RECOMMENDED NEWS

Wednesday, February 22, 2012

HOT : Anwar Ibrahim Sokong & Lulus Dagangan Israel!!


Satu lagi perkara yang kantoikan Anwar Ibrahim!

Sila baca di bawah :

PARIT 21 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataaNnya mengenai Israel menerusi Wall Street Journal (WSJ ) yang dianggap sama dengan pendirian kerajaan Malaysia.

Menurut beliau walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata kelonggaran untuk syarikat-syarikat lain yang ada di Israel dibuat pada 1996 oleh jemaah menteri.

Katanya lagi kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi.

Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut,” katanya. -MediaUMNO

2 komentar:

kkamdias said...

Doc..hope my blog kkamdias.blospot.com to be put in your blogroll. Dr mim is in my bloglist long time ago.tq

Adi Kencana said...

Pecah lagi tembelang Anwar!!!

PUTERI SPIN GELARAN TERKINI NURUL IZZAH. Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive