetapi doktor tersebuat tidak pernah mendiagnosiskan Saiful telah diliwat.

3. Doktor itu sebaliknya merujuk Saiful ke HKL.

4. Anwar Ibrahim pernah juga berkata bahawa jika suka sama suka, kenapakah beliau seorang sahaja yang didakwa meliwat?


Video : Kompilasi ketakuta Anwar Ibrahim!

PANAS ! Ambiga Tunjuk Pandai Tapi Kena Belasah !!

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili hari ini mencuri perhatian banyak pihak apabila secara bersahaja 'membelasah' Datuk S. Ambiga berhubung kedudukannya pada persidangan jawatankuasa itu hari ini.

Beliau bertindak demikian bagi menghalang bekas Presiden Majlis Peguam itu daripada mewakili Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada persidangan jawatankuasa berkenaan kerana pertubuhan itu tidak berdaftar.

Bagaimanapun, Ambiga tetap diberi ruang untuk menyuarakan pandangan secara panjang lebar, tetapi hanya atas sifat peribadinya sebagai rakyat Malaysia, bukan selaku Pengerusi Bersih sebagaimana diharapkannya.

"Saya tidak pernah takut pada Bersih, tetapi Tuhan itu bukan hanya menilai pada perkataan bersih, hati juga kena bersih," kata Maximus sebagai membalas kenyataan Ambiga yang mempersoal adakah beliau takut dengan Bersih.

Terdahulu Ambiga berkata, Maximus tidak perlu takut dengan pertubuhan tersebut kerana perkataan bersih itu membawa maksud yang baik selain badan itu sendiri mewakili suara 80 badan bukan kerajaan (NGO) dalam mengubah sistem pilihan raya negara ini.

Persoalan mengenai penglibatan Bersih dalam persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mula timbul apabila ahli jawatankuasa itu, Azmin Ali (PKR-Gombak) mempersoal mengapa Ambiga tidak dibenarkan mewakili Bersih.

Mengulas isu itu, Maximus berkata, memang menjadi ketetapan bahawa hanya badan politik dan NGO yang berdaftar layak mengambil bahagian dan jika tidak, mereka perlu memberi pandangan atas sifat peribadi.

"Ini adalah ketetapan. Bersih tidak berdaftar dan kami tidak boleh menerima pandangan daripada Bersih, tetapi Ambiga boleh memberi pandangan atas kapasiti peribadi. Ia akan direkod sebagai pandangan individu," katanya - UM.

Kondominium Mewah RM9.8 Juta - Shahrizat Jalil Tak Mahu Jumpa Blogggers?


Apakah di bawah merupakan kondominium berharga RM9.8 juta yang menimbulkan kontroversi sehari dua ini?

MiM sedang menanti respons daripada pihak yang terlibat untuk mendapatkan gambaran yang jelas. Isu ini sangat besar tetapi sehingga ke hari ini tiada usaha tersebut.

Apakah Shahrizat Jalil tidak mahu bloggers membantu beliau?





FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED