Di bawah adalah kenyataan Mursyidul Am PAS tentang pertemuan beliau dengan Anwar Ibrahim baru-baru ini:
Pagi semalam, sekitar pukul 9.30, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama PAS minggu lalu yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.
Majlis Syura Ulama juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.
Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.
Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.
Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat.
Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.
Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Komen MiM
Nik Aziz sendiri berkata haram bersekongkol dengan pihak Israel tetapi dalam masa yang sama mengatakan 'terserah' kepada Anwar Ibrahim yang sokong Israel. Ianya ibarat, haram melanggan pelacur China Doll tetapi 'terserah' nak balun...it's OK!
Anybody can explain kenyataan merepek Nik Aziz ini??

16 komentar:
The part that i don't understand is if through magic (God forbid) that they win the election and form a government, what will be the policy?
They can't say they 'agree to disagree' anymore so what i wanna know is, what will be the policy of Pihak Pembangang in the issue of the State of Israel.
As a voter, i believe Pihak Pembangang owes me the answer. All of us should be clear about this future policy.
Nonpartisan1973
saya bagi ribu2 bintang utk ketua darjah pas4all...sebab dia tengah fining lalat ...selalu meracau ....oppp(habis la tiket sorga aku....terrrrrkutuk tok batin pas plak
)
Anwar adalah Imam. Imam Pakatan rakyat. dan Nik aziz adalah makmum.
Mkmum hendaklah mengikuti imam.
Jika benar2 imam telah tersalah, maka makmum harus mufarakah.Keluar dari berimamkan imam yg tersilap itu.
jadi pas kena mufarakah dari pakatan rakyat yg berimamkan anwar ibrahim pyokong homoseksual ditempat tertutup.
tapi kenapa pas masih jadikannya anwar sbg imam dlm pakatan?
benar2 fasiq, dan menyesatkan
petualang pas ni nampak sangat tak cukup kuat melawan ajen ad dajjal...
tidak berani menentang al juburi yg terang2 menyokong yahudi dan israel...
perjuangan korang ni ibarat sampah diakhir zaman...
puak pas meme sempoi!!!
kata kat umno mcm2 tapi dgn al jubur ni takut...
pejuang hamas...
kaki liwat gi jumpa ulama politik, susah aku nak bagi comment
al nikko de wooden sandal dah kena spinning gasing ligat punya....smpai keluar statement pon macam orang kepeningan...syabas kapla pakatan rakyat yakni paksheikh...kerana berjaya spin kepala al nikko de wooden sandal dgn penuh sukses...sampai al nikko sendiri tak faham apa yg al nikko sendiri ulas...paksheikh selaku kapla pakatan rakyat menyokong langkah2 keselamatan kewujudan israel...al nikko mengatakan haram menyokong kewujudan israel yg haram....memang sah lah...paksheikh pakar spin al joob joob pukui kelileng...sian al nikko...joob joob joob
Komen MIM macam celaka saja. UMNO/APCO berniaga dengan Israel tu apa pulak hukumnya?
terbaek bro....
link blog http://antirepublik.blogspot.com
i can explain doc,
maksudnya, kalau kena tang umno tak boleh. kalau tang pas macam mana pun tak apa.
faizu
Anwar is his boss. So kenalah cakap beralas supaya Boss tak marah. Notice that he came down to KL instead of Anwar going up to Kota Bahru; after all he's the older man. And instead of attending the PM's Mesyuarat Menteri Besar at Putrajaya, he chose to see Anwar instead.
Sungguh aku tak faham Nik Ajis ni,, dimana pejelasan Anwar, apa yang dijelas oleh Anwar, Nik Ajis langsung tak nak jelaskan. Ulamak yang menyembunyikan kebenaran !! Itu hari cakap Anwar perlu jelaskan secara umum, so kenapa kau tak umumkan apa yang Anwar jelaskan.. Confirm ada yang tak kena ni,,
nik aziz ni lemah bahasa melayu...apa yg dia buat sekarang ni bukan bersekongkol kerrr...dia sudah tiada nampak kebenaran
Kali ni Nik Aziz betul-betul tersepit !!
Nak sokong statement Anwar,..jawabnya PAS jahanam...!
Kalau tak sokong, pakatan pun boleh jadi jahanam jugak !
Kalau macam tu buat jer lah mudarat kecil daripada ditimpa musibah besar !...pegang dengan majlis syura jer laa..
mudah aje nak translate kan..
maksud 1:
kalu ko nak kawan ngan israel, ikut suka ko la anwar..apa2 pun aku tetap geng ko..
ia juga membawa maksud:
ko nak balun china doll ke liwat lelaki jambu ke aku tak mau campur, ape yg penting ialah kita bersaudara
tak pun:
aku kawan ko, ko kawan ngan israel, jd aku tak kawan ngan israel kire ok lerrr..
simple..
tp yg peliknya, patut si nik ajis kasi tarbiyah ini aljuburi, bhw, sokong israel adalah haram tak kira ape jadi sekalipun..
tp,
demi politik dan kuasa...ia dikorbankan..
'Hero' Kelantan kene belit dek 'hero' dunia..!
Drama taik kucing..!!
kalau tanya nik aziz tentang hukum zina, arak, judi dan menipu dia akan kata haram tetapi terpulanglah kepada sesaorang itu untuk memilih melakukanya atau tidak terutama sekali kalau orang yang melakukan akan memberikan keuntungan politik kepadanya....
allah wu alam!
Post a Comment