RECOMMENDED NEWS

Monday, February 13, 2012

Cerita Wanita Melayu Bertudung Di Sebalik Isu Hamza Kashgari, Warga Arab Saudi Yang Hina Rasulullah..


Isu Hamza Kashgari atau Mohamad Najeeb A. Kashgari, warga Arab Saudi yang menghina Rasulullah saw di dalam twitter beliau telah selesai apabila beliau dihantar balik ke Arab Saudi daripada KLIA.

Seperti biasa, terdapat pihak-pihak yang cuba mempertahankan lelaki tersebut di atas nama hak asasi dan prinsip kebebasan. Dan mereka adalah bukan Islam yang tidak tahu menahu dengan ajaran Islam.

Tetapi terdapat satu gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam isu menghina Rasulullah saw. Beliau seorang Islam bernama Fadiah Nadwa Fitri, orang kuat PKR!

Lihat di bawah :

Seperti yang kita semua sedia maklum, laporan berita MalaysiaKini penuh dengan putar belit dan bohongnya.

Maka apabila MiM membaca laporan di atas, apakah benar wanita bertudung tersebut salah seorang daripada aktivis hak asasi yang bergegas ke Subang (walau pun mereka tahu lelaki warganegara itu di tahan diKLIA!) dan kemudiannya ke KLIA kononnya mahu 'menyelamatkan penghina Rasulullah itu?

Atau MalaysiaKini hanya sekadar rujuk twitter wanita bertudung bernama Fadiah Nadwa Fitri sahaja tetapi beliau tidak berada bersama-sama aktivis tersebut?

Wanita bertudung itu disarankan supaya tampil ke depan dan menjawab soalan ini dengan kadar segera! Ianya kerana melibatkan sama ada manipulasi berita MalaysiaKini atau seorang Muslim yang menyokong orang yang menghina Nabi beliau sendiri!

Jawab jangan tak jawab!

1 komentar:

Anonymous said...

anak sapa la niii.... jaga la anak hang elok2 naaa...

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

ALTERNATIVE BLOGS

Blog Archive