Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, January 20, 2012

Siswi Mahu Tembak Kapalterbang Najib, Menangis Kena Tahan Polis...

Sebelum ini MiM menyiarkan artikel seorang siswi yang mencarut dan mahu menembak kapalterbang Perdana Menteri Baca Sini


Siswi itu telah ditahan pihak polis!

Sila baca dibawah:

ALOR SETAR, 19 Jan Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan polis hari ini, kerana menulis kenyataan berunsur lucah dan berbaur ugutan terhadap Perdana Meteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial. 

Penuntut wanita berusia 20 tahun dari sebuah IPTS di Kuala Muda itu ditahan pada pukul 9 pagi, selepas polis menerima laporan mengenai kenyataan yang dipercayai ditulis wanita tersebut pada akaun Facebook miliknya. 

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 10 malam semalam mengenai perkara itu, dan menahan penuntut terbabit selepas mengenal pasti pemilik akaun Facebook tersebut. 

"Kita telah ke universitinya dan melalui pihak universiti, kita telah memanggil pelajar itu untuk diambil kenyataan berhubung berkara itu," katanya kepada pemberita, di sini malam ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah komputer riba milik pelajar tahun dua IPTS tersebut untuk siasatan. 

"Kita juga turut memanggil ibu bapa pelajar itu bagi membantu siasatan," kata Ahmad.Katanya memandangkan pelajar itu masih lagi dalam minggu peperiksaan, pihaknya telah membebaskan pelajar tersebut petang tadi selepas diambil keterangan bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan. 

"Kita akan memanggil beberapa individu lain untuk memberi keterangan berhubung perkara ini. Kita juga akan memanggil pelajar tersebut pada bila-bila masa jika perlu," katanya.

Beliau berkata pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan terhadap pelajar itu dan akan menyiasat dengan terperinci perkara tersebut. "Kita telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.-- BERNAMA

14 comments:

  1. gila baik polis ni asal periksa je takper takper kita bagi lepas kan dulu kalau kat US negara demokrasi yang teramat sangat dengan hak asasi manusia tak der di pedulinya budak tu amik exam ke tak...

    eh eh kenapa amnesty tak cakap bagus kerja polis sekrang???heran heran...

    eehhhhh aku lupa mana lak pergi ya ssm yang tersangat nak melawan auku tu diam seribu bahasa je..apa dorang ni tak termasuk sebagai siswa n siswi ke

    ReplyDelete
  2. bukanla..diaorang tu monyet...

    ReplyDelete
  3. boring betul asyik tangkap pastu lepas...

    sepatutnya simpan la musibat ni 2 minggu...

    nak exam ker apa ker tunggu abis reman...

    kalau aku berdaftar dgn mana2
    pusat tuition yg berdaftar bleh la gado kalau kena tangkap jer aku bagi alasan nak exam...

    bagi muka kat bangsa babi dan paria terlampau sangat...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  4. SMM dh diam la, bos diorg dah lepas dari tuduhan. aritu saje je buat kecoh sbb bos suruh..

    ReplyDelete
  5. kenapa tak dilokap semalaman ? bagi dia buku dan baca dalam lokap esoknya naik black maria ambil exam ...baru ada rasa...

    ReplyDelete
  6. Pakcu Rantau PanjangJanuary 20, 2012 at 9:52 AM

    Agak -agak siswi tu ada pelancar roket ke.....ambik dari DAP kok..????

    ReplyDelete
  7. Sedar atau tidak, sbnrya mrk sgja mnimbulkn isu hangat dgn mbuat ugutan thdp pmimpin tertinggi negara agar rakyat ambil perhatian. mrk tahu, slps disiasat pasti akan dilepas dan setelah berlalu mrk dgn mudah akan mohon maaf. maka selesaila siasatan tnpa apa2 tindakan dan hukuman.

    Matlamatnya utamanya CUMA UNTUK ALIHKAN ISU HANGAT YG SEDANG MELANDA PAS DAN PAKATAN YG DILIHAT AMAT2 MEMBAHAYAKAN DAN MERUGIKN PAKATAN SEKARANG INI!!!
    Selain itu, ia juga bertujuan untuk alihkan tumpuan dan perhatian rakyat dgn kejayaan2 dan usaha2 yg dilakukn kjaan dlm membantu rakyat dan mmajukn negara!
    pakatan melalui facebooker mereka sekadar nak alihkan perhatian rakyat! itu sj.

    ReplyDelete
  8. tu la..siapa suruh cari penyakit...kan uda jadi masalah

    ReplyDelete
  9. rasa2nya lepas kot,kalau melayu yg buat gerenti kena jail.

    ReplyDelete
  10. Seakan ada perkara yg pelik berlaku pd students yg buat hal ni..mungkin satu penyakit psikologi berjangkit kot musim exam ni..masing2 mcm gila meroyan plak..kihkihkih..agaknya diorg ni maybe harap kena tangkap lama2 sket supaya dpt escape exam kot..almaklumlah, preparation exam tak buat lg, kalau failed, mak ayah bamboo kalau kasi alasan preparation x cukup..tp kalau bg alasan kena tangkap, agak2nya bleh la cover sket yg diri tu bengap..kihkihkih

    ReplyDelete
  11. apesal la buruk sgt bunyinya caci maki minah seko ni. elok tahan lama sikit. bagi dia sekolah dlm penjara..

    ReplyDelete
  12. Ugut tak berasas sorang budak kecik polis boleh tahan.

    Orang UMNO bomb penyokong PR dengan explosive gred military, susah pulak nak carik.

    cekappppp

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.