CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, November 20, 2011

VIDEO ! Media Sosial 1Malaysia : Dr MiM In The House!


Sebentar tadi MiM telah diberi tanggungjawab untuk membaca Resolusi Media Sosial 1Malaysia yang di adakan di PWTC.

Program tersebut dihadiri oleh DS Najib Tun Razak.

Di bawah adalah resolusi tersebut :


Video : MiM membaca resolusi Media Sosial 1Malaysia

PANAS ! Anwar Ibrahim Simpan 'Anjing-anjing Pencen' Pulak!


MIM merujuk kepada kenyataan YB Zulkifli Noordin terhadap pembohongan buku tulisan Syed Husin Ali bertajuk “Memoir Perjuangan Politik” yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim.

Syed Husin Ali mendakwa mendengar cerita yang kononnya Zulkifli Noordin meminta bayaran berjumlah RM60,000-00 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Di antara artikel YB Zulkifli Nordin :-

Begitu terdesaknya Anwar Ibrahim sehingga terpaksa menggunakan khidmat “anjing-anjing pencen” untuk menyerang para pejuang kebenaran dan anti-kebatilan termasuk teman, YB Senator Ezam Mohd. Nor dan lain-lain.

Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut.

Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya.

Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan! seterusnya

Nik Aziz Sengaja Mahu Rakyat Kelantan Jatuh Sakit!

Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.

Fakta ini sudah pasti mengejutkan kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan. Selama ini sebahagiannya terpaksa bergantung kepada air perigi dan sungai disebabkan kegagalan pembekalan air terawat oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Kementerian Kesihatan menerusi uji kaji berasingan bagi tempoh 2008-2010, juga mendapati air di negeri itu mengandungi arsenik, merkuri, mangan dan plumbum, iaitu logam-logam yang kesemuanya boleh memudaratkan kesihatan termasuk mengakibatkan kanser.

Bertitik tolak daripada data saintifik itu, Mingguan Malaysia baru-baru ini menjalankan penyiasatan hampir dua bulan di negeri tersebut bagi mencari jawapan kepada persoalan yang tercetus daripada isu berkenaan.

Di samping menemu ramah penduduk, menyelami dan menyaksikan sendiri kesengsaraan mereka mendapatkan bekalan air bersih, wartawan akhbar ini turut memperoleh laporan penyelidikan saintifik Kementerian Kesihatan.

Tidak cukup dengan itu, Mingguan Malaysia mengambil masing-masing 10 sampel daripada punca air paip, air perigi dan air telaga tiub dari setiap jajahan di Kelantan.

Sampel air itu kemudian dihantar untuk diuji kaji di sebuah makmal bertauliah yang memiliki pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 di Selangor, bagi mengetahui sejauh mana kualiti air di negeri tersebut.

Ujian makmal itu, memfokus kepada kandungan beberapa logam berat antaranya merkuri; arsenik; kadmium; kromium; perak; zink; sodium; sianida; kuprum; dan magnesium.

Rumusan laporan sembilan muka surat makmal tersebut mengesahkan bahawa kualiti air yang digunakan penduduk dalam kehidupan seharian di Kelantan sangat rendah malah berisiko tinggi kepada kesihatan.

Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan.

Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.

Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.

Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan. BACA SETERUSNYA.

Anwar Ibrahim Berbohong Lagi!!


Anwar Ibrahim berbohong lagi! Rujuk video di bawah :-

Video : Pendedahan tentang Anwar Ibrahim!

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED